Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, August 15, 2013

SOPPOA Sarawak Mahu Kerajaan Kaji Semula Struktur Cukai Jualan Sektor Minyak Sawit

8 Syawal 1434

KUCHING, 14 Ogos, 2013- Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) menggesa kerajaan untuk mengkaji semula struktur cukai jualan industri minyak sawit di negeri itu berikutan harga-harga rendah minyak sawit mentah (MSM) seluruh dunia pada masa ini dan kos pengeluaran yang meningkat.

Dalam satu kenyataan Rabu, SOPPOA berkata cadangan semakan semula itu dijangka mempunyai impak minimum ke atas pendapatan negeri tetapi sebaliknya ia akan digantikan dengan produktiviti tanaman yang tinggi.

SOPPOA juga berkata tanaman itu sering diberi contoh sebagai tanaman emas untuk Malaysia atas sumbangannya kepada ekonomi, pewujudan pekerjaan dan makanan untuk orang ramai.

Ia berkata di Sarawak, industri minyak sawit menyumbang lebih RM425 juta dalam cukai jualan kepada negeri itu tahun lepas tetapi harga MSM yang rendah pada masa ini telah menjejaskan industri, yang dijangka tidak akan menyaksikan pemulihan harga dalam tempoh enam bulan ini.

Daripada sejumlah 1.1 juta hektar yang ditanami kelapa sawit di negeri itu, lebih 50 peratus berusia lapan tahun ataupun lebih muda dan peratusan tinggi kelapa sawit yang muda ini serta meningkatnya kos pengeluaran yang tinggi dan isu logistik yang dihadapi negeri akan menjejaskan lagi industri secara keseluruhan.

Apabila cukai jualan Sarawak dilaksanakan pada 1998, kos langsung pengeluaran ialah RM2,170 setiap hektar berbanding kos semasa RM6,220 sehektar, meningkat 187 peratus dalam tempoh yang sama, dan ini disebabkan kebanyakannya oleh inflasi, baja, upah dan kos diesel.

Dengan harga semasa MSM menjunam di bawah RM2,400 untuk setiap tan metrik, banyak syarikat perladangan di Sarawak membayar cukai walaupun menanggung kerugian dan ramai juga yang membayar cukai jualan dengan meminjam dari bank. Ini secara tidak langsung, telah menambah beban kewangan mereka.

"Sehubungan dengan itu juga, para penanam telah meminta agar tiada cukai jualan dilaksanakan apabila harga MSM di bawah RM2,400 setiap tan metrik bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung kerana kos pengeluaran yang tinggi," katanya sambil menambah yang kerajaan persekutuan turut maklum Sarawak mempunyai purata perolehan yang rendah dan kawasan tanaman baharu dengan mengenakan "threshold" untuk untung pracukai durian runtuh pada RM3,000 setan metrik untuk negeri itu.

Sarawak, yang agak lewat menceburi industri ini, mempunyai jumlah kawasan yang ditanami hanya 21 peratus daripada jumlah kawasan tanaman di dalam negara berbanding 50 peratus di Semenanjung Malaysia pada masa ini.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...