Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, May 30, 2012

EBITDA Suku Pertama TM Naik 7.1 Peratus Kepada RM782.6 Juta

10 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 30 Mei ,2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) pada Rabu mengumumkan bahawa Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Penyusutan dan Pelunasannya (EBITDA) berkembang 7.1 peratus kepada RM782.6 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2012 berbanding RM730.9 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2011.

Katanya kenaikan itu dicapai berikutan perolehan operasi yang lebih tinggi. Perolehan kumpulan itu meningkat 11 peratus kepada RM2.384 bilion.

Pertumbuhan itu sebahagian besarnya adalah berikutan pertumbuhan positif dari kesemua produk utama, iaitu internet dan multimedia, data, suara dan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi yang lain.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Tuesday, May 29, 2012

Pengumuman Insentif Cukai: 100 Syarikat Disasar Sertai SL1M

9 Rejab 1433

MELAKA, 29 Mei , 2012- Kira-kira 100 syarikat disasar menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menjelang akhir tahun ini berikutan pengumuman insentif potongan cukai berganda oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata insentif itu dapat memberi galakan kepada syarikat sedia ada dan syarikat lain membantu graduan menganggur memperoleh pekerjaan.

Beliau berkata, pada masa ini, 49 syarikat kebanyakannya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah menyertai SL1M secara tanggung jawab sosial.

"Ini bermakna setiap RM1 yang dibelanjakan pihak syarikat dalam SL1M selepas ini akan mendapat potongan cukai RM2," katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi pelatih SL1M - Telekom Malaysia Berhad (TM) di Universiti Multimedia di sini hari ini.

Seramai 202 graduan kohort dua yang menjalani latihan kemahiran insaniah selama dua bulan dijalankan TM menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.

maklumat lanjut : BERNAMA

Pembiayaan RM9 Bilion, Bukti Keyakinan Terhadap Malaysia Airlines

9 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 29 Mei, 2012- Cadangan mengumpul dana RM9 bilion yang diumumkan oleh Malaysia Airlines (MAS) minggu lepas adalah bukti keyakinan sistem kewangan Malaysia terhadap masa depan syarikat penerbangan itu, kata seorang pakar ekonomi terkemuka pada Selasa.

Dr Yeah Kim Leng, Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd berkata MAS tidak akan berdepan masalah mendapatkan pembiayaan kerana kedua-dua pasaran perbankan dan modal Malaysia sebenarnya dibanjiri dengan mudah tunai.

Beliau berkata Malaysia mempunyai lebihan mudah tunai dan simpanan tinggi dan kedua-dua kerajaan dan sektor swasta ketika ini tidak berdepan masalah mengumpul dana dalam pasaran.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Zahwan Buktikan Kerja Keras Perlu Untuk Memajukan Syarikat Bumiputera

9 Safar 1433

KUALA LUMPUR, 29 Mei, 2012- Mohd Zahwan Mohd Sabri, 40, bukanlah berasal dari keluarga yang berada, namun didikan dan kerja keras serta minat keluarga terhadap bidang perniagaan, menjadikan beliau usahawan tegar.

Kini beliau memberi tumpuan terhadap syarikat percetakannya untuk menjadi antara 10 peniagaan utama Bumiputera di Lembah Klang menjelang 2015.

Mohd Zahwan terlibat dalam percetakan digital, bidang yang sangat kompetitif yang memerlukan beliau sentiasa meningkatkan pengetahuan dan peralatan untuk terus bertahan dalam perniagaan berkenaan.

Menerusi modal sendiri dan keluarga sebanyak RM50,000, beliau menubuhkan Banter FX Sdn Bhd di kawasan Brickfields pada 2003, dan sejak itu, Mohd Zahwan menyaksikan syarikatnya berkembang kukuh hasil ketekunan dan kerja kerasnya.

