Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, August 28, 2017

M&A Di Malaysia Dilihat Agak Perlahan

6 Zulhijjah 1438

Kegiatan pengambilalihan dan percantuman dilihat agak perlahan di dalam negara akhir akhir ini. Ini disebabkan kurangnya aktiviti berkenaan yang berlaku dikalangan syarikat syarikat besar. Selain daripada itu beberapa cadangan M&A yang sedang dilakukan telah menemui kegagalan. Kegagalan yang tebaru ialah kegagalan proses M&A di antara RHB Bank & Ambank.

Walau bagaimanapun, kegagalan sesuatu M&A bukanlah pengukur kepada tahap prestasi sesuatu ekonomi. Ianya mungkin memberi kebaikan dan mungkin juga sebaliknya. Antara kebaikan ialah ianya bakal menaikkan saiz modal entiti berkenaan bagi memastikan kemampanan untuk terus bersaing di ekonomi terbuka.

Keburukannya pula ialah, akan berlaku pula pertindihan tugas dikalangan kakitangan yang boleh menambah masalah pengangguran jika proses M&A ini tidak dilakukan secara berhati hati.

Wallahualam

Wednesday, August 16, 2017

Jangan Terlalu Bergantung Kepada Pelaburan Asing

23 Zulkaedah 1438

Kerajaan Malaysia disaran agar tidak terlalu bergantung kepada pelaburan asing dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Kaedah ini dilihat perlu dikaji semula jika syarat syarat yang ditetapkan oleh pelabur asing dilihat bakal membebankan negara pada masa yang akan datang.Antara langkah yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan projek projek infrastuktur mengikut keutamaan serta kemampuan kewangannegara.

Pilihan pilihan lain juga perlu dipertimbangkan iaitu salah satunya dengan menggalakkan perkongsian kerajaan dan pihak swasta tempatan.Ini bakal memberi penjimatan dalam jangkamasa yang panjang serta bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan pada masa yang sama bakal menjimatkan pengaliran wang keluar negara dalam bentuk bayaran faedah pinjaman.

Walaupun cara ini nampak perlahan, namun ianya dilihat kurang berisiko terhadap pengurusan ekonomi negara.

Wallahualam

Sunday, August 13, 2017

Rakyat Malaysia Disaran Rancakkan Ekonomi Domestik

20 Zulkaedah 1438

Rakyat malaysia disarankan bersama sama rancakkan pertumbuhan ekonomi domestik daripada bergantung semata mata dengan kerajaan Malaysia. Dalam keadaan sekarang yang ekonominya dilihat tidak menentu, selain daripada beberapa isusensitif yang masih dilihat bakal berkesudahan, beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh kita semua. Antaranya:
1. Memberi keutamaan dalam pembelian roduk-produk tempatan agar peniaga dan pekerja tempatan dapat mendapat manfaat ekonomi dan peluang pekerjaan.
2.Mengurangkan pembelian di kedai-kedai runcit yang menggaji warga asing agar peniaga-peniaga tempatan dapat terus hidup dan mewujudkan persaingan yang lebih seimbang. Ini adalah kerana pekerja asing tidak tertakluk kepada gaji minima yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
3.Berjimat cermat dalam keadaan yang diperlukan. Berjimat bukannya bermaksud tidak berbelanja langsung, tetapi lebih kepada pembelian terhadap barangan atau perkhipdmatan yang lebih murah atau ekonomi.
4.Kurangkan sebarang bentuk pembaziran sama ada di rumah atau di tempat kerja. Ini dapat menstabilkan permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan di pasaran.

Dan banyak lagi yang boleh dibincangkan pada masa akan datang Jika kita tidak mulakan sekarang, siapa lagi?

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...