Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, December 20, 2015

Kesan Ekonomi Semasa : Jangan Pandang Remeh Keluhan Rakyat

9 Rabiul Awal 1437

Pihak-pihak tertentu digesa tidak memandang remeh terhadap keluhan sesetengah kalangan rakyat akan kesan ekonomi semasa terhadap kehidupan mereka. Memang betul, masih ramai dikalangan rakyat yang masih mampu melancong ke luar negara, tetapi masih terlalu ramai juga yang masih pening kepala hendak memenuhi keperluan asas terutama pada sesi persekolahan yang bakal dibuka.

Jika dilihat suasana sekarang, kita boleh lihat perbezaan di mana suasana pembelian pada akhir tahun nampak semakin suram jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.Bazar-bazar penjualan barang keperluan sekolah masih suram sedangkan sesi persekolahan sudah hampir tiba. Namun , para peniaga berharap agar suasana bakal berubah ketika pada masa tempoh pembayaran gaji yang bakal menjelma bermula minggu hadapan.

Kesimpulannya, pihak berkuasa, orang politik dan pencacai politik digesa tidak mudah syok sendiri dan berada dalam zon selesa dalam melihat pandangan rakyat terhadap kepimpinan mereka. apa yang perlu dibuat, dengar, dengar dan dengar keluhan semasa rakyat . Jikalau tak mampu menyelesaikan masalah, mendengar masalahpun dah cukup baik pada masa sekarang.

Wallahualam

Harga Minyak Turun Bawah USD 35

8 Rabiul Awal 1437

Harga minyak mentah kini jatuh di paras di bawah USD 35. Indek WTI menunjukkan bahawa harga minyak kini berada pada USD 34.73 setong.


Monday, December 14, 2015

Kerajaan Digesa Umumkan Pelan Pulihkan Nilai Ringgit

2 Rabiul Awal 1437

Kerajaan diminta menggariskan langkah-langkah bagi memulihkan nilai ringgit pada kadar yang lebih munasabah. Ini bagi membolehkan ringgit dinilai pada kadar yang sewajarnya dan bukannya berdasarkan spekulasi semata-mata.

Kedudukan nilai ringgit yang rendah bakal mengurangkan kuasa beli negara apabila melakukan perdagangan antarabangsa. Negara terpaksa menawarkan kuantiti yang banyak jika hendak melakukan eksport bagi mendapatkan sejumlah pendapatan yang tertentu befrbanding sebelum ini.

Para ahli politik juga digesa tidak mudah mengalihkan isu dari fakta yang sebenar. Jika elok katakan elok dan jika sebaliknya, nyatakan dengan jujur agar rakyat memahami dan masalah kita sama-sama atasi bersama. Jika ini dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat menyelesaikan masalah ekonomi dengan baik tanpa melibatkan polemik yant tidak berkesudahan.

Wallahualam

Friday, December 11, 2015

Kedudukan Buku Tunai Dalam Perakaunan

29 Safar 1437

Pengurusan buku tunai adalah merupakan suatu aktiviti yang penting di dalam perniagaan. Ini kerana ianya melibatkan aliran keluar masuk wang tunai ke dalam sesebuah organisasi.

Buku tunai dikategorikan sebagai aset di di dalam perakaunan. Segala kemasukan akan didebitkan manakala sebarang aktiviti pengeluaran akan dikreditkan daripada akaun. Buku tunai mempunyai hubungan yang erat dengan penyata bank. Ini adalah kerana setiap penerimaan yang diterima kemudiannya akan dipindahkan ke dalam bank. Dalam suasana perniagaan semasa, agak jarang perniagaan atau organisasi menyimpan wang tunai dalam jumlah yang banyak. Ini adalah disebabkan beberapa faktor;

1. langkah Keselamatan- Kutipan selalunya tidak akan disimpan lama di dalam akaun tunai. Ini bagi mengundang risiko menjadi sasaranrompakan atau kecurian yang bakal menjejaskan keselamatan pekerja atau pemilik perniagaan.

2. Risiko Pecah Amanah- Wang tunai yang disimpan dalam kuantiti yang banyak bakal meningkatkan risiko pecah amanah di kalangan pekerja atau rakan perniagaan itu sendiri. Jika dimasukkan ke bank segala keluar masuk akan direkodkan oleh pihak bank dan semakan boleh dilakukan. Ini dapat mengurangkan risiko pecah amanah.

3. Keyakinan- Dengan adanya penyata bank, perniagaan akan lebih diyakini, lebih-lebih lagi penyata bank menunjukkan jumlah yang besar. Maka perniagaan mempunyai peluang untuk membuat pinjaman daripada institusi kewangan.

Buku tunai perlu diselaraskan dan ianya perlu dibuat perbandingan dengan penyata bank. Proses perbandingan ini dinamakan penyediaan "Penyata Penyesuaian Bank'

Wallahualam


Harga Minyak Mentah Tidak Mustahil Akan Terus Jatuh

29 Safar 1437

Harga minyak mentah dilihat mengalami aliran penurunan dalam jangka masa pendek.Ketika artikel ini ditulis, harga WTI indeks berada pada  USD36.76 setong, setelah menguji aras bawah daripada USD 40 setong. Tidak mustahil ianya akan terus jatuh ke paras yang seterusnya dan bakal menguji di bawah USD35 setong.

Namun begitu, situasi ini memberi persoalan yang besar kepada rakyat di mana harga beberapa  perkhidmatan dan utiliti di Malaysia telah dinaikkan baru-baru ini atau masih kekal tinggi berbanding sebelum sebelumnya..Rakyat ingin tahu, apakah faktor yang memerljukan kenaikan harga perkhidmatan berkenaan.

'Sekadar Bertanya?.

Wallahualam

Saturday, December 5, 2015

Penyedia Perkhidmatan Kepada Rakyat Digesa Uruskan Kos Dengan Baik

23 Safar 1437

Penyedia -penyedia perkhidmatan kepada rakyat digesa menguruskan kos mereka secara efektif dan berkesan agar mereka dapat mengekalkan harga perkhidmatan yang ditawarkan dan tidak terus membebankan para pengguna. Secara logik, walaupun sesuatu harga sudah lama tidak dinaikkan, harus diingat ada dikalangan para penyedia perkhidmatan yang perkhidmatannya sedah mencapai tahap"economy of scale" skala ekonomi yang besar dan pendapatannya sepatutnya mencapai pulang modal jika kos diuruskan dengan baik

Menaikkan harga perkhidmatan tidak akan menyelesaikan masalah kerana, rantaian ekonomi yang lain akan turut menaikkan harga disebabkan untuk menampung kos yang telah dinaikkan oleh satu sub-eco sistem di dalam ekonomi itu sendiri.Sebagai contoh, penyedia perhidmatan A telah menaikkan harga sebanyak 30 %. Pada masa yang sama peyedia perkhidmatan B pula turut melanggan perkhidmatan A, juga terpaksa menaikkan harga perkhidmatannya lebih daripada itu disebabkan pekerja atau syarikat perkhidmatan B juga melanggan perkhidmatan A.  Jika Perkhidmatan A juga melanggan perkhidmatan B, maka kenaikan harga perkhidmatan yang dilakukan oleh perkhidmatan A sudah tidak memberi makna lagi, kerana terpaksa membayar lebih perkhidmatan B.

Oleh yang demikian, cara yang terbaik bagi setiap para penyedia perkhidmatan ialah dengan memberi fokus menguruskan kos mereka dengan lebih baik. Ini termasuklah mengurangkan sebarang pembazitan yang mungkin sering berlaku di dalam organisasi dan ianya sepatutnya boleh dikawal secara dalaman.

Wallahuakam

Friday, December 4, 2015

Ketinggian KLCC Bakal Dipintas Menara Warisan

23 Safar 1437

Ketinggian bangunan KLCC bakal dipintas oleh sebuah bangunan baru yang dinamakanMenara Warisan yang bakal dibina oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB). Pada 23 November 2015 yang lalu, Permodalan Nasional Bhd (PNB), pada tarikh berkenaan telah mengesahkan pelantikan Samsung C&T, sebuah syarikat hartanah dari Korea Selatan, sebagai kontraktor pembinaan Menara Warisan di sini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, nilai bidaan terbabit berjumlah RM3.4 bilion.

"Samsung C&T, dengan rangkaian kerjasama strategik bersama UEM Group Bhd, telah dipilih. Nilai bidaan mereka sebanyak RM3.4 bilion, tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP),"

Menara Warisan yang bakal dibina  membabitkan pembangunan bangunan pencakar langit setinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur, dengan keluasan lantai 67.39 hektar, bakal menempatkan ruangan pejabat untuk syarikat-syarikat korporat serta hotel.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

TM Tingkatkan Saranan Kandungan Melalui Kerjasama Perintis Dengan Iflix

23 Safar 1437

Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini mengumumkan kerjasama penting dengan iflix, sebuah perkhidmatan televisyen internet terkemuka di Asia Tenggara.

Melalui kenyataan yang dipetik melalui BERNAMA, Naib Presiden Eksekutif (Media Baharu) TM, Jeremy Kung berkata susulan itu, syarikat akan terus meningkatkan saranan kandungan untuk memberi hiburan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Beliau berkata perkongsian itu merupakan kerjasama pertama TM dengan penggiat kandungan 'Over-the-Top' (OTT) - penyampaian kandungan melalui jaringan infrastruktur - dan pertama di ASEAN bagi iflix.

"TM kekal terbuka untuk bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi OTT bagi memenuhi permintaan generasi muda.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Thursday, December 3, 2015

Kerajaan Digesa Tunaikan Janji

22 Safar 1437

Kerajaan digesa lebih serius dalam menunaikan janji untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat yang dilihat kian mencabar. Ini adalah penting kerana , sejak akhir-akhir ini, pengumuman demi pengumuman kenaikan harga telah dibuat oleh beberapa penyedia perkhidmatan awam kepada rakyat telah mewujudkan suasana tidak selesa kepada rakyat. Ianya juga seolah olah menunjukkan bahawa pesta naik harga sedang berlangsung dimana mereka seolah-olah  berlumba-lumba untuk mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan masing-masing.

Ini dilihat bertentangan dengan janji kerajaan bagi menangani isu kenaikan  kos sara hidup rakyat sebelum ini. Dengan kata lain, jangan biarkan janji-janji kerajaan sebelum ini terus dijadikan bahan ketawa/lawak jenaka rakyat bagi mengurangkan tekanan yang sedang mereka hadapi.

Wallahualam

Monday, November 30, 2015

Bank Muamalat & MBSB Bakal Bergabung

18 Safar 1437

Negara bakal melihat akan kewujudan sebuah lagi entiti perbankan Islam lengkap besar secara tunggal(tidak mempunyai syarikat induk konvensional), selain daripada Bank Islam.  Menurut Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr Munir Majid, rundingan penggabungan di antara Bank Muamalat dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) berjalan lancar walaupun belum dimuktamadkan. Namun begitu kemajuan rundingan setakat ini adalah baik.

Bank Negara Malaysia memberi kelulusan kepada Bank Muamalat dan MBSB untuk memulakan rundingan penggabungan pada 30 September, langkah yng akan membuka jalan untuk penubuhan bank Islam terbesar di negara ini.

Bank Pusat itu menetapkan rundingan penggabungan itu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh kelulusan.

Sebelum ini dilaporkan, jika rundingaan penggabungan berjaya, saiz gabungan aset kedua-dua pemberi pinjaman itu dianggarkan lebih RM60 bilion, lebih tinggi daripada RM54 bilion saiz aset BIMB Holdings Bhd, syarikat pegangan Bank Islam Malaysia Bhd, bank Islam lengkap terbesar Malaysia.

Sumber dipetik dari : BERNAMA

Sunday, November 29, 2015

Johor Bakal Haramkan Penjualan Vape

18 Safar 1436

Johor bakal mengharamkan penjualan vape seperti mana yang dititahkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar . Perkembangan ini secara tidak langsung bakal menamatkan polemic vape di negeri berkenaan.

Sementara itu, kerajaan negeri akan membincangkan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu larangan penjualan vape di negeri ini dikuat kuasa awal Januari depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata ia akan dibincang pada mesyuarat majlis kerajaan negeri dalam masa terdekat. Ulasan beliau  dipetik melalui BERNAMA,  yang merujuk terhadap titah Sultan Ibrahim yang mahu produk vape dilarang dijual dan semua premis vape ditutup berkuat kuasa 1 Januari 2016, seperti yang dilaporkan.

Ayub berkata pihaknya menjunjung kasih terhadap titah Sultan Ibrahim yang dilihat selari dengan pendirian kerajaan negeri yang melihat penggunaan vape adalah memudaratkan rakyat terutama golongan muda.

Wallahualam

Umat Islam Digesa Tinggalkan Perniagaan Rokok dan Vape

17 Safar 1437

Umat Islam digesa agar meninggalkan terus sebarang aktiviti penjualan rokok dan vape kerana pihak fatwa telah memfatwakan bahawa penggunaan bahan berkenaan adalah haram. Tidak perlulah kita terus berpolemik bahawa pengharaman vape dan sebagainya oleh sesetangah jabatan bakal menjejaskan perniagaan bumiputra.

Banyak lagi perniagaan yang boleh diceburi dan halal. Tambahan pula sebagai umat Islam, kita mencari reredhaan Ilahi dari setiap apa jua pendapatan yang kita terima. oleh yang demikian, tak perlu berpolemik lagi jika kita yakin kepada adanya hari pembalasan.

Wallahualam

Monday, November 23, 2015

Harga MSM Akan Lebih Stabil Susulan Penubuhan CPOPC

Harga mithewit mentah (MSM) dijangka lebih stabil dan menerima rangsangan dalam jangka panjang susulan langkah Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), kata pakar pasaran komoditi.

Peniaga di Phillips Futures Sdn Bhd, David Ng Heng Soon berkata antara lain, majlis akan menangani halangan perdagangan minyak sawit serta menjalankan kegiatan dan peranan untuk kepentingan industri yang akan memberi kesan positif terhadap harga.

"Walaupun pasaran tidak menjangkakan kesan segera kerana kerjasama ini masih pada peringkat awal, dalam jangka panjang mereka (peserta) yakin ia (pakatan) akan menstabilkan harga MSM.

"Yang pasaran mahu tahu ialah bagaimana kedua-dua negara dapat mewujudkan mekanisme penstabilan harga, sama ada dengan mengurangkan simpanan atau inventori dalam negara," katanya kepada Bernama ketika mengulas tentang penubuhan majlis itu, Sabtu.

Harga semasa MSM ialah RM2,089 setan.

Sumber: Bernama

Sunday, November 15, 2015

Ringgit Akan Stabil Jika Ketidaktentuan Luaran, Isu Domestik Selesai

4 Safar 1437

 Ringgit akan stabil jika ketidaktentuan dasar-dasar ekonomi utama dan isu domestik selesai, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

"Apabila ketidaktentuan dan isu-isu domestik selesai ...saya percaya trend mata wang akan lebih baik, mencerminkan asas kita yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku ketiga baru-baru ini melalui kenyataan yang dipetik daripada BERNAMA.

Sumber daripada BERNAMA.

Saturday, September 5, 2015

Nilai Ringgit- Rakyat Jangan Panik

21 Zulkaedah 1436

Rakyat Malaysia diminta tidak panik ketika nilai matawang ringgit sedang berada dalam keadaan trend penurunan berbanding dengan dolar Amerika atau matawang asing yang lain. Ini adalah kerana, sifat panik tersebut bakal menyebabkan nilai ringgit semakin jatuh disebabkan rakyat yang juga terikut-ikut mula memegang matawang asing berbanding matawang negara .

Sebaliknya rakyat perlu bijak berbelanja dengan beralih kepada membeli lebih kepada barangan keluaran tempatan atau melancong di dalam negara bagi mengelakkan kesan ketidakstabilan pasaran matawang negara. Dengan cara demikian, rakyat seharusnya tidak akan merasa terkesan dengan krisis matawang yang sedang melanda negara pada masa kini.

Wallahualam

Friday, August 21, 2015

Malaysia Perlukan Pekej Rangsangan Ekonomi

7 Zulkaedah 1436

Dalam keadaan ekonomi sekarang, negara dilihat memerlukan pekej rangsangan ekonomi bagi meningkatkan kegiatan sosio ekonomi di dalam negara. Ini dilakukan semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir yang dilihat bahawa beliau telah berjaya membawa negara keluarlebih  daripada dua kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara.

Antara isu  pokok utama yang diutamakan ialah bagaimana hendak menggalakkan rakyat berbelanja tanpa memerlukan suntikan dana daripada kerajaan. Antara langkah yang berjaya ialah dengan mengurangkan caruman bulanan pekerja ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) dalam tempoh tertentu. Ini dengan secara tidak langsung menambahkan kecairan di dalam negara dan meningkatkan kuasa beli pengguna.

Antara penyelesaian inovatif yang pernah diamalkan( jika tidak silap), ialah dengan melakukan perdangan luar negara dengan menggunakan sistem pertukaran barang secara skala yang besar. Sebagainya, kontrak besar yang berteknologi tinggi, ditukarkan dengan komoditi seperti minyak sawit dan sebagainya. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan stok, dan ianya bakal menaikkan harga komoditi berkenaan dalam jangka masa yang panjang.

Ini dilihat lebih praktikal daripada dasar menabur dana secara terus kepada rakyat seperti BR1M, kerana ianya akan mengurangkan kantung kerajaan. Bagi menampung kekurangan, kerajaan terpaksa mencari kaedah lain bagi menambah dana seperti memperkenalkan sistem cukai baru seperti GST dan sebagainya.Namun.kaedah ini dilihat bakal melemahkan kuasa beli rakyat, sedangkan kutipan yang diperolehi melalui cukai bakal berdepan dengan risiko tidak diuruskan dengan cekap.

Dalam keadaan sekarang, Malaysia digesa melihat kembali cara-cara yang pernah dilakukan bagi keluar daripada sebarang krisis ekonomi. Mana tahu, cara-cara berkenaan masih sesuai dan berkesan untuk dilaksanakan pada masa sekarang.

Wallahualam

Friday, August 14, 2015

Beli Barangan, Servis, Guna Pekerja Serta Profesional Tempatan Untuk Kekang Kejatuhan Nilai Ringgit

29 Syawal 1436

Rakyat Malaysia digesa untuk membeli barangan, servis, menggunakan pekerja dan profesional tempatan bagi mengekang kejatuhan nilai matawang ringgit untuk jangka masa yang panjang. Ini disebabkan kerajaan dilihat lebih gemar untuk mengambil profesional dan servis asing, termasuklan perlantikan profesional daripada warga asing di anak-anak syarikat berkaitan kerajaan. Ini diburukkan lagi dengan cadangan untuk membawa masuk lagi kira-kira 1.5 juta pekerja dari sebuah negara.

Nasib rakyat Malaysia kini bergantung kepada jati diri masing-masing bagi memastikan matawang ringgit terus mendapat permintaan disebabkan pembelian barangan tempatan oleh rakyat Malaysia sendiri. Idea ini mungkin nampak remeh oleh pakar ekonomi Malaysia, namun ianya dipercayai dapat menstabilkan matawang ringgit pada jangka masa yang panjang.

Yang benarnya, kita sebagai rakyat sendiri yang menentukan masa depan negara pada masa yang datang bermula dengan usaha sekecil=kecil sebegini.

Wallahualam

Tuesday, August 11, 2015

Mengakulah.., Malaysia Sedang Alami Krisis Ekonomi

27 Syawal 1436

Kerajaan dan ahli-ahli ekonomi perlu bersifat jujur dalam memberi gambaran sebenar ekonomi semasa Malaysia agar rakyat dapat membuat persediaan sewajarnya. Dengan keadaan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika, harga komoditi seperti sawit, getah, minyak mentah yang amat rendah, apakah kita masih ingin menyatakan bahawa negara kita masih tidak berada di dalam krisis ekonomi? Itu belum mengambil kira masalah yang melanda sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan yang setakat ini belum nampak laporannya.
Kadar semasa Ringgit berbanding Dolar Amerika

Kerajaan dan para ahli ekonomi tidak perlu melakukan penafian atau hendak menyembunyikan fakta. Apa yang rakyat perlu tahu, apakah inisiatif-inisiatif yang telah dirancangkan bagi menangani krisis ekonomi yang sedang melanda.Jika berpendapat masih belum melanda, takkan tidak ada langkah pencegahan? Jangan disebabkan adanya sikap ego di kalangan ahli-ahli politik semasa yang sedang berkuasa, sebarang inisiatif yang pernah dilaksanakan semasa krisis kewangan pada hujung tahun 90 an dibakulsampahkan begitu sahaja.

Jika berpendapat langkah sebelum ini ( cara zaman Era Tun Mahathir) tidak sesuai, kita ingin tahu, apakah inisiatif yang sesuai yang sedang dan telah dirangka bagi menangani krisis ekonomi semasa. Amat malang jika para pemimpin kita masih lagi berada dalam sindrom penafian terhadap krisis ekonomi yang telah dan sedang melanda negara ini.

Wallahualam

Thursday, August 6, 2015

MOSTI Akan Tubuh Syarikat Sendiri

21 Syawal 1436

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang menubuhkan syarikat dan kilang sendiri untuk mengkomersialkan produk-produk inovasi tempatan supaya diterima masyarakat.

Menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, beliau akan membentangkan kertas cadangan itu kepada kementerian supaya syarikat atau kilang diwujudkan di bawah MOSTI untuk tujuan pengkomersialan produk.

Menurutnya lagi, banyak produk inovasi tempatan tidak mendapat sambutan masyarakat tempatan walaupun sudah dikomersialkan.

"Saya gembira terhadap budaya inovasi negara, namun budaya untuk menggunakan produk inovasi tempatan serta jualan produk inovasi tempatan sangat rendah.