Mohd Zahwan memilih "Banter" yang bermaksud cepat, pantas dan segera dalam bahasa Jawa, dan itulah yang ditawarkan oleh syarikatnya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Monday, May 28, 2012

Proton Gantung Jawatan CEO Lotus Dany Bahar

8 Rejab 1433

KUALA LUMPUR, 28 Mei, 2102 - Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus plc Dany Bahar digantung sementara daripada jawatan itu bagi memudahkan siasatan terhadap aduan perlakuannya yang dibuat oleh syarikat induk utama, DRB-HICOM Bhd.

Semasa ketiadaan Bahar, Datuk Lukman Ibrahim, Mohd Khalid Yusof dan Aslam Farikullah, wakil syarikat induk Lotus, diberikan kuasa oleh lembaga pengarah Group Lotus plc mengendalikan dan mengurus urusan pentadbiran harian Lotus Group.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Friday, May 25, 2012

TM & ChinaCache Jalin Kerjasama Strategik

4 Rejab 1433


KUALA LUMPUR, 24 Mei, 2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) dan ChinaCache International Holdings Ltd baru-baru ini menjalin kerjasama strategik dalam usaha sama untuk menyediakan penyempatan kandungan dari negara China ke Malaysia.

ChinaCache adalah syarikat pembekal utama bagi perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan (CDN) di China.

"Kehadiran media sosial yang kukuh di Malaysia telah menyebabkan minat terhadap kandungan China semakin meningkat dan ChinaCache komited dengan matlamat untuk menjadikan kandungan tersebut mudah diakses di peringkat antarabangsa," kata Pengurus Besar Cawangan Amerika Utara ChinaCache Joe Zhu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, pada Khamis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, May 21, 2012

Pelabur Harus Mempelbagai Untuk Elakkan Ketidaktentuan Pasaran

29 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 21 Mei , 2012- Pemelbagaian adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan turun naik pasaran dan portfolio pelabur, kata ketua pakar strategi Phillip Mutual Bhd Phua Lee Kerk.

Beliau berkata peruntukan aset yang praktikal seperti saham, pendapatan tetap dan tunai, walaupun bukan lagi strategi pelaburan yang popular sekarang, adalah apa yang diperlukan untuk memperolehi jumlah pulangan jangka panjang yang menguntungkan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Industri Kewangan Perlu Tarik Dana Lebihan Dari Timur Tengah Bernilai US$1 Trilion

29 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 21 Mei , 2012- Modal teroka dan pemain ekuiti swasta perlu menarik lebihan modal yang besar dari negara-negara di Timur tengah ke Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada Isnin.

Katanya lebihan US$1 trilion yang kini tersimpan di pusat-pusat kewangan Barat perlu di bawa ke negara ini.

"Ini boleh dilakukan jika peserta industri terus meningkatkan taraf dan membina infrastruktur berkelas dunia bagi meraih dana-dana ini."

"Ini sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab global bagi kewangan yang mematuhi syariah."

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pembelajaran Lebih Menarik Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar Baharu

29 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 20 Mei, 2012- Ibu bapa kini boleh menarik nafas lega terhadap ketagihan anak-anak mereka menggunakan telefon pintar, memandangkan ia boleh dijadikan sesuatu yang berguna.

Menerusi aplikasi "ABC Spy" yang baru dibangunkan untuk iPhone dan iPad oleh pembangun aplikasi mudah alih yang berpejabat di London, Stealth Education, kanak-kanak kini boleh menguasai abjad dan perbendaharaan kata Roman menerusi pembelajaran berbantu, fotografi dan perkongsian sosial.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Malaysia Tempat Baik Untuk Berniaga

29 Jamadilakhir 1433

NEW YORK, 19 Mei, 2012 - Bekas senator Missouri Amerika Syarikat (US), Christopher Samuel "Kit" Bond, memandang tinggi Malaysia dan yakin negara itu merupakan lokasi yang baik untuk pelabur US menjalankan perniagaan.

