Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, August 12, 2013

Cukai Berkaitan Hartanah Perlu Dikaji Semula Untuk Tangani Spekulasi

5 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 9 Ogos, 2013- Duti setem dan cukai keuntungan hartanah (RPGT) terhadap hartanah ketiga dan seterusnya perlu dinaikkan bagi menangani belian spekulatif hartanah.

Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) berkata kerajaan mengenakan duti setem yang rendah bagi menggalakkan pemilikan rumah tetapi spekulator telah mengambil kesempatan untuk mengumpul beberapa hartanah dan memanipulasi harga hartanah.

"Keadaan ini semakin teruk dengan apa yang dikenali sebagai 'Investor Club' yang memanipulasi pasaran hartanah melalui pembelian blok. Anda perlu menghadiri satu daripada seminar atau konvensyen mereka, anda akan faham apa yang saya maksudkan," kata Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong kepada Bernama.

Persatuan berkenaan yang mahu kerajaan mengekalkan formula semasa sebanyak satu peratus bagi RM100,000 bagi dua hartanah pertama, juga mahu mereka yang membeli hartanah ketiga supaya membayar sekurang-kurangnya lima peratus daripada harga pembelian sebagai duti setem.

Chang juga mencadangkan agar duti setem dikenakan bagi hartanah keempat dan seterusnya, mungkin pada kadar rata 7.5 peratus bagi hartanah keempat dan 10 peratus bagi hartanah kelima.

"Ini tidak akan mendenda pembeli rumah tulen memandangkan mereka biasanya membeli satu hartanah dan satu lagi untuk pelaburan jangka panjang. Bagaimanapun, ini akan mendenda spekulator yang mengumpul pelbagai hartanah untuk menjualnya pada harga lebih tinggi," katanya.

Chang berkata HBA juga mahu RPGT dinaikkan memandangkan kadar semasa rendah dan memberi kesan yang sedikit terhadap spekulator jangka pendek yang terus membeli rumah untuk keuntungan dengan itu menolak naik harga hartanah ke tahap lebih tinggi.

"Pada masa ini, hartanah yang dijual dalam masa dua tahun pemerolehan dikenakan 15 peratus RPGT, tiga hingga lima tahun (10 peratus) dan tiada RPGT dikenakan terhadap hartanah yang dijual selepas lima tahun pemerolehan.

"Apa yang berlaku sekarang ini ialah spekulator memperoleh beberapa hartanah secara terus daripada pemaju. Ia biasanya mengambil masa dua tahun untuk siap, yang bermakna mereka boleh menjual apabila siap dan hanya membayar hanya 15 peratus RPGT," katanya.

Oleh itu, HBA mencadangkan 30 peratus RPGT terhadap hartanah dikenakan dalam masa dua tahun, 20 peratus antara dua hingga tiga tahun dan tiada RPGT terhadap hartanah yang dijual selepas lima tahun pembelian.

Bagaimanapun, bagi sesiapa yang memiliki hartanah ketiga dan seterusnya, 30 peratus RPGT seharusnya dikenakan bagi hartanah yang dijual dalam masa 10 tahun.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...