Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, August 14, 2013

Kerajaan Tidak Boleh Dedahkan Laporan Analisis Kos Faedah TPP

7 Syawal 1434

TANGKAK, Ogos 13 , 2013 - Kerajaan tidak boleh mendedahkan laporan analisis kos-faedah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kepada umum, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri.

Beliau berkata ini kerana Malaysia terikat dengan persetujuan negara-negara lain yang tidak mahu laporan itu dihebahkan sebelum apa-apa keputusan muktamad dicapai.

Katanya, hasil laporan itu mungkin diterima atau sebaliknya pada akhir rundingan yang membabitkan Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zeland, Peru, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam itu.

"Syor yang terkandung dalam laporan analisis ini mungkin diterima atau tidak. Sebab itu kita tidak boleh dedahkan kepada umum kerana ia bukan yang telah dipersetujui," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di Dewan Jubli Intan di Ledang Isnin malam.

Beliau diminta mengulas saranan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu laporan itu didedah kepada umum.

Hamim berkata kerajaan juga mengkaji hasil laporan yang diperoleh daripada program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan hasil analisis itu telah diteliti dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk kesannya terhadap pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...