Sambil menyifatkan Malaysia sebagai negara yang aman, Bond, yang berkhidmat selama dua penggal sebagai Gabenor Missouri dari 1973 hingga 1977 dan dari 1981 hingga 1985, menolak tanggapan bahawa protes "kebangkitan revolusi" (Arab Spring) boleh berlaku di Malaysia, sekaligus menakutkan pelabur.

"Oh! Dengar! Semua orang bimbang terhadap kebangkitan revolusi dan tujuannya, namun Malaysia ialah negara yang aman!" katanya kepada wartawan Malaysia yang menembualnya selepas beliau bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, May 20, 2012

Proton Perlu Suntikan Besar Untuk Berdaya Saing

28 Jamadilakhir 1433


KUANTAN, 17 Mei, 2012- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perusahan Automobil Nasional (Proton) memerlukan suntikan modal yang besar dari pihak swasta serta perlindungan berterusan dari kerajaan bagi membolehkannya terus bersaing dalam pasaran global yang semakin kompetitif.

 Katanya kos mereka bentuk dan mengeluar kereta model baru telah meningkat dengan mendadak.

 "Syarikat kereta perlu memasarkan lebih dari satu model, kita perlu sekurang-kurangnya lima model kerana Proton tidak begitu besar, keuntungan tidak mencukupi bagi mengadakan banyak model," katanya di sini.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Usahawan Bumiputera Digesa Tingkatkan Penggunaan Perbankan Islam

28 Jamadilakhir 1433


KUALA LUMPUR, 17 Mei, 2012 - Para usahawan Bumiputera seharusnya perlu mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk menggunakan sistem perbankan Islam dengan lebih kerap di dalam perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

 Katanya produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh institusi kewangan di negara ini adalah berlandaskan hukum syarak.

 "Dan adalah terbukti bahawa negara kita kini mempunyai sistem kewangan Islam yang lengkap, merangkumi takaful dan perniagaan saham dalam Bursa Malaysia."

 "Selain itu, kita juga mempunyai Pasaran Kewangan Antarabangsa di Labuan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan pasaran wang antarabangsa, " katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-21 Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia.

 Skim Pembiayaan PKS Patuh Shariah telah diumumkan baru-baru ini dengan dana berjumlah RM2 bilion dalam bentuk rebat 2.0 peratus bagi permohonan perbiayaan berjumlah sehingga RM5 juta yang diluluskan sehingga 2013.

 Muhyiddin juga berkata kaum Bumiputera harus berusaha berhijrah yang lebih besar, iaitu kepada yang berteknologi tinggi berasaskan inovasi dan kreativiti.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Produk Pertanian Malaysia Punyai Potensi Baik Di China

28 Jamadilakhir 1433


PUTRAJAYA, 16 Mei,, 2012 - Produk industri pertanian negara mempunyai banyak peluang dan ruang untuk berkembang maju di pasaran negara China, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

 Katanya apa yang dibimbangkannya ialah sama ada usahawan tempatan benar-benar mampu memenuhi permintaan dari negara Tembok Besar itu dari segi kuantiti dan juga kualiti produk.

 "Sambutan (produk negara) baik, yang saya minta ialah tumpuan sekarang ini perlu diberikan kepada aspek pengeluaran, bahan mentah, kerana takut tak cukup. Contohnya ada syarikat (China) minta bekalan durian Malaysia tujuh belas kontena seminggu," katanya dalam satu persidangan media di sini.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Rakyat Malaysia Lebih Banyak Berbelanja Secara Dalam Talian

28 Jamadilakhir 1433


KUALA LUMPUR, 16 Mei , 2012 - Pengguna di Malaysia lebih banyak berbelanja secara dalam talian dan yakin terhadap keselamatan dalam talian, demikian menurut hasil Kajian Membeli-belah Dalam Talian MasterCard Worldwide tahun lepas di 25 negara.

 Lima ratus pengguna Malaysia berusia antara 18 dan 64 tahun mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan antara 5 Dis, 2011 dan 12 Jan, 2012.

