Pages
top_rightads
Sabtu, 22 Mac 2025
Tabung Haji Kekal Berdisiplin Urus Pelaburan Di Sebalik Ketidaktentuan Ekonomi Global - CEO
Kepentingan Pelbagaikan Portfolio Dalam Pelaburan Individu
21 Ramadhan 1446H
Pelbagaikan portfolio atau "diversification" merupakan strategi penting dalam pelaburan individu. Ia merujuk kepada proses mengagihkan pelaburan ke dalam pelbagai jenis aset, sektor, industri, atau geografi bagi mengurangkan risiko keseluruhan. Kepentingan pelbagaian ini boleh dilihat dari beberapa aspek utama:
-
Mengurangkan Risiko
Dengan melabur dalam pelbagai aset seperti saham, bon, hartanah, dan komoditi, pelabur dapat mengurangkan risiko kerugian besar sekiranya salah satu aset mengalami kejatuhan nilai. Ini kerana prestasi setiap pelaburan tidak semestinya bergerak seiring. -
Melindungi Modal
Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, portfolio yang pelbagai lebih berdaya tahan. Aset-aset tertentu mungkin mengekalkan atau meningkatkan nilai walaupun aset lain mengalami kejatuhan. Ini membantu pelabur melindungi nilai modal mereka. -
Meningkatkan Potensi Pulangan
Pelbagaian bukan sahaja mengurangkan risiko, tetapi juga memberi peluang untuk meraih keuntungan dari pelbagai sumber. Jika satu sektor tidak berprestasi, sektor lain mungkin sedang berkembang pesat. -
Menstabilkan Pulangan Jangka Panjang
Portfolio yang pelbagai biasanya menghasilkan pulangan yang lebih stabil dari masa ke masa. Ini penting bagi pelabur yang merancang kewangan jangka panjang seperti persaraan atau pendidikan anak-anak. -
Mengelakkan Ketergantungan pada Satu Sumber Pendapatan
Pelbagaian juga membantu pelabur mengelakkan pergantungan kepada satu jenis pelaburan atau sektor yang mungkin terdedah kepada perubahan dasar kerajaan, inflasi atau ketidaktentuan pasaran global.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pelbagaian portfolio merupakan prinsip asas dalam pengurusan pelaburan yang bijak. Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko, menstabilkan pulangan, dan melindungi pelabur daripada ketidaktentuan pasaran. Bagi individu yang ingin mencapai matlamat kewangan mereka dengan lebih selamat dan berkesan, strategi pelbagaian harus dijadikan asas dalam setiap keputusan pelaburan. Seperti pepatah, “Jangan letak semua telur dalam satu bakul.” Pelbagaian yang dirancang dengan baik boleh menjadi kunci kejayaan pelaburan jangka panjang.
Wallahualam
Ahad, 16 Mac 2025
Umat Islam Di Malaysia Perlu Rebut Peluang Tukarkan Simpanan KWSP Ke Akaun Patuh Syariah
15 Ramadhan 1446H
Penulis mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia (KWSP) kerana telah berjaya memastikan kadar pulangan simpanan patuh syariah di dana berkenaan menyamai dengan kadar pulangan simpanan konvensional pada tahun lepas. Ini membuktikan bahawa menukar simpanan KWSP kepada Akaun Simpanan Shariah daripada Akaun Simpanan Konvensional adalah satu langkah bijak bagi umat Islam yang ingin memastikan pelaburan mereka selaras dengan prinsip syariah.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa umat Islam perlu mengambil peluang ini:
1. Jaminan Pelaburan Patuh Syariah
- KWSP Simpanan Shariah dilaburkan sepenuhnya dalam instrumen yang bebas daripada unsur riba (faedah), gharar (ketidakpastian), dan maysir (perjudian).
- Dana ini diawasi oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi memastikan semua pelaburan mematuhi syariah.
2. Hak Memilih Sebagai Pencarum
- KWSP memberi pilihan kepada pencarum untuk memilih antara Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah.
- Bagi umat Islam, memilih instrumen kewangan yang halal adalah satu tanggungjawab agama.
3. Tidak Bergantung kepada Kadar Dividen Konvensional
- Pulangan dividen Simpanan Shariah tidak bergantung kepada prestasi dana konvensional.
- Ia berdasarkan keuntungan daripada pelaburan halal yang diluluskan oleh panel syariah.
4. Mengejar Keberkatan dalam Simpanan
- Simpanan yang patuh syariah bukan sekadar untuk keuntungan dunia tetapi juga untuk keberkatan dalam harta.
