Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, February 28, 2015

Brahim's Airline Catering, MAS Meterai Perjanjian Penyelesaian

9 Jamadil Awal 1436

Brahim's Airline Catering Sdn Bhd (BAC) menandatangani perjanjian penyelesaian (SA) dengan Malaysian Airline System Bhd (MAS) semalam, sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumumkan Khazanah Nasional Bhd pada Ogos tahun lepas.

BAC, 70 peratus milik Brahim's Holdings Bhd, merupakan penyaji dalam penerbangan eksklusif kepada MAS di bawah perjanjian katering 25 tahun yang tamat pada 2028, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan menerusi BERNAMA, Brahim's berkata antara terma utama SA itu ialah ia akan bermula pada 1 Okt, 2014 dan kekal berkuat kuasa sehingga perjanjian katering baharu (NCA) ditandatangani pada atau sebelum 31 Mac, 2015.

Semasa tempoh interim, BAC akan memberikan pengurangan 25 peratus bil akhir bulanan kepada MAS tetapi tidak kompromi terhadap kualiti makanan yang disediakan.

Dipetik dari : BERNAMA

Naik Turun Keuntungan Syarikat di Malaysia Beri Kesan Kuasa Beli Rakyat?

9 Jamadil Awal 1436

Rata-rata syarikat di Malaysia telah mengumumkan keputusan kewangan masing-masing bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Jika perbandingan dibuat dengan tahun sebelumnya ianya secara keseluruhan dilihat agak bercampur-campur diantara syarikat yang mencatat peningkatan atau penurunan dalam keuntungan sebelum cukai.

Keuntungan sebelum cukai syarikat
Ada syarikat yang mampu mencatat peningkatan keuntungan, manakala bilangan syarikat yang mencatat penurunan juga agak tinggi. Jika lebih banyak syarikat mencatat penurunan keuntungan selepas ini, maka dibimbangi bahawa kuasa beli rakyat juga akan turun jika syarikat berkenaan turut mengurangkan pemberian bonus kepada pekerja mereka.

Wallahualam

Friday, February 27, 2015

Petronas Nafi Kurangkan Kakitangan

8 Jamadil Awal 1436

Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi laporan  BERNAMA menafikan laporan ia akan mengurangkan kakitangannya dalam usaha untuk memotong perbelanjaan operasi (opex) sebanyak 20 peratus tahun ini.

Sebaliknya, lebihan kakitangan dalam bahagian tertentu akan diserapkan ke projek-projek yang memerlukan pengambilan pekerja baharu, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Menyifatkan laporan itu sebagai tidak munasabah, beliau berkata projek mega Petronas seperti RAPID masih memerlukan tenaga kerja.

Menurutnya lagi, malahan pemerolehan teknologi dan pengambilan kakitangan projek belum pun bermula lagi.

"Jadi, ia tidak akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang. Untuk itu kami tidak melihat pengurangan kakitangan, kami masih memerlukan mereka bagi projek-projek itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan tahun kewangan kumpulan di sini, hari ini.

Petronas memutuskan untuk mengurangkan opex bersama dengan pengurangan 10 peratus perbelanjaan modal (capex) bagi memulihkan keuntungannya kerana harga minyak mentah masih rendah.

Shamsul berkata sekiranya harga minyak terus menurun tahun depan, kumpulan itu mungkin menimbang mengurangkan lagi capex sebanyak 15 peratus.

"Kami telah menyemak turun pelan capex lima tahun kami bagi tempoh 2015-2019, berikutan harga minyak global sekarang yang di luar kawalan kami," katanya.

Dipetik Sumber : BERNAMA

Saham TM Dijangka Cecah RM7.75?

7 Jamadil Awal 1436

Saham Telekom Malaysia Bhd dijangka diniagakan tinggi selepas AllianceDBS Research menaikkan harga sasarannya (TP) seringgit lebih tinggi kepada RM7.75, mencerminkan prospek pertumbuhan syarikat itu yang lebih baik.