 Kajian itu juga mendapati bilangan pengguna yang membeli-belah secara dalam talian meningkat 12 peratus daripada 55 peratus pada 2010.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, May 15, 2012

Kepelbagaian Dalam Fungsi Kewangan Bermula Dengan Pengambilan Pekerja Yang Baik

23 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 14 Mei ,2012 - Kepelbagaian dalam fungsi kewangan, termasuk di Malaysia, bermula dengan pengambilan pekerja yang baik bagi membina perniagaan lebih kukuh yang diperlukan dalam ekonomi global yang kompetitif hari ini, demikian menurut laporan baharu Persatuan Akauntan Berkanun dan Bertauliah (ACCA).

Laporan itu,'Membina Perniagaan Lebih Baik Menerusi Kepelbagaian Kewangan', mengenal pasti lima langkah utama yang perlu diambil oleh perniagaan untuk memanfaatkan kepelbagaian dalam pasukan kewangan mereka, bagi memberikan kelebihan utama kepada mereka dalam dunia yang kompetitif.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Cadangan Wujudkan LCCT Di Perak Bukan Untuk Bersaing Dengan Negeri Lain

23 Jamadilakhir 1433

 IPOH, 14 Mei, 2012- Perak menggesa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri khususnya Pulau Pinang melihat cadangan untuk mewujudkan Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) di Perak merupakan pembangunan yang saling melengkapi bukan untuk bersaing dengan negeri-negeri lain.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata terminal yang akan dikenali dengan nama Utara Malaysia Airport Terminal (UMAT) itu merupakan sebahagian daripada perancangan masa depan Perak bagi membangunkan kawasan utara untuk bersaing dengan kawasan lain di negara ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, May 11, 2012

MCMC Beri Anugerah Spektrum 4G Tidak Lama Lagi

19 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 11 Mei , 2012- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berharap dapat memberikan anugerah spektrum 4G atau 2.6GHz kepada peserta industri telekomunikasi (telco) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata suruhanjaya itu telah menerima rancangan kerjasama rangkaian daripada syarikat-syarikat telekomunikasi berkenaan dan akan memberikan anugerah spectrum itu selepas menilai rancangan-rancangan tersebut.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Thursday, May 10, 2012

Negara Islam Digesa Perbaiki Keadaan Ekonomi Untuk Tingkatkan Dagangan

19 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 10 Mei , 2012- Negara-negara Islam perlu memperbaiki keadaan ekonomi serta mempelbagaikan sektor perniagaan masing-masing dalam usaha meningkatkan perdagangan di kalagan sesama sendiri.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perdagangan antara negara-negara Islam telah merosot pada masa ini berbanding dengan tahun 1990an.

Maklumat lanjut :BERNAMA

SME Corp Anjur Karnival 'Jom Niaga' Di Shah Alam

19 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 9 Mei , 2012 -SME Corp Malaysia akan menganjurkan Karnival "Jom Niaga" di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, mulai Khamis.

Karnival selama dua hari anjuran bersama Kementerian Pedagangan Abtarabangsa dan Industri itu bertujuan memupuk hubungan antara kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan, organisasi korporat, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan untuk memakmurkan usaha niaga mereka.

Tokoh-tokoh terkenal dalam industri akan bercakap mengenai pengalaman perniagaan mereka dan berkongsi rahsia kejayaan mereka, manakala agensi-agensi kerajaan akan mengadakan sesi tunjuk ajar perniagaan, kata SME Corp dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Lebih Banyak Produk Halal Buatan Malaysia Dijual Di Pasar Raya Besar Sekarang

19 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 9 Mei, 2012- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) mengumumkan bahawa pintu kini terbuka luas bagi syarikat diperakui Halal Malaysia, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS Halal) untuk menimbang menjadi pembekal jangka panjang kepada pasar raya besar utama seperti Giant, AEON Jusco, Carrefour dan Mydin, di negara ini.

Ini susulan pengenalan Program Pembangunan Vendor Halal (HVDP), inisiatif bersama oleh HDC dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (MDTCC).

