Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, July 29, 2012

KLIFD Dijangka Bentuk Semula Landskap Kewangan Malaysia

9 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 27 Julai, 2012- Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) dijangka membentuk semula landskap kewangan Malaysia di rantau ini, serta di peringkat global dengan prasarana dan teknologi canggih.

KLIFD, merupakan satu daripada Projek Permulaan (EPP) awal di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) Malaysia, pelan hala tuju nasional untuk meningkatkan pendapatan perkapita Malaysia kepada RM48,000 menjelang 2020, di samping menjadikan negara sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.

Projek itu akan menempatkan kelompok fizikal gabungan institusi antarabangsa utama dan perkhidmatan sokongan dan dijangka berkembang tiga kali daripada saiz sekarang menjelang 2020.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Internet Mudah Alih Atasi Media Konvensional

9 Ramadhan 1433

NEW DELHI, 28 Julai, 2012 - Peranti pintar kini pantas memintas media konvensional di India dengan 20 juta daripada anggaran 48 juta pengguna internet mudah alih telah mengalih 50 peratus daripada masa membaca surat khabar dan menonton televisyen kepada skrin mudah alih mereka.

Mereka melayari untuk mendapatkan kandungan hiburan, semua kategori berita, pelancongan dan sukan, demikian menurut kajian mengenai tingkah laku Internet Mudah Alih dan kajian penggunaannya yang dijalankan oleh ViziSense, platform pengukuran pengiklanan dan penonton dalam talian terkemuka India.

Daripada semua pengguna Internet mudah alih di India, 87 peratus adalah secara online di telefon mudah alih setiap hari dan 70 peratus daripada pengguna internet mudah alih setiap hari ini dalam kumpulan umur 24-34 tahun.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Cukai Lapangan Terbang KLIA2 Kekal

9 Ramadhan 1433


PUTRAJAYA, 27 Julai, 2012 - Ketua pegawai kewangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Faizal Mansor hari ini berkata cukai lapangan terbang bagi terminal penerbangan murah KLIA2 akan kekal apabila ia memulakan operasinya pada April tahun depan.

Beliau berkata caj itu dikawal selia oleh kerajaan, dan ia adalah keputusan kerajaan sama ada meningkatkan atau menurunkkan cukai itu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Peserta Industri Kewangan Islam Diminta Tumpu Kepada OIC

9 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 27 Julai, 2012- Peserta kewangan Islam perlu membina asas sistem kewangan Islam dalam negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Persidangan Islam (OIC) sebelum meneroka benua lain, kata seorang jurubank.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank Bhd, Badlisyah Abd Ghani berkata kebanyakan peserta kewangan Islam memberi perhatian yang terlalu banyak kepada pasaran seperti Eropah dan Amerika Syarikat, mungkin disebabkan oleh hubungan perdagangan.

"Kita perlu memberi keutamaan kepada pasaran yang secara semula jadi menuntut kewangan Islam. Keutamaan pertama harus kepada negara-negara OIC dan kedua ke Eropah dan Amerika Syarikat," kata beliau pada hari terakhir Sidang Kemuncak Perbankan ASLI 2012 di sini Jumaat.

Maklumat lanjut : BERNAMA

MBAM Mahu Kementerian Siasat Kemungkinan Kenaikan Harga Simen

9 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 27 Julai, 2012 - Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), bimbang dengan kemungkinan kenaikan harga simen, meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menyiasat perkara ini secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan, MBAM berkata ia telah diberitahu oleh seorang anggota bahawa sebuah syarikat pengilang simen utama akan meningkatkan harga simen di Lembah Kelang mulai 1 Ogos.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tiada Rancangan Turunkan Taraf Pelabuhan Pulau Pinang Jadi Pelabuhan Penghantar

9 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 27 Julai, 2012- Seaport Terminal Sdn Bhd Jumaat menafikan dakwaan yang syarikat itu berhasrat menurunkan taraf Pelabuhan Pulau Pinang kepada sebuah pelabuhan penghantar.

Syarikat juga berkata, sesungguhnya memang tiada perancangan langsung untuk memindahkan kren-kren Pelabuhan Pulau Pinang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor sebagaimana yang didakwa.

"Pelan perniagaan kami termasuklah strategi menyeluruh untuk memajukan pelabuhan itu menjadi sebuah pelabuhan serantau utama yang berdaya saing," kata syarikat dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Maklumat lanjut : BERNAMA

RFG Disaran Dilanjutkan Kepada Badan Kewangan Lain Menawarkan Pinjaman Sama Seperti Bank

9 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 26 Julai, 2012 - Garis Panduan Pembiayaan Bertanggungjawab (RFG) tidak seharusnya terpakai kepada bank-bank perdagangan tetapi juga kepada institusi kewangan lain yang menawarkan pinjaman sama seperti bank, kata seorang peserta tempatan.

Dalam membuat saranan itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Konsumer Alliance Bank Malaysia Bhd, Ronnie Lim berkata cadangan tersebut akan membolehkan pertumbuhan pasaran yang mampan.

"Sekiranya RFG adalah untuk memulakan asas mampan bagi pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang, ia tidak sepatutnya hanya terpakai kepada bank-bank tetapi setiap orang yang menyediakan pembiayaan seumpama ini kepada pengguna," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Perbankan ASLI 2012, di sini, Khamis.

Beliau berkata pasaran pinjaman peribadi, dengan jumlah tertunggak tahun lepas sebanyak RM28 bilion, agak besar untuk dikongsi di kalangan bank-bank dan organisasi kewangan lain.

Maklumat lanjut :BERNAMA

PCCC Bentuk Konsortium Untuk Bida Ambil Alih Pelabuhan Pulau Pinang

9 Ramadhan 1433


GEORGE TOWN, 26 Julai, 2012- Dewan Perdagangan Cina Pulau Pinang (PCCC) akan membentuk konsortium bagi membida pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang, kata Presiden Tan Sri Tan Kok Ping.

Tan berkata pelbagai dewan perdagangan di Pulau Pinang -- Melayu, Cina dan India - dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia akan menyertai konsortium itu.

Beliau berkata tertakluk kepada kelulusan kerajaan persekutuan, PCCC yakin mendapat dana dan bersaing dengan taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk eksesais pengambilalihan itu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Google Malaysia Sasar Tarik 27,000 PKS Sertai GMBO

9 Ramadhan 1433


JOHOR BAHARU, 26 Julai, 2012- Google Malaysia menyasarkan untuk menarik 27,000 lagi peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membangunkan laman web dan bergiat dalam talian melalui programnya, Get Malaysian Business Online (GMBO), menjelang akhir tahun ini.

Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awamnya, Zeffri Yusof berkata sejak program itu diperkenalkan Nov tahun lepas, GMBO telah menarik 23,000 PKS menyertainya.

"Program ini ternyata telah membantu ramai usahawan PKS untuk memasarkan produk di laman web malah ada sehingga ke pasaran Singapura dan kita masih meneruskan usaha untuk menarik lebih ramai lagi usahawan PKS untuk menyertai program ini."

Maklumat lanjut : BERNAMA

Saranan Supaya Diadakan Lebih Banyak Produk Kewangan Islam Inovatif

9 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 25 Julai, 2012 - Malaysia harus mengadakan lebih banyak produk kewangan Islam inovatif dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada perniagaan takaful, kata Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM).

Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Datuk Dr Adnan Alias, berkata negara perlu meningkatkan pembangunan ekonomi, kewangan dan keusahawanan Islam.

"Kita juga mesti menjana pengetahuan kita dalam bidang ini dan ini termasuklah mempunyai pengarah dan penterjemah yang baik," katanya kepada pemberita pada lawatan suai kenal Pusat Pengurusan Pengetahuan (KMC) institut itu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Harga Minyak Sawit Mentah Diramal Meningkat

9 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 25 Julai, 2012- Premium minyak soya berbanding minyak sawit mentah (MSM) melebar dan ini seharusnya menggalakkan penggantian daripada minyak soya kepada minyak sawit, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

"Jika keadaan tanaman di AS menjadi semakin teruk dalam dua tiga minggu akan datang, akan ada peningkatan selanjutnya bagi minyak soya, yang mungkin turut mendorong peningkatan harga MSM," katanya dalam satu nota penyelidikan, Rabu.

Ia berkata, meskipun harga minyak sawit mempunyai ruang meningkat selanjutnya sekiranya prospek tanaman kacang soya menjadi bertambah buruk, diskaun minyak sawit berbanding minyak soya berkemungkinan kekal tinggi memandangkan bulan-bulan pengeluaran tinggi bagi minyak sawit akan tiba tidak lama lagi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Para Peniaga Bazaar Ramadan Perlu Jujur Dan Bertimbang Rasa

9 Ramadhan 1433


KOTA KINABALU, 24 Julai , 2012 - Para peniaga Bazaar Ramadan di negeri ini perlu bersikap jujur dan bertimbang rasa semasa menjalankan perniagaan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Sehubungan itu, katanya mereka tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan sesuka hati pada bulan yang mulia ini.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, July 22, 2012

Labuan Bakal Jadi Pusat Pengedaran Halal Asia

2 Ramadhan 1433

LABUAN, 21 Julai , 2012 - Labuan kini boleh berbangga dengan wujudnya pusat pengedaran produk halal yang dijangka memulakan operasi sepenuhnya awal tahun depan, sekali gus meletakkannya sebaris dengan pusat pembangunan halal lain di rantau Asia ini.