- Menjauhi unsur riba memastikan simpanan bebas daripada dosa yang dilarang oleh Islam.
5. Mudah untuk Beralih ke Simpanan Shariah
- Umat Islam hanya perlu membuat permohonan melalui portal KWSP atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat.
- Pertukaran ini tidak akan menjejaskan jumlah simpanan sedia ada, hanya cara pengurusannya akan berubah mengikut prinsip Islam.
Kesimpulan
Menukar simpanan KWSP kepada Akaun Simpanan Shariah adalah langkah terbaik bagi umat Islam untuk memastikan harta mereka diuruskan dengan cara yang halal dan diberkati. Ia juga memberi ketenangan hati kerana pelaburan dibuat tanpa melibatkan unsur yang dilarang oleh Islam.
Jadi, ambil peluang ini dan buat pilihan yang selaras dengan prinsip syariah!
Wallahualam
Isnin, 26 Februari 2024
KWSP: Pencarum Mengharapkan Dividen Yang Lebih Tinggi Untuk Tahun 2023
16 Syaaban 1445
Pencarum buat masa kini amat tertunggu tunggu akan pengumuman agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023. Ini adalah kerana prestasi kewangan pada sembilan bulan pertama tahun lepas bagi agensi pelaburan berkenaan adalah dilihat amat memberangsangkan seperti mana yang telah diumumkan di media massa. Rata rata mengharapkan kadar agihan yang lebih tinggi berbanding tahun 2022 sebelumnya.
Justeru itu, sebagai pencarum, kita amat berharap, tiada kejutan negatif bagi tiga bulan terakhir bagi membolehkan kadar agihan yang bakal diumumkan adalah seperti dalam jangkaan. Penulis bangkitkan hal ini disebabkan adanya laporan terkini daripada beberapa pakar ekonomi bahawa kadar dividen dijangka rendah daripada tahun sebelumnya. Namun begitu, kita doakan yang baik baik sahaja hendakNya.
Wallahualam
Isnin, 13 Mac 2023
Berhati hati Dengan Skim Pelaburan di Pasaran
20 Syaaban 1444
Saya dan masyarakat di luar sana hendaklah berhati hati dengan sebarang skim pelaburan yang menawarkan pelbagai bentuk pulangan yang lumayan. Ini kerana dikhuatiri ada elemen penipuan terhadap skim berkenaan. Sedangkan pelaburan yang berlesen sekalipun kita rasa tertipu dengan prestasi pengurusan dana, inikan pula yang diiklankan secara berleluasa di media social.
Ini kerana, kita sudah tidak mampu lagi menanggung sebarang risiko ke atas rosot nilai pelaburan yang ada. Lebih lebih lagi, kini kita berada di zaman yang penuh pancaroba.
Wallahualam
Isnin, 7 Mac 2022
KWSP Bayar Dividen Lebih Tinggi
7 Syaaban 1443
KUALA LUMPUR, 2 Mac 2022: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10% untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65% untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.
Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, “Alhamdulillah, KWSP telah berjaya kekal stabil dan berdaya tahan untuk tahun 2021, sebahagiannya adalah kerana mempunyai kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di peringkat global.
Baca selanjutnya di laman web: KWSP
Rabu, 18 Disember 2019
KWSP Catat Pendapatan RM13.5 Billion Suku Ke Tiga 2019
Khamis, 11 Ogos 2016
Pendaftaran Simpanan Syariah KWSP Kini Mencecah Lebih 100 Ribu Pencarum
Pendaftaran simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah mencecah lebih daripada 100 ribu orang pencarum selepas tiga hari ianya dibuka. Berdasarkan kepada laman web KWSP, purata pendaftaran harian adalah lebih daripada 40000 pencarum pada setiap hari setakat ini.
Sambutan yang baik ini adalah disebabkan kehendak para pencarum yang beragama Islam dalam meningkatkan syiar Islam dalam urusan muamalat.Tambahan pula dana yang disediakan untuk simpanan ini hanya terhad kepada RM100 billion buat masa kini dan ianya berasaskan kepada siapa cepat dia dapat. Ini secara tidak langsung menyebabkan kaunter-kaunter KWSP diserbu oleh orang ramai yang tidak mahu terlepas peluang mendaftar kepada simpanan ini.
Wallahualam
Sabtu, 6 Jun 2015
UDA Timbang Untuk Beli Saham TIR
UDA Holdings Bhd akan menimbang membeli saham Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PPPP) dalam Tropical Island Resort (TIR), jika kerajaan negeri bersetuju mengurangkan harga jualan, kata Pengarah Urusan, Datuk Ahmad Abu Bakar.
