Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, September 27, 2022

Kejatuhan Nilai Ringgit Tidak Akan Dapat Diatasi Hanya Menerusi Pemantauan

 1 Rabiulawwal 1444H

Prestasi nilai matawang ringgit yang mengalami trend kejatuhan berbanding US dollar perlulah ditangani dengan serius dan bukan hanya sekadar mengeluarkan  kenyataan bahawa ianya sedang dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Ini kerana krisis seperti ini pernah diuruskan dengan baik oleh Tun Mahathir semasa beliau memegang tampuk pemerintahan.

Langkah menaikkan kadar faedah dilihat tidak akan berkesan kerana kita bersaing dengan kuasa besar yang ekonominya lebih besar dan banyak pelabur berkiblat ke negara berkenaan dengan membeli lebih banyak matawang negara berkenaan. Jika kadar faedah berterusan dinaikkan, ianya akan membunuh perniagaan perniagaan yang menjadikan pinjaman sebagai sumber pembiayaan, manakala pinjaman atau hutang bagi setiap isirumah yang melakukan pinjaman peribadi bagi menampung kenaikan kos akan terus meningkat dan dikhuatiri semakin tidak terkawal.

Jika tak sehaluan politik dengan Tun Mahathir sekalipun, apa salah mencuba kembali kaedah yang pernah digunapakai beliau sekali lagi untuk mencari jalan keluar dari krisis ini.


Wallahualam

Thursday, July 7, 2022

Berbelanja Secara Hikmah Di Musim Harga Barang Naik

 7 Zulhijjah 1443

Masyarakat termasuk penulis digesa berbelanja secara lebih berhikmah di masa keadaan suasana kenaikan harga barang sedang meningkat. Ianya lebih ketara apabila berlakunya kenaikan harga bagi bahan mentah utama seperti minyak masak. Maka secara tak langsung ianya akan meningkatkan kos penghasilan barangan yang menggunakan bahan berkenaan dan harga jualan terpaksa juga dinaikkan.

Apa yang mampu dilakukan sekarang ialah sama ada kita mencari produk pengganti ataupun jika terpaksa, kita boleeh mengurangkan kuantiti pembelian. Pada masa yang sama, cuba elakkan jenis pembelian  yang mana kita masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa barangan berkenaan. Jika ada rezeki pada masa yang akan datang, inshaAllah kita boleh mendapatkannya semula. Dengan kata lain kita cuba membina kuasa pasaran yang lebih positif.


Wallahualam

Tuesday, June 28, 2022

Utamakan Projek Yang Menggaji Pekerja Tempatan Dalam Tempoh Sukar

 28 Zulkaedah 1443 H

Pihak kerajaan ataupun swasta digesa mengutamakan projek projek yang menggunakan sumber tempatan bagi menangani kejatuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini. Ini termasuklah mengutamakan projek projek yang menggaji pekerja tempatan di mana pendapatan penggajian mereka tidak akan dibawa keluar negara dan ianya pula bakal memberi pendapatan kepada kerajaan dalam bentuk pembayaran cukai pekerja tempatan.

Jika ianya dapat diberi keutamaan, maka ianya diyakini dapat membantu dalam menstabilkan nilai matawang ringgit dalam jangka masa terdekat ataupun dalam jangkamasa yang panjang. Lebih lebih lagi , jika input pengeluaran berasaskan tempatan, manakala hasil yang diterima pula dalam bentuk ekport negara, maka ianya akan meningkatkan permintaan terhadap matawang ringgit. Justeru itu, semua pihak digesa untuk mempertimbangkan cadangan ini dalam pengurusan ekonomi negara. Projek projek yang memerlukan sumber asing boleh diteruskan semula apabila nilai matawang ringgit kembali stabil.

Wallahualam

Wednesday, June 15, 2022

Perlu Ada Usaha Untuk Stabilkan Nilai Matawang Ringgit

 15 Zulkaedah 1443H


Kerajaan dan pakar pakar kewangan serta ekonomi disarankan agar memikirkan bagaimana untuk menstabilkan nilai matawang ringgit berbanding dengan hanya membiarkan sahaja dengan memberikan komen atau kenyataan umum antaranya seperti" Ringgit dijangka pulih", " Biarkan pasaran yang menentukan nilai matawang ringgit" dan sebagainya yang boleeh dilihat sebagai kenyataan pasrah dan tidak ingin berusaha.Sebaliknya, usaha usaha tertentu boleh dan perlu dilakukan seperti dengan mengadakan kempen membeli barangan tempatan, meningkatkan nilai eksport serta mengurangkan import, menarik balik pelaburan di luar negara sebagai salah satu pengambilan untung atas pelaburan, " Jom cuti di Malaysia" dan sebagainya.

Jika tidak bersetuju dengan kaedah penetapan matawang sebelum ini, kita perlu tampil dengan idea idea yang baru serta praktikal bagi menangani isu penurunan matawang ringgit berbanding dengan matawang negara lain. Isu ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa adanya sebarang usaha untuk menanganinya kerana ianya dikhuatiri akan memberi kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang, seperti kenaikan inflasi dan sebagainya.


Wallahualam

Monday, March 7, 2022

KWSP Bayar Dividen Lebih Tinggi

7 Syaaban 1443

KUALA LUMPUR, 2 Mac 2022: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10% untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65% untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, “Alhamdulillah, KWSP telah berjaya kekal stabil dan berdaya tahan untuk tahun 2021, sebahagiannya adalah kerana mempunyai kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di peringkat global.


Baca selanjutnya di laman web: KWSP

Perangi Najis Rasuah

 7 Syaaban 1443

Rakyat Malaysia seharusnya berhabis habisan membenci dan menolak amalan rasuah di semua peringkat. Budaya rasuah seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang jijik seperti mana kita melihat najis. Jika dadah kita boleh menamakan najis dadah, maka rasuah juga perlu dinamakan sebagai najis rasuah.

Apa yang boleh dilakukan oleh kita semua bagi mengurangkan budaya rasuah adalah dengan menolak individu-individu yang terbabit dengan gejala rasuah daripada memegang apa jua jawatan di semua peringkat sama ada di sektor awam mahupun swasta.Ini juga termasuklah juga mereka yang berada di peringkat pembuat dasar seprti ahli politik dan sebagainya. Jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil najis rasuah ini akan dapat ditangani dengan lebih berkesan.


Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...