Projek fasa pertama bernilai RM50 juta yang mula dibina awal Mac 2009 terletak di Kiansam itu kini sudahpun siap, manakala fasa kedua yang membabitkan peruntukan tambahan RM36 juta sedang dalam perlaksanaan secara berperingkat dan akan turut memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat melalui industri kecil dan sederhana (IKS).

Maklumat lanjut: BERNAMA

Maybank Komited Untuk Berada Lama Di Indonesia

2 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 19 Julai , 2012- Kumpulan Maybank berkata komitmennya di Indonesia adalah untuk jangka panjang dan ia akan terus memain peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri perkhidmatan kewangan.

Sambil menyambut baik pengumuman Bank Indonesia hari ini mengenai syarat baharu pemegangan saham dalam bank-bank komersil di Indonesia, Maybank berkata ia akan terus menyokong objektif yang mempromosi tadbir urus yang baik, pengurusan risiko yang kukuh dan amalan berhemat oleh bank.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Ekonomi Semasa Cerah

2 Ramadhan 1433


KUALA LUMPUR, 19 Julai, 2012 Pelbagai perkara berjalan lancar untuk ekonomi Malaysia sekarang, melihatkan kepada pasaran saham yang kukuh, kestabilan sektor perbankan dan eksport yang rancak, diiringi pula oleh kadar pengangguran dan inflasi yang rendah.

Bagaimanapun, dasar-dasar domestik adalah penting untuk mengekalkan momentum di celah-celah pergolakan dalam arena global.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Friday, July 20, 2012

TM Catat Hampir 400 Ribu Pelanggan Jalur Lebar UniFi

1 Ramadan 1433

KUALA LUMPUR, 19 Julai , 2012 - Telekom Malaysia Bhd (TM) pada Khamis menjelaskan bahawa angka 399,000 pelanggan UniFi yang dilaporkan Rabu sebenarnya merujuk kepada jumlah keseluruhan pelanggan UniFi di seluruh negara setakat ini dan bukan hanya di negeri Johor sahaja.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, July 15, 2012

SPEAK1M Untuk Bantu Anggota Koperasi Dalam Perniagaan

26 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 15 Julai,2012- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Skim Pembiayaan Ekonomi Anggota Koperasi 1Malaysia (SPEAK1M) bagi membantu anggota koperasi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan.

Beliau berkata skim itu merupakan dana pembiayaan mikro yang akan disalur kepada koperasi untuk menjana aktiviti ekonomi anggotanya sejajar peranan mereka sebagai satu daripada tunjang pembangunan ekonomi negara.

Katanya, bagi meningkatkan kecekapan dan pembangunan koperasi, had maksimum geran pembangunan bantuan asas ditambah daripada RM30,000 kepada RM50,000 bagi membantu institusi itu meningkatkan daya saing.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Takaful Penyelesaian Lebih Berdaya Maju Berbanding Insurans Konvensional

26 Syaaban 1433


PETALING JAYA, 13 Julai (Bernama) -- Takaful kini telah beralih daripada fasa awal hanya semata-mata sebagai penawaran berkaitan keagamaan kepada penyelesaian lebih berdaya maju jikapun tidak menarik berbanding insurans konvensional, kata Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF).

Ketua pegawai akademiknya, Datuk Syed Othman Alhabshi, berkata industri takaful menikmati pertumbuhan pesat di peringkat global dan hasilnya banyak negara asing seperti Korea Selatan, Jepun, Britain dan AS, menggunakannya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Friday, July 13, 2012

Tabung Haji Dijangka Agih Dividen Tinggi Tahun Ini

23 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 12 Julai, 2012- Lembaga Tabung Haji (LTH) dijangka dapat mengagihkan dividen tinggi tahun ini kepada pendepositnya susulan pulangan menarik daripada pelaburan ditambah dengan hasil daripada penjualan pegangannya dalam syarikat perladangan di Indonesia.

 Ini mencerminkan usaha keras lembaga tabung haji untuk memastikan modal pendeposit terus dilindungi dan dalam masa yang sama memberikan pulangan berbaloi kepada mereka, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ismee Ismail.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Pelan Induk PKS 2012-2020 Dilancarkan

23 Syaaban 1433


PUTRAJAYA, 12 Julai, 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020 dengan matlamat meningkatkan pertumbuhan perniagaan, menambah bilangan syarikat yang mempunyai pertumbuhan tinggi serta berinovasi, meningkatkan tahap produktiviti dan mempergiat formalisasi perniagaan.