 Firma penyelidikan itu , menerusi laporan BERNAMA telah menaikkan penarafan TM kepada saranan 'beli', daripada 'simpan', berikutan pendapatan teras syarikat telekomunikasi itu mengatasi jangkaan.

TM mencatat keuntungan sebelum cukai lebih tinggi kepada RM1.10 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2014 berbanding RM1.04 bilion pada 2013, dipacu oleh Perolehan Purata Setiap Pengguna (ARPU) yang tinggi bagi perkhidmatan Internet.

Prestasi TM yang memberangsangkan itu sebahagian besarnya didorong oleh ARPU yang tinggi bagi perkhidmatan Unifi dan Streamyx, serta prestasi bahagian borong dan global yang lebih baik .Permintaan untuk jalur lebar yang lebih tinggi kekal kukuh, dengan 48 peratus daripada pelanggan Streamyx kini pada pakej 4 megabit sesaat (Mbps) dan mengatasi (tahun kewangan 2013: 41 peratus).

"Dengan ini, kami menaikkan pendapatan sesaham (EPS) tahun kewangan 2015-2016 TM sebanyak tujuh kepada sembilan peratus.Firma penyelidikan itu juga berkata peluang pertumbuhan dalam spektrum Evolusi Jangka Panjang (LTE), Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB2) dan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) menyediakan pemangkin yang berpotensi kepada TM.

"Kami menjangka projek HSBB2 dan SUBB yang bernilai RM3.4 bilion itu akan terus memacu pertumbuhan TM berikutan ia melaksanakan rangkaian berkelajuan tinggi di lebih banyak kawasan," katanya.

Sementara itu, katanya, pengambilalihan P1 (yang memiliki spektrum LTE) akan turut membuka pasaran baharu untuk TM dalam segmen mudah alih, terutamanya dalam data yang membolehkan TM memanfaatkan rangkaian talian tetapnya

Sumber: BERNAMA

myiktisad.com Dilancarkan

7 Jamadil Awal 1436

myiktisad.com akhirnya berjaya dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Ianya telah menggantikan domain blogspot yang digunakan sebelum ini. Semoga dengan adanya domain baru ini, ianya dapat memberi lebih manfaat kepada ramai pihak yang berminat membaca isu-isu yang berkaitan ekonomi, perniagaan, kewangan dan sebagainya yang ditulis dan dikongsikan dalam bahasa Melayu.

Teruskan melayari laman ini.

Wallahualam

Thursday, February 26, 2015

TM Bakal Laksanakan HSBB2 Dan SUBB

6 Jamadil Awal 1436

Telekom Malaysia Berhad ("TM")  , semalam telah   mengumumkan penerimaan Surat Anugerah ("LOA") daripada Kerajaan Malaysia ("Kerajaan") bagi pelaksanaan dua projek:

1. Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 ("HSBB 2") dengan kerjasama Kerajaan untuk menggunakan akses dan rangkaian teras domestik untuk menyampaikan infrastruktur HSBB akhir-ke-hujung. Jumlah kos pelaburan HSBB untuk tempoh sepuluh (10) tahun adalah RM1.8 bilion.

2. Sub Bandar Jalur Lebar ("SUBB") Projek kerjasama dengan Kerajaan untuk menggunakan akses dan rangkaian teras domestik untuk menyampaikan infrastruktur HSBB akhir-ke-hujung. Jumlah kos pelaburan SUBB untuk tempoh sepuluh (10) tahun adalah RM1.6 bilion.

Dengan penerimaan LOA oleh TM, kedua pihak akan memeterai perjanjian rasmi ("HSBB 2 dan Perjanjian SUBB") berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui pada masa yang sesuai. Maklumat lanjut yang berkaitan akan diumumkan apabila pemeteraian perjanjian HSBB 2 dan SUBB di antara Kerajaan dan TM dilakukan.