Beliau berkata, kerajaan negeri perlu menerima tawaran UDA Holdings kerana syarikat itu telah melabur kira-kira RM60 juta untuk pembangunan semula Pulau Jerejak tanpa banyak bantuan daripada kerajaan negeri.
"Kami sudah lama berbincang mengenainya. Tetapi sehingga kini kami belum mencapai persetujuan muktamad mengenai pembelian saham PPPP dalam TIR.
"Kami tidak akan membeli saham itu daripada kerajaan negeri...(tetapi) ia mungkin (jika mereka mengurangkan harga) kerana kami perlu merancang dan menyusun semula pulau itu," katanya kepada Bernama di majlis Cabaran Media UDA 2015, di sini semalam.
Walaupun enggan mendedahkan harga ditetapkan kerajaan negeri, beliau percaya pembelian saham itu boleh diselesaikan dalam tempoh kurang daripada dua tahun.
Beliau juga berharap kerajaan negeri akan turut serta dalam pembangunan semula Pulau Jerejak, iaitu bekas pusat tahanan banduan.
UDA Holdings memiliki 51 peratus kepentingan dalam TIR dan selebihnya oleh PPPP, cabang pembangunan kerajaan negeri.
Sumber dipetik daripada : BERNAMA
Isnin, 23 Februari 2015
Tabung Haji Tumpu Pelaburan Dalam Negara Tahun 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberikan tumpuan kepada pelaburan domestik tahun ini dalam usaha merancakkan prestasi ekonomi negara.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Ismee Ismail berkata melalui BERNAMA, TH bakal memberikan penekanan pada sektor hartanah dan minyak dan gas berikutan prestasi pasaran saham yang lemah ketika ini serta kejatuhan harga minyak dunia.
![]() |
Pulangan Pelaburan di TH 2014 |
Katanya penekanan terhadap dua sektor itu pada tahun ini bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan kemungkinan akan dilanjutkan pelaksanaannya sehingga tahun hadapan.
"Bagi sektor hartanah, tumpuan kita adalah dari segi pembangunan projek berkonsepkan kediaman di Kuala Lumpur, Selangor, Johor serta Pulau Pinang," katanya kepada pemberita.
Sumber : Dipetik dari BERNAMA
Ahad, 22 Februari 2015
LTAT Umum Pulangan Pelaburan 15 Peratus
Isnin, 12 Januari 2015
Kelembapan Pasaran Saham Berisiko Kepada Sektor Hartanah
Kelembapan pasaran saham yang berterusan bakal memberikan risiko kepada sektor hartanah. Ini adalah kerana, pemain-pemain di pasaran yang mengalami kerugian akibat pasaran yang lemah bakal menjadikan hartanah yang mereka miliki sebagai aset yang perlu dicairkan untuk menjelaskan kerugian mereka alami di pasaran saham atau menjelaskan komitmen pembelian saham di pasaran.
Oleh yang demikian, pemain di pasaran hartanah(sebagai pelaburan) perlu juga memantau pasaran jika berlakunya lebihan hartanah dalam jangka masa terdekat. Ini membolehkan langkah-langkah yang tertentu bagi menangani sebarang risiko yang bakal melanda.
Wallahualam
Sabtu, 15 Februari 2014
Isu Halal & Haram ASB:PNB Digesa Tubuhkan Jawatankuasa Syariah Pelaburan Saham
Permodalan Nasional Berhad(PNB) digesa menubuhkan badan penasihat atau jawatankuasa terhadap dana pelaburan Amanah Saham Bumiputra(ASB) bagi menghapuskan keraguan hukum "harus" yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Isu ini timbul kerana ada beberapa negeri yang tidak menggunapakai fatwa berkenaan kerana bidang kuasa agama Islam adalah hak kepada negeri masing-masing.
Antara hujah utama penolakan fatwa berkenaan ialah ketiadaan jawatankuasa berkenaan di dalam badan pelaburan dana tersebut. Maka untuk menyelesaikannya ialah mudah..., tubuh sahaja jawatankuasa berkenaan bagi menyakinkan lebih ramai pihak terhadap kepatuhan syariah dana tersebut. Cuma persoalannya, mahu atau tidak , atau nak buat atau tak nak buat kerja sahaja.
