Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, August 6, 2013

JPB Labur RM21 Juta Untuk Hasilkan Produk Harum Manis Sepanjang Tahun Di Perlis

28 Ramathan 1434

KUALA LUMPUR, 5 Ogos, 2013- JPB Asia Pacific Sdn Bhd, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), serta Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menjalin usaha sama membangunkan rumah hijau untuk menghasilkan mangga Harum Manis di Perlis sepanjang tahun.

Selain Harum Manis, pelaburan RM21 juta itu juga meliputi tanaman mangga Indian Red di rumah hijau menggunakan sistem fertigasi automatik bagi menghasilkan buah yang berkualiti tinggi.

Ia akan menggunakan kawasan seluas 20 hektar milik Unimap di sekitar Padang Besar.

"Malaysia mempunyai pelbagai jenis mangga, namun kami mahu mencari jenis yang berkualiti tinggi dan kelebihan tersendiri, dan Harum Manis memiliki tekstur dan bau yang sangat baik dan rasanya sangat sedap.

"Mangga ini merupakan makanan unik Perlis dan sesuai ditanam di negeri itu berdasarkan kesesuaian tanah dan iklim," kata Pengarah Urusan JPB Asia Pasifik, Mazri Mansor kepada Bernama baru-baru ini.

"Unimap sudah menjalankan kajian ke atas Harum Manis, yang belum dikomersilkan, dan kami akan menggunakan hasil penyelidikan itu untuk mengetengahkan mangga ke pasaran dunia," katanya.

JPB juga akan mempelawa peladang dari Jepun bagi membantu penanaman mangga memandangkan ia merupakan buah-buahan eksotik bernilai tinggi di Jepun yang harganya mencecah sehingga RM400 untuk dua biji.

"Projek itu juga akan memberikan kesan berganda kepada ekonomi negeri memandangkan ia turut melibatkan petani dan penduduk tempatan menerusi perladangan kontrak, dan tidak mustahil pelaburan awal sebanyak RM20 juta akan menjadi RM100 juta dalam tempoh lima tahun," kata Mazri.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...