28 Ramadhan 1434
KUALA LUMPUR, 5 Ogos, 2013- CIMB Islamic, francais perbankan dan kewangan Islam global CIMB Group, dipilih sebagai Bank Islam Global dan Bank Islam Terbaik oleh The Banker, penerbitan perbankan antarabangsa paling lama di dunia.
Dalam anugerah pertama Perbankan Islam Terbaik, The Banker menganugerahkan CIMB Islamic dua hadiah berprestij sebagai perakuan ke atas pengurusan, model perniagaan dan pendekatan risiko berhemat yang kukuh, kata CIMB Islamic dalam satu kenyataan.
"Kami mencatat pertumbuhan perolehan yang memecah rekod pada 2012. Ia adalah hasil daripada model perniagaan kami yang berkembang kukuh, yang kami panggil model memanfaatkan dua perbankan, yang membolehkan kami mempunyai skala dan keberkesanan sebenar selain pengukuhan dalam keupayaan kami untuk menyokong kehendak pengguna dalam pasaran tempat kami berkhidmat," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Badlisyah Abdul Ghani.
Maklumat lanjut: BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan