Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, December 31, 2012

LHDN Kutip Cukai RM124.69 Bilion

17 Safar 1434

IPOH, 29 Disember 2012- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip cukai sebanyak RM124.69 bilion sehingga semalam, dan jumlah itu melepasi unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan untuk tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata prestasi cemerlang agensi itu sekali gus melepasi unjuran RM123.82 bilion, selepas semakan semula unjuran asal sebanyak RM109.09 bilion.

"LHDN berjaya melepasi sasaran kerajaan. Jumlah hasil kutipan cukai ini meningkat sebanyak 13.76 peratus berbanding RM109.61 bilion pada 2011. Kutipan bagi tahun 2011 itu telah meningkat sebanyak 26.72 peratus berbanding kutipan berjumlah RM86.49 bilion yang dipungut pada 2010," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata kejayaan cemerlang LHDN itu didorong beberapa strategi yang digariskan, termasuk penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk 10 aktiviti cukai, yang meliputi Kutipan Hasil, Akaun Belum Terima, kecekapan Kos Pungutan, Audit Luar, Bayaran Balik, Siasatan, memperluaskan asas cukai, perkhidmatan elektronik LHDN, latihan dan kompetensi pegawai serta kakitangan agensi itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, December 28, 2012

Majikan Dibenar Struktur Semula Gaji Pekerja Dalam Pelaksanaan Gaji Minimum

15 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2012- Majikan boleh menstruktur semula gaji pekerja dengan menyerap elaun tertentu menjadi sebahagian daripada gaji pokok bagi melaksanakan gaji minimum, kata Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara T Shanmugam.

Beliau berkata majikan boleh melakukan penstrukturan semula gaji itu selepas berunding dengan pekerja-pekerja.

Penstrukturan semula gaji hanya boleh dilakukan sekali sahaja sebelum tarikh perintah tersebut dikuatkuasa, katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

"Penstrukturan semula gaji hanya melibatkan bayaran-bayaran tunai pada waktu kerja biasa sebagaimana dalam tafsiran 'upah' di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76]," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Celcom Tawar IPad Generasi Keempat

14 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2012- Celcom Axiata Bhd kini menawarkan iPad generasi ke-empat berserta WiFi dan Selular serta iPad mini dengan WiFi dan Selular mulai Jumaat.

Dalam satu kenyataan, Celcom Axiata berkata ia menawarkan iPad baharu itu yang disertakan pelbagai pelan data yang menarik yang membolehkan pelanggan dihubungkan ke rangkaiannya yang pantas pada kelajuan sehingga 7.2Mbps.

"Tidak lama lagi, iPad Mini dan iPad generasi ke-empat akan dapat mengambil kesempatan dari kelajuan sepantas kilat 4G LTE (evolusi jangka panjang) rangkaian Celcom yang dirancang syarikat itu untuk dimulakan tidak lama lagi," katanya.


Katanya iPad generasi ke-empat itu menampilkan ciri-ciri paparan retina 9.7-inci, cip A6X yang direka bentuk Apple yang baharu, kamera FaceTime HD dan prestasi wayarles tersangat pantas.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, December 27, 2012

Perodua Labur RM790 Juta Tubuh Syarikat Baru

14 Safar 1434

 KUALA LUMPUR, 27 Disember 2012 - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melabur RM790 juta daripada dana yang dijana secara dalaman untuk menubuhkan sebuah syarikat baru dengan kemudahan pengeluaran terkini bagi mengekalkan bahagian pasarannya antara 28 dan 30 peratus.

Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata syarikat baru itu, dengan modal berbayar sebanyak RM200 juta, akan menjalankan kilang pembuatan baru pada pertengahan 2014.

Kilang tersebut, bersebelahan dengan kemudahan pembuatan sedia ada Perodua di Rawang, akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 100,000 kenderaan.

 "Kilang itu akan mempunyai sistem yang lebih baik, teknologi baru, lebih automasi dan mesra alam," kata beliau.

Maklumat lanjut: BERNAMA

MAIS Zakat Mahu Keluarkan Lebih Ramai Usahawan Muslim

14 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2012- MAIS Zakat Sdn Bhd, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor, merancang mengeluarkan lebih ramai usahawan selaras dengan usahanya mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan orang Islam.

Pegawai Pemasarannya, Fasihah Mat Radzi berkata MAIS Zakat yang ditubuhkan pada Mac tahun lepas, mempunyai objektif yang antaranya menyemai semangat keusahawanan di kalangan asnaf sekali gus membantu mereka keluar dari kategori asnaf.

Selain itu, MAIS Zakat juga membantu mengenal pasti kursus dan latihan kemahiran untuk golongan asnaf dan memadankan kerja yang sesuai untuk mereka bagi keluar dari kategori asnaf.

"Sekarang ini, kita ada banyak program keusahawanan di bawah syarikat di mana antaranya adalah pasar rakyat, kedai burger, lori makanan bergerak, jadi setiap program itu ada usahawan tersendiri," katanya kepada Bernama di dalam satu temu ramah baru-baru ini.

"Di bawah Bahagian Pembangunan Produk dan Pemasaran yang saya kelolakan sahaja, ada 17 usahawan," katanya.

Katanya, untuk pembangunan produk, MAIS Zakat akan bertindak sebagai pembiaya dan akan membantu dari segi pelabelan dan cap halal.

Bagi usahawan yang baru bermula, untuk mendapatkan label halal, Fasihah berkata syaratnya mesti ada premis dan bagi usahawan-usahawan berkenaan, mereka tiada premis sekali gus menyukarkan mereka untuk mendapatkan sijil halal.

"Label yang ada di produk kita ada tertera `Usahawan di bawah bimbingan MAIS Zakat Sdn Bhd, jadi bila produk itu berada di pasaran, orang tengok produk MAIS sahaja, orang tahu ini adalah produk untuk Muslim.

 "Kita berharap, dengan bantuan label itu, produk-produk sebegini akan lebih banyak dikeluarkan.

Maklumat lanjut : BERNAMA


Dealmates Menerajui Industri Jualan Murah Pantas Dalam Talian Di Malaysia

14 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2012- Dealmates.com, laman web jualan murah pantas utama di Malaysia, mencapai statistik pertumbuhan terbaik berbanding pesaing tempatan dari segi tawaran produk dan trafik yang dijana pada dua suku sebelum ini 2012.

Semenjak Julai 2012, Dealmates telah menampilkan secara purata 700 produk sebulan, menjadikannya laman jualan murah pantas teratas dengan tawaran terbanyak.

Tawaran utamanya ialah produk fesyen (39 peratus), elektronik dan peranti (24 peratus), produk kecantikan (14 peratus) dan keperluan rumah (13 peratus).

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kewangan Dan Perbankan Islam Dijangka Terus Momentum Pesat Pada 2013

13 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2012- Kewangan dan perbankan Islam diunjur meneruskan momentum pertumbuhan yang pesat pada 2013 meskipun prospek tahun depan yang mencabar dan kelembapan ekonomi global.

Pencapaian kukuh yang dicatatkan sepanjang tahun serta sentimen 'pelaburan selamat' di kalangan pelabur akan menjadi alasan utama bagi industri untuk kekal memberangsangkan.

Dalam Laporan Ekonomi 2012/2013 oleh Kementerian Kewangan, perniagaan perbankan Islam dinyatakan akan terus berkembang pada tujuh bulan pertama tahun ini dengan jumlah aset meningkat 20.6 peratus kepada RM469.5 bilion, mewakili 24.2 peratus daripada aset sistem perbankan negara.

Pada 2011, ia berkembang sebanyak 24.1 peratus kepada RM436.1 bilion, mencerminkan 23.7 peratus daripada jumlah aset sistem perbankan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

XOX Jangka Laksanakan Cadangan Kumpul Dana Bagi Keperluan Modal Kerja

13 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2012- XOX Bhd, sebuah pengendali rangkaian maya mudah alih, sedang menyiapkan syarat-syarat bagi kemungkinan melaksanakan cadangan mengumpul dana bagi keperluan modal kerjanya.

Dalam satu maklumannya kepada Bursa Malaysia, XOX juga berkata lembaga pengarahnya telah mengadakan satu perbincangan awal dengan beberapa pihak berpotensi mengenai cadangan pelunasan hutang yang perinciannya belum diputuskan dan belum diluluskan oleh lembaga.

"Pelantikan penasihat bagi cadangan itu juga belum diputuskan setakat ini," katanya, bagi menjawab pertanyaan Bursa Malaysia mengenai kegiatan pasaran luar biasa syarikat itu pada 24 Dis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

KAWAT Tubuh Koperasi Media Terengganu Berhad Dengan Modal Permulaan RM300,000

13 Safar 1434

KUALA TERENGGANU, 26 Disember 2012- Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) mencatat sejarah negara ini apabila muncul sebagai kelab media pertama yang menubuhkan koperasi bagi menjana pendapatan tambahan kepada anggotanya.

Koperasi Media Terengganu Berhad yang akan dirasmikan pada Januari 2013 ini menyasarkan kira-kira 300 petugas media negeri itu yang menjadi ahli akan menganggotai koperasi tersebut.

Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), Ayob Mamat berkata koperasi berkenaan akan menawarkan pembelian saham maksimum lima unit bagi setiap ahli koperasi dengan nilai RM100 seunit.

Katanya, fokus utama perniagaan koperasi itu ialah penerbitan dan pengurusan acara memandangkan Kawat mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

"Sasaran kita untuk modal permulaan ialah sebanyak RM300,000 dan menjelang akhir tahun 2013 pula, kita sasarkan pendapatan koperasi mencecah RM500,000 menerusi dua cabang perniagaan utama itu," katanya kepada Bernama.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, December 26, 2012

Kebebasan Kewangan Anda Mungkin Terancam Dengan Menganggotai Koperasi

12 Safar 1434

Penulis bukannya berniat hendak memburukkan institusi koperasi dalam artikel ini. Tetapi ramai dikalangan ahli-ahli koperasi mengambil sikap tidak apa tentang apa yang berlaku secara realiti kehidupan sebagai ahli koperasi.Penulis telah menjadi ahli di salah sebuah koperasi antara yang tertua di negara ini. memang mudah untuk buat pinjaman, tetapi kita perlulah terlebih dahulu menjadi ahli. bila sudah menjadi ahli, jika hendak buat pinjaman, perlulah mendapatkan penjamin. Bila kita dah dapat  penjamin, kita perlu juga menjadi penjamin kepada orang yang telah jamin kita dan kadangkala rakan taulan penjamin kita juga.

Apa yang menjadi episod malang, apabila orang yang kita jamin telah berhenti kerja secara mengejut. Maka secara automatik segala simpanan yang ada di koperasi ditolak tanpa rasa belas kasihan dan apa yang malang, sekiranya simpanan tidak cukup gaji pula dijadikan sasaran secara automatik dipotong dek kerana menjamin ahli-ahli yang telah berhenti kerja. Maka dengan itu, untuk menampung kehidupan dan kekangan kewangan, terpaksa pula membuat pinjaman bank dan yang paling mudah buat potongan gaji adalah menerusi pinjaman bank yang di bawah akta koperasi yang mana kadar pembiayaannya adalah lebih tinggi daripada bank-bank yang dibawah akta bank negara di Malaysia. Ini kerana kod potongan gaji dimonopoli oleh institusi koperasi dan bank-bank di bawah akta koperasi.

Selain daripada itu, kawalan keselamatan terhadap pinjaman koperasi begitu longgar sehinggakan ada ahli yang menggunakan nombor ahli rakan-rakan mereka untuk dijadikan penjamin tanpa pengetahuan mereka. Ada dikalangan ahli sengaja membuat pinjaman secara maksimum sebelum mereka berhenti kerja dan meninggalkan rakan-rakan mereka terkontang kanting menjelaskan pinjaman mereka. Persoalan yang cuba dilontarkan di sini, adakah institusi koperasi di Malaysia adil kepada ahli-ahli mereka? Penulis alu-alukan sebarang kajian dibuat terhadap persoalan ini.

Wallahualam

Tuesday, December 25, 2012

Insurans Semakin Mahal Di Eropah

12 Safar1434

London: Larangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap syarikat insurans menjadikan jantina sebagai antara kriteria menetapkan harga insurans, dijangka meningkatkan lagi kos insurans pengguna.

Mahkamah tinggi EU mengharamkan konsep penetapan harga insurans berbeza mengikut lelaki dan wanita yang diamalkan syarikat insurans kerana ia dianggap diskriminasi jantina selepas persatuan pengguna Belgium membawa penemuan ujian kes terhadap penanggung insurans pada Mac lalu.
Langkah itu dikritik syarikat insurans yang mengatakan jantina mempunyai pengaruh kuat kemungkinan seseorang menuntut dan mencerminkan premium yang dibayar.

“Ia sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Penganalisis Insurans Investec di London, Kevin Ryan.

“Ia adalah luar biasa apabila mengatakan orang ramai tidak boleh bersaing berhubung faktor penaja jamin. Namun, secara keseluruhan kepada syarikat insurans, mereka akan melihatnya sebagai berita baik kerana harga akan meningkat,” katanya.

Harga lebih tinggi amat dialu-alukan industri insurans Eropah yang dihimpit dengan kadar faedah rendah dan kemelesetan di beberapa pasaran utama.

Maklumat lanjut: BH Online

Monday, December 24, 2012

Lambakan Duku Di Terengganu

11 Safar 1434

KUALA TERENGGANU, 24 Disember 2012- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membeli 15 tan metrik buah duku bernilai lebih RM20,000 bagi mengelak lambakan buah-buahan di negeri ini.

Pengarah Fama negeri, Hasan Jusoh berkata selain itu pihaknya juga membeli buah durian yang sedang gugur di negeri ini dalam usaha menambah pendapatan para pekebun tempatan.

"Kita beli buah-buahan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan buah-buahan itu tidak mengalami lambakan seperti empat tahun lepas yang menyaksikan sehingga buah tersebut hitam tidak dimakan," katanya kepada Bernama.

Maklumat lanjut: BERNAMA


PruBSN Dinobatkan Sebagai Pengusaha Takaful Terbaik Asia

11 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2012- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) dinamakan sebagai Pengusaha Takaful Terbaik (Asia) pada Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam 2012 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif, Azim Mithani, berkata PruBSN memenangi anugerah itu berdasarkan prestasi kewangannya yang kukuh dan inovasi produk.

"Kami terus memberikan tumpuan kepada usaha membina profesionalisme, kepada perkhidmatan pelanggan dan inovasi produk, dan pada masa yang sama meneroka saluran-saluran pengedaran alternatif, serta giat memanfaatkan kemajuan pesat teknologi sebagai pemacu pertumbuhan baharu," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kerajaan Perlu Kaji Semula Larangan Kod Potongan Gaji Ke Atas Bank

10 Safar 1434

Kerajaan seharusnya membuat penelitian sebelum mengekalkan larangan kod potongan gaji ke atas pihak bank dan hanya memberikan kod berkenaan kepada koperasi. Tindakan ini seolah-olah memaksa rakyat menjadi ahli koperasi sekiranya hendak membuat pinjaman. Ini kerana sesetengah bank hanya akan meluluskan pinjaman sekiranya pembayaran dibuat menerusi potongan gaji.

Penulis berpendapat demikian kerana, pelaburan dan menjadi ahli koperasi mempunyai risiko yang tersendiri. Kebanyakan koperasi memperkenalkan skim pinjaman berjamin.Yang menjadi masalahnya di suasana persekitaran tempat kerja, jika ada sahaja rakan-rakan yang tahu kita menjadi ahli koperasi, kita akan secara automatiknya menjadi sasaran menjadi penjamin. Jika enggan, mulalah hubungan kita dikalangan rakan sekerja akan terjejas.

Jika kod berkenaan diberikan kepada bank, rata-rata bank sekarang memperkenalkan pinjaman tanpa penjamin. Maka kita tak akan minta dijamin dan kita juga tidak akan menjadi penjamin. Maka dengan itu, kerajaan perlu mengkaji semula larangan kod potongan gaji keatas bank untuk kepentingan rakyat.

Wallahualam

Bank Tidak Akan Diberi Kod Potongan Gaji

10 Safar 1434

KUALA LUMPUR 20 Disember 2012. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan bahawa institusi perbankan negara tidak akan diberi kod potongan gaji.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya kod potongan gaji itu akan kekal kepada koperasi sahaja.

Menurut beliau, kod potongan gaji itu dipertahankan bagi membolehkan koperasi meneruskan kelangsungan operasinya.

Kalau bank-bank hendak juga kod potongan gaji, apa yang koperasi ada untuk perniagaan mereka.

Lagipun, tidak sesuai bank yang boleh diumpamakan seperti kontraktor kelas A mahu mengambil kontrak kontraktor kelas F," katanya.

Maklumat lanjut: Utusan Online

Habib Jewel Cuci Gudang

10 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2012- Hari terbuka jualan "cuci Gudang" Habib Jewel Sdn Bhd di ibu pejabatnya di Ampang di sini, menarik 1,000 pengunjung.

Pengurus Besarnya Mohd Zaruddin Mahmud berkata jualan penghabisan stok selama lima hari ini diadakan secara eksklusif di ibu pejabat dan di bilik pameran di Alor Setar.

Maklumat lanjut:BERNAMA


Sunday, December 23, 2012

RISDA Bayar Dividen RM300 Juta Tahun Ini

9 Safar 1434

 KUALA LUMPUR, 21 Disember , 2012- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yakin dapat mengekalkan pembayaran dividen pada kadar RM300 juta pada tahun ini.

Ketua Pengarah Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata ini disokong produktiviti Risda yang kukuh, di tengah-tengah ketidakstabilan harga getah dan sawit.

Pada tahun lepas, pihak Risda membayar RM315 juta kepada peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK), seluruh Malaysia.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Kegiatan M&A Asia-Pasifik Susut 9.4 Peratus Kepada US$529.4 Bilion

9 Safar 1434

SINGAPURA, 21 Disember 2012- Kegiatan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) keseluruhan yang diumumkan dan yang melibatkan Asia-Pasifik (tidak termasuk Jepun) tahun ini menjadi perlahan dengan nilai urus niaga berjumlah US$529.4 bilion, susut 9.4 peratus daripada 2011.

Dalam Semakan Awal M&A Asia Pasifiknya bagi 2012, Thomson Reuters berkata ini merupakan tempoh tahunan paling rendah sejak 2009 apabila jumlahnya berkurangan kepada US$373.2 bilion.

Ia berkata bilangan urus niaga susut 13.9 peratus kepada 9,810 dan mencatatkan kegiatan M&A paling lembap sejak 2005 (9,216 urus niaga diumumkan).

Jumlah M&A suku keempat tahun ini bernilai US$129 bilion, turun 18 peratus daripada suku ketiga 2012, tetapi meningkat 6.5 peratus daripada suku keempat tahun lepas.

Kegiatan M&A Asia Pasifik yang selesai bernilai US$351 bilion setakat ini, turun 34.4 peratus selepas menyaksikan tempoh yang kukuh pada 2011 (US$534.8 bilion) apabila bilangan kegiatan yang selesai susut 17.8 peratus kepada 5,740 -- jumlah kegiatan paling rendah sejak 2003 (5,168 urus niaga).

Laporan itu berkata di kalangan rantau kecil dalam Asia Pasifik, kegiatan M&A Asia Tenggara mencatatkan pertumbuhan terbesar dengan peningkatan 36.6 peratus kepada US$97 bilion berbanding tahun lepas.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Thursday, December 20, 2012

XOX Nafi Laporan Syed Mokhtar Ambil Alih

7 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2012- XOX Bhd, pengendali rangkaian maya mudah alih yang disenaraikan di Pasaran ACE menafikan laporan pengambilalihan oleh ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata syarikat tidak menerima sebarang notis pengambilalihan daripada Syed Mokhtar.

"Kami tidak mengetahui sebagai tawaran pengambilalihan sebagaimana dilaporkan dalam akhbar harian perniagaan pada Khamis," katanya.

Menurut laporan berkenaan, XOX merupakan sasaran pengambilalihan oleh ahli perniagaan itu dan sebarang langkah terhadap XOX, yang mempunyai kira-kira 500,000 pelanggan, akan berlaku seawal bulan depan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Prudential Assurance Yakin Lepasi RM1 Bilion Premium Perniagaan Baharu

6 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2012- Prudential Assurance Malaysia Bhd optimistik dapat mencatatkan lebih RM1 bilion dalam bersamaan premium tahunan daripada perniagaan baharu menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Philip Seah berkata syarikat mencatatkan premium perniagaan baru yang terdiri daripada jualan insurans hayat dan sumbangan takaful sebanyak RM1.107 bilion tahun lepas.

Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, syarikat mencatatkan RM721 juta dalam premium perniagaan baru, katanya pada taklimat media di sini Khamis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tiada Niat Kelirukan Penumpang Dalam Penetapan Harga Laman Web AirAsia

6 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2012- AirAsia X berkata ia tiada niat sama sekali untuk mengelirukan para penumpang dari segi penetapan harga dalam laman sesawangnya walaupun syarikat penerbangan itu telah didenda oleh Mahkamah Persekutuan di Melbourne baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Azran Osman-Rani berkata denda sebanyak A$200,000 telah dikenakan berbanding dengan antara A$520,000 hingga A$650,000 oleh Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) mencerminkan penerimaan mahkamah yang AirAsia tidak berniat mengelirukan sesiapa.

"Penghakiman mahkamah dalam perkara ini membayangkan yang tiadanya sebarang hasrat untuk mengelirukan pada bila-bila masa dan tiada pengguna merasa terpedaya atau mengalami sebarang kerugian kewangan berikutan kelalaian ini dan AirAsia telah memberikan kerjasama yang sewajarnya.

"Selain daripada itu, AirAsia juga telah memudahkan kelancaran perbicaraan," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

2013 Tahun Yang Menarik Bagi Sektor Telekomunikasi

6 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2012 - Tahun 2013 bakal menjadi tahun yang menarik dan penting bagi sektor telekomunikasi apabila teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE) 4G generasi baharu meraih momentum, kata Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1), Michael Lai.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Lai berkata 2013 akan menyaksikan pergerakan cergas bagi peranti, rangkaian dan aplikasi LTE 4G, apabila pengendali telekomunikasi mula menerima pakai teknologi itu.

"Di samping itu, peranti pintar pengupayaan 4G akan memasuki pasaran mulai enam bulan kedua 2013 dan skrin kecil akan terus mendominasi ruang jalur lebar mudah alih," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Beras Pula Dijadikan Skim Pelaburan?

6 Safar 1434


Kuching: Pelabur skim ‘Beras 1Malaysia’ semalam merayu supaya wang pelaburan mereka dipulangkan.