Najib berkata semua empat matlamat itu akan menyumbang kepada visi Pelan Induk berkenaan untuk melahirkan PKS yang berdaya saing di peringkat global bagi meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, Pelan Induk PKS 2012-2020: Memangkin Pertumbuhan dan Pendapatan itu akan melakar hala tuju PKS dengan menyasarkan peningkatan sumbangan PKS kepada KDNK daripada 32 peratus pada tahun 2010 kepada 41 peratus pada tahun 2020.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Thursday, July 12, 2012

Projek Kajian Bridgestone Berjaya Menyahkod Jujukan Genom Pokok Getah

22 Syaaban 1433

SINGAPURA, 10 Julai,2012- Bridgestone Corporation, Selasa, mengumumkan kejayaannya menyahkod jujukan genom utama Hevea brasiliensis (pokok getah), yang menghasilkan lateks.

Lateks ialah getah asli yang diperlukan untuk pengeluaran tayar dan pelbagai jenis lagi produk getah yang penting.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kajian penyelidikan itu dilaksanakan bersama Genome Informatics Laboratory di National Institute of Genetics (Mishima City, Wilayah Shizuoka, Jepun).

Maklumat lanjut : BERNAMA

Maxis Akan Keluar Dari India

22 Syaaban 1433


BANGALORE, 11 Julai, 2012- Maxis Bhd mengadakan perbincangan awal untuk menjual unitnya di India, Aircel, dengan bank-bank yang mewakili Sistema Russia, ketika pengendali perkhidmatan telekomunikasi terbesar Malaysia itu "meneliti tawaran".

 Persekitaran dasar dan kawal selia yang tidak menentu dan siasatan ke atas pengasas Maxis, T. Ananda Krishnan, dan pegawai-pegawai tinggi lain di atas dakwaan pembabitan dalam skandal telekomunikasi di India telah mencetuskan tindakan tersebut, demikian lapor The Economic Times.

 "Maxis melihat dirinya sebagai peserta jangka panjang di India, tetapi akan meneliti tawaran, susulan keadaan tidak menentu dalam dasar dan kawal selia.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Rejim Cukai Baharu Indonesia Musnahkan Nilai Minyak Sawit Mentah, Kata MPOC

22 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 11 Julai ,2012- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) melahirkan kebimbangan bahawa struktur duti Indonesia bagi minyak sawit boleh membawa kepada perlumbaan menawarkan harga lebih rendah yang tidak memberi manfaat kepada industri di Malaysia dan juga Indonesia.

 Indonesia mengenakan cukai eksport 19.5 peratus bagi minyak sawit mentah (MSM) bagi menggalakkan aktiviti hiliran di negara itu manakala Malaysia mengenakan 30 peratus selepas had bebas cukai 3.6 juta tan metrik, menyebabkan ia tidak mempunyai kelebihan.

 "Struktur cukai minyak sawit Indonesia memusnahkan nilai kerana ia membolehkan pengusaha mereka mengurangkan harga," kata Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Tan Sri Dr Yusof Basiron.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Saturday, July 7, 2012

Peningktan Permintaan Bagi Penguji Perisian Bantu Rancangan Ekonomi Pendapatan Tinggi

17 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 7 Julai ,2012- Permintaan yang semakin meningkat bagi jurutera pengujian perisian boleh membantu meletakkan Malaysia sebagai antara peserta khusus utama dalam perniagaan pengujian perisian yang meraih berbilion dolar setahun, kata Presiden Lembaga Pengujian Perisian Malaysia (MSTB), Mastura Abu Samah.

 Jurutera pengujian perisian biasanya bertanggungjawab menguji program atau perisian komputer baru sebelum produk dihantar untuk memastikannya berfungsi dengan betul, melaksanakan fungsi-fungsi yang diingini dan bebas daripada sebarang kerosakan.

Maklumat Lanjut:BERNAMA

Monday, July 2, 2012

MyClear Sasar Pertumbuhan 40 Peratus Transaksi E-Debit Menjelang Akhir Tahun

13 Syaaban 1433


KUALA LUMPUR, 1 Julai ,2012- Malaysian Electronic Corp Sdn Bhd (MyClear), unit milik penuh Bank Negara Malaysia (BNM), menyasarkan pertumbuhan 40 peratus penggunaan transaksi e-Debit menjelang akhir tahun berikutan pelancaran Kempen e-Debit.

 Pengarah Urusannya Mohd Suhail Amar Suresh berkata antara Januari dan Mei 2012, pengguna melaksanakan lebih 1.5 juta transaksi e-Debit membabitkan kira-kira RM755 juta.

 "Ia merupakan pertumbuhan 30 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2011, dan tahun ini, kami menyasarkan untuk mencatatkan 40 peratus," katanya.

 Beliau berkata jika kesedaran dalam kalangan orang ramai dan penggunaan e-Debit meningkat serta usaha berterusan oleh MyClear, peratusannya dijangkakan lebih tinggi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...