"Kami merancang mengukuhkan kerjasama sedia ada menerusi program itu yang akan membuka peluang akses pasaran baharu bagi PKS Halal," kata Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

LATAR Expressway Contoh Baik Pembiayaan IDB Di Asia Tenggara

19 Jamadilakhir 1433

 KUALA LUMPUR, 9 Mei ,2012- LATAR Expressway yang menghubungkan Kuala Lumpur melalui Taman Templer dan Kuala Selangor dalam masa hanya 20 minit, dianggap sebagai contoh terbaik pembiayaan Bank Pembangunan Islam (IDB) bagi projek infrastruktur utama di Asia Tenggara.

 "LATAR Expressway Malaysia ialah contoh baik kejayaan projek IDB, dan menjadi rujukan kepada negara anggota lain," kata Presiden IDB Tan Sri Dr Ahmad Mohamed Ali dalam satu kenyataan .

Maklumat lanjut: BERNAMA

Malaysia Catat Lebihan Perdagangan RM29.78 Bilion Pada Suku-1 2012

19 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 9 Mei , 2012- Malaysia mencatatkan lebihan perdagangan sebanyak RM29.78 bilion bagi suku pertama 2012.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata eksport bulan-ke-bulan negara terus meningkat sebanyak 8.7 peratus dan import naik 10.9 peratus.

Ia berkata bagi asas suku tahunan, eksport pada suku pertama 2012 naik 4.4 peratus berbanding suku pertama 2011 manakala import berkembang sebanyak 6.9 peratus.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, May 7, 2012

Perbankan Syariah Tumbuh Lebih Pesat Berbanding Konvensional

15 Jamadilakhir 1433

JAKARTA, 7 Mei , 2012- Industri perbankan syariah di Indonesia mencatat pertumbuhan 40.2 peratus dalam tempoh lima tahun terakhir, lebih tinggi berbanding pertumbuhan yang dicatat perbankan konvensional iaitu 16.7 peratus dalam tempoh yang sama.

Timbalan Gabenor bank pusat Bank Indonesia Halim Alamsyah yakin perkembangan itu akan berupaya meningkatkan sumbangan perbankan syariah kepada industri perbankan nasional kepada 15 hingga 20 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 4.1 peratus pada masa ini.

"Kami yakin kewangan syariah akan mampu mendorong pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi serta meningkatkan kestabilan sistem kewangan," katanya semasa berucap pada pembukaan Seminar Antarabangsa Kewangan Syariah di Bandung, Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

KWSP: 422 Pengarah Syarikat Dihalang Tinggalkan Negara

15 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 7 Mei , 2012- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan nama 422 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi tempoh Januari-Mac 2012 untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP pekerja masing-masing.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata ia membuktikan keazaman KWSP dalam melindungi simpanan persaraan pencarumnya.

"KWSP mengambil tindakan tegas termasuk tindakan levi dan sivil terhadap majikan dan pengarah syarikat yang gagal menunaikan tanggungjawab KWSP mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagi tempoh sama, 160 majikan yang tidak mencarum didenda RM155,400 oleh mahkamah mengikut Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Siaran Tv Al-Hijrah Diperluas Ke Seluruh Negara Akhir Tahun Ini

15 Jamadilakhir 1433

KUALA TERENGGANU, 7 Mei , 2012- Siaran TV Al-Hijrah akan diperluaskan ke seluruh negara selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan sedang menyusun spektrum yang lebih menyeluruh kepada negeri yang belum mendapat siaran itu seperti Kelantan dan utara tanah air.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, May 5, 2012

Jakim Tidak Raih Keuntungan Daripada Sijil Halal

13 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 4 Mei,2012- Bayaran yang dikenakan untuk mendapat sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah bagi menampung kos termasuk kajian dan ujian makmal terhadap produk yang berkenaan.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata adalah tidak wajar bagi pengusaha membuat tuduhan Jakim meraih keuntungan daripada pengeluaran sijil tersebut.

