Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, August 10, 2013

Emas Turut Menjadi Tumpuan Pada Musim Perayaan

4 Syawal 1434

 GEORGE TOWN, 7 Ogos , 2013 - Setiap kali menjelang musim perayaan, termasuk Aidilfitri, peniaga barangan kemas turut menjadi golongan yang paling sibuk apabila kedai-kedai emas menjadi tumpuan ramai untuk memilih aksesori perhiasan diri.

Dan, sudah menjadi lumrah alam, kaum hawa tidak boleh dipisahkan daripada barang kemas untuk diperagakan pada pada lebaran.

Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd Datuk Meer Sadiq Habib berkata penjualan barang kemas bertambah semasa musim perayaan, malah mampu mencecah sehingga RM50 juta.

"Penjualan barang kemas bertambah semasa musim perayaan terutama seminggu sebelum Hari Raya. Ia seperti satu budaya di Malaysia. Pada musim ini, jumlah penjualan meningkat sekali ganda ..kalau hari biasa, satu juta... musim perayaan jadi dua juta.

"Biasanya, mula-mula sekali orang ramai beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai untuk anak-anak mereka terlebih dahulu. Kemudian, baru mereka beli untuk diri sendiri," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Meer Sadiq berkata setiap tahun, Habib akan mengadakan kempen sempena musim perayaan Aidilfitri menerusi Kempen Rantaian Kasih dengan menawarkan pelbagai rekaan baharu dan trend terkini.

Katanya setiap barang kemas dijual pada harga berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap peringkat masyarakat, selain menawarkan diskaun sehingga 70 peratus menerusi pembelian barang kemas berlian dan permata.

"Pada tahun ini, kita buat satu tema iaitu 'Cerita di Pagi Raya' yang diterjemahkan dalam Koleksi Rantaian Kasih 2013, bermula dari 10 Julai hingga 8 Ogos ini," katanya.

Beliau berkata faktor harga rendah yang ditawarkan semasa musim perayaan mendorong orang ramai, termasuk kaum Cina dan India serta pelancong asing, datang ke kedai emas untuk membeli barang kemas.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...