"Bagi membantu mereka, saya akan mencadangkan kepada Menteri MOSTI supaya kita mengambil alih tugas pengkomersialan produk supaya dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk mengguna produk tempatan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan persidangan antarabangsa 'Recent Advances in Material, Mineral and Environment' anjuran Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat atau kilang itu akan diserahkan kepada pihak swasta selepas produk-produk itu diterima oleh masyarakat.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Monday, August 3, 2015

Faktor Luaran Punca Kejatuhan Ringgit

17 Syawal 1436

Kejatuhan nilai ringgit ketika ini adalah disebabkan faktor-faktor luaran termasuk penyusutan harga komoditi minyak dunia serta tekanan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

 Menurut kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, harga minyak baru-baru ini turut jatuh sehingga mencecah paras di bawah US$50 setong pada bulan September lepas. "Dari segi ringgit, sebenarnya kita harus faham ianya adalah satu fenomena. Kadar pertukaran nilai wang ini bukannya ditentukan oleh kita.

Tambah beliau "Lihat saja di China, indeks saham mereka telah menjunam sehingga 30 peratus dalam masa yang singkat," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Suruhanjaya Sekuriti di sini, Jumaat. Ringgit susut sebanyak 8.4 peratus daripada paras 3.4965 berbanding dolar AS yang dicatatkan pada akhir tahun lepas.

Mengulas lanjut, menerusi BERNAMA Chua berkata penyusutan kadar mata wang itu turut dialami negara-negara lain seperti Australia yang mana peratusan penurunannya adalah lebih tinggi berbanding ringgit.
"Ini menunjukkan bahawa (mata wang dunia) sekarang turut mengalami kesan penurunan harga komoditi serta kemungkinan Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah mereka," katanya.

Menurutnya, walaupun ketika ini kerajaan tiada cadangan untuk menambat ringgit? pada paras RM3.80 berbanding US$1 dolar, beliau yakin pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau keadaan, khususnya dari segi dasar monetary.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Saturday, June 27, 2015

Ciri Ciri Aset Tetap

10 Ramadhan 1436


Aset-aset tetap  mempunyai ciri-ciri tertentu yang perlu difahami dengan jelas. Ketidakfahaman yang jelas bakal menyebabkan rekod-rekod yang disediakan kurang tepat.

Ketara

Aset tetap adalah aset yang ketara dengan kehadiran  dalam bentuk fizikal. Ini berbeza daripada aset tidak ketara seperti paten, yang tidak dapat dilihat dalam bentuk fizikal. Walau bagaimanapun,  istilah "tetap" tidak bermakna bahawa aset tetap hanyalah aset yang tidak boleh dialihkan  dan hanya kekal di sesuatu lokasi semata-mata. Sebagai contoh, peralatan elektronik seperti “laptop” adalah aset tetap yang ia boleh mengambil masa untuk lokasi yang berbeza. Namun begitu, pada masa kini, untuk mengelakkan kekeliruan, aset tetap kini dinamakan sebagai aset bukan semasa.(non current asset), di mana aset tak ketara juga diletakkan dalam kategori yang sama. Aset-aset ini perlu ditandakan (tagging) agar ianya dapat dipantau kerana memiliki nilai yang tinggi.

Digunakan dalam operasi

Sebuah perniagaan kecil memiliki aset tetap dan menggunakan  aset aset berkenaan dalam operasinya untuk menjana pendapatan dan keuntungan. Ia tidak dibeli untuk memegang sebagai stok dengan menjual semula kepada pelanggan. Salah satu syarikat mungkin mengelaskan aset tertentu sebagai aset tetap dalam rekod, manakala syarikat lain boleh mempertimbangkan untuk aset yang sama sebagai sebahagian daripada inventori atau pelaburan mengikut jenis perniagaan yang diceburi. Sebagai contoh,, syarikat menjual kereta akan menkategorikan stok kereta sebagai aset semasa kerana ianya dibeli untuk dijual semula.

Jangka hayat panjang

Sebuah perniagaan menjangka untuk menggunakan aset tetap dan memperoleh manfaat ekonomi daripada mereka untuk lebih daripada satu tahun, yang menjadikan aset tetap yang "jangka panjang," atau "noncurrent," aset. Ini berbeza daripada aset semasa, seperti inventori, yang perniagaan yang menjangka untuk memegang kurang daripada setahun. Sebagai contoh, jika perniagaan kecil anda membeli jentera, anda mungkin mengharapkan untuk menggunakannya selama 10 tahun sebelum memasangnya semula.

Kos dipermodalkan

Apabila sesuatu perniagaan membeli aset tetap, ia memanfaatkan kos, yang bermakna ia merekodkan kos pada kunci kira-kira dan bukannya sebagai perbelanjaan di dalam penyata pendapatan. Sebuah perniagaan melakukan ini kerana ia menjangka untuk menggunakan aset tetap ke atas beberapa tempoh, manakala perbelanjaan dikhaskan untuk barang-barang yang digunakan dalam tempoh yang sama. Sebagai contoh perniagaan kecil anda membeli alatan elektroni komersial bernilai RM 1,000. Kerana ini adalah aset tetap, anda akan merekodkan kos RM1,000 pada kunci kira-kira anda. Namun begitu, bagi sesetengah perniagaan yang besar, mereka menetapkan bahawa, sebarang aset tetap bernilai kurang daripada RM 1,000, akan hanya diiktiraf sebagai belanja sahaja.

Susutnilai

Jika aset tetap adalah apa-apa selain daripada tanah, sebuah syarikat yang memindahkan sebahagian daripada kos modal pada kunci kira-kira untuk perbelanjaan di penyata pendapatan setiap tempoh melalui proses yang dikenali sebagai susut nilai. Proses ini mengurangkan nilai aset tetap pada kunci kira-kira untuk mengambil kira faktor-faktor seperti haus dan lusuh. Sebagai contoh, jika perniagaan kecil anda membeli kereta syarikat untuk RM1,000, anda akan memindahkan sebahagian daripada nilai ini ke dalam penyata pendapatan setiap tahun untuk mengambil kira penyusutan nilai kenderaan

Berkaitan projek

Ada sesetengah perniagaan, mengiktiraf  kos pelaburan pada  projek tertentu  sebagai aset bila mana projek-projek berkenaanselesai. Item-item yang tertentu dalam projek tersebut akan dilakukan proses “pengasetize”  projek tersebut(assetisation). Kaedah ini sering dilakukan terhadap syarikat-syarikat yang mempunyai perbelanjaan modal yang tinggi seperti telekomunikasi, minyak dan gas dan sebagainya.

 

Sunday, June 21, 2015

TNB Tetap Syarat Untuk Ambil Alih Projek 3B

4 Ramadhan 1436

Pengambilalihan oleh utiliti elektrik, Tenaga Nasional Bhd (TNB), ke atas projek loji tenaga arang batu 3B, akan tertakluk kepada terma dan syarat, termasuk paras tarif akhir tidak melebihi 26.67 sen/kWh.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata ia menerima surat jemputan daripada Suruhanjaya Tenaga (EC) untuk menyerahkan kerta kerja berkenaan penyertaan TNB melalui pemilikan 70 peratus dalam Jimah East Power Sdn Bhd (JEP) bagi membangunkan loji tenaga arang batu 2x1000MW di Jimah, Negeri Sembilan.

Dalam perundingan dengan kerajaan, EC menerima penyertaan TNB sebagai pemaju utama bagi pembangunan loji tenaga arang batu 2x1000MW di Jimah dalam sebuah konsortium dengan Mitsui Co Ltd (Mitsui).

Jemputan oleh EC, bagaimanapun, tertakluk kepada penerimaan TNB terhadap terma dan syarat Permintaan Cadangan.

TNB memberi syarat tambahan iaitu TNB-Mitsui Consortium akan melaksanakan semua obligasi JEP sebagai pemaju dan terutamanya berkenaan pemilihan dan pelantikan kontraktor kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan yang juga merangkumi pembekal peralatan utama.

"Paras tarif akhir tidak boleh melebihi 26.67 sen setiap kWh. Tiada pelarasan lanjut kepada paras tarif akan dibenarkan atas apa-apa sebab sekalipun," menurut TNB menerusi berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Perniagaan Kecil Boleh Terima Bayaran Tanpa Tunai Melalui M1 mPos

4 Ramadhan 1436


Penyelesaian titik jualan mudah alih (mPOS) baharu yang dilancarkan hari ini akan mengubah telefon pintar dan tablet kepada terminal yang membolehkan peniaga menerima bayaran melalui kad kredit, debit dan prabayar daripada pelanggan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

mPOS dilancarkan oleh M1 Limited dengan kerjasama dengan CIMB, MasterCard dan Wirecard.

Penyelesaian mPOS dicipta bagi memenuhi keperluan perniagaan kecil berasaskan tunai, syarikat yang baru bermula dan perusahaan yang sentiasa sibuk seperti penjual berkenderaan dan kafe kecil, membolehkan mereka menawarkan kemudahan bayaran kad, menurut M1 dalam satu kenyataan.

mPOS menawarkan peniaga, faedah bayaran yang mudah, selamat dan dijamin untuk pelanggan mereka tanpa perlu membeli, mewujudkan dan menyelenggara terminal POS.

Ketua Pegawai Pembangunan Produk dan Penyelesaian Korporat M1, Willis Sim berkata kumpulan itu ingin membawa manfaat pembayaran kad untuk dinikmati oleh peruncit besar kepada peniaga kecil Singapura, serta perusahaan, peniaga dan penyedia perkhidmatan.

"Oleh yang demikian, kami bekerja dengan rakan kongsi CIMB, MasterCard, dan Wirecard, untuk membangunkan inovasi penyelesaian mPOS pasang dan pakai, kaedah paling mudah dan menguntungkan dari segi kos kepada peruncit, untuk menerima bayaran melalui kad pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya menerusi berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA.

Sember dipetik daripada : BERNAMA

Tuesday, June 16, 2015

MAA, Zurich Insurance Mulakan Rundingan Jual Pegangan Unit Takaful

29 Syaaban 1436

MAA Group hari ini mengumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menghalang kumpulan itu dan Zurich Insurance Company Ltd untuk memulakan rundingan bagi cadangan penjualan 75 peratus pegangan dalam MAA Takaful Bhd.

Bagaimanapun, ia tidak seharusnya dianggap sebagai kelulusan bagi cadangan penjualan tersebut, kata MAA Group dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini, hari ini.

 MAA berkata kumpulan itu dan Zurich perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Kementerian Kewangan, dengan cadangan daripada BNM.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Saturday, June 6, 2015

Penstrukturan Semula MAS- Malaysia Ke Arah Sistem Kapitalis?

19 Syaaban 1436

Berita tentang penamatan kakitangan Malaysia Airline Sistem(MAS) membuatkan penulis amat terasa hati. Daripada 20,000 orang kakitangan yang ditamatkan pekerjaan, hanya 14,000 orang sahaja yang bakal ditawarkan semula menerusi syarikat baru yang telah ditubuhkan bagi mengambilalih semula perniagaan MAS iaitu Malaysia Airline Bhd(MAB) , jika tidak silap penulis. Dengan CEO baru dari negara yang berpaksikan kapitalis, apakah Malaysia juga akan ke arah pengurusan korporat seperti itu?