"Di sini saya ingin menegaskan, Jakim langsung tidak mengambil sebarang keuntungan kepada sijil halal yang dikeluarkan tetapi kita hendak memastikan setiap kos dalam meluluskan sebarang sijil halal yang dikeluarkan ditanggung oleh pihak pemohon," katanya kepada pemberita, di sini pada Jumaat

Maklumat lanjut: BERNAMA

Industri Runcit Dijangka Lihat Perkembangan Menarik Selepas Akta Persaingan 2010

13 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 5 Mei , 2012- Apabila Akta Persaingan Malaysia 2010 diwartakan pada 10 Jun tahun lepas, ia bermatlamat menyediakan rangka kerja bagi mengurangkan amalan anti-persaingan di Malaysia.

Dan akta ini terpakai kepada sebarang aktiviti perdagangan dalam Malaysia kecuali bagi aktiviti yang dijalankan oleh sektor tenaga, komunikasi dan multimedia.

Kepentingan Akta Persaingan ini adalah untuk memperkenalkan persekitaran pasaran yang kompetitif dan menyediakan tahap persaingan sama rata bagi semua peserta agar proses ini boleh menghapuskan amalan anti-persaingan seperti kartel dan pakatan sulit.

Bagaimanapun, laporan media baru-baru ini mendedahkan bahawa beberapa kumpulan runcit, termasuk beberapa pembekal produk pengguna utama telah memohon kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk dikecualikan daripada mematuhi Akta tersebut.

Ini pastinya memberikan masa yang sukar bagi Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Shila Doraj Raj dan panel pengawal selia untuk memutuskannya.

Industri runcit Malaysia didominasi oleh beberapa rantaian pasar raya besar dan pasar raya. Gedung dagangan moden ini menyumbang kira-kira 50-55 peratus daripada jumlah industri runcit tempatan.

Perdagangan tradisional, termasuk kedai runcit kecil, yang juga menguasai pasaran agak besar seperti dibuktikan daripada bilangan kedai runcit yang tersebar di seluruh negara, masih menyumbang kira-kira 40 peratus daripada perniagaan manakala kedai serbaneka yang semakin berkembang pesat menyumbang baki selebihnya.

Persoalannya: bagaimana anda mahu melaksanakan Akta Persaingan ke atas gedung-gedung dan kedai runcit ini?.

Telah diketahui umum bahawa pasar raya besar dan pasar raya moden seperti Giant, yang memiliki kira-kira 120 gedung di seluruh negara, menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah perniagaan runcit.

Tesco, dengan kira-kira 50 gedung, juga menyumbang kuantiti yang sama daripada jumlah industri. Peserta utama lain termasuklah Carrefour dan AEON.

Gedung-gedung ini sememangnya telah diketahui merupakan perunding yang sukar kerana mereka meminta beberapa bentuk insentif daripada pembekal (termasuk fi senarai produk, fi ruang dan rak, elaun promosi, diskaun dan sebagainya).

Dalam keadaan biasa ini, kebanyakan pembekal akan akur dengan kehendak rantaian besar ini kerana gedung-gedung ini akan memberikan jaminan kepada mereka kuantiti yang mana semua pembekal inginkan.

Akhirnya, pembekal akan menyerahkan sehingga 20-30 peratus diskaun lebih daripada margin dagangan biasa mereka, dan gedung rantaian akan menggunakan diskaun ini untuk mengurangkan harga jualan mereka kepada pengguna. Justeru itu ia merupakan berita baik bagi gedung-gedung ini.

Meskipun pembekal tidak begitu gembira memberikan diskaun ini, namun mereka akan mengalu-alukan kuantitinya.

Sementara itu, bagi kedai runcit tradisional, walaupun banyak dari segi bilangan, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk merundingkan diskaun seumpama itu.

