Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, August 14, 2013

Harga Dan Masa Penting Bagi Kerajaan Dalam Penjualan GLC

7 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 13 Ogos, 2013- Harga dan masa merupakan faktor penting dalam membantu kerajaan membuat keputusan bagi penjualan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Malaysia Airlines (MAS), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Selasa.

Beliau juga berkata bahawa MAS tidak boleh dijual dengan mengalami kerugian, dan kalau ada apa-apa pun, syarikat penerbangan itu sepatutnya dijual dua tahun lepas, apabila sahamnya diniagakan pada RM6.20.

"Kami tidak mahu menjual MAS dengan mengalami kerugian. Ia sepatutnya dijual berasaskan pada harga yang wajar dan masa yang sesuai, kerana ia melibatkan wang awam," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada audien mengenai sama ada kerajaan akan menimbang berundur daripada industri penerbangan, di forum Global Malaysia Series di sini.

Menurut Idris, kerajaan harus terlibat hanya dalam perniagaan bagi alasan strategik, seperti sektor pertahanan, prasarana dan teknologi, dengan tempoh matang yang panjang.

Beliau menegaskan bahawa peranan kerajaan seharusnya untuk memudahkan dan bukan "campur tangan" dalam perniagaan.

"Kerajaan boleh membantu sebagai contohnya, di bahagian perjanjian perdagangan bebas," katanya.

Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Idris berkata meskipun ada bantahan, permeteriannya akan membuka pintu ke pasaran antarabangsa.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...