Sumber: Bursa Malaysia(25 Febuari 2015)

Monday, February 23, 2015

Tabung Haji Tumpu Pelaburan Dalam Negara Tahun 2015

5 Jamadil Awal 1436

Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberikan tumpuan kepada pelaburan domestik tahun ini dalam usaha merancakkan prestasi ekonomi negara.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Ismee Ismail berkata melalui BERNAMA, TH bakal memberikan penekanan pada sektor hartanah dan minyak dan gas berikutan prestasi pasaran saham yang lemah ketika ini serta kejatuhan harga minyak dunia.
Pulangan Pelaburan di TH 2014

Katanya penekanan terhadap dua sektor itu pada tahun ini bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan kemungkinan akan dilanjutkan pelaksanaannya sehingga tahun hadapan.

"Bagi sektor hartanah, tumpuan kita adalah dari segi pembangunan projek berkonsepkan kediaman di Kuala Lumpur, Selangor, Johor serta Pulau Pinang," katanya kepada pemberita.

Sumber : Dipetik dari BERNAMA

myiktisad.com

4 Jamadil Awal 1436

Laman ini akan mempunyai domain sendiri dalam jangka masa terdekat.Ini bakal menggantikan domain blogspot tetapi masih mengekalkan platform blogger.com sedia ada. Ini adalah merupakan percubaan terbaru untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan berterusan. Apapun objektif asal untuk memperbanyakkan laman web berbahasa melayu yang membincangkan atau membicarakan isu semasa ekonomi dan kewangan masih lagi kekal menjadi keutamaan.

Myiktisad.com akan menjadi alamat web terbaru. Semoga para pengunjung terus mendapat manfaat yang baik daripada artikel-artikel yang telah dan yang bakal dipaparkan. Yang baik boleh dimanfaatkan, manakala yang tak baik boleh terus diabaikan. Teruskan berkunjung ke laman ini...!

Wallahualam

Sunday, February 22, 2015

LTAT Umum Pulangan Pelaburan 15 Peratus

2 Jamadil Awal 1436

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membuat pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus yang berjumlah RM835.1 Juta bagi tahun kewangan 2014. Ini merupakan jumlah tertinggi dibayar sejak LTAT ditubuhkan 42 tahun lalu.

Beliau berkata jumlah itu meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding RM 818.3 juta pada tahun sebelumnya.

"Jumlah 15 peratus ini merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus (satu peratus) dan bonus khas (tujuh peratus) dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif," katanya dalam satu kenyataan menerusi BERNAMA hari ini.

Purata kadar dividen dan bonus LTAT bagi lima tahun kebelakangan ini adalah 15.2 peratus setahun.

Sumber :BERNAMA

Pengasingan Fungsi Klinik Dan Farmasi Bakal Akibatkan Pembaziran Sumber

1 Jamadil Awal 1436

Cadangan pengasingan di antara fungsi klinik dan farmasi bakal menyebabkan pembaziran sumber kepada ekonomi dan rakyat. Walaupun ianya bakal menguntungkan operator farmasi dan sesetengah pihak, ianya bakal meningkatkan beban kepada pengguna yang mana mereka terpaksa membayar dua caj untuk mendapatkan servis yang sama.

Rakyat terpaksa membelanjakan kos tambahan seperti pengangkutan kerana , klinik tidak dibenarkan mengeluarkan ubat kepada pesakit. Produktiviti sumber tenaga di dalam industri juga bakal menurun disebabkan dua pihak(klinik dan kedai farmasi)  terlibat untuk menyediakan satu rantaian perkhidmatan berbanding satu(iaitu klinik sahaja) sebelum ini.

 Selain daripada itu jangkamasa untuk mendapatkan perhidmatan kesihatan juga makin bertambah dan ianya bakal melumpuhkan produktiviti tenaga kerja di negara ini. Jika sebelum ini, pesakit  atau waris pesakit mungkin hanya perlu keluar sebentar untuk mendapatkan rawatan, kini mereka terpaksa mengambil cuti penuh untuk menyelesaikan masalah kesihatan diri dan tanggungan mereka. Secara keseluruhan, cadangan ini bakal menyebabkan pembaziran sumber di kalangan masyarakat dan negara.

Wallahualam

Saturday, February 21, 2015

Caj Jalur Lebar Di Malaysia Bakal Diturunkan

29 Rabiul Akhir 1436

Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan rundingan dengan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata menerusi laporan BERNAMA, pihaknya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun pada masa sekarang berikutan penurunan harga minyak dunia.