Maklumat lanjut:BERNAMA

SMI Malaysia Gesa Kerajaan Selesaikan Mogok Di Pelabuhan Klang

13 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 4 Mei,2012- Persatuan Industri Kecil & Sederhana (SMI) Malaysia menggesa agar kerajaan menyelesaikan mogok pengangkutan yang sedang berlaku di laluan dan pelabuhan utama negara, Pelabuhan Klang, yang telah memasuki hari ketiga.

Persatuan itu berkata kesemua pihak yang terbabit, termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Lembaga Pelabuhan Kelang, sepatutnya menyelesaikan masalah itu secara aman dan pantas.

"Ahli-ahli kami berhadapan dengan persaingan sengit dari luar dan perkara akhir yang kami mahukan ialah mogok dalaman.

"Mogok ini telah menyebabkan tunggakan dalam pelepasan kontena import, penyimpanan dan penghapusan caj adalah penting dan penangguhan pemulangan ke depot terutamanya untuk pengimport yang mempunyai ruang pemakiran kontena yang terhad dan kawasan trafik yang sesak.

"Ahli-ahli yang mengeksport akan berhadapan dengan masalah penangguhan dan mungkin boleh didenda jika tarikh eksport tidak ditepati," kata SMI Malaysia dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sektor Biomas Dijangka Tarik Pelaburan Asing RM3.5 Bilion

13 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 4 Mei,2012- Sektor biomas di Malaysia dijangka mampu menarik dua pelaburan asing langsung besar yang berpotensi bernilai RM3.5 bilion dalam tempoh terdekat ini.

Penasihat Teknikal kepada Inisiatif Pengeluaran Lestari Biomas EU-Malaysia (Biomass-SP), Datuk Leong Kin Mun berkata pelaburan US$300 juta itu dijangka mengalir masuk daripada syarikat berpangkalan di AS yang mahu mewujudkan kilang biogula di sini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Friday, May 4, 2012

Penubuhan KMTF Beri Manfaat Kepada Industri Kewangan Malaysia

12 Jamadilakhir1433

KUALA LUMPUR, 3 Mei, 2012- Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pengurusan Pengetahuan (KMTF) akan memberi manfaat kepada industri perkhidmatan kewangan Malaysia, kata pengerusinya Khadijah Abdullah.

KMTF terdiri daripada Institut Kewangan Asia (AIF), Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM), Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Institut Insurans Malaysia (MII).

Maklumat lanjut :BERNAMA

Pembatalan Pertukaran Saham MAS-AirAsia Bukan Satu Kejutan

12 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 2 Mei, 2012- Sebarang keputusan untuk membatalkan pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, bukanlah satu kejutan besar, kata penganalisis.

Menurut seorang penganalisis dari firma penyelidikan tempatan, pertukaran saham antara syarikat penerbangan tersebut hanya membantu MAS sedikit sahaja dalam usaha pemulihan dan penamatan perjanjian tidak memberi kesan yang terlalu besar ke atas MAS, katanya.

Penganalisis itu, yang tidak mahu dikenali, berkata rasionalnya proses berkenaan adalah membawa kumpulan terbaik dalam AirAsia untuk melaksanakan perubahan dalam MAS dan membolehkan Khazanah Nasional Bhd meraih sebahagian tindakan dalam AirAsia.

Seperti yang dilaporkan, perjanjian pertukaran saham yang dilihat seolah-olah tidak menguntungkan antara syarikat penerbangan itu terus diteliti dengan spekulasi berterusan bahawa ia akan dibatalkan.

 Penganalisis berkenaan yang dihubungi Bernama berkata mereka sentiasa percaya bahawa adalah sukar untuk mencontohi kejayaan AirAsia dalam MAS memandangkan isu-isu struktur kerana MAS mempunyai segmen perkhidmatan penuh yang matang dan tepu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, May 2, 2012

Perjanjian Tukar Saham Antara MAS-AirAsia Dibatalkan

10 Jamadilakhir1433

KUALA LUMPUR, 2 Mei , 2012- Khazanah Nasional Bhd dalam kenyataan pada hari ini(Rabu) telah mengumumkan pembatalan perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Bhd.