Bagi penulis banyak lagi cara yang boleh dibuat sebagaimana negara pernah keluar daripada krisis kewangan pada dekat yang lalu. Antaranya dengan menubuhkan 'Special Purpose Vehicle-SPV' bagi memastikan perniagaan sedia ada, peluang pekerjaan tidak terjejas dan segala tindakan susulan selepas itu dibuat secara berperingkat mengikut tahap pemulihan yang dirancangkan.

Antara contoh yang berjaya ialah penubuhan Danaharta dan Danamodal yang telah membantu negara Malaysia keluar daipada kegawatan ekonomi. Walaupun pelbagai "rating" atau penarafan negatif oleh badan antarabangsa, tetapi rakyat atau para pekerja tidak merasa kesakitan.

Tapi pada zaman sekarang, pelbagai rating ekonomi yang bagus diberikan oleh badan antarabangsa, tetapi ..semakin ramai rakyat merasa makin perit dalam kehidupan mereka termasuk 6000 kakitangan MAS yang bakal ditamatkan terus perkhidmatan mereka.

Cuma bezanya sekarang, SPV yang ditubuhkan, dilihat susah hendak menjelaskan/mengambil masa yang lama ke mana wang yang dipinjam berbilion ringgit dibelanjakan dan di manakah asetnya sekarang.

Penulis rindu zaman ekonomi diuruskan ketika dahulu.......Salah satunya. menterinya DIAM aje buat kerja dan kebanyakan tugas berjaya dilaksanakan dengan cemerlang....Rakyat tak rasai keperitannya..

Wallahualam...

UDA Timbang Untuk Beli Saham TIR

19 Syaaban 1436

UDA Holdings Bhd akan menimbang membeli saham Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PPPP) dalam Tropical Island Resort (TIR), jika kerajaan negeri bersetuju mengurangkan harga jualan, kata Pengarah Urusan, Datuk Ahmad Abu Bakar.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu menerima tawaran UDA Holdings kerana syarikat itu telah melabur kira-kira RM60 juta untuk pembangunan semula Pulau Jerejak tanpa banyak bantuan daripada kerajaan negeri.

"Kami sudah lama berbincang mengenainya. Tetapi sehingga kini kami belum mencapai persetujuan muktamad mengenai pembelian saham PPPP dalam TIR.

"Kami tidak akan membeli saham itu daripada kerajaan negeri...(tetapi) ia mungkin (jika mereka mengurangkan harga) kerana kami perlu merancang dan menyusun semula pulau itu," katanya kepada Bernama di majlis Cabaran Media UDA 2015, di sini semalam.

 Walaupun enggan mendedahkan harga ditetapkan kerajaan negeri, beliau percaya pembelian saham itu boleh diselesaikan dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Beliau juga berharap kerajaan negeri akan turut serta dalam pembangunan semula Pulau Jerejak, iaitu bekas pusat tahanan banduan.

UDA Holdings memiliki 51 peratus kepentingan dalam TIR dan selebihnya oleh PPPP, cabang pembangunan kerajaan negeri.

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Saham BIMB Menjadi Tarikan

19 Syaaban 1436

BERNAMA telah melaporkan bahawa harga saham BIMB Holdings Bhd di Bursa Malaysia memberi tindak balas yang baik susulan pengumuman syarikat itu bahawa anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd, menyasarkan untuk menambah dana dua produk di bawah akaun pelaburan bertempoh dalam tempoh enam bulan akan datang.

 Pada 10.26 pagi pada 2 Jun yang lalu, kaunter itu meningkat empat sen kepada RM4.05, dengan 4,900 saham bertukar tangan.

Laporan berita pada Selasa menyebut Bank Islam menyasarkan RM2 bilion dana untuk Akaun Pelaburan Waheed (WIA Wakalah) dan Akaun Pelaburan Khas (Mudarabah).

Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Saturday, May 30, 2015

Gaji Amah Indonesia Tak Perlu Dinaikkan

11 Syaaban 1436

Kerajaan Malaysia digesa lebih tegas atas tuntutan demi tuntutan daripada negara jiran. Isu terkini ialah tuntutan agar gaji amah daripada Indonesia dinaikkan kepada RM 1200 sebulan. Ini dilihat tidak masuk akal sedangkan kerjaya professional seperti guru KAFA pun masih rendah di sesetengah negeri di Malaysia.

Jika kerajaan Indonesia hendak menghalang kemasukan amah dari indonesia, kerajaan Malaysia boleh mencari sumber baru seperti pelarian Roghingya yang sedang kelaparan. Daripada dibebani dengan meletakkan mereka di tahanan, lebih baik kekosongan amah diisi oleh mereka ini yang lebih memerlukan pekerjaan.

Wallahualam

Tuesday, May 19, 2015

AmIslamic Bank Kini Dikenali Sebagai AmBank Islamic Bhd

30 Rejab 1436

AmIslamic Bank kini dikenali sebagai AmBank Islamic Bhd..Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim berkata proses penjenamaan semula itu selari dengan penyusunan semula kumpulan AmBank, yang membolehkan kumpulan berkenaan menjajarkan kedudukan jenama perniagaan Islamnya lebih ketara dalam industri kewangan Islam.

"AmBank Islamic akan terus berpusatkan pelanggan dalam semua perkara yang kami lakukan, dan pada masa yang sama memenuhi pelbagai kehendak pelanggan kami, termasuk pelaburan, komersial, perbankan runcit atau insurans.

Kumpulan itu berkata penjenamaan semula itu juga akan meningkatkan penyelarasan penawaran konvensional dan Islam oleh institusi kewangan, memanfaatkan ekuiti jenama khusus 'AmBank'.

Sumber Penuh daripada : BERNAMA

Saturday, May 16, 2015

Dasar Tidak Ganggu Perut Rakyat Perlu Dilaksanakan

27 Rejab 1436

Kerajaan digesa agar mengamalkan dasar tidak mengganggu perut rakyat jika tidak bersedia menerima pelbagai kritikan. Sikap pemimpin yang sering menyalahkan rakyat pada kemelut atau isu berkaitan rakyat dilihat menambahkan jurang di antara rakyat dan kerajaan.. Rakyat ,terutama golongan pertengahan sekarang ini seolah-olah melihat bahawa setiap dasar yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini semakin menyebabkan kegiatan sosioekonomi harian mereka semakin memberi tekanan.

Malang sekali jika mesej mereka tidak dapat difahami dengan baik sebaliknya rakyat pula yang diperlekehkan. Isu ini perlu diberi perhatian berat sebelum, golongan ini secara beramai-ramai memperlekehkan kerajaan pada PRU akan datang.

Wallahualam


Tuesday, May 5, 2015

Persatuan Pengguna Sokong Formula Kad Prabayar Beli 10 Dapat 10

17 Rejab 1436

Usaha Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk memastikan pengguna dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula 'beli RM10, dapat RM10' disambut baik persatuan-persatuan pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan menyambut baik usaha itu kerana memperlihatkan formula berkenaan wajar dan adil.

Katanya ini kerana sebilangan besar pengguna yang membeli kad tambah nilai prabayar merupakan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana menerusi kenyataan yang dibuat menerusi BERNAMA.

Sumber :dipetik daripada BERNAMA

Friday, April 10, 2015

Cadangan Umur Minimum Hampir 60 Tahun Pengeluaran KWSP Undang Persepsi Buruk Terhadap Kerajaan

21 Jamadil Akhir 1436

Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan umur minimum hampir kepada 60 tahun dilihat bakal menimbulkan persepsi buruk kepada kerajaan. Ini adalah kerana ianya seolah menafikan hak pekerja untuk mengeluarkan wang persaraan mereka untuk tujuan-tujuan yang baik seperti mengerjakan haji dan sebagainya.

Mungkin ada juga yang berisiko tidak sempat menikmati wang simpanan mereka jika umur mereka tidak sampai 60 tahun. Ini berikutan laporan di akhbar-akhbar online berkenaan cadangan berkenaan termasuk di Sinar Harian online.

Oleh yang demikian, kerajaan didesak menolak terus sebarang cadangan berkenaan kerana ianya telah beberapa kali diutarakan sebelum ini. Kecualilah jika kerajaan hendak mengakui bahawa negara sedang mengalami krisis kewangan dan cadangan berkenaan adalah suatu langkah bagi meningkatkan poket kerajaan dengan menambahkan pinjaman daripada tabung berkenaan.

Wallahualam

Saturday, April 4, 2015

Dana Bumiputera Al-Ansar Dilancar

14 Jamadil Akhir 1436

Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar Lembaga Tabung Haji (TH) berjumlah RM200 juta, bagi memperkasa dan meningkatkan ekonomi usahawan Bumiputera muslim di negara ini.

Beliau berkata pelaksanaan dana di bawah akaun pelaburan terhad serta patuh syariah yang pertama di Malaysia itu diharap memangkin pembangunan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Tambah beliau, dana berkenaan akan membantu usahawan dari segi modal kerja, pembiayaan kontrak dan perbelanjaan modal, melalui kenyataan  yang telah dikeluarkan oleh BERNAMA.

"Saya yakin bahawa usaha TH ini akan dapat bukan sahaja melahirkan lebih ramai usahawan tetapi juga membawa mereka yang sudah terlibat dalam bidang perniagaan akan dapat pergi ke tahap yang lebih tinggi.

"Mudah-mudahan mereka bukan tergolong dalam kumpulan 'micro enterprise' tetapi menjadi PKS dan seterusnya menjadi syarikat yang lebih besar serta disenarai di bursa dan bersaing di persada antarabangsa," katanya ketika berucap melancarkan dana berkenaan di bangunan Parlimen pada Khamis lalu.

Sumber berita dipetik dari BERNAMA.

Buang Sikap Suka Membuat Pembelian Panik

14 Jamadil Akhir 1436

Rakyat Malaysia digesa membuag sikap cepat melatah dalam setiap apa jua keadaan. Sebagai contoh semasa sehari sebelum perlaksanaan cukai GST, rata-rata pasaraya dipenuhi dengan orang ramai yang membuat pembelian di saat-saat akhir sebelum tarikh kuatkuasa sistem percukaian berkenaan. Keadaan ini menyebabkan kemungkinan adanya para peniaga yang akan mengambil kesempatan akan kelemahan yang kita miliki(sikap panik dalam berbelanja).

Sebaliknya, perancangan yang baik boleh dilakukan dengan membuat pembelian secara lebih awal dan tidak hanya tertumpu di saat-saat akhir. Hal ini juga sering berlaku pada setiap kali perayaan. Kebanyakan para pengguna menyangka bahawa pembeliaan pada saat-saat akhir akan membolehkan mereka mendapat harga lelong, tetapi pada zaman sekarang harga lelong mungkin akan hanya dapat diperolehi pada pagi-pagi hari perayaan berkenaan sahaja.

Mulai sekarang, para pengguna perlu bijak menggunakan hak mereka dan perlu membebasskan diri mereka dari diperdaya oleh segelintir para peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Wallahualam

Friday, March 20, 2015

Apa Dah Jadi? Mana Penjimatan Subsidi?

29 Jamadil Awal 1436

Langkah sebuah suruhanjaya yang mengumumkan kenaikan tambang pengangkutan awam baru-baru ini menyebabkan rata-rata rakyat menjadi bingung. Jika semasa penghapusan subsidi minyak dilakukan, antara hujah yang diberikan ialah penjimatan tersebut akan disalurkan kepada penyediaan atau penambahbaikan pengangkutan awam.

Sekarang, apa dah jadi? Tambang pula dinaikkan secara tiba-tiba. Mana penjimatan subsidi yang disalurkan kepada sektor berkenaan? Rakyat perlukan penjelasan yang munasabah daripada pihak berkenaan. Lagi satu persoalan..Kenapa yang umumkan kenaikan bukan bertaraf menteri? Bukan apa..Sekadar bertanya..

Wallahualam

Syarikat Tempatan Tawar Diri Naik Taraf Pesawat MIG-29N TUDM

29 Jamadil Awal 1436

Sebuah syarikat tempatan, Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd (ATSC), menawar diri untuk menaik taraf 10 pesawat MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA).

Ketua pegawai eksekutif ATSC Lt Kol (B) Fadzar Suhada hari ini berkata penambahbaikan yang disyorkan syarikat itu akan menjadikan pesawat berkenaan bukan sahaja setanding dengan jet pejuang MRCA lain yang ada di pasaran, malah mampu memanjangkan jangka hayatnya hingga sekurang-kurangnya 25 tahun.

"Setelah menjalankan kajian meluas selama dua tahun, kami percaya pesawat itu (MiG-29N) masih baik, tetapi apa yang perlu dilakukan angkatan tentera udara ialah meningkatkan kemampuannya ke paras MRCA.

"Apa yang kami tawarkan kepada TUDM adalah penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang bagi menaik taraf MiG agar ia menepati kemampuan MRCA serta membolehkan pesawat itu melaksanakan pelbagai tugas dari udara ke udara, udara ke darat dan udara ke laut," katanya kepada Bernama pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) di sini.

 Fadzar berkata ATSC akan berganding bahu dengan syarikat RAC MiG dari Rusia sekiranya cadangan itu mendapat kelulusan kerajaan.Model yang telah dinaiktaraf itu akan dikenali sebagai MiG-29NM (Modernisation).Syarikat itu mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan baru-baru ini dan sekiranya diterima, ia memberi jaminan Malaysia akan dapat menjimatkan kos, berbanding membeli kumpulan baharu jet pejuang MRCA.

Cadangan yang dikemukakan ATSC itu akan memastikan negara akan mendapat manfaat besar dari segi pemindahan teknologi kerana semua kerja penambahbaikan akan dilakukan rakyat Malaysia di Malaysia.
"Ia merupakan pilihan lebih murah (berbanding membeli MRCA baharu) dan memberi jaminan bahawa industri tempatan mampu menyokong pesawat itu jika berlaku sesuatu," kata beliau sambil menjelaskan bahawa ATSC mampu menaik taraf dua MiG pertama dalam tempoh 18 bulan.

Sumber berita dipetik dari BERNAMA

Jabatan Perikanan Akan Siasat Punca Ribuan Ikan Duri Mati

29 Jamadil Awal 1436

Jabatan Perikanan Pulau Pinang akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar menyebabkan ribuan ikan duri mati dan ditemui terapung di permukaan air sepanjang Sungai Kerian hingga pintu air Ampang Jajar, di sini.

Pengarahnya Abdullah Md Dan berkata beliau telah mengarahkan satu pasukan khas menjalankan siasatan berkenaan dan pegawainya telah mengambil sampel air sungai itu.

"Kita ada menerima aduan dan laporan daripada penduduk berkenaan kejadian dan saya percaya tidak mustahil kematian ikan itu disebabkan pencemaran toksik yang dilepaskan ke dalam sungai oleh kilang berhampiran.

 "Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan kami masih menunggu sampel air yang diambil untuk dihantar ke Bahagian Biosekuriti untuk ujian lanjut," kata Abdullah ketika dihubungi oleh BERNAMA.

BERNAMA melaporkan Khamis ribuan ikan duri mati dan ditemui terapung di permukaan air sepanjang perairan Sungai Kerian hingga ke pintu air Ampang Jajar, sejak dua hari lepas.

Sumber berita dipetik daripada BERNAMA

Tuesday, March 17, 2015

Kebocoran Data Paling Tinggi Di Sektor Perbankan Pada Pringkat Global

27 Jamadil Awal 1436

Sektor perkhidmatan perbankan dan kewangan terbukti paling berisiko tinggi berdepan masalah kebocoran data dengan 40 peratus kejadian itu berlaku di peringkat global, kata Laporan Kebocoran Data Global Infowatch 2014.

Kumpulan Infowatch adalah peneraju bagi penyelesaian perlindungan data global.

Ketua Pegawai Eksekutif Infowatch, Natalya Kaspersky, berkata laporan itu menunjukkan industri perbankan dan kewangan menjadi punca kebocoran sejumlah 313 juta data peribadi melibatkan 135 kes yang dicatatkan tahun lepas.

 "Biarpun segmen penjagaan kesihatan mencatatkan bilangan kes lebih tinggi, namun aspek data peribadi yang terjejas adalah lebih rendah berbanding sektor perbankan dan kewangan yang mencatatkan 58 juta kes," katanya dalam taklimatnya menerusi webinar, hari ini yang kenyataannya dipetik oleh BERNAMA.

Sumber berita dipetik dari BERNAMA

Monday, March 16, 2015

Sultan Johor Pemegang Saham Individu Terbesar Redtone

26 Jamadil Awal 1436

REDtone International Bhd mengalu-alukan kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sebagai pemegang saham individu tunggal terbesar dengan memiliki kepentingan 20 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, REDtone berkata Sultan Ibrahim, telah menambah pegangan sahamnya dalam REDtone sejak setahun lepas. Malah sebelum pertukaran Waran dan Saham Pinjaman Tidak Berjamin Boleh Ubah Tidak Boleh Tebus (ICULS), Sultan Ibrahim telah memiliki kepentingan 4.8 peratus dalam REDtone.

Pengerusi REDtone, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee, menyifatkan keputusan Sultan Ibrahim itu mencerminkan keyakinan baginda terhadap pasukan pengurusan, syarikat serta prospek masa depan REDtone, menerusi berita yang dipetik dari BERNAMA.


Sumber berita dipetik dari BERNAMA

Rumah Mampu Milik Di Kedah Bakal Gunakan Teknologi Baharu

26 Jamadil Awal 1436

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berharap dapat mencapai keputusan akhir selepas berbincang dengan agensi kerajaan Kedah, menjelang akhir tahun ini bagi mendirikan 200 rumah mampu milik menggunakan panel komposit poliuretana ringan daripada Bayer MaterialScience.

Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Seri Judin Abdul Karim berkata teknologi baharu ini akan menjimatkan masa dan kos, malah masa pembinaan dapat dikurangkan sebanyak 35 peratus berbanding dengan konkrit pratuang.

"Panel poliuretana juga mempunyai ciri-ciri penebat yang sangat baik. Ini meningkatkan kecekapan tenaga di dalam rumah dengan mengurangkan suhu di dalamnya, sekaligus, mengurangkan bil elektrik serta kesan karbon," katanya.

Model rumah itu yang dibina di kawasan seluas 185 kaki persegi, memakan masa selama lima minggu .Rumah rekaan asas dengan keluasan 106 kaki pesegi itu dijual pada harga RM76,000 menurut berita yang dipetik dari BERNAMA.

Berita dipetik dari BERNAMA

Saturday, March 14, 2015

Kewangan Islam Adalah Pelengkap Berdaya Maju Dalam Sistem Kewangan Global

23 Jamadil Awal 1436

Pembuat dasar sewajarnya mempertimbangkan kewangan Islam sebagai satu pelengkap berdaya maju atau pengukuh kepada sistem kewangan global yang masih rapuh, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah  menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi BERNAMA..

Baginda bertitah prinsip dan nilai dalam kewangan Islam patuh syariah adalah adalah kemahuan sejagat dan sepatutnya dengan demikian ia diterima.

"Bagaimanapun, kita mesti turut mengakui bahawa komitmen dan penyelarasan yang kukuh dalam kalangan pembuat dasar dan pemegang kepentingan yang relevan diperlukan supaya pendekatan ini mencapai hasil yang positif.

Sumber dipetik dari BERNAMA

Politik Berlebihan Boleh Menjejaskan Ekonomi

23 Jamadil Awal 1436

Ahli politik di Lembah Kelang disaran mengurangkan politik , sebaliknya memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah yang melibatkan kepentingan rakyat. Kita tak mahu ahli politik yang berbeza pendapat di antara satu sama lain, membuat keputusan perniagaan yang berdasarkan atas kepentingan politik puak tertentu tanpa memikirkan kesan ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Ini terbukti apabila beberapa perjanjian yang dibuat oleh pihak lain sebelum ini telah dibatalkan sesuka hati oleh pihak yang telah mengambil alih kepimpinan terdahulu.Ini telah melibatkan banyak sumber yang dibazirkan seperti masa, kos dan sebagainya. Keadaan ini dilihat tidak sihat untuk perkembangan ekonomi di sesebuah kawasan ataupun negeri.

Wallahualam

Harga Runcit RON & Diesel Dijangka Turun Bulan April 2015

23 Jamadil Awal 1436

Harga runcit bagi bahan bakar RON dan diesel dijangka turun kembali pada bulan April 2015 jika aliran harga minyak mentah dunia terus menerus mengalami penurunan berbanding pada bulan lepas. Indeks harga miyak WTI semalam ditutup dapa harga USD 44.84 setong berbanding harga purata bulan lepas sekitar USD 50 setong.

Bagi pengguna, penurunan harga ini sentiasa dinantikan dan diharapkan ianya akan berterusan. Namun kerajaan dan rakyat perlu bijak begi mengambil peluang atas aliran penurunan harga komoditi berkenaan. Antaranya, jika benar negara adalah sebuah negara pengimport minyak, ini adalah masa bagi menambahkan kuantiti pembelian dan dijadikan stok penimbal. Bagi rakyat pula, penjimatan bahan bakar tersebut perlu disalurkan kepada perbelanjaan yang produktif seperti disalurkan kepada pendidikan anak-anak, memperbaiki keperluan asas dan sebagainya.

Wallahuaalam

Tuesday, March 10, 2015

Bagi Masa Umur Persaraan 60 Tahun Dahulu

19 Jamadil Awal 1436

Kerajaan tidak mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk menyambung umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan usia persaraan masa kini sudah memadai, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan belum memulakan perbincangan untuk menaikkan umur persaraan kerana "kita baru sahaja buat semakan mengenai umur persaraan."

 "Bagilah masa bagi kita melalui proses umur persaraan 60 tahun dahulu," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Asean-Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) Centres of Government di sini hari ini yang dipetik melalui BERNAMA.