Seorang pelabur, Poten Medew, 60, merayu syarikat Dynamic Wira Marketing Sdn Bhd mengembalikan wangnya serta pelabur lain kerana mereka mengeluarkan semua wang yang disimpan sejak berpuluh tahun untuk melabur di dalam skim itu.  “Saya cuma mahu wang yang dikumpul sejak mula bekerja dikembalikan.
“Janganlah menganiaya kami hanya disebabkan kami orang kampung dan tidak berpendidikan tinggi,” katanya kepada pemberita dengan nada sedih ketika ditemui di Kuching, semalam.

Poten yang mengusahakan kedai runcit dan kebun getah melabur semua wang simpanan berjumlah RM836,000, manakala anaknya, Tito Ball, 33, melabur RM334,420 dalam syarikat yang berpejabat di Batu 10, Siburan di sini.

Beliau adalah antara 12 pelabur yang membuat laporan Bank Negara Malaysia (BNM) Kuching, semalam, bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dalang skim berkenaan.

Mereka yang hadir ke BNM seawal jam 8 pagi membuat laporan dan memberi kenyataan secara berkumpulan sebelum diberi taklimat oleh pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai tindakan yang boleh diambil mereka.

Akhbar semalam melaporkan kira-kira 100 pelabur skim ‘Beras 1Malaysia’ kerugian lebih RM10 juta selepas terpedaya dengan syarikat pelaburan tidak berlesen sejak Mei lalu.

Maklumat lanjut : BH Online

Undang-undang Baharu Perbankan Islam Dan Takaful Di Peringkat Akhir Proses Enakmen

6 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2012- Rangka kerja undang-undang baharu bagi perbankan Islam dan takaful kini di peringkat akhir proses enakmen, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Rabu.

Beliau berkata undang-undang baharu itu bertujuan untuk menggalakkan kepastian terhadap layanan undang-undang dan kawal selia urus niaga kewangan Islam dengan menyediakan pengiktirafan undang-undang kepada keperluan kontrak selaras dengan Syariah.

"Ini menyediakan persekitaran undang-undang menyeluruh di mana di bawahnya aktiviti perkongsian keuntungan dan risiko yang efektif boleh dilaksanakan, merangkumi semua aspek urus niaga kewangan Islam," katanya pada Siri Syarahan Serantau Bank Pembangunan Islam mengenai Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam di Jakarta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, December 19, 2012

TNB Akan Labur RM9.7 Bilion Untuk Bina Kapasiti Baharu

5 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2012- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melabur RM9.7 bilion sepanjang lima tahun akan datang untuk membina kapasiti baharu untuk menampung permintaan tenaga elektrik negara, yang dijangka akan tumbuh antara 3.5-4.6 peratus.

Syarikat utiliti kebangsaan itu kini membina dua projek elektrik hidro di Hulu Terengganu (Terengganu) dan Ulu Jelai (Pahang) dan stesen jana kuasa berkuasa arang batu di Manjung (Perak).


Ia juga kini membina sebuah stesen jana kuasa biojisim di Jengka, Pahang dalam satu kerjasama dengan Felda Global Ventures Holdings Bhd.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Malaysia Airlines Tidak Tergesa-gesa Untuk Terbitkan Tranche Ketiga Sukuk

5 Safar 1434


NEW DELHI, 18 Disember 2012- Malaysia Airlines (MAS) tidak tergesa-gesa untuk menerbitkan tranche ketiga program sukuknya, kata pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof.

"Kami tidak memerlukan pembiayaan itu sekarang," katanya ketika lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ke fasiliti penyenggaraan, pembaikan dan rombak rawat MAS-GMR Aerospace Engineering Company Ltd di Hyderabad, India.

Rancangan pemulihan sedang berlangsung dan berjalan lancar.

"Kami akan melakukannya apabila diperlukan," katanya apabila ditanya bila MAS akan menerbitkan sukuk sekali lagi.

MAS telah menerbitkan Program Sukuk Junior Kekal RM2.5 bilion dan tranche pertama sukuk RM1.0 bilion itu dilanggan sepenuhnya oleh Retirement Fund Incorporated.

Sukuk itu, yang merupakan tunggak utama rancangan pembiayaan syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan asas modalnya, dikendalikan oleh Maybank Investment Bank Bhd.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Jualan iPhone 5 Mencatatkan 2.0 Juta Jualan Di China Selepas 3 Hari Dilancarkan

5 Safar 1434

BEIJING, 18 Disember 2012- Lebih 2.0 juta unit iPhone 5 Apple Inc dijual dalam tempoh hanya tiga hari selepas dilancarkan pada Jumaat di China.

"Respon pelanggan terhadap iPhone 5 di China sangat menakjubkan, dengan mencatatkan rekod baharu pada jualan hujung minggu di negara ini."

"China adalah pasaran sangat penting bagi kami dan pelanggan tidak boleh menunggu untuk mendapatkan produk Aplet," demikian menurut Agensi Berita Xilena yang memetik Ketua Pegawai Eksekutif Aplet Tim Cocok sebagai berkata.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pembiayaan Kasar Bank Muamalat Melepasi Paras RM10 Bilion

5 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2012 - Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) mencatatkan pembiayaan kasar RM10.1 bilion bagi tempoh separuh pertama berakhir 30 Sept, 2012.

Pencapaian itu mencatatkan sejarah tersendiri bank itu dan bersamaan dengan pertumbuhan tahun ke tahun 24.9 peratus.

Keuntungan pracukainya semasa separuh pertama itu dicatatkan RM120.2 juta, iaitu hampir mencecah prestasi tahun penuh 2011/2012 berakhir Mac yang sebanyak RM123.5 juta, berikutan peningkatan sumbangan dari pendapatan operasi lebih besar dan peningkatan berterusan kutipan dan kutipan balik, kata Bank Muamalat dalam satu kenyataan.

"Portfolio pelanggan kami meningkat lebih pantas daripada jangkaan walau pun berada di dalam pasaran yang kompetitif.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, December 18, 2012

Maybank Sasar 5 Pusat Perbankan Peribadi, 8 Ruang Menunggu Baharu Tahun Depan

4 Safar 1434


KUALA LUMPUR, 17 Disember 2012- Malayan Banking Bhd (Maybank) telah merangka pelan untuk mengukuhkan segmen Perbankan Mewah dan Nilai Tinggi, dengan cadangan pelancaran lima Pusat Perbankan Peribadi baharu dan lapan ruang menunggu baharu pada 2013.

 Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Lim Hong Tat, berkata bank itu akan mengembangkan jaringannya kepada sekurang-kurangnya 34 Pusat Perbankan Peribadi dan 35 Lounge atau Ruang Menunggu Perbankan Peribadi (ruang menunggu ini berada di dalam cawangan Maybank biasa), yang akan terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia untuk menampung permintaan bagi perkhidmatan perbankan peribadi.

 Lima pusat baharu itu dijangka dibina di Kepong, Kajang, Seremban, Desa Damai dan Sungai Petani, sementara ruang menunggu baharu itu, di seluruh negara.

 Lim berkata bank itu telah mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam segmen pasaran ini dengan purata kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 16 peratus pada jumlah aset kewangan sepanjang tempoh lima tahun lepas.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, December 17, 2012

Khazanah Jual Pegangan Dalam Time Engineering

4 Safar 1434

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2012- Khazanah Nasional Bhd bercadang untuk melupuskan keseluruhan kepentingan ekuiti, kira-kira 45 peratus dalam Time Engineering Bhd, melalui proses tender, kepada seorang usahawan Bumiputera yang berkelayakan.

Dalam satu kenyataan Isnin, Khazanah berkata cadangan penjualan Time Engineering berkenaan merupakan sebahagian daripada usahanya untuk membantu kerajaan dalam menggalakkan keusahawanan dan meningkatkan ekuiti Bumiputera.