"Selepas lapan bulan membuat penilaian, pemegang saham bersilang menjejaskan usaha pengurusan untuk memulihkan MAS.

"Pemegangan saham bersilang itu berniat baik untuk menjajarkan kepentingan ekonomi pemegang saham utama MAS (Khazanah) dan AirAsia (Tune Air)," kata cabang pelaburan kerajaan itu dalam satu kenyataan.

 Setelah gagal mendapat sokongan pemegang kepentingan untuk meneruskan usaha sama itu, Khazanah berkata pihak terbabit bersetuju untuk menukar semula pemegang saham bersilang dan kembali kepada struktur asal pemegangan saham utama kedua-dua syarikat.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja

9 Jamadilakhir 1433

Penulis mengambil kesempatan di sini mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua pengikut dan pengunjung blog MyIktisad ini. Semoga hari-hari yang mendatang  sentiasa mendapat keredhaan Ilahi dalam apa jua bidang yang diceburi oleh kita semua.

Selamat Hari Pekerja 2012.

Wallahualam

@MyIktisad

Orang Melayu Perlu Manfaatkan Sepenuhnya Peluang Di Malaysia, Pesan Melayu Lingga

9 Jamadilakhir 1433

RIAU (Indonesia), 1 Mei , 2012- Malaysia antara negara terbaik di dunia dalam menyediakan peluang serta kemudahan kepada rakyatnya, justeru orang Melayu di Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia itu.

Itulah pandangan beberapa penduduk Melayu di Lingga di sini yang ditemui Bernama.

Mohammad Salim, 51, dari Pulau Benan, Lingga, berkata terdapat begitu banyak peluang, termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi, yang terhidang di depan mata yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia.

"Kami di sini tidak mempunyai peluang sebanyak diperoleh orang Melayu di Malaysia, jadi jangan duduk menunggu untuk disuap, orang Melayu di Malaysia perlu rebut peluang ini bagi memajukan diri, masyarakat dan generasi seterusnya," katanya kepada Bernama di Lingga.

Beliau yang bekerja sebagai penternak ikan kagum dengan usaha yang dilakukan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama lebih 20 tahun bagi memajukan bangsa Melayu di Malaysia.

"Cerita kehebatan bapak Mahathir memajukan bangsa Melayu di Malaysia meniti di bibir orang Melayu di sini. Usaha beliau di peringkat antarabangsa telah membawa bangsa Melayu dikenali di serata dunia.

"Bagi saya, bapak Mahathir 'pemegang utuh' kata-kata Hang Tuah 'Takkan Melayu hilang di dunia!' Bapak Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) juga tidak kurang hebatnya, beliau mampu meneruskan usaha bapak Mahathir," kata Salim.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Polis Nasihati Orang Ramai Abaikan SMS Ajak Berkumpul Di Pasar Seni

9 Jamadilakhir 1433

 KUALA LUMPUR, 30 April , 2012- Polis hari ini menasihati orang ramai agar mengabaikan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mereka berkumpul di Pasar Seni di sini Selasa untuk berhimpun menuntut hak pekerja.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS berangkai itu yang sebenarnya adalah palsu.

"SMS itu juga turut mengajak orang ramai supaya menyertainya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Malaysia Akan Buka Pusat Dagangan Di Doha

9 Jamadilakhir 1433

DOHA, 30 April,2012- Pembukaan Pusat Dagangan Malaysia di bandar raya ini pada September akan membuka pintu kepada perniagaan Malaysia berhubung dengan rakan mereka di Qatar.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pusat dagangan itu yang diurus oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), akan membawa hubungan ekonomi antara kedua0dua negara ke tahap baharu.

"Pusat itu akan mengetengahkan barangan dan perkhidmatan terbaik Malaysia. Ia juga akan menjadi pusat untuk menyumber produk dan perkhidmatan Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menemui para pegawai Qatar di sini Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...