"Kita mahu melihat Malaysia menjadi sebagai sebuah negara penanda aras bagi negara Asean dari segi struktur harga dan perkhidmatan berbanding negara lain seperti Thailand dan Indonesia," katanya.

Sumber: BERNAMA

Usahawan Malaysia Disaran Membeli Hartanah Strategik

29 Rabiul Akhir 1436

Usahawa Malaysia digesa mempelbagaikan aset mereka termasuk memiliki hartanah yang berada pada kedudukan atau lokasi strategik bagi memastikan kepentingan perniagaan mereka terjamin dalam jangka masa yang panjang. Mempunyai aset dari segi jenama yang baiksahaja kini  dilihat tidak mencukupi  di mana mereka terpaksa bersaing dengan jenama asing yang bila-bila masa boleh mengambil alih lokasi perniagaan strategik dengan menawarkan harga lebih tinggi dan pelbagai daripada pemilik hartanah yang sebenar.

Ini berikutan daripada isu yang dihadapi oleh para peniaga tempatan yang berniaga di salah sebuah gedung beli belah terkemuka di ibu negara.Konsep menyewa premis semata-mata dan bergantung kepada kekuatan jenama sahaja kini dilihat kurang sesuai disebabkan risiko kehilangan tempat perniagaan strategik tetap wujud. Isu ini sebenarnya bukan hanya berlaku di gedung terkemuka tersebut, malah kini sudah menjadi barah dikalangan perniagaan yang mempunyai potensi di seluruh negara.

Wallahualam

Kerajaan Digesa Gazetkan Perumahan Awam

29 Rabiul Akhir 1436

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani menggesa agar tapak-tapak perumahan awam sedia ada perlu digazetkan untuk kekal sebagai kawasan perumahan awam de­ngan tanggungjawab pembangunan semula hanya diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi geran peruntukan daripada kerajaan.Beliau berkata, penglibatan pihak swasta dalam pemba­ngunan semula mesti hanya sebagai kontraktor dan bukannya sebagai pemaju bagi mengelakkan golongan berkenaan mengambil sebahagian tanah-tanah tersebut untuk keuntungan komersial.
Gambar Link : Sinar Harian

Katanya, pembangunan komersial di atas tapak perumahan awam akan mengakibatkan penawaran perumahan awam di takuk yang lama, sedangkan permintaan untuk rumah-rumah perumahan awam sudah mencecah lebih 40,000 unit. Pembinaan perumahan awam ini tidak akan menguntungkan, oleh sebab itu, kerajaan perlu menyediakan geran khas kepada DBKL untuk membangunkan semula rumah-rumah perumahan awam ini dan menyewakannya semula kepada mereka yang berpendapatan rendah.

“Rumah-rumah perumahan awam ini tidak boleh dijual dan mesti dikhaskan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar raya Kuala Lumpur,” katanya seperti dipetik melalui  Utusan Malaysia hari ini.

Sumber: Utusan Online

Friday, February 20, 2015

Konsep Terakru Dalam Kewangan

29 Rabiul Akhir 1436

Konsep "akru" merujuk kepada proses di mana rekod transaksi perniagaan direkodkan apabila urusniaga berlaku dan tidak tertakluk kepada sama ada pembayaran dilakukan ataupun tidak. Ianya berkaitan dengan konsep pemadanan di mana hasil dan belanja perlulah diiktiraf di dalam tempoh yang sama. Sebagai contoh:

Belanja Terakru

Ini adalah merupakan perbelanjaan yang tidak dapat dilunaskan dalam tempoh kewangan yang sama.

Contoh ringkas: Sebuah syarikat telah diberikan invois bayaran penyelenggaraan bulan Disember 2014 pada 30 Disember 2014. Belanja tersebut akan diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun kewangan 2014, walaupun bayaran belum dibuat kepada syarikat yang telah menyediakan perkhidmatan dalam tahun yang sama dan dijangka dilakukan pada tahun yang berlainan.Belanja ini akan diakrukan dan ianya diklasifikasikan sebagai liabiliti semasa di Kunci kira-kira.

