Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, June 28, 2022

Utamakan Projek Yang Menggaji Pekerja Tempatan Dalam Tempoh Sukar

 28 Zulkaedah 1443 H

Pihak kerajaan ataupun swasta digesa mengutamakan projek projek yang menggunakan sumber tempatan bagi menangani kejatuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini. Ini termasuklah mengutamakan projek projek yang menggaji pekerja tempatan di mana pendapatan penggajian mereka tidak akan dibawa keluar negara dan ianya pula bakal memberi pendapatan kepada kerajaan dalam bentuk pembayaran cukai pekerja tempatan.

Jika ianya dapat diberi keutamaan, maka ianya diyakini dapat membantu dalam menstabilkan nilai matawang ringgit dalam jangka masa terdekat ataupun dalam jangkamasa yang panjang. Lebih lebih lagi , jika input pengeluaran berasaskan tempatan, manakala hasil yang diterima pula dalam bentuk ekport negara, maka ianya akan meningkatkan permintaan terhadap matawang ringgit. Justeru itu, semua pihak digesa untuk mempertimbangkan cadangan ini dalam pengurusan ekonomi negara. Projek projek yang memerlukan sumber asing boleh diteruskan semula apabila nilai matawang ringgit kembali stabil.

Wallahualam

Wednesday, June 15, 2022

Perlu Ada Usaha Untuk Stabilkan Nilai Matawang Ringgit

 15 Zulkaedah 1443H


Kerajaan dan pakar pakar kewangan serta ekonomi disarankan agar memikirkan bagaimana untuk menstabilkan nilai matawang ringgit berbanding dengan hanya membiarkan sahaja dengan memberikan komen atau kenyataan umum antaranya seperti" Ringgit dijangka pulih", " Biarkan pasaran yang menentukan nilai matawang ringgit" dan sebagainya yang boleeh dilihat sebagai kenyataan pasrah dan tidak ingin berusaha.Sebaliknya, usaha usaha tertentu boleh dan perlu dilakukan seperti dengan mengadakan kempen membeli barangan tempatan, meningkatkan nilai eksport serta mengurangkan import, menarik balik pelaburan di luar negara sebagai salah satu pengambilan untung atas pelaburan, " Jom cuti di Malaysia" dan sebagainya.

Jika tidak bersetuju dengan kaedah penetapan matawang sebelum ini, kita perlu tampil dengan idea idea yang baru serta praktikal bagi menangani isu penurunan matawang ringgit berbanding dengan matawang negara lain. Isu ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa adanya sebarang usaha untuk menanganinya kerana ianya dikhuatiri akan memberi kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang, seperti kenaikan inflasi dan sebagainya.


Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...