7 Zulkaedah 1436
Dalam keadaan ekonomi sekarang, negara dilihat memerlukan pekej rangsangan ekonomi bagi meningkatkan kegiatan sosio ekonomi di dalam negara. Ini dilakukan semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir yang dilihat bahawa beliau telah berjaya membawa negara keluarlebih daripada dua kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara.
Antara isu pokok utama yang diutamakan ialah bagaimana hendak menggalakkan rakyat berbelanja tanpa memerlukan suntikan dana daripada kerajaan. Antara langkah yang berjaya ialah dengan mengurangkan caruman bulanan pekerja ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) dalam tempoh tertentu. Ini dengan secara tidak langsung menambahkan kecairan di dalam negara dan meningkatkan kuasa beli pengguna.
Antara penyelesaian inovatif yang pernah diamalkan( jika tidak silap), ialah dengan melakukan perdangan luar negara dengan menggunakan sistem pertukaran barang secara skala yang besar. Sebagainya, kontrak besar yang berteknologi tinggi, ditukarkan dengan komoditi seperti minyak sawit dan sebagainya. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan stok, dan ianya bakal menaikkan harga komoditi berkenaan dalam jangka masa yang panjang.
Ini dilihat lebih praktikal daripada dasar menabur dana secara terus kepada rakyat seperti BR1M, kerana ianya akan mengurangkan kantung kerajaan. Bagi menampung kekurangan, kerajaan terpaksa mencari kaedah lain bagi menambah dana seperti memperkenalkan sistem cukai baru seperti GST dan sebagainya.Namun.kaedah ini dilihat bakal melemahkan kuasa beli rakyat, sedangkan kutipan yang diperolehi melalui cukai bakal berdepan dengan risiko tidak diuruskan dengan cekap.
Dalam keadaan sekarang, Malaysia digesa melihat kembali cara-cara yang pernah dilakukan bagi keluar daripada sebarang krisis ekonomi. Mana tahu, cara-cara berkenaan masih sesuai dan berkesan untuk dilaksanakan pada masa sekarang.
Wallahualam
Pages
Bursa Malaysia
top_rightads
Friday, August 21, 2015
Friday, August 14, 2015
Beli Barangan, Servis, Guna Pekerja Serta Profesional Tempatan Untuk Kekang Kejatuhan Nilai Ringgit
29 Syawal 1436
Rakyat Malaysia digesa untuk membeli barangan, servis, menggunakan pekerja dan profesional tempatan bagi mengekang kejatuhan nilai matawang ringgit untuk jangka masa yang panjang. Ini disebabkan kerajaan dilihat lebih gemar untuk mengambil profesional dan servis asing, termasuklan perlantikan profesional daripada warga asing di anak-anak syarikat berkaitan kerajaan. Ini diburukkan lagi dengan cadangan untuk membawa masuk lagi kira-kira 1.5 juta pekerja dari sebuah negara.
Nasib rakyat Malaysia kini bergantung kepada jati diri masing-masing bagi memastikan matawang ringgit terus mendapat permintaan disebabkan pembelian barangan tempatan oleh rakyat Malaysia sendiri. Idea ini mungkin nampak remeh oleh pakar ekonomi Malaysia, namun ianya dipercayai dapat menstabilkan matawang ringgit pada jangka masa yang panjang.
Yang benarnya, kita sebagai rakyat sendiri yang menentukan masa depan negara pada masa yang datang bermula dengan usaha sekecil=kecil sebegini.