Hasil Terakru

Ini adalah merupak sejumlah hasil yang belum diterima bayaran daripada pelanggan dalam tempoh kewangan yang ditetapkan.

Contoh ringkas: Syarikat telah menandatangani kontrak sewaan bangunan tahunan kepada penyewa sebanyak RM 1000 sebulan atau RM 12,000 setahun. Sebelum  31 Disember 2014, syarikat telah mengeluarkan bil sebanyak RM 12,000 tetapi bayaran yang diterima sebelum berakhir tempoh kewangan hanyalah RM 10,000. Syarikat masih akan merekodkan hasil sebanyak RM12,000 sebagai pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, dan perbezaan sebanyak RM 2,000 akan diiktiraf sedagai hasil terakru dan diklasifikasikan sebagai aset semasa di Kunci kira-kira..






Thursday, February 19, 2015

Kakitangan SKMM Dilarang Menerima Hadiah

27 Rabiul Akhir 1436

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan Polisi Tiada Hadiah yang berkuat kuasa 18 Februari lalu bagi menyemai sikap menjauhi sebarang amalan berbaur rasuah dalam kalangan kakitangannya.Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata, tindakan itu merupakan salah satu tanggungjawab dalam menepati prinsip Ikrar Integriti Korporat (CIP) yang telah ditandatangani oleh suruhanjaya itu pada 19 November 2012.

Menurut beliau, “SKMM mahu membudayakan sikap integriti dalam kalangan kakitangan selain mempromosikan nilai-nilai ketelusan, etika dan tadbir urus yang baik.Sebarang konflik kepentingan dalam mana-mana urusan atau potensi rasmi SKMM juga dapat dielakkan dengan pelaksanaan Polisi Tiada Hadiah,” katanya dalam satu kenyataanyang dipetik melalui Utusan Online di sini hari ini.

Sumber : Utusan Online

Prestasi Ekonomi Semasa Malaysia Terus Diyakini

27 Rabiul Akhir 1436

Walaupun negara sedang melalui pelbagai cabaran ekonomi semasa, pakar ekonomi masih meyakini akan prospek ekonomi Malaysia.Menerusi laporan yang dikeluarkan BERNAMA, ahli Ekonomi Negara Kanan Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Frederico Gil Sander berkata keadaan ekonomi semasa memang mencabar tetapi tidaklah melampau.

"Semakan semula lebih rendah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.5 dan 5.5 peratus masih bagus memandangkan purata global ialah tiga peratus," katanya kepada Bernama.

Untuk 2015, Bank Dunia menjangka Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK pada 4.7 peratus dan kekal di laluan pertumbuhan untuk dua tahun akan datang dengan unjuran masing-masing 5.1 dan 5.2 peratus bagi 2016 dan 2017.

Gil Sander berkata bagi masa depan, pengukuhan fiskal masih merupakan dasar tepat untuk membolehkan negara membina penampan fiskalnya.

Menurut laporan Prospek Ekonomi Global yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Malaysia antara sebilangan kecil negara yang berupaya memanfaatkan pengukuhan permintaan global terhadap eksport di rantau ini.

Sumber: BERNAMA

Wednesday, February 18, 2015

Rakyat Malaysia Semakin "Stress"?

27 Rabiul Akhir 1436

Rakyat Malaysia mengalami kadar stres lebih tinggi iaitu 63 peratus berbanding purata global 53 peratus, sebahagian besarnya disebabkan kesesakan lalu lintas, prasarana teknologi maklumat yang tidak mencukupi, dan mesyuarat yang berlanjutan.

Menurut laporan terbaru Regus yang dilaporkan oleh BERNAMA, kehidupan di pejabat tidak pernah menjadi lebih tertekan kepada rakyat Malaysia, dengan majoriti responden tempatan mengakui mereka telah lesu, berbanding lima tahun lepas.