Time Engineering, yang menyediakan penyelesaian bagi e-dagang, keselamatan siber dan infrastruktur pintar bersepadu, disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

"Time Engineering telah dipilih untuk proses penjualan ini kerana ia boleh menawarkan peluang untuk pihak yang memperoleh memanfaat kepakaran Time Engineering dan mengambil bahagian dalam lanjutan potensi konsesi dengan kerajaan yang akan tamat pada 2014.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, December 14, 2012

Bank Muamalat Catat Untung Pracukai Lebih Rendah Sebanyak RM120.2 Juta Bagi Separuh Pertama

30 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 14 Disember 2012- Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM120.2 juta bagi tempoh separuh pertama berakhir 30 Sept, 2012, berbanding RM123.5 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Dalam kenyataan Jumaat, bank itu berkata pendapatan bersih meningkat 19.2 peratus kepada RM496.4 juta berbanding tempoh yang sama sebelumnya, didokong oleh pendapatan pembiayaan yang lebih tinggi.

Jumlah aset BMMB meningkat kepada RM18.2 bilion pada akhir September 2012, meningkat hampir 19 peratus berbanding setahun lepas.

Maklumat lanjut: BERNAMA

MARC Sahkan Semula Penarafan Institusi Kewangan CIMB Islamic Pada 'AAA/MARC-1'

30 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 14 Disember 2012- Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah mengesahkan semula penarafan institusi kewangan (FI) CIMB Islamic Bank Bhd pada 'AAA/MARC-1' dan turut mengesahkan semula penarafan Program Sukuk Junior Tier 2 CIMB Islamic pada 'AA+IS'.

Dalam satu nota pada Jumaat, MARC berkata Sukuk Junior CIMB Islamic ditarafkan ditarafkan satu mata lebih rendah daripada penarafan institusi kewangan jangka panjangnya berikutan subordinasi Sukuk Junior itu kepada deposit bank dan lain-lain hutang tidak bercagar.

Unjuran kadar jangka panjang adalah stabil, katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Takaful Malaysia Isytihar Dividen Sementara Kedua Sebanyak 10 Peratus

30 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 14 Disember 2012- Takaful Malaysia pada Jumaat mengisytiharkan dividen sementara tier tunggal kedua sebanyak 10 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012, menjadikan keseluruhan dividen yang diisytiharkan berjumlah 25 peratus.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat itu berkata ini bersamaan dengan hasil dividen sebanyak 4.62 peratus berdasarkan harga penutupan sahamnya pada RM5.41 setakat 13 Dis, 2012.

Jumlah dividen sementara itu merupakan nisbah pembayaran sebanyak kira-kira 60 peratus daripada keuntungan bersih yang dijana bagi tempoh berakhir 30 Sept, 2012.

Pengisytiharan dividen itu adalah susulan pengumuman keputusan suku ketiga kumpulan itu baru-baru ini yang mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan zakat sebanyak 55 peratus kepada RM67.4 juta, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Maklumat lanjut:BERNAMA

KWSP Catat Pertumbuhan Pendapatan 66 Peratus

30 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 13 Disember 2012- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Khamis mengumumkan peningkatan pendapatan portfolio pinjaman dan bon sebanyak 66 peratus kepada RM3.06 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding RM1.85 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan daripada pelaburan bagi suku berkenaan bertambah 3.24 peratus kepada RM7.02 bilion daripada lebih RM6.8 bilion tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata pinjaman dan bon menjana pulangan 'one-off' (tidak berulang) yang luar biasa ekoran beberapa transaksi taktikal pasaran modal, sekali gus mengatasi portfolio-portfolio lain dalam tempoh yang sama.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pelaburan Emas:Maybank Beri Ganjaran RM50,000 Seorang Kepada Dua Pelanggan

30 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2012- Malayan Banking Bhd (Maybank) baru-baru ini memberi ganjaran kepada dua pelanggan, masing-masing sebanyak RM50,000 dalam Akaun Pelaburan Emas Maybank (MGIA), yang merupakan pemenang bertuah dalam fasa pertama kempen "Path to Gold" yang berakhir pada 30 Sept.

Lempen itu dimulakan pada Ogos, berakhir pada Disember 2012.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pembangunan Pesat Sektor e-dagang Dijangka Berterusan

30 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2012- Rakuten, Inc, syarikat perkhidmatan Internet utama, menjangka pembangunan pesat sektor e-dagang berterusan, dipacu oleh usaha peruncit dalam talian untuk menyediakan sentuhan peribadi, dagangan yang teratur dan meningkatkan integrasi mudah alih pada 2013.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping Masaya Ueno dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 12 bulan lepas, ia menyaksikan dagangan runcit dalam talian meningkat dengan pesat, beralih daripada urus niaga berasaskan harga kepada pengalaman membeli belah berjenama dan lebih mewah.

"Pada tahun depan, kami menjangka menyaksikan lebih banyak integrasi, menerusi penggunaan aplikasi, kod Quick Response (QR) dan peningkatan pengalaman realiti dan peralihan dalam perkakas pembayaran yang tersedia," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Peraturan Mungkin Jejas Kestabilan Margin Penginsurans Malaysia

30 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2012- Kestabilan pendapatan sektor insurans dan takaful Malaysia mungkin terjejas berikutan inisiatif kawal aturan selain turun naik pasaran modal semasa, kata Fitch Ratings.

"Namun sektor itu sebaliknya, akan terus disokong oleh pertumbuhan pasaran dan pengurusan modal yang kukuh berasaskan unjurannya yang stabil," katanya dalam satu kenyataan.

Firma kajian itu berkata hasrat pengawal atur untuk menghapuskan modal syarikat insurans ke atas kos pengambilalihan dan struktur harga tarif kebakaran, boleh menjejaskan kestabilan margin operasi syarikat.

"Cadangan pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi juga boleh mengubah suai amalan peniagaan syarikat insurans, yang mungkin menjurus kepada kos pematuhan yang lebih tinggi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Panasonic Memulakan Pengeluaran Di Kilang Modul Solar Baharu Di Malaysia

30 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2012- Panasonic Corporation memulakan pengeluaran pada Khamis di kemudahan pengeluaran modul solar yang baru dibangunkan di Malaysia.

Menerusi keupayaan pengeluaran tahunan sebanyak 300 MW, kilang di Kulim Hi-Tech Park di Kedah itu akan mengeluarkan Heterojunction dengan lapisan modul solar "Intrinsic Thin" (HIT), yang menawarkan kecekapan peralihan tahap tertinggi di dunia.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kemudahan pengeluaran baharu itu akan membantu Panasonic memenuhi permintaan tinggi ke atas solar di Jepun dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan kos.

Pasaran solar dunia dijangka berkembang berikutan meningkatnya kesedaran serta pengenalan langkah-langkah rangsangan seperti tarif galakan dan subsidi di beberapa negara, termasuk Jepun.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, December 13, 2012

TM Bekerjasama Dengan JPK Untuk Bangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan

29 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang akan menggariskan keperluan kecekapan dalam sesuatu pekerjaan.

Gambar: Utusan Online
Standard ini adalah satu dokumen yang menetapkan paras kompetensi yang diperlukan daripada pekerja mahir yang digaji di Malaysia dalam dagangan spesifik.

Pengerusi Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata industri ini perlu menangani masalah pemadanan kemahiran dan menekankan kemahiran teras seperti kerja kumpulan, penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif.

