Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, October 14, 2018

Sudah Sampai Masanya Cukai Dikenakan Ke Atas Pihak Yang Membuat Keuntungan Berlipat Ganda

4 Safar 1440H

Kerajaan digesa lebih memfokuskan ke atas pihak yang membuat keuntungan berlipat ganda dalam urusan perniagaan.Ini termasuklah transaksi kontra dalam jual beli saham, jual beli hartanah yang melebihi keperluan, melancong ke luar negara dan sebagainya yang melibatkan gaya hidup mewah.

Langkah ini dengan secara tidak langsung dapat menyekat aktiviti berbentuk spekulasi yang boleh menyebabkan ada pihak yang merasai kesan kesusahannya.Sebagai contoh, spekulasi dalam sektor hartanah boleh menyebabkan golongan miskin dan pertengahan sukar untuk memiliki hartanah mereka sendiri. Antara contoh lain, kerajaan perlu mengkaji bagaimana hendak mengenakan cukai ke atas google, facebook dan laman sosial lain yang membuat keuntungan perniagaan daripada rakyat Malaysia. Jika syarikat dan rakyat Malaysia, dikenakan cukai, kenapa mereka tidak?

Wallahualam

Tuesday, October 2, 2018

Pembaziran Boleh Jejaskan Pertumbuhan Ekonomi

22 Muharram 1440

Pembaziran yang berlaku di pelbagai peringkat masyarakat boleh menjejaskan pertumbuhan ekononi sesebuah negara.Ianya bermula daripada individu, keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya.

Sebagai contoh, jika kita hanya memerlukan 1 pinggan nasi, kenapa kita perlu masak hingga lebih daripada itu.Lebihan tersebut akan dibuang dan ianya merupakan pembaziran.Tak semena mena berlaku permintaan tinggi terhadap komoditi beras dan ianya menyebabkan harga beras dipasaran naik dan puncanya ialah daripada sikap pembaziran itu sendiri.

Oleh yang demikian sikap suka membazir ini perlu dididik untuk dikikiskan dari kalangan masyarakat kita.Di dalam Islam itu sendiri, bukankah sikap membazir itu amalan syaitan?

Wallahualam

Thursday, September 20, 2018

Tingkatkan Penggunaan Biodisel

11 Muharram 1440

Malaysia disaran agar meningkatkan penggunaan biodiesel bagi meningkatkan penggunaan minyak sawit yang sering diancam kempen negatif oleh negara negara eropah. Ini sekurang kurangnya dapat menstabilkan harga komoditi berkenaan.

Selain daripada itu ianya dapat mengurangkan kadar pencemaran udara akibat daripada penggunaan produk petroleum selama ini. Kadar subsidi petroleum juga dapat dukurangkan, memandangkan negara menggunakan lambakan minyak sawit sebagai salah satu sumber bahan api yang baharu.

Wallahualam

Tuesday, September 18, 2018

Telco Di Malaysia Diminta Bersaing Secara Sihat

9 Muharram 1440

Syarikat telekomunikasi di Malaysia diminta bersaing secara sihat dengan turut melabur membina rangkaian telekomunilasi dan tidak terlalu mendesak kerajaan untuk menurunkan sewa rangkaian yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi berkaitan kerajaan.Kononnya untuk memecah monopoli syarikat berkaitan kerajaan, sedangkan ianya milik rakyat Malaysia dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Sedangkan telco telco lain, dimiliki oleh para jutawan di dalam negara dan ada di antaranya juga dimiliki oleh pihak asing.Lebih memburukkan lagi ada yang berharap agar syarikat tenaga juga untuk membina rangkaian telekomunikasi untuk mereka, yang mana syarikat berkenaan sepatutnya perlu lebih fokus dalam menambah kecekapan sektor tenaga yang sering dinaikkan tarif dari tahun demi tahun. Sedangkan sektor telekomunikasi , tarifnya sentiasa diturunkan saban tahun.

Jika ada telco yang sanggup melabur di luar negara dan sanggup terdedah kepada risiko kerugian berbilion ringgit  baru baru ini, kenapa telco berkenaan amat berkira membuat pelaburan di negara sendiri? Ini seolah olah ibarat kita membiayai pelaburan di negara asing dan menyebabkan ringgit kita terus disedut keluar dan peluang pekerjaan rakyat Malaysia bakal terus terjejas. Tak hairanlah nilai ringgit kita tidak meningkat nilainya.

Kerajaan digesa agar bijak dalam melayan permintaan demi permintaan yang boleh merugikan kerajaan.Ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terbela.

Wallahualam

Penganalisis Perlu Lebih Memahami Dan Bertanggungjawab Dalam Memberikan Ulasan Atau Cadangan

8 Muharram 1440

Para penganalisis di pasaran disaran agar lebih memahami dan bertanggungjawab dalam mengulas, memberi komen dan memberikan cadangan dalam sesuatu isu terutama yang melibatkan sesuatu institusi, perniagaan atau masyarakat. Kegagalan memahami sesuatu isu atau melihat sesuatu isu dari segenap aspek akan memberikan kesan negatif kepada sebuah institusi atau perniagaan.