"Dengan peratusan ketara golongan perniagaan percaya pekerja fleksibel dan bebas menikmati keseimbangan kehidupan-kerja yang lebih baik, memberi pilihan bagi kerjaya fleksibel membantu mengekalkan tenaga kerja produktif dan gembira," katanya dalam satu kenyataan.

Rakyat Malaysia Digalak Ambil Takaful Kesihatan

26 Rabiulakhir 1436

Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini digalakkan untuk mengambil takaful kesihatan(insuran patuh syariah untuk rawatan di hospital) agar kepentingan dan tahap kesihatan mereka lebih terjamin. Walaupun kebanyakan mereka mendapat kemudahan daripada majikan, namun situasi menunjukkan kebanyakan majikan termasuk syarikat-syarikat besar mula mengurangkan kemudahan-kemudahan tersebut disebabkan persaingan di dalam perniagaan yang semakin mencabar.

Ini menyebabkan kebanyakan syarikat cuba mengurangkan kos dengan mengurangkan belanja perubatan untuk pekerja mereka. Maka tidak hairanlah jika pekerja baru yang menyertai sesuatu syarikat akan mendapati bahawa kemudahan perubatan mereka tidak sama dengan pekerja yang lebih dahulu menyertai syarikat berkenaan. Kekurangan kemudahan perubatan tersebut selalunya telah ditampung dengan gaji yang lebih menarik kepada pekerja baru.
Hospital Pantai KL

Bagi memastikan untuk mendapat kemudahan rawatan kesihatan yang baik, maka pekerja atau rakyat perlulah bertindak bijak dengan membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan perlindungan kesihatan bagi diri mereka atau tanggungan mereka. Ini sedikit sebanyak dapat menjaga kepentingan diri mereka dan keluarga, jika kos perubatan yang ditanggung majikan telah mencapai had yang telah ditetapkan. Walaupun ada yang berpendapat bahawa rawatan juga boleh diperolehi di hospital kerajaan, namun kesesakan yang sering berlaku di sana mungkin menjadi batu penghalang bagi setiap rakyat untuk mendapat rawatan yang lebih sempurna.

Wallahualam

Sunday, February 15, 2015

Konsep Pemadanan Dalam Kewangan

23 Rabiul Akhir 1436

Setiap perniagaan perlu membuat penilaian kedudukan kewangan masing-masing dalam suatu tempoh tertentu.Tempoh yang sering dimaksudkan ialah tempoh perakaunan. Antara penilaian kedudukan kewangan yang dibuat ialah keuntungan atau kerugiaan perniagaan tersebut. Hasil dan belanja perlulah dinilai dalam suatu tempoh yang sama. Sebagai contoh jumlah hasil dan belanja akan dibandingkan bermula 1 Januari 2015 hinggalah kepada 31 Disember 2015. Ini dilakukan bagi mengikuti konsep pemadanan di dalam konvensyen yang telah ditetapkan dalam bidang perakaunan.

Konsep pemadanan adalah merujuk kepada perbandingan di antara catatan urusniaga hasil dan belanja dalam suatu tempoh kewangan yang sama. Jika hasil dikira bermula dari 1 Januari 2015, maka perbelanjaan juga perlu dikira bermula tarikh yang sama. Begitu juga dengan tarikh akhir bagi catatan rekod kedua-dua urusniaga berkenaan. Konsep ini menyebabkan konsep terakru dan prabayar diapplikasikan dalam bidang kewangan.

Wallahualam

TMgo Kini Di Negeri Sembilan

23 Rabiul Akhir 1436

Telekom Malaysia Berhad (TM)  terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia dengan pelancaran perkhidmatan 4G, TMgo di Bahau, di sini, hari ini.
Sumber Gambar :www.tm.com.my

Menurut sumber daripada BERNAMA , ia sebahagian usaha berterusan TM bagi menyediakan perkhidmatan selaras Pelan Jalur Lebar Negara bagi menyampaikan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP) di seluruh negara.

"TMgo kini boleh didapati di empat lokasi di Bahau, Batu Kikir, Juasseh dan Bandar Sri Jempol.