Sumber dipetik dari : BERNAMA

Sunday, March 8, 2015

Harga Baharu LPG Mungkin Akan Diumumkan Esok

18 Jamadil Awal 1436

Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.

Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram ,menurut suatu kenyataan  yang dipetik menerusi BERNAMA

Sumber dipetik dari : BERNAMA

Umur Persaraan 60 tahun Sudah Memadai

18 Jamadil Awal 1436

Kerajaan digesa tidak melayan desakan sesetengah pihak agar umur persaraan kakitangan kerajaan dilanjutkan kepada 62 tahun. Ini berikutan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) terhadap permintaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun seperti yang dilaporkan di Utusan Online.

Bersyukurlah, jangan jadi seperti diberi betis hendakkan peha pula. Ini memandangkan kerajaan baru sahaja menjadikan umur persaraan wajib dari 55 tahun kepada 60 tahun.Walaupun cadangan ini untuk kakitangan kerajaan, takut-takut nanti ianya juga diwajibkan ke sektor swasta.

Dasar umur persaraan 60 tahunpun telah menyebabkan para majikan di Malaysia terpaksa membuat pelarasan dengan mengurangkan pengambilan pekerja baru dan ianya secara tidak langsung menutup peluang pekerjaan bagi golongan muda. Walaupun ada pihak yang cuba mengelak fakta ini, namun bagi siapa yang bekerja di sektor swasta, ianya fakta yang tidak boleh dinafikan secara mutlak. Ada sesetengah majikan juga terpaksa mengurangkan pemberian bonus atas sebab terpaksa menanggung kos pekerja yang perlu dilanjutkan selama 5 tahun lagi.

Apa yang penting, majikan perlu diberikan peluang untuk membuat penyesuaian dalam tempoh lanjutan 5 tahun pertama umur persaraan wajib 60 tahun dilaksanakan. Sebarang pekerjaan selepas umur selepas 60 tahun , ianya perlu ditentukan oleh persekitaran pasaran dan kebolehan setiap individu masing-masing dan bukannya bersifat wajib. Umur persaraan 60 tahun dilihat sudah cukup memadai. bersyukurlah.

Wallahualam

Saturday, March 7, 2015

Harga Hartanah Tinggi Lembabkan Ekonomi Negara

17 Jamadil Awal 1436

Kos pembelian hartanah yang tinggi bakal melembabkan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah kerana, kuasa membeli rakyat akan berkurangan disebabkan mereka terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang agak besar membayar ansuran bulanan pembelian hartanah yang tinggi.

Kos hartanah yang mencecah lebih daripada RM300,000 sebuah  di kawasan jauh daripada pusat bandar utama dilihat tidak munasabah dan ianya bersifat spekulatif dan pengambilan keuntungan yang berlebihan daripada pengusaha atau pemaju hartanah. Lebih malang lagi, ada hartanah yang dibeli secara borong oleh agen-agen hartanah dan pembeli terpaksa berurusan dengan orang tengah pula.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, rakyat terpaksa membelanjakan pula sejumlah wang yang banyak pula untuk berulang alik ke tempat kerja ke bandar.Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan sebarang suntikan ke atas ekonomi pada masa akan datang tidak akan memberikan kesan kerana ianya perlu disalurkan ke sektor hartanah dan persolannya, adakah pemaju hartanah yang bersifat tamak ini menjadi punca ekonomi negara berada dalam keadaan kelembapan. Isu ini perlu diberi kajian dan perhatian agar langkah yang sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Wallahuam

Rakyat Digesa Boikot Pemaju Hartanah Kapitalis

16 Jamadil Awal 1436

Rakyat Malaysia digesa agar memboikot pemaju hartanah di Malaysia yang bersifat kapitalis dan hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Mereka kini dilihat sombong dan mahukan agar penyediaan rumah mampu milik hanya diuruskan oleh pihak kerajaan semata-mata.

Mereka lupa, pada masa kegawatan ekonomi akhir tahun 90an, mereka ini juga yang merayu agar kerajaan membantu mereka apabila banyak hartanah tidak terjual pada ketika itu. Kerajaan telah membantu mereka dengan mengekalkan kadar faedah yang rendah bagi meningkatkan kuasa beli rakyat terhadap hartanah pada ketika itu.

Artikel ini ditulis rentetan kenyataan dibuat oleh sebuah  pemimpin sebuah organisasi hartanah di Utusan Online yang menyatakan " semua pihak tidak boleh menyalahkan pemaju-pemaju hartanah swasta kerana tujuan mereka adalah untuk mencatatkan keuntungan dan adalah tidak sesuai untuk menggalakkan pihak swasta membangunkan rumah mampu melalui pemberian subsidi.

“Mereka (pemaju-pemaju hartanah swasta) adalah kapitalis, tetapi tidak semua dan kerja mereka ialah mencari keuntungan. Jika mahu memperkenalkan undang-undang tertentu bagi menghalang mereka mengaut keuntungan adalah tidak sesuai. Jika sesiapa menjadi pemaju, tentulah keuntungan yang dicari.

“Saya rasa rumah mampu milik dan rumah kepada golongan berpendapatan rendah sebaik-baiknya diuruskan kerajaan. Biarlah syarikat swasta memaksimumkan kemampuan mereka untuk mengaut keuntungan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi inilah pandangan saya,” katanya

Oleh yang demikian, bagi menguburkan kesombongan golongan kapitalis ini, rakyat digesa lebih selektif dalam pembelian pada masa akan datang. Kita lihat nanti, kuasa mana yang akan menang sama ada kuasa kapitalis atau kuasa pembeli?

Wallahualam

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia Berjumlah RM386 Bilion

16 Jamadil Awal 1436

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM386.0 bilion (bersamaan US$110.5 bilion) setakat 27 Feb 2015.

Bank pusat itu berkata kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$101.0 bilion), kedudukan Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.9 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDRs)(US$1.9 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan rizab aset-aset lain (US$5.3 bilion).

Aset keseluruhan BNM berjumlah RM405.639 bilion, manakala aset lain termasuk Kertas Kerajaan Malaysia (RM2.325 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.698 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.56 bilion), tanah dan bangunan(RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM6.928 bilion), kata bank itu dalam satu kenyataan yang dipetik dari BERNAMA

Sumber dipetik dari: BERNAMA.

Friday, March 6, 2015

Kerajaan Dan Majikan Di Malaysia Digesa Utamakan Pekerja Tempatan

16 Jamadil Awal 1436

Kerajaan dan para majikan di Malaysia digesa mengutamakan pekerja tempatan apabila mengambil mereka bekerja di semua peringkat jawatan terutama yang melibatkan jawatan tertinggi. ini berikutan trend yang terkini yang menunjukkan keutamaan makin diberikan kepada rakyat asing dalam mengisi jawatan penting.

Ini termasuklah di syarikat berkaitan kerajaan(GLC), jurulatih sukan, penyerang bolasepak dan lain-lain lagi.Jika contoh yang baikpun tak boleh ditunjukkan kepada rakyat, jangan salahkan rakyat pula jika mereka mengutamakan barangan import, dan menonton rancangan serta konsert import juga. Ini dilihat tidak baik untuk Malaysia mencapai status negara maju kelak.

Wallahualam

Sektor Hartanah Diunjur Mendatar Tahun 2015

16 Jamadil Awal 1436

Sektor hartanah dijangka mendatar tahun ini, berikutan pembeli bersikap 'tunggu dan lihat' terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dengan dijejaskan lagi oleh kelemahan ringgit.

Menerusi laporan BERNAMA, Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker, berkata ia menunjukkan langkah positif yang dilaksanakan kerajaan telah bermula, yang memberi kebaikan kepada sektor berkenaan.

"Bagaimanapun, industri, akan meningkat pada 2016 dan 2017 serta memuncak pada 2018," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Hartanah Malaysia 2015 di sini hari ini.

Kerajaan telah mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan hartanah kepada 35 tahun bagi mengurangkan kenaikan hutang isi rumah.

Ini menyebabkan pembiayaan hartanah semakin ketat apabila bank perlu lebih berhati-hati dalam kriteria kelayakan pinjaman.

Sumber: Dipetik dari BERNAMA

Malaysia Perlu Lebih Ramai Inovator Dan Usahawan

15 Jamadil Awal 1436

Malaysia memerlukan lebih ramai inovator dan usahawan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat sekali gus menjana kekayaan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata inovator seharusnya dapat mempelbagaikan inisiatif bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malahan bidang sosial yang masih belum diterokai sepenuhnya.

"Kita juga memerlukan usahawan yang mempunyai budaya berfikir bukan sahaja hendak mencari kerja tetapi mencipta dan memberi peluang pekerjaan," kata beliau pada majlis perasmian Menara Perbadanan Nasional Bhd (PNS) di Bangsar South, di sini, hari ini seperti yang dipetik dari BERNAMA

Selain itu, Najib turut mengingatkan usahawan francais supaya menggandakan usaha dan memberikan perkhidmatan terbaik supaya pelanggan terus kekal bersama produk mereka.

"Kita mesti pastikan pengalaman pertama yang mereka (pelanggan) rasai, tak kan dilupakan, itu kunci kejayaan," katanya.

Sumber : Dipetik dari BERNAMA

Thursday, March 5, 2015

Kemudahan Pembayaran Cukai Melalui Kad Kredit Memudahkan

14 Jamadil Awal 1436

Kumudahan bagi pembayaran cukai dengan menggunakan kad kredit dilihat akan memberi kemudahan kepada pengguna yang memiliki kad berkenaan.Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan kemudahan tersebut seperi yang dipetik/dilaporkan di Utusan Online.

Melalui kemudahan seperti ini, para pembayar  cukai sekarang mempunyai pelbagai pilihan bagi menunaikan tanggungjawab mereka kepada. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dalam aspek percukaian di Malaysia.

Wallahualam

Wednesday, March 4, 2015

Jadikan Malaysia Pengeluar dan Pengeksport Biodiesel Terbesar Dunia

14 jamadi Awal 1436

Kerajaan perlu berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar dan pengeksport biodiesel terbesar dunia. Seperti mana yang telah dilaporkan di Star online, inisiatif ini dapat menstabilan harga komoditi sawit yang kini dilihat teramat lesu. Dalam keadaan harga komoditi sawit yang rendah, ianya amat sesuai bagi pengeluar biodiesel menambah stok minyak sawit untuk menghasilkan biodiesel.

Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap import minyak mentah dan berpotensi menukarkan status negara kepada pengeksport minyak biodiesel. Secara tidak langsung tempoh kelangsungan rizab petroleum negara juga dapat dipertahankan untuk generasi akan datang.Para pekebun kecil pula bakal mendapat pendapatan yang berpatutan selaras dengan usaha yang telah mereka dilakukan.

