Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, November 26, 2014

Kerajaan Perlu Tingkatkan Rezab Emas Negara

3 Safar 1436

Jika sesiapa yang perasan, penurunan harga minyak mentah mempunyai korelasi positif dengan harga semasa emas dunia. Harga emas dunia sekarang juga menunjukkan aliran penurunan selari dengan penurunan harga minyak. Negara kuasa besar seperti Rusia dilihat sedang meningkatkan pembelian emas bagi menambahkan rizab seperti yang dilaporkan oleh CNBC.

Untuk menambah stok minyak mentah pada masa harga rendah dilihat kurang praktikal kerana ianya bakal melibatkan kos yang tinggi selain keperluan membina pusat penyimpanan dan memerlukan kawasan yang besar. Pembelian emas pada harga rendah adalah dilihat lebih praktikal sebagai pengumpulan bekalan untuk pada masa akan datang terutama sekali semasa kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Pada masa berkenaan, rizab emas yang bakal mengalami kenaikan nilai boleh digunapakai bagi menyerap bebanan kenaikan harga minyak seterusnya mengelakkan ekonomi negara berada dalam keadaan kejutan yang keterlaluan.

Oleh yang demikian, kita berharap agar pembuat dasar ekonomi negara mula mengkaji kaedah ini dengan sebaiknya. Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berada pada landasan yang positif untuk jangka masa yang panjang.

Wallahualam

Tuesday, November 25, 2014

Wakaf Korporat Malaysia Bakal Terlaksana

3 Safar 1436

Malaysia bakal mempunyai wakaf korporat di peringkat pusat tidak lama lagi. Menurut laporan Utusan Online, ianya bakal dimuktamatkan dalam masa 6 bulan lagi. Penubuhan wakaf korporat ini dilihat dapat memantapkan penguasaan ekonomi umat Islam di Malaysia.Pihak TERAJU sedang meneliti beberapa kertas cadangan berkaitan perlaksanaan wakaf tersebut.

Wallahualam

Apungan Harga Minyak RON Merupakan Langkah Terbaik Ketika Ini

2 Safar 1436

Langkah kerajaan Malaysia mengapungkan harga minyak RON bermula Disember ini adalah merupakan kaedah terbaik yang diputuskan buat masa ini. Pada masa yang sama kerajaan juga telah memberi jaminan akan campur tangan sekiranya berlaku kenaikan mendadak harga minyak pada masa hadapan yang mana mekanismanya masih diperingkat kajian.

Apungan harga sekarang membolehkan rakyat dan penduduk di Malaysia menikmati nikmat penurunan harga minyak ketika mana harga minyak dunia sedang berada dalam keadaan yang rendah. Bagi pihak kerajaan pula, tiada subsidi yang perlu dikeluarkan kerana harga dipasaran sudah rendah.

Apa yang penting , kita semua perlu mengambil peluang dalam keadaan sekarang untuk meningkatkan tabungan atau membelanjakan setiap penjimatan harga minyak berkenaan kepada aktiviti-aktiviti yang memberi tambah nilai kepada kehidupan seharian. Pada masa yang sama, para pembuat dasar diharapkan dapat merangka dasar yang lebih mesra rakyat sekiranya pada masa yang akan datang, harga minyak dipasaran dunia meningkat semula.

Wallahuaalm

Wednesday, November 19, 2014

Kerajaan Perlu Turunkan Harga RON 95 Jika Harga Semasa Terus Jatuh

26 Muharram 1436

Kerajaan perlu menurunkan harga petrol RON 95 jika harga semasa sebenar dipasaran jatuh lebih rendah daripada harga yang ditetapkan sebanyak RM 2.30 seliter baru-baru ini. Jika sebelum ini, subsidi kepada rakyat dinyatakan apabila perbandingan dibuat dengan harga semasa lebih tinggi, maka ianya perlu diturunkan jika harga semasa kurang daripada RM2.30 seliter.

Jika ini tidak dilakukan, ianya dilihat bahawa rakyat pula yang mengsubsidikan kerajaan. Ini akan mendatangkan imej yang teruk kepada pihak kerajaan pula. Dengan kata lain, kerajaan dilihat tidak mempunyai jalan lain iaitu dengan mengurangkan harga petrol RON 95 jika ianya jatuh lebih kurang daripada harga yang ditetapkan.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...