Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, May 29, 2024

Elakkan Pembaziran

 21 Zulkaedah 1445

Rakyat Malaysia disarankan untuk cuba sedaya upaya mengurangkan pembaziran bagi mengawal kos sara hidup yang dilihat semakin mencabar pada masa kini. Ini termasuk berbelanja mengikut keperluan dan mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Dengan cara ini, ianya dapat memastikan  bahawa kita mendapat manfaat yang diperlukan bagi setiap sen yang dibelanjakan.

Jika ini dapat dilaksanakan diperingkat individu, maka ianya akan mempengaruhi ke peringkat organisasi, negeri dan negara secara amnya. Justeru itu ini secara lama kelamaan akan memberikan kesan yang positif kepada kita semua.

Wallahualam



Saturday, May 4, 2024

Syarikat Senaraian Awam Digesa Agihkan Dividen Tahunan Yang Lebih Tinggi

 26 Syawal 1445

Syarikat senaraian awan di Bursa Malaysia disarankan untuk mengagihkan dividen tahunan yang lebih tinggi kepada para pelabur. Jika ini dapat dilakukan , penulis percaya ianya akan meningkatkan minat belian terhadap syarikat syarikat di Malaysia dan ianya dapat mengelakkan pengurus pengurus dana tempatan melabur di pasaran modal di luar negara seperti di negara negara barat.

Penulis percaya, jika ianya dapat dilakukan, ianya bakal memberikan kesan positif kepada ekonomi negara kerana ianya bakal mengekang pengeluaran keluar matawang, sebaliknya bakal meningkatkan pembelian matawang ringgit. Oleh yang demikian, sedikit sebanyak ianya bakal menstabilkan kadar matawang negara berbanding dengan negara lain.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...