Wallahualam

TM Tandatangani MOU Dengan Time Dotcom

13 Jamadil Awal 1436

TM telah mengumumkan bahawa syarikat berkenaan telah hari menandatangani satu Memorandum Persefahaman ("MOU") dengan TT dotCom Sdn Bhd ("TTdC"), anak syarikat milik penuh Time dotCom Berhad ("TIME") untuk pembangunan dan pembinaan baru sistem kabel dasar laut, yang dipanggil "Sistem Kabel Rakyat 1 Malaysia (" SKR1M ")".Pada 30 Disember 2014, TM telah mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan oleh Suruhanjaya Multimedia ("SKMM") kontrak melalui proses tender terbuka untuk membangun dan membina sistem kabel SKR1M Komunikasi dan Malaysia.

Projek ini akan diwujudkan melalui Perkongsian Awam-Swasta (PPP) antara SKMM dan TM.Dengan semangat menyokong hasrat Kerajaan dalam memupuk perkongsian di kalangan peserta industri, TM akan bekerjasama dengan Time untuk bersama-sama membangunkan sistem kabel SKR1M dengan penubuhan sebuah konsortium.

Sumber : Pengumuman di Bursa Malaysia(TM-150303-62803)

Tuesday, March 3, 2015

Beri Tumpuan Kualiti Jalur Lebar Berbanding Penurunan Harga

13 Jamadil Awal 1436

Kerajaan disaran memberi tumpuan bagi memastikan para penyedia perkhidmatan memberikan kualiti yang terbaik terhadap servis jalur lebar yang disediakan berbanding meminta mereka menurunkan harga perkhidmatan. Tiada guna harga murah, jika perkhidmatan yang diberikan berstatus tahap lama.

Jika dilihat penyedia perkhidmatan sekarang, mereka kini juga bergelut dengan kenaikan kos operasi dan ianya tidak berpunca daripada harga minyak semata-mata. Sebagai contoh , perlaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun, gaji minimum dan lain-lain juga menyumbang kepada kenaikan kos operasi. Itu belum mengambil kira Cukai Barangan & Perkhidmatan(GST) yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Kecualilah pihak kerajaan sanggup memberikan pengecualian cukai berkenaan terhadap para penyedia perkhidmatan jalur lebar.

Rakyat di Malaysia perlu dididik untuk sanggup membayar lebih bagi mendapatkan kualiti perkhidmatan yang baik, pada masa yang sama penyedia perkhidmatan perlulah memastikan pelanggan mereka sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti seperti yang dijanjikan tanpa ada harga yang tersembunyi.



Wallahualam

Hentikan Politik Tak Kesudahan, Makmurkan Ekonomi Negara

13 Jamadil Awal 1436

Para pemimpin serta pengikut parti politik di Malaysia disarankan mengurangkan aksi politik yang tidak berkesudahan kerana ianya tidak akan memberikan kebaikan terutama dari segi perpaduan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana masing-masing akan mempolitikkan apa jua rancangan yang bakal dilaksanakan pihak lawan mereka yang memerintah. Manakala yang memerintah juga terpaksa membazirkan masa, tenaga dan wang bagi mematahkan serangan lawan mereka pula.

Pihak yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia keseluruhan kerana tidak dapat pembelaan yang sewajarnya terhadap isu-isu yang sepatutnya menjadi tumpuan untuk diselesaikan. Sebagai contoh, negara di selatan kita terus berkembang ekonomi mereka kerana negara berkenaan dilihat hanya berpolitk bila tiba musim pilihanraya sahaja, Sedangkan kita dilihat masih terkial-kial mencari hala tuju. Renung-renungkanlah....

Wallahualam...

Tindakan Tegas Bagi Syarikat Gagal Daftar GST

13 Jamadil Awal 1436

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap syarikat yang masih belum mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata 5,000 pegawai dan anggota JKDM akan melakukan Ops Khas CBP bagi mengesan syarikat yang gagal berbuat demikian.

"Pegawai dan anggota kastam ini akan turun padang menjejaki syarikat yang masih degil, dan mengambil tindakan terhadap pemilik syarikat berkenaan.

"Setakat ini, berdasarkan rekod yang kami ada... sebanyak 345,965 syarikat sudah berdaftar dengan JKDM sehingga semalam... kita percaya lebih banyak syarikat tampil mendaftar dengan kami sebelum 15 Mac ini," katanya menerusi berita dipetik dari BERNAMA.

Sumber : Dipetik dari BERNAMA

Sunday, March 1, 2015

1MDB Raih Untung US$488 Juta Menerusi Usahasama Dengan PetroSaudi

10 Jamadil Awal 1436

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerima balik pelaburan penuh dengan keuntungan sebanyak US$488 juta (US$1=RM3.603) daripada rakan kongsinya PetroSaudi International sepert yang dilaporkan oleh BERNAMA.

"Fakta ini dan semua butiran berkaitan transaksi tersebut boleh disahkan dengan merujuk akaun kami yang sudah diaudit, yang boleh diperoleh di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda menerusi satu kenyataan hari ini.

1MDB menamatkan hubungan usaha sama itu pada 2012.

Arul Kanda berkata 1MDB, maklum terhadap dakwaan tertentu yang dilaporkan oleh portal media dalam talian membabitkan aturan perniagaan yang disertai 1MDB dengan PetroSaudi International.

1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, memacu inisiatif pasaran bagi membantu mentransformasi Malaysia sebagai ekonomi yang berkembang maju - sangat kompetitif, terangkum dan mampan.

Dipetik dari : BERNAMA

Saturday, February 28, 2015

Brahim's Airline Catering, MAS Meterai Perjanjian Penyelesaian

9 Jamadil Awal 1436

Brahim's Airline Catering Sdn Bhd (BAC) menandatangani perjanjian penyelesaian (SA) dengan Malaysian Airline System Bhd (MAS) semalam, sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumumkan Khazanah Nasional Bhd pada Ogos tahun lepas.

BAC, 70 peratus milik Brahim's Holdings Bhd, merupakan penyaji dalam penerbangan eksklusif kepada MAS di bawah perjanjian katering 25 tahun yang tamat pada 2028, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan menerusi BERNAMA, Brahim's berkata antara terma utama SA itu ialah ia akan bermula pada 1 Okt, 2014 dan kekal berkuat kuasa sehingga perjanjian katering baharu (NCA) ditandatangani pada atau sebelum 31 Mac, 2015.

Semasa tempoh interim, BAC akan memberikan pengurangan 25 peratus bil akhir bulanan kepada MAS tetapi tidak kompromi terhadap kualiti makanan yang disediakan.

Dipetik dari : BERNAMA

Naik Turun Keuntungan Syarikat di Malaysia Beri Kesan Kuasa Beli Rakyat?

9 Jamadil Awal 1436

Rata-rata syarikat di Malaysia telah mengumumkan keputusan kewangan masing-masing bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Jika perbandingan dibuat dengan tahun sebelumnya ianya secara keseluruhan dilihat agak bercampur-campur diantara syarikat yang mencatat peningkatan atau penurunan dalam keuntungan sebelum cukai.

Keuntungan sebelum cukai syarikat
Ada syarikat yang mampu mencatat peningkatan keuntungan, manakala bilangan syarikat yang mencatat penurunan juga agak tinggi. Jika lebih banyak syarikat mencatat penurunan keuntungan selepas ini, maka dibimbangi bahawa kuasa beli rakyat juga akan turun jika syarikat berkenaan turut mengurangkan pemberian bonus kepada pekerja mereka.

Wallahualam

Friday, February 27, 2015

Petronas Nafi Kurangkan Kakitangan

8 Jamadil Awal 1436

Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi laporan  BERNAMA menafikan laporan ia akan mengurangkan kakitangannya dalam usaha untuk memotong perbelanjaan operasi (opex) sebanyak 20 peratus tahun ini.

Sebaliknya, lebihan kakitangan dalam bahagian tertentu akan diserapkan ke projek-projek yang memerlukan pengambilan pekerja baharu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Menyifatkan laporan itu sebagai tidak munasabah, beliau berkata projek mega Petronas seperti RAPID masih memerlukan tenaga kerja.

Menurutnya lagi, malahan pemerolehan teknologi dan pengambilan kakitangan projek belum pun bermula lagi.

"Jadi, ia tidak akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang. Untuk itu kami tidak melihat pengurangan kakitangan, kami masih memerlukan mereka bagi projek-projek itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan tahun kewangan kumpulan di sini, hari ini.

Petronas memutuskan untuk mengurangkan opex bersama dengan pengurangan 10 peratus perbelanjaan modal (capex) bagi memulihkan keuntungannya kerana harga minyak mentah masih rendah.

Shamsul berkata sekiranya harga minyak terus menurun tahun depan, kumpulan itu mungkin menimbang mengurangkan lagi capex sebanyak 15 peratus.

"Kami telah menyemak turun pelan capex lima tahun kami bagi tempoh 2015-2019, berikutan harga minyak global sekarang yang di luar kawalan kami," katanya.

Dipetik Sumber : BERNAMA

Saham TM Dijangka Cecah RM7.75?

7 Jamadil Awal 1436

Saham Telekom Malaysia Bhd dijangka diniagakan tinggi selepas AllianceDBS Research menaikkan harga sasarannya (TP) seringgit lebih tinggi kepada RM7.75, mencerminkan prospek pertumbuhan syarikat itu yang lebih baik.

 Firma penyelidikan itu , menerusi laporan BERNAMA telah menaikkan penarafan TM kepada saranan 'beli', daripada 'simpan', berikutan pendapatan teras syarikat telekomunikasi itu mengatasi jangkaan.

TM mencatat keuntungan sebelum cukai lebih tinggi kepada RM1.10 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014 berbanding RM1.04 bilion pada 2013, dipacu oleh Perolehan Purata Setiap Pengguna (ARPU) yang tinggi bagi perkhidmatan Internet.

Prestasi TM yang memberangsangkan itu sebahagian besarnya didorong oleh ARPU yang tinggi bagi perkhidmatan Unifi dan Streamyx, serta prestasi bahagian borong dan global yang lebih baik .Permintaan untuk jalur lebar yang lebih tinggi kekal kukuh, dengan 48 peratus daripada pelanggan Streamyx kini pada pakej 4 megabit sesaat (Mbps) dan mengatasi (tahun kewangan 2013: 41 peratus).

"Dengan ini, kami menaikkan pendapatan sesaham (EPS) tahun kewangan 2015-2016 TM sebanyak tujuh kepada sembilan peratus.Firma penyelidikan itu juga berkata peluang pertumbuhan dalam spektrum Evolusi Jangka Panjang (LTE), Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB2) dan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) menyediakan pemangkin yang berpotensi kepada TM.

"Kami menjangka projek HSBB2 dan SUBB yang bernilai RM3.4 bilion itu akan terus memacu pertumbuhan TM berikutan ia melaksanakan rangkaian berkelajuan tinggi di lebih banyak kawasan," katanya.