"Kami akan bekerjasama untuk mencipta tadbir urus yang diharapkan untuk membendung masalah itu terutamanya daripada perspektif telekomunikasi dan ICT," katanya selepas majlis pemeteraian perjanjian antara TM dan JPK di sini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, December 12, 2012

Proton Guna Enjin Petronas

28 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2012- Proton Holdings Bhd telah mengambil alih kesemua teknologi dan pengetahuan enjin yang dibangunkan oleh Petronas sejak 1997 melalui cabang pengkomersilisasian teknologinya, Petronas Technology Ventures Sdn Bhd, pada harga RM63 juta.

Pengerusi Proton Datuk Seri Khamil Jamil berkata pengeluar kereta negara itu akan memiliki enjin 2.0L yang menggunakan kuasa turbo yang lebih berkuasa tetapi cekap fuel serta versi berkuasa turbo 2.2L bagi melengkapi enjin Campro sedia ada.

"Proton dan Petronas telah mengambil daya usaha penerokaan teknologi enjin pada 1996. Jadi, kini tiba masanya untuk mengambil alih dari Petronas, selepas syarikat itu memutuskan untuk menarik diri sepenuhnya dari aktiviti pembangunan enjin pada 2010."

Maklumat lanjut: BERNAMA

Perkhidmatan Jalur Lebar 4G Harus Pada Kadar Berpatutan Untuk Pengguna

28 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 11 Disember 2012- Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berharap kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam pembangunan dan permulaan Perkhidmatan 4G.

Pengerusinya, Mahfuzah Azahari dalam menggesa pembekal perkhidmatan memulakan perkhidmatan 4G segera, berkata kelajuan Internet mudah alih yang lebih tinggi juga perlu pada kadar yang berpatutan dan boleh dicapai oleh semua rakyat Malaysia.

"Pembekal perkhidmatan patut menimbangkan skala ekonomi yang lebih besar dan menyediakan perkhidmatan itu untuk seluruh negara.

Maklumat lanjut: BERNAMA

F&N Lancar myCola Di Sabah, Sarawak

28 Muharram 1434


KOTA KINABALU, 11 Disember 2012- Pengguna di Sabah dan Sarawak adalah yang pertama menikmati myCola, minuman berkarbonat terbaharu F&N, dalam pek tin bersaiz 325ml dan botol 1.5L, apabila syarikat itu melancarkan produk baharu itu di sini pada Selasa.

Bercakap pada pelancaran itu, Lau Cheng Yew, Penolong Pengurus Besar Perdagangan Am di F & N Beverages Marketing Sdn Bhd, berkata ini mencerminkan penghargaan syarikat terhadap sokongan berterusan dan kesetiaan jenama pengguna.

"Walaupun pelancaran myCola di Sabah dan Sarawak adalah keputusan strategik perniagaan untuk mengembangkan portfolio minuman berkarbonat kami di wilayah ini, ini juga adalah cara kami untuk menyatakan "terima kasih" kepada pelanggan kami di sini yang telah sangat menyokong semua produk kami," katanya.

Lau berkata myCola menawarkan rasa cola yang rendah gula dan gas.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Maxis Peruntukkan Setengah Bilion Untuk Aktifkan Perkhidmatan 4G LTE

28 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 11 Disember 2012- Maxis Bhd telah memperuntukkan setengah bilion ringgit sepanjang tiga tahun depan untuk mengaktifkan perkhidmatan 4G Long Term Evolution (LTE) sebagai sebahagian daripada pelaburan jaringan berterusan.

Perkhidmatan Maxis 4G LTE akan menawarkan kelajuan lebih 10 kali ganda daripada 3G dan akan seiring dengan jaringan 3G sedia ada.

"Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama Malaysia yang akan menyelesaikan percubaan luar menyeluruh LTE," kata ketua pegawai eksekutif Sandip Das dalam satu kenyataan Selasa.

"Kami telah membuat percubaan 4G LTE selama dua tahun dan menjalankan ujian LTE yang meluas dalam persekitaran jaringan sebenar menggunakan peranti komersil untuk memastikan pengguna boleh menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lancar di mana sahaja mereka berada.

"Kini kami bersedia untuk melancarkan perkhidmatan 4G LTE di Malaysia dan teruja untuk melancarkan jaringan ini di pelbagai bahagian negara sepanjang beberapa tahun akan datang," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, December 11, 2012

Proses Sembilan Tahun Bagi Denominasi Semula Rupiah Bermula Tahun Depan

27 Muharram 1434


JAKARTA, 10 Disember 2012-- Proses denominasi semula mata wang Indonesia, yang bertujuan mempermudah urus niaga melibatkan wang dengan menurunkan nilai nominal, dijadualkan selama sembilan tahun, mulai tahun depan.

Denominasi semula ini berkemungkinan besar melibatkan penghapusan tiga sifar dalam Rupiah, dengan membahagikan nilai nominal rupiah dengan 1,000.

Ketua Pengarah Perbendaharaan Kementerian Kewangan Indonesia, Agus Suprijanto, berkata denominasi semula ini akan selesai pada 2022, dengan syarat Parlimen meluluskan Undang-undang Denominasi Semula.

Kerajaan akan mula mencetak wang kertas baharu itu pada pertengahan tahun depan dan mengedarkannya mulai 2014, di samping wang kertas lama - tetapi dengan teks yang berbeza hingga 2018, kata Agus seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Inggeris, Jakarta Globe, pada Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kawasan Baharu PM307 Ada Minyak Berada Dalam Perairan Terengganu

27 Muharram 1434


KUALA TERENGGANU, 10 Disember 2012- Kawasan medan minyak yang baru di Blok PM307 Bertam di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang adalah milik Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan dan setakat ini jawapan rasmi masih belum diperoleh.

"Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Positif Dengan Rancangan Agihan Saham Time Dotcom

27 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 10 Disember 2012- Syarikat-syarikat penyelidikan amat yakin dengan cadangan Time dotCom Bhd (TDC) untuk mengagihkan sehingga 137.5 juta saham DiGi.com Bhd kepada para pemegang sahamnya.

Dalam nota penyelidikan Isnin, OSK Research Sdn Bhd berkata cadangan itu bijak untuk bahagian TDC dalam memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya tanpa dicukaikan untuk pengagihan 1.8 peratus kepentingannya (137.5 juta saham) dalam DiGi.

Maklumat lanjut:BERNAMA

IBFIM Akan Terus Bekal 30 Peratus Tenaga Kerja Kewangan Islam Malaysia

27 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 10 Disember 2012- Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) menyasarkan untuk membekalkan purata tahunan 30 peratus tenaga kerja industri kewangan Islam Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Adnan Alias berkata institut itu akan menjalin lebih banyak perkongsian dengan badan-badan seperti melalui memorandum persefahaman (MoA) yang ditandatangani dengan Universiti Pengurusan dan Keusahawanan Binary.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, December 10, 2012

Industri Kewangan Islam Malaysia Perlukan 35,000 Pekerja Berbakat Menjelang 2030

26 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 8 Disember 2012 - Malaysia memerlukan 35,000 bakat kewangan Islam menjelang 2030 untuk menampung pertumbuhan pesat industri ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IBFIM), Datuk Dr Adnan Alias.

Beliau berkata institut itu merancang untuk menyediakan latihan kewangan Islam untuk menampung keperluan industri yang semakin meningkat.

"IBFIM berbangga melihat sambutan hebat terhadap kelayakan bertauliah dalam kewangan Islam dan program-program pensijilan khusus serta tahap bakat yang tinggi seperti yang dapat dilihat daripada keputusan penilaian program yang baik," katanya dalam ucapannya pada upacara penyampaian sijil sulung IBFIM.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, December 8, 2012

TM, Petronas Management Training Meterai Perjanjian Untuk Memperkasa Modal Insan

24 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Petronas Management Training Sdn Bhd, melalui Pusat Kepimpinan Petronas (PLC), menandatangani kerjasama tiga tahun untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam memperkasakan tenaga kerjanya. PLC adalah satu daripada dua institusi latihan yang dikendalikan Petronas Management Training, yang merupakan subsidiari pengurusan dan latihan teknikal Petronas.