Wallahualam
Isnin, 28 Oktober 2013
Lebih Ramai Rakyat Malaysia Digalak Sertai Skim Persaraan 1Malaysia
KUALA LUMPUR, 25 Okt , 2013- Lebih ramai rakyat Malaysia akan digalakkan untuk menyertai Skim Persaraan 1Malaysia berikutan langkah kerajaan untuk meningkatkan sumbangannya ke dalam skim itu seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014 hari ini, kata timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mohamad Nasir Ab Lati.
Sumbangan itu akan meningkat daripada lima peratus kepada 10 peratus atau maksimum RM60 hingga RM120 setahun, berkuat kuasa 1 Jan, 2014.
Skim itu dilaksanakan pada 1 Jan, 2010 untuk individu yang bekerja sendiri dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan untuk menabung dengan KWSP menjelang persaraan mereka.
Berita lanjut: BERNAMA
Isnin, 23 September 2013
Khazanah Nasional Buka Pejabat Khazanah Americas Incorporated Di San Francisco
SAN FRANCISCO, 23 Sept , 2013- Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pejabat wilayah Khazanah Nasional Berhad bagi negara-negara Amerika Utara dan Selatan, Khazanah Americas Incorporated (KAI), di San Francisco pada Ahad.
Beliau berharap pembukaan pejabat ini akan membantu menggerakkan lagi usaha Malaysia untuk merealisasikan statusnya sebagai negara maju menjelang 2020.
Perdana Menteri berkata visi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 boleh direalisasikan dengan menggerakkan rangkaian nilai dan mewujudkan ekonomi dipacu pengetahuan, inovasi dan teknologi.
Najib berkata demikian semasa merasmikan pejabat Khazanah itu di Aras 45, 101 California Street, San Francisco, pejabat wilayah ketiga cabang pelaburan kerajaan itu, selepas Beijing dan Mumbai.
Berita lanjut: BERNAMA
Khazanah Nasional Buka Pejabat Khazanah Americas Incorporated Di San Francisco
SAN FRANCISCO, 23 Sept , 2013- Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan pejabat wilayah Khazanah Nasional Berhad bagi negara-negara Amerika Utara dan Selatan, Khazanah Americas Incorporated (KAI), di San Francisco pada Ahad.
Beliau berharap pembukaan pejabat ini akan membantu menggerakkan lagi usaha Malaysia untuk merealisasikan statusnya sebagai negara maju menjelang 2020.
Perdana Menteri berkata visi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 boleh direalisasikan dengan menggerakkan rangkaian nilai dan mewujudkan ekonomi dipacu pengetahuan, inovasi dan teknologi.
Najib berkata demikian semasa merasmikan pejabat Khazanah itu di Aras 45, 101 California Street, San Francisco, pejabat wilayah ketiga cabang pelaburan kerajaan itu, selepas Beijing dan Mumbai.
Berita lanjut: BERNAMA
Rabu, 18 September 2013
PNB Sedang Kaji Struktur Dana Skim Amanah Saham Bumiputera 2
KUALA LUMPUR, 18 Sept, 2013- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang meneliti struktur yang sesuai bagi penubuhan dana Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), sama ada berharga tetap seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau berubah-ubah, dan dilancarkan dalam tempoh terdekat.
"Penelitian sedang kita buat sekarang untuk memastikan produk itu lebih berkesan, kerana mengikut kajian, kebanyakan produk-produk yang harganya berubah-ubah, kurang dijual," kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah.
"Tetapi kalau harga tetap, banyak yang terjual. Jadi itu lah kita sedang teliti supaya produk yang akan dilancarkan nanti lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham 1 Malaysia, di sini Rabu.
Diminta mengulas bila skim ini akan dilancarkan, Hamad Kama berkata: "Yang penting kita nak buat secepat mungkin.
"Kesesuaian waktu juga penting kerana sekiranya dana tersebut dilancarkan dalam suasana pasaran indeks yang terlalu tinggi, ia mungkin akan menjejaskan prestasi produk itu sendiri," katanya.
Selain itu, Hamad Kama berkata PNB juga sedang meneliti jenis-jenis pelaburan yang akan dijalankan, di samping mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib dan memastikan sistem komputer dapat berjalan lancar.
Berita lanjut: BERNAMA
Selasa, 17 September 2013
KWSP Tawar Nasihat Kewangan Persaraan Kepada Pencarum Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 17 Sept, 2013- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menawarkan khidmat nasihat kewangan dan persaraan sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada pencarumnya tahun depan di cawangan KWSP di Lembah Klang, kata Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman.
