Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, June 9, 2014

Apakah Itu Buku Tunai ?

12 Syaaban 1435

Konsep buku tunai sudah agak sinonim dalam bidang perniagaan. Sampai ada yang menyatakan, jika tidak ada pengetahuan berkenaan perakaunan jika hendak berniaga, jika boleh menguasai pengetahuan atau kemahiran mengendalikannya sudah cukup baik untuk menjadi seorang peniaga yang mempunyai masa depan yang baik.

Secara ringkas dan santainya, buku tunai boleh dirujuk sebagai satu rekod yang merekodkan penerimaan dan pengeluaran tunai didalam sesuatu urusniaga sama ada secara peribadi ataupun lebih-lebih lagi melibatkan perniagaan. Buku tunai ini merujuk kepada rekod transaksi yang dilakukan sama ada secara tunai atau melalui perbankan yang melibatkan pengeluaran cek ataupun pindahan wang melalui akaun bank.

Bagaimana Bentuknya?

Secara ringkas, buku tunai juga tebahagi kepada dua komponen utama seperti akaun-akaun lain iaitu bahagian debit dan bahagian kredit. Bahagian debit dalam buku tunai ialah merujuk kepada sebarang rekod yang dilakukan bagi tiap-tiap suatu transaksi yang merujuk kepada penerimaan seperti penerimaan tunai daripada jualan, komisen tunai yang diterima, tunai daripada sebarang bentuk pembiayaan dan banyak lagi.
Gambarajah 1: Contoh Buku Tunai dalam applikasi "Excel"

Bahagian kredit buku tunai pula merujuk kepada setiap rekod transaksi yang bebentuk pengeluaran tunai seperti bayaran perbelanjaan, pembelian aset dan sebagainya.Namun begitu, pelbagai format yang digunapakai bagi merekodkan buku tunai sama ada secara buku, sistem dan yang paling mudah ialah dengan menggunakan applikasi perisian pejabat seperti Excel dan sebagainya. Buku tunai juga perlu dilengkapi dengan tarikh urusniaga, nombor rujukan dan sebagainya.

Pengurusan Buku Tunai.

Buku tunai perlu diuruskan dengan sebaiknya. Hinggakan ada pihak mengatakan "Tidak mengapa jika tidak tahu menyediakan akaun.., Yang penting kena tahu menguruskan buku tunai, jika peniaga -paniaga hendak berjaya dalam perniagaan.

Mengenai istilah atau perkara yang ingin direkodkan, ianya bergantung kepada pihak yang menguruskannya. Berdasarkan kepada Gambarajah 1, istilah tunai adalah merujuk kepada penerimaan daripada hasil yang diperolehi. 'Bank In" adalah merujuk kepada amaun yang dipindahkan dari tunai di dalam tangan, iaitu atau dengan ayat mudah, dalam peti besi,kaunter dan sebagainya ke dalam akaun bank, sama ada dipindahkan secara "online" atau didepositkan ke dalam akaun secara manual melalui mesin deposit.

Buku Tunai Negatif.

Buku tunai dalam keadaan negatif berlaku bila jumlah tunai di tangan adalah melebihi daripada amaun yang ada di dalam rekod. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti terkurang catit, kemasukan wang lain secara tidak sengaja dan sebagainya yang menyebabkan tunai di tangan melebihi dari apa yang direkodkan.

(bersambung)

Sunday, June 8, 2014

Jangan Jadikan Penyeludupan Sebagai Alasan Hapuskan Subsidi

11 Syaaban 1435

Pihak-pihak yang tertentu diminta tidak menjadikan kes penyeludupan pelbagai barangan subsidi ke luar negara sebagai alasan untuk mengurangkan atau menghapuskan barangan subsidi. Kemakmuran negara ini seharusnya dibenarkan terus dinikmati oleh rakyat negara ini, walaupun ada dalang yang mengaut keuntungan disebabkan perbezaan harga di antara sempadan negara.

Yang perlu dibenteras ialah dalang penyeludupan dan bukannya dimangsakan kepada rakyat Malaysia dengan menghapuskan subsidi bagi menyelesaikan masalah penyeludupan. Jika kakitangan ataupun pihak pengurusan pihak berkuasa tak mahu bekerja keras atau pening kepala, letak jawatan dan beri peluang kepada orang lain mengambil tanggungjawab berkenaan. Jangan jadikan rakyat terus sebagai mangsa keadaan .

Wallahualam

Friday, June 6, 2014

TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti

9 Syaaban 1435

PUTRAJAYA, 6 Jun , 2014-Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memeterai perjanjian dengan Everly Group untuk menyediakan penyelesaian hiburan hospitalitinya, menjadikan kumpulan itu rantaian hotel pertama melanggan perkhidmatan tersebut.

Mengikut perjanjian itu, lapan hotel di bawah Everly Group Everly Hotel Putrajaya; Parkcity Everly Hotel Bintulu dan Parkcity Everly Hotel Miri di Sarawak; Everly Resort Hotel, Melaka; Prescott Hotel Kuala Lumpur, Medan Tuanku; Prescott Hotel Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur; Prescott Hotel Kajang dan Prescott Hotel Klang di Selangor  boleh menikmati penyelesaian jalur lebar dalam bangunan (IBS), HyppTV dan perkhidmatan pusat panggilan.

Naib Presiden Eksekutif TM bagi PKS, Azizi A. Hadi, berkata perjanjian itu menunjukkan perubahan ketara bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang terlibat dalam industri hospitaliti.

Berita lanjut: BERNAMA


Thursday, June 5, 2014

Peraturan Perniagaan Produk Halal Dalam Perniagaan Perlu Diwujudkan?

7 Syaaban 1435

Isu halal terhadap beberapa produk keluaran sebuah syarikat ternama baru-baru ini telah menggemparkan negara. Ianya telah menimbulkan pelbagai polemik di kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutama dari segi kepenggunaan.

Namun begitu, satu isu yang perlu diberi perhatian juga ialah dari sudut sektor perniagaan di mana timbulnya kerugian yang ditanggung oleh pengusaha kecil dan sederhana yang menjalankan perniagaan runcit. Apa nak jadi dengan stok-stok yang telah dibeli daripada pembekal? Siapakah yang akan menanggung kerugian? Adakah terdapat akta-akta atau badan yang tertentu yang mengawas bagi  membolehkan barangan tersebut dipulangkan jika ada keraguan dikalangan penjual itu sendiri tanpa melalui proses tribunal?

Bagi pihak pengeluar pula mereka boleh tutup mata kerana ujian kedua menunjukkan bahawa produk tersebut tidak tercemar dengan kandungan tidak halal. Secara ironinya  para peniaga kecil-kecilan masih sukar menyakinkan pembeli untuk terus membeli produk berkenaan atau peniaga masih keberatan menjual semula produk berkenaan bagi mengelakkan kejian daripada para pelanggan yang masih belum yakin.

Kita berharap agar isu seperti ini turut diberi perhatian dengan memperkenalkan badan seperti suruhanjaya bagi menguatkuasakan akta-akta tambahan bagi menjaga kepentingan peniaga-peniaga kecil dengan lebih mudah. Walaupun tindakan mahkamah boleh diambil, namun ianya agak sukar bagi syarikat kecil untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi menuntut kerugian yang agak kecil jika dibandingkan dengan perbelanjaan guaman yang perlu dikeluarkan.

Wallahualam

@myIktisad

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...