Pengerusi TM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata kedua-dua pihak akan terus membincangkan mengenai program pembangunan tahun depan."Dari segi pelaburan, kedua-dua pihak sudah mempunyai kemudahan sendiri, seperti pusat latihan. Kita juga telah bersetuju untuk berkongsi sumber," katanya pada sidang akhbar di sini selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

Maklumat lanjut: BERNAMA

Rizab Bank Negara Berjumlah RM426.2 Bilion Pada 30 November 2012

24 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2012- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM426.2 bilion (US$139.1 bilion) pada 30 November 2012.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.3 bulan import tertangguh dan adalah 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Ia berkata rizab antarabangsa itu terdiri daripada rizab mata wang asing (US$125.8 bilion); rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$900 juta); Hak Pengeluaran Khas (SDR)(US$2 bilion); emas (US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (US$8.3 bilion).

Jumlah aset BNM, termasuk rizab antarabangsa, berjumlah RM474.59 bilion.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Penggiat Industri Halal Gesa Proses Pensijilan Lebih Cepat Dan Cekap

24 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2012- Penggiat industri Halal menggesa Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) supaya mempercepat proses pengeluaran sijil halal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selepas sesi dialog dengan penggiat industri hari ini, beliau berkata kementerian itu akan berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri dan Jakim tidak lama lagi bagi mewujudkan penyelesaian sama-sama menang untuk manfaat industri halal serta ekonomi secara keseluruhannya.

"Pada masa ini, teknologi dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk halal lazimnya berbeza mengikut pasaran dan negara sasaran. Ini tidak sama seperti dahulu yang hanya melibatkan bahan utama atau prosedur.

Maklumat lanjut: BERNAMA

KWAP Umum Kenaikan 21.9 Peratus Dalam Pendapatan Pelaburan Kasar Suku Ketiga

24 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2012- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) mengumumkan kenaikan 21.9 peratus dalam pendapatan pelaburan kasar syarikat kepada RM4.33 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2012, berbanding RM3.55 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama 2011.

Prestasi KWAP bagi tempoh tersebut menghasilkan pulangan kasar terhadap pelaburan sebanyak 5.25 peratus, katanya dalam satu kenyataan Jumaat. Selepas menggabungkan peruntukan elaun bagi pengurangan dalam nilai dan perbelanjaan mengurus, pendapatan bersih yang dicatatkan pada tempoh sama berjumlah RM4.31 bilion.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Promosi Perbaharui Lesen Perniagaan Di SSM

24 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2012 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihati peniaga kecil, penjaja dan pemilik perniagaan, supaya memperbaharui lesen pendaftaran perniagaan mereka sebelum 31 Disember.

"Bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan tahunan pendaftaran untuk pemilik tunggal dan perkongsian dikenakan sebanyak RM50 untuk tempoh pendaftaran selama lima tahun sekali gus, dan bayaran kompaun bagi pendaftaran lewat dan pembaharuan pendaftaran lewat dikurangkan sebanyak 50 peratus,".

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, December 7, 2012

Petronas Dialu-alukan Untuk Ke Mindanao

23 Muharram 1434


JOHOR BAHARU, 6 Disember 2012- Syarikat minyak kebangsaan, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dialu-alukan untuk kembali meneroka deposit minyak dan gas yang terdapat di Mindanao, sebaik sahaja isu pemilikan sumber asli, yang kini dibincangkan antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina diselesaikan.

Pengerusi MILF Al-Haj Murad Ebrahim berkata, Petronas adalah salah satu syarikat minyak dan gas yang ditimbangkan oleh MILF, sebaik sahaja Mindanao bersedia menggunakan sumber hidrokarbonnya.

Bercakap kepada Bernama dalam satu wawancara hari ini, beliau berkata Petronas telah mengukuhkan kedudukannya di wilayah Mindanao itu beberapa tahun lepas, melaksanakan kerja-kerja penerokaan peringkat awal di sana.

Petronas telah menjalinkan kerjasama dengan Philippines National Oil Company (PNOC) untuk mencari deposit minyak dan gas di beberapa blok berpotensi di negara itu, tanpa mencapai kejayaan ketara setakat ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Akta Perbankan Islam Dan Takaful Berkuatkuasa Tahun Depan

23 Muharram 1434


JOHOR BAHARU, 6 Disember 2012- Akta perbankan Islam dan Takaful baharu yang sedang melalui proses perundangan ke arah menjadikannya satu enakmen, akan berkuat kuasa tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Ia telah pun dibentangkan bagi bacaan pertama dan kedua di Parlimen, katanya, sambil menambah bahawa ia akan diberi nama Akta Perkhidmatan Kewangan Islam dan Akta Kewangan Islam dan Takaful.

"Buat masa ini industri ini tertakluk kepada Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam yang akan beroperasi ... kita jangkakan tahun depan," katanya kepada pemberita pada waktu sisi hari terakhir Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Kelapan, di sini pada Khamis.

Sebelum itu, dalam ucaptamanya, Zeti berkata rangka kerja undang-undang baharu itu bukan sahaja akan memperkemas keperluan perundangan dalam semua sektor malah juga akan memastikan undang-undang itu mencerminkan sifat dan ciri kontrak syariah.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LTE 4G Celcom Beoperasi Di Seluruh Malaysia Dalam 6 Bulan Akan Datang

23 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 6 Disember 2012- Celcom Axiata Bhd menyasarkan untuk melancarkan spektrum 4G di pusat-pusat pasaran seluruh Malaysia dalam tempoh enam bulan akan datang.

Sebagai permulaan, evolusi jangka panjang (LTE) 4G Celcom itu akan dilancarkan di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang dan koridor pertumbuhan Iskandar Malaysia, Johor, termasuk taman tema Legoland.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pelanggan-pelanggan kini boleh mengharapkan tahap pengalaman baharu, termasuk kelajuan data yang amat tinggi, pengimbasan dan daya hubung yang dipertingkatkan serta video berkualiti definisi tinggi pada semua peranti .

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kaji Benarkan Pencarum KWSP Guna Akaun Kedua Belanja Tunai Haji

23 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 6 Disember 2012- Lembaga Tabung Haji bersedia mengkaji untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan akaun kedua bagi perbelanjaan penuh menunaikan ibadah haji.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata bagaimanapun perkara itu perlu mendapat kelulusan KWSP.

"Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pencarum KWSP menggunakan sebahagian daripada akaun kedua iaitu berjumlah RM3,000 ringgit untuk tujuan menunaikan ibadah haji," katanya menerusi program 'Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini Khamis.

Ismee berkata, setakat ini Tabung Haji telah berjaya mengekalkan jumlah perbelanjaan dengan kos RM9,980 seorang jemaah, walaupun jumlah sebenarnya adalah RM15,150.

"Daripada jumlah itu, Tabung Haji menanggung RM5,170 bagi setiap jemaah. dan turut menanggung beberapa perkara lain, termasuk kursus haji," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, December 6, 2012

SKMM Beri 8 Syarikat Akses Kepada Spektrum 4G 2,600 Megahertz

22 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 5 Disember 2012- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membenarkan lapan syarikat mengakses jalur spektrum 2,600 megahertz (MHz), untuk membolehkan syarikat-syarikat itu menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G pada kelajuan melebihi 100 megabit sesaat (mbss).