Tuesday, August 11, 2015
Mengakulah.., Malaysia Sedang Alami Krisis Ekonomi
27 Syawal 1436
Kerajaan dan ahli-ahli ekonomi perlu bersifat jujur dalam memberi gambaran sebenar ekonomi semasa Malaysia agar rakyat dapat membuat persediaan sewajarnya. Dengan keadaan ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika, harga komoditi seperti sawit, getah, minyak mentah yang amat rendah, apakah kita masih ingin menyatakan bahawa negara kita masih tidak berada di dalam krisis ekonomi? Itu belum mengambil kira masalah yang melanda sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan yang setakat ini belum nampak laporannya.
Kerajaan dan para ahli ekonomi tidak perlu melakukan penafian atau hendak menyembunyikan fakta. Apa yang rakyat perlu tahu, apakah inisiatif-inisiatif yang telah dirancangkan bagi menangani krisis ekonomi yang sedang melanda.Jika berpendapat masih belum melanda, takkan tidak ada langkah pencegahan? Jangan disebabkan adanya sikap ego di kalangan ahli-ahli politik semasa yang sedang berkuasa, sebarang inisiatif yang pernah dilaksanakan semasa krisis kewangan pada hujung tahun 90 an dibakulsampahkan begitu sahaja.
Jika berpendapat langkah sebelum ini ( cara zaman Era Tun Mahathir) tidak sesuai, kita ingin tahu, apakah inisiatif yang sesuai yang sedang dan telah dirangka bagi menangani krisis ekonomi semasa. Amat malang jika para pemimpin kita masih lagi berada dalam sindrom penafian terhadap krisis ekonomi yang telah dan sedang melanda negara ini.

Kadar semasa Ringgit berbanding Dolar Amerika |

Thursday, August 6, 2015
MOSTI Akan Tubuh Syarikat Sendiri
21 Syawal 1436
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang menubuhkan syarikat dan kilang sendiri untuk mengkomersialkan produk-produk inovasi tempatan supaya diterima masyarakat.
Menurut Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, beliau akan membentangkan kertas cadangan itu kepada kementerian supaya syarikat atau kilang diwujudkan di bawah MOSTI untuk tujuan pengkomersialan produk.
Menurutnya lagi, banyak produk inovasi tempatan tidak mendapat sambutan masyarakat tempatan walaupun sudah dikomersialkan.
"Saya gembira terhadap budaya inovasi negara, namun budaya untuk menggunakan produk inovasi tempatan serta jualan produk inovasi tempatan sangat rendah.
"Bagi membantu mereka, saya akan mencadangkan kepada Menteri MOSTI supaya kita mengambil alih tugas pengkomersialan produk supaya dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk mengguna produk tempatan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan persidangan antarabangsa 'Recent Advances in Material, Mineral and Environment' anjuran Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata syarikat atau kilang itu akan diserahkan kepada pihak swasta selepas produk-produk itu diterima oleh masyarakat.
Sumber dipetik daripada : BERNAMA

Monday, August 3, 2015
Faktor Luaran Punca Kejatuhan Ringgit
17 Syawal 1436
Kejatuhan nilai ringgit ketika ini adalah disebabkan faktor-faktor luaran termasuk penyusutan harga komoditi minyak dunia serta tekanan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).
Menurut kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, harga minyak baru-baru ini turut jatuh sehingga mencecah paras di bawah US$50 setong pada bulan September lepas. "Dari segi ringgit, sebenarnya kita harus faham ianya adalah satu fenomena. Kadar pertukaran nilai wang ini bukannya ditentukan oleh kita.
Tambah beliau "Lihat saja di China, indeks saham mereka telah menjunam sehingga 30 peratus dalam masa yang singkat," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Suruhanjaya Sekuriti di sini, Jumaat. Ringgit susut sebanyak 8.4 peratus daripada paras 3.4965 berbanding dolar AS yang dicatatkan pada akhir tahun lepas.
Mengulas lanjut, menerusi BERNAMA Chua berkata penyusutan kadar mata wang itu turut dialami negara-negara lain seperti Australia yang mana peratusan penurunannya adalah lebih tinggi berbanding ringgit.
"Ini menunjukkan bahawa (mata wang dunia) sekarang turut mengalami kesan penurunan harga komoditi serta kemungkinan Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah mereka," katanya.
Menurutnya, walaupun ketika ini kerajaan tiada cadangan untuk menambat ringgit? pada paras RM3.80 berbanding US$1 dolar, beliau yakin pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau keadaan, khususnya dari segi dasar monetary.

Subscribe to:
Posts (Atom)