Niat mungkin baik, tetapi adakalanya apa yang kita kupas mungkin tidak baik dari sudut yang lain, lebih lebih lagi jika ianya dibuat tanpa melihat sesuatu isu secara lebih holistik. Natijahnya, jenama dan nama baik yang selama ini telah dibina oleh sesebuah perniagaan bakal musnah sekelip mata disebabkan tindakan kurang cermat segelintir para penganalisis.

Antara tindakan cermat yang boleh dilakukan ialah dengan tidak menamakan institusi tersebut dalam memberi komen , jika ianya bersifat kritikan melampau atau komen yang kurang enak, memadailah ianya dibuat secara umum. Jika ini dapat dilakukan ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan ketegangan di industri- industri, lebih lebih lagi kita sekarang berada di zaman sosial media .

Wallahualam

Saturday, September 15, 2018

Perbezaan Diantara SST dan GST

5 Muharram 1440

Terdapat perbezaan di antara cukai jualan dan perkidmatan(sales and service tax-SST) dan cukai barangan dan perkhidmatan(goods and services tax- GST). Perbezaan kedua dua istilah ini perlu difahami agar kita mendapat maklumat yang jelas dan boleh membuat pertimbangan yang wajar dalam menghadapi isu isu semasa  dan terkini di dalam negara.

Secara mudah SST adalah suatu sistem percukaian yang secara normalnya dikenakan pada satu  peringkat seperti pengeluar atau penyedia perkhidmatan sahaja pada kadar tertentu dan pada barangan atau perkhidmatan tertentu. Kadarnya adalah bergantung kepada kadar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Manakala bagi GST pula ia merujuk kepada sistem cukai yang dikenakan pada beberapa peringkat seperti pengeluar, penjual serta pengguna. Liputan sistem cukai ini dilihat lebih luas dan menyeluruh, namun masih ada item item yang mendapat pengecualian.Kadar yang dikenakan ialah bergantung kepada kerajaan atau negara.Sebagai contoh, angka yang popular di Malaysia adalah 6 peratus sebelum ianya ditukar kepada SST.

Penulis tidak bercadang membuat perbandingan kelemahan atau kelebihan kedua dua sistem cukai berkenaan.Ini disebabkan kerana, setiap sesuatu kelebihan bagi sesuatu pihak, sedikit sebanyak akan menghakis kelebihan pihak yang lain.Sebagai contoh kelebihan di antara pihak yang mengutip cukai dan pihak yang membayar cukai.

Wallahualam.

Friday, September 14, 2018

Usah Berkira Untuk Dapatkan Produk & Perkhidmatan Berkualiti

4 Muharram 1440

Para pengguna disaran agar tidak terlalu berkira jika ingin mendapatkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti kerana setiap produk dan perkhidmatan yang disediakan sudah tentunya memerlukan kos untuk menyediakannya.Agak sukar bagi penyedia untuk menjual pada harga yang amat rendah tetapi pada kualiti yang ditahap tinggi.

Jika adapun ianya bersifat sementara bagi membolehkan sesuatu penyedia memasuki pasaran atau bagi membunuh pesaing dan dalam jangka masa panjang harga akan dinaikkan juga. Lebih memburukkan lagi jika pengguna menggunakan kuasa politik bagi melayan karenah atau sikap mereka. Antara sektor yang dilihat  menjadi mangsa sekarang ini ialah sektor seperti telekomunikasi, utiliti seperti pembentungan , pendidikan dan lain lain.

Jika sikap seperti ini terus berterusan, dikhuatiri lama kelamaan sektor seperti ini akan kekurangan pelabur dan negara dikhuatiri akan ketinggalan dalam sektor berkenaan. Mentaliti untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan pada harga murah atau percuma perlu dikikis bagi memastikan ekonomi negara terus mampan dalam tempoh jangkamasa panjang.

Wallahualam

Tuesday, September 11, 2018

Belilah Barangan Keluaran Tempatan

1 Muharram 1440

Kerajaan dan rakyat disaran mengutamakan barangan tempatan bagi merancakkan semula perkembangan ekonomi domestik.Ini adalah kerana setiap sen yang dibelanjakan bakal dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Selain daripada itu, pergerakan wang  dari tangan ketangan rakyat akan bergerak lebih cepat dan ianya bakal memastikan kerancakan ekonomi sesebuah negara.Sebagai contoh, sektor kerajaan dan swasta perlu mengutamakan produk tempatan dalam pembelian kenderaan serta alat jentera, perlantikan juru perunding tempatan dan sebagainya.

Manakala rakyat pula perlu mengutamakan pembelian produk produk keluaran tempatan bagi menyokong kesinambungan industri domestik.Pihak kementerian berkenaan juga disaran agar untuk menggalakkan kempen penggunaan logo buatan Malaysia kembali bagi menjayakan hasrat ini.

