Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, March 29, 2014

TM Kuasai 57 Peratus P1

27 Jamadil Akhir 1435

Telekom Malaysia Berhad ("TM") telah  memeterai perjanjian bersama Green
Packet Berhad ("Green Packet") dan SK Telecom Co, Ltd ("SK Telecom") untuk bekerjasama
dalam pembangunan infrastruktur LTE generasi akan datang di Malaysia.Perjanjian ini  ini akan memperlihatkan TM muncul sebagai 57%  pemegang saham utama dalam Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1").



Perjanjian itu akan mewujudkan rangka kerja perkongsian bagi ketiga-tiga pihak untuk berkongsi dalam  pemilikan dan bekerjasama dalam pertumbuhan masa depan P1, pembekal WiMAX terkemuka di Malaysia. Pihak-pihak yang terlibat akan berusaha untuk memanfaatkan teknologi LTE untuk menyampaikan data yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai  serta perkhidmatan  yang merentasi kesesemua segmen pasaran.







Sunday, March 23, 2014

Umat Islam Perlu Tingkatkan Ekonomi, Kurangkan Berpolitik

21 Jamadil Awal 1434

Umat Islam perlu memburu peluang bagi meningkatkan tahap sosioekonomi umat dan perlu mengurangkan aktiviti berpolitik. Ianya dapat dilakukan dengan cara mempergunakan segala peluang yang ada sama ada di pasaran atau yang telah disediakan oleh dasar-dasar kerajaan sedia ada.

Kita akan terus ketinggalan jika separuh daripada masa kita dibazirkan kepada aktiviti-aktiviti yang tidak produktif, lebih-lebih lagi sebarang aktiviti yang boleh memecah belahkan umat. Sudah sampai masanya kita sama-sama bermuhasabah dan terus melangkah jauh ke hadapan untuk kemaslahatan umat Islam sejagat.

Wallahualam

Saturday, March 22, 2014

Cukai Pendapatan Individu Amat Membebankan

20 Jamadil Awal 1434

Baru-baru ini penulis sedang menyiapkan pengisytiharan cukai pendapatan individu melalui sistem online laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. Seperti biasa apabila dikira melalui sistem berkenaan, jumlah cukai yang dikenakan dilihat amat tinggi dan seolah-olah tidak berbaloi bekerja.

Walaupun pelepasan demi pelepasan dan rebat cuba diambil kira, namun kesan cukai terhadap pendapatan dilihat masih tinggi jika dibandingkan dengan hukuman zakat yang dikenakan ke atas umat Islam.Penulis berpendapat, sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian terhadap sistem zakat yang diwajibkan Allah S.W.T keatas umat Islam kerana kiraan jumlah zakat yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding dengan cukai ciptaan Manusia.

Jika bermasalah dengan pendapatan negara, sudah tiba masanya cara lain digunapakai bagi menampung perbelanjaan negara daripada hanya mengambil daripada rakyat jelata. Jika ini dapat dilakukan ini akan dapat meningkatkan tahap sosio ekonomi umat Islam.

Wallahualam

Saturday, March 1, 2014

BR1M 2.0: Bersyukurlah

29 RabiulAkhir 1434

Rakyat Malaysia tak kira pelbagai latar belakang yang mendapat imbuhan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M 2.0) perlu bersyukur dengan apa yang mereka terima. Ini adalah kerana ada ramai lagi di kalangan masyarakat yang terdiri daripada mereka yang tidak layak, tidak berpeluang menerima bantuan berkenaan.

Sama ada ianya memadai atau tidak, sama ada berbaloi atau sebaliknya, ianya adalah perkara yang kedua. Apa yang penting, terima dan ucapkanlah Alhamdulillah, syukur kepada Maha pencipta atas kurnianNya. Jika kita bersyukur, inshaAllah, akan datang lagi lebih banyak nikmat kepada kita.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...