Syarikat-syarikat itu ialah Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, Packet One Networks (M) Sdn Bhd, Puncak Semangat Sdn Bhd, REDtone Marketing Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communication Sdn Bhd.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, penyedia teknologi WiMAX dan spektrum 3G sedia ada boleh menggunakan peruntukan 2,600 MHz itu untuk memperluas dan meningkatkan kapasiti rangkaian jalur lebar mudah alih masing-masing untuk menampung permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Beliau berkata pengenalan peserta baharu bertujuan membawa ide dan inovasi baharu kepada pasaran manakala perkhidmatan rangkaian maya mudah alih borong 4G akan juga ditawarkan kepada penyedia perkhidmatan lain yang tidak diberikan akses kepada peruntukan itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Bangsamoro Berminat Belajar Daripada Malaysia Untuk Membangunkan Ekonominya

22 Muharram 1434


JOHOR BAHARU, 5 Disember 2012- Bangsamoro, yang menandatangani perjanjian rangka kerja keamanan pada Oktober tahun ini, berminat untuk belajar daripada Malaysia untuk pembangunan ekonominya sendiri.

Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Al-Haj Murad Ebrahim berkata mereka mahu belajar daripada pengalaman Malaysia dalam menangani dan membangunkan ekonomi tempatan serta politiknya.

"Jadi kami akan menghantar pasukan ekonomi ke Malaysia untuk belajar bagaimana negara ini telah membangun hingga keadaan sekarang dan kami akan mengguna pakai apa yang sesuai bagi kami," katanya dalam satu sidang media ketika berlangsungnya Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) di sini.

Selain itu, pelabur Malaysia juga dialu-alukan untuk melabur di bahagian selatan Mindanao itu, yang akan melihat lebih banyak penciptaan pekerjaan untuk rakyatnya.

Di kalangan bidang berpotensi adalah industri berasaskan teknologi, perkembangan berasaskan pertanian, perlombongan dan tenaga.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, December 4, 2012

Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap Majikan Dengan Lima Pekerja Atau Kurang Ditangguh

20 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 3 Disember 2012- Majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang diberi penangguhan dalam pelaksanaan skim gaji minimum untuk sektor swasta kepada 1 Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata majikan yang tergolong dalam kategori ini wajib memohon penundaan kepada Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN) sebelum atau pada 1 April 2013.

"Bagi majikan yang menggaji enam pekerja atau lebih, yang telahpun membuat permohonan penundaan kepada MPGN sebelum ini, keputusannya akan diumum selewat-lewatnya akhir bulan ini," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan RM100,000 untuk pembangunan semula Kuil Thirumurugan Aalaya Paribalana Sabai yang terletak berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kekecohan Genneva Gold: BNM & Agensi Cari Penyelesaian Lebih Cepat

20 Muharram 1434

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2012- Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi-agensi penguatkuasaan lain mengambil semua langkah perlu untuk mempercepatkan siasatan mengenai Genneva Malaysia Sdn Bhd untuk membantu penyelesaian perkara itu.


Dalam satu kenyataan bersama Isnin, BNM, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia berkata mereka telah menerima banyak rayuan daripada pihak berkaitan berkenaan Genneva Malaysia untuk melepaskan wang yang dibekukan (RM99.8 juta) dan emas yang disita (126 kilogram) yang disimpan sebagai bukti bagi kesalahan yang disyaki.

"Wang dan emas tersebut dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah," kata kenyataan itu.

Ia berkata, laporan awal perakaunan forensik telah menunjukkan kerugian besar yang dialami syarikat itu pada tahun 2012 dan syarikat tersebut mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pengenalan Teknologi Baharu MPOB Sumbang Nilai Komersil Lebih Luas Kepada Industri PKS

20 Muharram 1434


IPOH, 3 Disember 2012- Pengenalan dan promosi teknologi baharu kelapa sawit melalui platform seminar serta pameran anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setiap tahun dapat menyumbang nilai komersil yang lebih luas, terutama kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan komoditi itu.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Choo Yuen May berkata teknologi dan produk baharu serta perkhidmatan yang dipromosikan melalui platform seminar dan pameran turut menyumbang kepada keberkesanan operasi industri di sepanjang rantaian pengeluaran keseluruhan kelapa sawit.

"Usaha MPOB berjaya meningkatkan kadar teknologi komersil sehingga 30.7 peratus dengan 224 paten. Setakat ini MPOB mempamerkan dan menawarkan 527 teknologi dan 119 perkhidmatan berkaitan industri minyak sawit untuk dikomersilkan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, December 3, 2012

SapuraKencana Dan Petrofac Umumkan Pengeluaran Gas Dari Lapangan Berantai

19 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 2 Disember 2012- SapuraKencana Petroleum Bhd mengumumkan yang pengeluaran gas daripada lapangan Berantai, di luar pantai Semenanjung Malaysia, telah bermula pada 20 Okt.

Lapangan Berantai terletak 150km luar pesisir Terengganu, Malaysia, 10km ke selatan Lapangan Tapis dan 30km timur laut Lapangan Angsi, kata SapuraKencana dalam satu kenyataan.

Pembangunan ini terdiri daripada platform "wellhead" yang dihubungkan ke kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO), FPSO Berantai, katanya.

Gas dieksport menerusi saluran kabel laut dalam sepanjang 30km ke Lapangan Angsi yang dikendalikan oleh PETRONAS Carigali dan seterusnya ke grid gas Semenanjung Malaysia, katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Malaysia Airlines Tawar Tambang Hebat Akhir Tahun

19 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 2 Disember 2012- Malaysia Airlines menawarkan tambang udara yang menarik sepanjang Jualan Akhir Tahunnya - Year End Sale (YES) mulai 3 Dis, 2012 hingga 17 Dis, 2012 untuk perjalanan dari 5 Dis tahun ini sehingga 30 Sept tahun depan.

Ini merupakan peluang hebat untuk para pengembara memulakan perancangan awal untuk percutian dan perjalanan perniagaan 2013 mereka kerana YES Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun tambang udara kelas ekonomi sehingga 30 peratus daripada tambang pasaran semasa untuk pelbagai perjalanan domestik dan antarabangsa.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Menjana Pendapatan Dengan Buah Mulberi

19 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 2 Disember 2012- Mymorus Resources bakal mengkomersialkan penanaman mulberi dan mengajak orang ramai untuk menjadikan tumbuhan berkenaan sebagai punca menjana pendapatan.

Syarikat itu yang mempunyai ladang mulberi seluas 2.4 hektar (enam ekar) di Janda Baik, Pahang, menjalankan perniagaan menjual anak-anak pokok mulberi serta membekalkan peralatan tanaman khas untuk mulberi kepada mereka yang berminat.

Pengarahnya, Mohd Zulkifli Mohd Zainudin berkata yang pada masa ini harga pasaran buah mulberi untuk sekilogram ialah RM10.

"Pokok mulberi yang asalnya dari negara China ini tidak mengambil masa yang lama untuk berbuah. Selepas tiga bulan ia akan mengeluarkan hasil.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pertanian Bernilai Tinggi Tingkatkan Daya Saing

19 Muharram 1434

MELAKA, 1 Disember 2012- Pembangunan pertanian bernilai tinggi (HVA) dijangka dapat meningkatkan keuntungan dan daya saing negara dalam ekonomi dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Beliau berkata terdapatnya nilai tinggi dalam pelaburan HVA kerana dengan meningkatnya kualiti kehidupan rakyat seluruh dunia, maka, permintaan untuk pelbagai jenis makanan yang menyediakan khasiat dan nilai diet turut meningkat.

"Pembangunan tempatan HVA akan diberi fokus kepada industri bernilai tinggi termasuk sarang burung, ternakan, ternakan akua, herba dan rempah-ratus, buah-buahan mewah serta sayur-sayuran," kata beliau dalam ucap tamanya di Persidangan Pemimpin Transformasi Perniagaan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...