"Ia bakal memberi manfaat kepada kawasan yang kurang menerima perkhidmatan dengan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi," kata Pengurus Besar TM Negeri Sembilan Ir Ramlan Omar, pada majlis pelancaran tersebut.

Thursday, February 5, 2015

Harga Minyak Sawit Mentah Naik

14 Rabiul Akhir 1436

Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini berikutan keputusan kerajaan Indonesia untuk meningkatkan subsidi biodiesel, menjadikan komoditi itu lebih menarik.

Kerajaan Indonesia pada Rabu bersetuju menaikkan subsidi biodiesel daripada 1,500 kepada 4,000 rupiah seliter. Menerusi laporan BERNAMA, ketika ditutup, harga Februari 2015 meningkat RM107 pada RM2,300 setan metrik, Mac 2015 menambah RM111 kepada RM2,319 setan metrik, April 2015 naik RM113 kepada RM2,312 setan metrik dan Mei 2015 untung RM115 kepada RM2,300 setan metrik.

Tuesday, February 3, 2015

Kadar Lesen Perniagaan Tinggi Punca Harga Barangan Tidak Turun?

11 Rabiul Akhir 1436

Apabila harga minyak telah turun, ramai pengguna mengeluh pula disebabkan harga barangan dan perkhidmatan tidak turun. Ini membuktikan bahawa harga minyak bukanlah faktor utama yang menyebabkan kenaikan harga minyak selama ini. Rakyat dan persatuan pengguna sepatutnya tidak cepat melatah dengan menunding kepada hanya kepada peniaga semata-mata.

Ini adalah kerana, para perniaga terpaksa menanggung kenaikan kos-kos yang lain. Apa sedang terlepas pandang ialah kenaikan kos lesen perniagaan sebanyak beratus peratus di sebuah negeri di lembah kelang. Sebagai contoh, kalau pada tahun lepas, lesen perniagaan runcit yang berjumlah RM120 setahun, kini ianya telah dinaikkan kepada RM1000 untuk lesen berkenaan diperbaharui secara tahunan. Cuba lihat, berapa peratuskah kenaikan tersebut?Kenapa isu ini tidak disalahkan atau dibuat kajian terhadap kenaikan kos? Pihak berkuasa tempatan yang menaikkan kadar lesen ini juga patut diberi perhatian untuk didesak menurunkan kadar lesen yang dilihat agak mencekik peniaga.

Para peniaga juga terbeban dengan kenaikan tarif elektik pada tahun lepas. Itu belum masuk kenaikan sewa premis-premis perniagaan yang mengenakan kadar sewa yang dilihat kadangkala tidak masuk akal. Maka jika nak buat penilaian punca harga barangan tidak turun, perlulah melihat keseluruhan aspek dan jangan berdiam diri jika ianya melibatkan pihak berkuasa.

Wallahualam.

Sunday, February 1, 2015

Apa itu "Kecairan" Dalam Kewangan ?

11 Rabiul Akhir 1436

Kecairan dalam ekonomi adalah merupakan suatu keadaan di mana tunai boleh diperolehi dalam sesuatu masa. Aset-aset yang mempunyai kecairan yang tinggi adalah merupakan aset-aset yang boleh ditunaikan atau ditukar dalam bentuk tunai dalam jangkamasa yang singkat. Sebagai contoh, wang tunai ditangan dianggap mempunyai  mempunyai tahap kecairan yang paling tinggi, diikuti dengan wang tunai yang disimpan di dalam bank , saham , stok dan aset-aset yang lain.
Sumber Gambar:http://www.zimbabweelection.com

Sesuatu perniagaan memerlukan suatu strategi yang baik bagi memastikan perniagaan mempunyai kecairan yang cukup bagi beroperasi. Ini termasuk mengambil peluang yang tertentu yang terdapat di pasaran dengan menggunakan kuasa kecairan yang ada bagi mengembangkan penguasaan perniagaan.

Wallahualam

Harga Runcit Minyak Kenderaan Turun Lagi

11 Rabiul akhir 1436

Maklumat yang dipetik daripada BERNAMA, harga runcit petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Feb 2015.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...