"Kami akan memulakan projek perintis di Lembah Klang, dan ke seluruh negara pada fasa akhir program itu dalam tempoh satu atau dua tahun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Seminar Antarabangsa Celik Kewangan dan Simpanan Persaraan 2013 bertema "Ke Arah Menikmati Persaraan yang Selesa."
Samsudin berkata perkhidmatan baharu itu bertujuan membantu pencarum merancang persaraan dan menyediakan pendidikan kewangan, dalam usaha membantu pencarum KWSP bersedia untuk persaraan mereka.
Beliau berkata kajian menunjukkan orang ramai cenderung mensia-siakan wang dalam tempoh singkat, yang boleh menjadi masalah jika KWSP merupakan satu-satunya sumber pendapatan mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata projek perintis di Lembah Klang itu akan mengambil masa sehingga dua tahun sebelum dilaksanakan di seluruh negara untuk tujuan melatih tenaga kerja.
"Kami bekerjasama rapat dengan agensi-agensi lain seperti Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan latihan yang bersesuaian untuk pencarum," katanya.
Berita lanjut: BERNAMA
Rabu, 11 September 2013
Kerajaan Negeri Perak Sahkan Sungkai Sebagai Hub Industri Pertahanan
IPOH, 10 Sept, 2013- Kerajaan Negeri Perak mengesahkan Sungkai akan dijadikan hab industri pertahanan dan keselamatan di rantau ini menerusi projek Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) yang bakal dibangunkan di Sungkai hujung tahun ini.
MDSTP ialah projek perkongsian awam-swasta antara Kementerian Pertahanan (Mindef) dan sebuah syarikat tempatan, Masterplan Consulting Sdn Bhd.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata selain dapat memajukan kawasan terbabit, projek industri pertahanan itu dilihat dapat menarik pelaburan dalam dan luar negara dalam memacu Perak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2015.
"(Sebarang) pelaburan untuk industri pertahanan ini masih dalam rangka perancangan. (Mindef dan pihak yang terlibat) telah pun mengemukakan kepada kerajaan negeri tentang perkara-perkara yang akan dilaksanakan."
"Beberapa siri perbincangan pada peringkat kementerian dan kerajaan negeri telah diadakan. Ia (keputusan persetujuan dan persefahaman) akan diumumkan tetapi selepas mendapat kelulusan," katanya kepada Bernama dalam temu bual khas di sini.
Pada 27 Dis, 2011, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan projek Pusat Industri Pertahanan di Sungkai, yang menarik minat syarikat tempatan dan asing, termasuk dari Eropah dan Amerika Utara bagi tujuan pelaburan.
MDSTP akan menjadi taman teknologi pertahanan utama dengan infrastruktur dan perkhidmatan yang canggih bagi mempercepatkan pembangunan modal insan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), sains, teknologi dan inovasi tempatan untuk keselamatan pertahanan dan agensi penguat kuasa.
Projek itu disasarkan untuk membuka peluang besar dalam perniagaan baharu, selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.
Sektor sasaran untuk projek itu termasuk aeroangkasa dan avionik, automotif, maritim, persenjataan pertahanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta lain-lain yang memberikan sokongan kepada industri pertahanan dan sekuriti.
Berita lanjut: BERNAMA
Jumaat, 6 September 2013
SC Sasar Jadikan Negara Pusat Pengurusan Harta Islam
KUALA LUMPUR, 4 Sept, 2013- Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyasar menjadikan Malaysia sebagai pusat pengurusan harta Islam, sasaran yang boleh dicapai memandangkan kadar tabungan tinggi negara.
Pengerusinya Datuk Ranjit Ajit Singh berkata bagi tujuan ini, langkah-langkah sedang diambil untuk mewujudkan sebilangan pengantara dalam bahagian itu.
"Ini ialah usaha yang sedang kami lakukan sekarang. Strateginya ialah kami mendapatkan beberapa syarikat untuk menyertainya," katanya dalam satu syarahan umum Rabu.
Syarahan itu yang bertajuk "Menjadikan Malaysia sebagai Pasaran Pengurusan Harta Islam - Perspektif Pengawal Selia", dianjurkan oleh BNP Paribas Malaysia Bhd dan INCEIF.
Ranjit berkata demikian sebagai menjawab soalan tentang bagaimana Malaysia boleh menjadi pusat pengurusan harta Islam.
Sehingga Julai 2013, menurut laman web SC, terdapat 19 syarikat pengurusan dana Islam berlesen di Malaysia.
Ranjit berkata ketika ini, syarikat pengurusan dana Islam menikmati insentif cukai.
Berita lanjut: BERNAMA