Wallahualam

Tuesday, May 29, 2018

Malaysia Di Lihat Ke Arah Polisi Berdasarkan Kewangan Berbanding Polisi Fiskal

13 Ramadhan 1439

Malaysia dilihat sedang berubah ke arah penggunakan dasar kewangan(Monetary policy) berbanding penggunaan dasar fiskal(Fiscal Polisi) sebaik sahaja pembentukan kabinet awal kerajaan baru pasca pilihanraya umum ke 14 baru baru ini. Ianya merupakan perubahan drastik yang dilakukan oleh kerajan baru,yang mana dasar lebih  yang lebih mesra percukaian seperti perlaksanaan GST(Goods & Service Tax) akan diberikan kadar sifar bermula 1 Jun 2018 akan datang, serta kemudiannya dihapuskan.

Dasar kewangan kini dilihat mempu memacu semula ekonomi Malaysia ke arah yang lebih berdaya saing seperti mana yang pernah dikecapi pada zaman pemerintahan Tun Mahathir yang pertama. Dasar ini dilihat lebih rumit bagi pihak pemerintah, kerana ianya memerlukan kepakaran yang tinggi bagi menguruskannya. Namun begitu,  ianya dilihat akan melegakan rakyat kerana rakyat bakal dikurangkan daripada bebanan cukai yang terpaksa dibayar sebelum ini. Kejayaan dasar ini ini dilihat amat bergantung kepada kepakaran pihak yang berkenaan disamping sokongan yang perlu diterima oleh pelbagai pihak termasuk pelabur, peniaga serta rakyat jelata.

Wallahualam

Saturday, April 21, 2018

Ambil Kesempatan Era Digital Untuk Optimumkan Perbelanjaan

5 Syaaban 1439

Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu pada masa kini ini, setiap ringgit yang dibelanjakan adalah penting bagi memastikan manfaat yang diperolehi. Ini bagi memastikan setiap individu atau bagi yang berkeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sempurna. Harus diingat, tak semua perbelanjaan dapat dipotong. Namun begitu setiap perbelanjaan dapat dioptimumkan bagi meneruskan kehidupan harian dengan lebih sempurna.

Dalam mencapai tujuan tersebut, pendigitalan bagi setiap urusniaga harian dilihat dapat membantu. Di zaman digital ini, sudah banyak penyedia perkhidmatan dan penjualan barangan telah menyediakan platform digital seperti perbankan, peruncitan dan sebagainya. Bahkan ada penyedia perkhidmatan yang menyediakan pembelian dan penghantaran bagi barangan dapur. Ini semua dapat mengurangkan kos pengangkutan dan menjimatkan masa. Selain daripada itu, kos kos lain semasa membeli belah juga dapat dijimatkan serta dapat dioptimakan, manakala masa yang terluang dapat disalurkan lebih kepada keluarga pula.

Wallahualam

Wednesday, January 31, 2018

Mobile@Unifi Cetus Fenomena Baru Di Malaysia

14 Jamadilawal 1439

Pelancaran pelan terbaru perkhidmatan prabayar selular oleh TM baru baru ini telah mencetuskan fenomena baru di kalangan pengguna di dalam sektor telekomunikasi negara. Difahamkan rata rata pelanggan telah beratur panjang untuk mendapatkan  kad sim secara percuma di kebanyakan TMPoint di Lembah Kelang dan di beberapa bandar utama di Malaysia.Sebanyak 1 juta simkad ditawarkan secara percuma dalam tempoh tertentu sahaja yang juga menawarkan kuota jalur lebar yang sukar ditolak.Setiap individu adalah layak dan berpeluanh untuk memohon sehingga 5 nombor talian.

Menurut sumber, sebanyak 250ribu kad sim telah direbut dalam tempoh beberapa hari sahaja selepas pelan ini dilancarkan. Kepada sesiapa yang masih belum melanggan, jangan ketinggalan dapatkan perkhidmatan percuma ini, yang jarang ditawarkan oleh mana mana pihak terutama di ketika suasana kos sara hidup dalam situasi keadaan yang tinggi dan tidak menentu.

Wallahualam

Sunday, January 21, 2018

GLC Perlu Lebih Fokus Perniagaan Teras

4 Jamadil Awal 1439

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu lebih focus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat berbanding dengan langkah memasuki pasaran yang bukan teras dan bersaing dengan GLC yang lain.Ini berikutan cadangan sebuah syarikat pembekal tenaga yang bercadang memasuki pasaran jalur lebar.

Sepatutnya syarikat berkenaan perlu mencari jalan menurunkan kadar tarif elektrik dan bukannya memasuki pasaran jalur lebar yang tarifnya sentiasa turun saban tahun. Ini bagi mengelakkan syarikat jalur lebar berkenaan bertindak balas dengan memasuki sektor tenaga pula dengan alasan mengoptimakan saluran "manhole" yang ada di seluruh negara. Kalau ini berlaku, ianya bakal mewujudkan pembaziran sumber di antara GLC.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...