Sementara itu, katanya, pengambilalihan P1 (yang memiliki spektrum LTE) akan turut membuka pasaran baharu untuk TM dalam segmen mudah alih, terutamanya dalam data yang membolehkan TM memanfaatkan rangkaian talian tetapnya

Sumber: BERNAMA

myiktisad.com Dilancarkan

7 Jamadil Awal 1436

myiktisad.com akhirnya berjaya dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Ianya telah menggantikan domain blogspot yang digunakan sebelum ini. Semoga dengan adanya domain baru ini, ianya dapat memberi lebih manfaat kepada ramai pihak yang berminat membaca isu-isu yang berkaitan ekonomi, perniagaan, kewangan dan sebagainya yang ditulis dan dikongsikan dalam bahasa Melayu.

Teruskan melayari laman ini.

Wallahualam

Thursday, February 26, 2015

TM Bakal Laksanakan HSBB2 Dan SUBB

6 Jamadil Awal 1436

Telekom Malaysia Berhad ("TM")  , semalam telah   mengumumkan penerimaan Surat Anugerah ("LOA") daripada Kerajaan Malaysia ("Kerajaan") bagi pelaksanaan dua projek:

1. Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 ("HSBB 2") dengan kerjasama Kerajaan untuk menggunakan akses dan rangkaian teras domestik untuk menyampaikan infrastruktur HSBB akhir-ke-hujung. Jumlah kos pelaburan HSBB untuk tempoh sepuluh (10) tahun adalah RM1.8 bilion.

2. Sub Bandar Jalur Lebar ("SUBB") Projek kerjasama dengan Kerajaan untuk menggunakan akses dan rangkaian teras domestik untuk menyampaikan infrastruktur HSBB akhir-ke-hujung. Jumlah kos pelaburan SUBB untuk tempoh sepuluh (10) tahun adalah RM1.6 bilion.

Dengan penerimaan LOA oleh TM, kedua pihak akan memeterai perjanjian rasmi ("HSBB 2 dan Perjanjian SUBB") berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui pada masa yang sesuai. Maklumat lanjut yang berkaitan akan diumumkan apabila pemeteraian perjanjian HSBB 2 dan SUBB di antara Kerajaan dan TM dilakukan.

Sumber: Bursa Malaysia(25 Febuari 2015)

Monday, February 23, 2015

Tabung Haji Tumpu Pelaburan Dalam Negara Tahun 2015

5 Jamadil Awal 1436

Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberikan tumpuan kepada pelaburan domestik tahun ini dalam usaha merancakkan prestasi ekonomi negara.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Ismee Ismail berkata melalui BERNAMA, TH bakal memberikan penekanan pada sektor hartanah dan minyak dan gas berikutan prestasi pasaran saham yang lemah ketika ini serta kejatuhan harga minyak dunia.
Pulangan Pelaburan di TH 2014

Katanya penekanan terhadap dua sektor itu pada tahun ini bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan kemungkinan akan dilanjutkan pelaksanaannya sehingga tahun hadapan.

"Bagi sektor hartanah, tumpuan kita adalah dari segi pembangunan projek berkonsepkan kediaman di Kuala Lumpur, Selangor, Johor serta Pulau Pinang," katanya kepada pemberita.

Sumber : Dipetik dari BERNAMA

myiktisad.com

4 Jamadil Awal 1436

Laman ini akan mempunyai domain sendiri dalam jangka masa terdekat.Ini bakal menggantikan domain blogspot tetapi masih mengekalkan platform blogger.com sedia ada. Ini adalah merupakan percubaan terbaru untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan berterusan. Apapun objektif asal untuk memperbanyakkan laman web berbahasa melayu yang membincangkan atau membicarakan isu semasa ekonomi dan kewangan masih lagi kekal menjadi keutamaan.

Myiktisad.com akan menjadi alamat web terbaru. Semoga para pengunjung terus mendapat manfaat yang baik daripada artikel-artikel yang telah dan yang bakal dipaparkan. Yang baik boleh dimanfaatkan, manakala yang tak baik boleh terus diabaikan. Teruskan berkunjung ke laman ini...!

Wallahualam

Sunday, February 22, 2015

LTAT Umum Pulangan Pelaburan 15 Peratus

2 Jamadil Awal 1436

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membuat pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus yang berjumlah RM835.1 Juta bagi tahun kewangan 2014. Ini merupakan jumlah tertinggi dibayar sejak LTAT ditubuhkan 42 tahun lalu.

Beliau berkata jumlah itu meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding RM 818.3 juta pada tahun sebelumnya.

"Jumlah 15 peratus ini merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus (satu peratus) dan bonus khas (tujuh peratus) dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif," katanya dalam satu kenyataan menerusi BERNAMA hari ini.

Purata kadar dividen dan bonus LTAT bagi lima tahun kebelakangan ini adalah 15.2 peratus setahun.

Sumber :BERNAMA

Pengasingan Fungsi Klinik Dan Farmasi Bakal Akibatkan Pembaziran Sumber

1 Jamadil Awal 1436

Cadangan pengasingan di antara fungsi klinik dan farmasi bakal menyebabkan pembaziran sumber kepada ekonomi dan rakyat. Walaupun ianya bakal menguntungkan operator farmasi dan sesetengah pihak, ianya bakal meningkatkan beban kepada pengguna yang mana mereka terpaksa membayar dua caj untuk mendapatkan servis yang sama.

Rakyat terpaksa membelanjakan kos tambahan seperti pengangkutan kerana , klinik tidak dibenarkan mengeluarkan ubat kepada pesakit. Produktiviti sumber tenaga di dalam industri juga bakal menurun disebabkan dua pihak(klinik dan kedai farmasi)  terlibat untuk menyediakan satu rantaian perkhidmatan berbanding satu(iaitu klinik sahaja) sebelum ini.

 Selain daripada itu jangkamasa untuk mendapatkan perhidmatan kesihatan juga makin bertambah dan ianya bakal melumpuhkan produktiviti tenaga kerja di negara ini. Jika sebelum ini, pesakit  atau waris pesakit mungkin hanya perlu keluar sebentar untuk mendapatkan rawatan, kini mereka terpaksa mengambil cuti penuh untuk menyelesaikan masalah kesihatan diri dan tanggungan mereka. Secara keseluruhan, cadangan ini bakal menyebabkan pembaziran sumber di kalangan masyarakat dan negara.

Wallahualam

Saturday, February 21, 2015

Caj Jalur Lebar Di Malaysia Bakal Diturunkan

29 Rabiul Akhir 1436

Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan rundingan dengan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata menerusi laporan BERNAMA, pihaknya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun pada masa sekarang berikutan penurunan harga minyak dunia.

"Kita mahu melihat Malaysia menjadi sebagai sebuah negara penanda aras bagi negara Asean dari segi struktur harga dan perkhidmatan berbanding negara lain seperti Thailand dan Indonesia," katanya.

Sumber: BERNAMA

Usahawan Malaysia Disaran Membeli Hartanah Strategik

29 Rabiul Akhir 1436

Usahawa Malaysia digesa mempelbagaikan aset mereka termasuk memiliki hartanah yang berada pada kedudukan atau lokasi strategik bagi memastikan kepentingan perniagaan mereka terjamin dalam jangka masa yang panjang. Mempunyai aset dari segi jenama yang baiksahaja kini  dilihat tidak mencukupi  di mana mereka terpaksa bersaing dengan jenama asing yang bila-bila masa boleh mengambil alih lokasi perniagaan strategik dengan menawarkan harga lebih tinggi dan pelbagai daripada pemilik hartanah yang sebenar.

Ini berikutan daripada isu yang dihadapi oleh para peniaga tempatan yang berniaga di salah sebuah gedung beli belah terkemuka di ibu negara.Konsep menyewa premis semata-mata dan bergantung kepada kekuatan jenama sahaja kini dilihat kurang sesuai disebabkan risiko kehilangan tempat perniagaan strategik tetap wujud. Isu ini sebenarnya bukan hanya berlaku di gedung terkemuka tersebut, malah kini sudah menjadi barah dikalangan perniagaan yang mempunyai potensi di seluruh negara.

Wallahualam

Kerajaan Digesa Gazetkan Perumahan Awam

29 Rabiul Akhir 1436

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani menggesa agar tapak-tapak perumahan awam sedia ada perlu digazetkan untuk kekal sebagai kawasan perumahan awam de­ngan tanggungjawab pembangunan semula hanya diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi geran peruntukan daripada kerajaan.Beliau berkata, penglibatan pihak swasta dalam pemba­ngunan semula mesti hanya sebagai kontraktor dan bukannya sebagai pemaju bagi mengelakkan golongan berkenaan mengambil sebahagian tanah-tanah tersebut untuk keuntungan komersial.
Gambar Link : Sinar Harian

Katanya, pembangunan komersial di atas tapak perumahan awam akan mengakibatkan penawaran perumahan awam di takuk yang lama, sedangkan permintaan untuk rumah-rumah perumahan awam sudah mencecah lebih 40,000 unit. Pembinaan perumahan awam ini tidak akan menguntungkan, oleh sebab itu, kerajaan perlu menyediakan geran khas kepada DBKL untuk membangunkan semula rumah-rumah perumahan awam ini dan menyewakannya semula kepada mereka yang berpendapatan rendah.

“Rumah-rumah perumahan awam ini tidak boleh dijual dan mesti dikhaskan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar raya Kuala Lumpur,” katanya seperti dipetik melalui  Utusan Malaysia hari ini.

Sumber: Utusan Online

Friday, February 20, 2015

Konsep Terakru Dalam Kewangan

29 Rabiul Akhir 1436

Konsep "akru" merujuk kepada proses di mana rekod transaksi perniagaan direkodkan apabila urusniaga berlaku dan tidak tertakluk kepada sama ada pembayaran dilakukan ataupun tidak. Ianya berkaitan dengan konsep pemadanan di mana hasil dan belanja perlulah diiktiraf di dalam tempoh yang sama. Sebagai contoh:

Belanja Terakru

Ini adalah merupakan perbelanjaan yang tidak dapat dilunaskan dalam tempoh kewangan yang sama.

Contoh ringkas: Sebuah syarikat telah diberikan invois bayaran penyelenggaraan bulan Disember 2014 pada 30 Disember 2014. Belanja tersebut akan diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun kewangan 2014, walaupun bayaran belum dibuat kepada syarikat yang telah menyediakan perkhidmatan dalam tahun yang sama dan dijangka dilakukan pada tahun yang berlainan.Belanja ini akan diakrukan dan ianya diklasifikasikan sebagai liabiliti semasa di Kunci kira-kira.

Hasil Terakru

Ini adalah merupak sejumlah hasil yang belum diterima bayaran daripada pelanggan dalam tempoh kewangan yang ditetapkan.

Contoh ringkas: Syarikat telah menandatangani kontrak sewaan bangunan tahunan kepada penyewa sebanyak RM 1000 sebulan atau RM 12,000 setahun. Sebelum  31 Disember 2014, syarikat telah mengeluarkan bil sebanyak RM 12,000 tetapi bayaran yang diterima sebelum berakhir tempoh kewangan hanyalah RM 10,000. Syarikat masih akan merekodkan hasil sebanyak RM12,000 sebagai pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, dan perbezaan sebanyak RM 2,000 akan diiktiraf sedagai hasil terakru dan diklasifikasikan sebagai aset semasa di Kunci kira-kira..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...