Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, May 26, 2019

Cara Mengoptimakan Pembelian Petrol

21 Ramadhan 1440

Anda mungkin seringkali mengetuk nozel pam di stesen minyak bagi mendapatkan titisan petrol terakhir semasa mengisi minyak.Ianya dibuat dengan harapan agar anda betul betul mengoptimakan pengisian petrol anda.Cara ini sebenarnya ada risiko tersendiri kerana ketukan nozel boleh menyebabkan percikan api jika tidak dilakukan secara berhati hati.

Namun begitu, sebenarnya ada cara lain yang lebih praktikal. Antaranya:

1.Pengisian petrol perlulah dibuat pada waktu awal pagi atau semasa cuaca sejuk atau semasa hujan.Pada masa ini, permeluapan semasa mengepam petrol dapat dikurangkan. Ada pendapat atau kajian yang mengatakan bahawa anda mungkin kehilangan 1 hingga 10 % pengisian petrol jika pengepaman dibuat semasa waktu cuaca panas. Apa yang masuk ke dalam tangki kenderaan anda nanti hanyalah gas semata mata.
2. Jangan mengepam dengan terlalu laju.Biarlah kita mengepam dalam kadar yang sederhana agar pengaliran petrol ke dalam tangki kenderaan berjalan lancar dan optima.
3. Jangan tergopoh atau leka ketika mengepam bagi mengelakkan terlebih pam hingga menyebabkan tumpahan petrol.Ini disebabkan kadangkala ada petrol pam yang mengalami kerosakan sensor dan fungsi pemberhentian secara auto ketika penuh tidak dapat berfungsi.

Jika perkara di atas dapat kita amalkan, walaupun nampak kecil, ianya bakal memberi impak besar dalam jangka masa panjang dalam menguruskan kos sara hidup  kita seharian.

Wallahualam


Saturday, May 25, 2019

Elakkan Penipuan Dalam Talian

20 Ramadan 1440

Masyarakat diminta berhati hati dalam menerima sebarang panggilan telefon atau email yang menyatakan bahawa mereka mempunyai kes mahkamah atau memenangi peraduan yang hadiahnya terlalu lumayan. Rata rata panggilan dan email ini adalah suatu penipuan.

Sifat mudah melatah atau tamak perlulah dikawal jika menghadapi situasi seperti ini.Secara logiknya, mana ada kes kes mahkamah yang boleh diselesaikan dengan panggilan telefon dan mana ada syarikat syarikat atau individu yang bermurah hati hendak memberi hadiah hingga berbilon dollar nilainya. Ironinya , kes penipuan seperti ini turut menyumbang kepada terjejasnya kualiti hidup sesuatu masyarakat
Disamping kita berharap agar pihak berkuasa bertindak menjejaki penipu, masyarakat juga perlu berpengatahuan dalam mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan.

Wallahualam

Friday, May 24, 2019

Syarikat Tersenarai Perlu Lebih Bermurah Membayar Dividen

19 Ramadan 1440

Syarikat syarikat yang tersenarai di bursa saham perlu lebih bersikap bermurah dengan mengisytiharkan dividen kepada para pemegang saham jika syarikat masih membuat untung. Dividen perlulah dibayar walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi mengiktiraf hak para pemegang saham sebagai rakan perniagaan mereka.

Dalam keadaan pasaran saham yang tak menentu sekarang, ada dikalangan para pemegang saham yang sedang mengalami kerugian rosot nilai dalam portfolio pegangan saham mereka. Dengan adanya pembayaran sebegini, setidak tidaknya ianya dapat mengubati hati para pemegang saham.

Wallahualam


Wednesday, May 22, 2019

SKMM Keluarkan Garis Panduan M&A

17 Ramadan 1440

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM), telah mengeluarkan garis panduan berhubung Penggabungan & Percantuman (M&A) bagi syarikat syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Malaysia.Dokumen yang telah dikeluarkan bertarikh 17 May 2019 itu, dihasilkan rentetan  cadangan penggabungan mega dua syarikat telekomunikasi di asia dan Malaysia iaitu Axiata dan DiGi.

Antara tujuan garis panduan ini ialah magi memastikan iklim persaingan yang adil terus terpelihara di samping pada masa yang sama kedua dua entiti korporat berkenaan dapat melaksanakan strategi korporat mereka.Dokumen berkenaan boleh diakses di laman web SKMM di www.skmm.gov.my atau www.mcmc.gov.my.

Sekarang Masa Terbaik Membeli Saham?

17 Ramadhan 1440

Persoalan yang sering berlegar di fikiran para pelabur, bilakah masa yang paling baik untuk membeli saham.Jawapan yang mudah ialah, apabila harga sesuatu saham yang diikuti itu sedang berada dalam aliran penurunan.Namun begitu ianya diikuti dengan syarat bahawa kedudukan kewangan syarikat berkenaan mestilah masih berada dalam keadaan yang positif.

Jika dilihat dalam keadaan pasaran saham sekarang, banyak syarikat yang mana harga sahamnya sedang berada dalam keadaan harganya yang agak berpatutan yang dahulunya agak mustahil bagi pelabur biasa untuk memilikinya.Jika sesiapa yang ada wang yang lebih, anda mungkin boleh mencuba mengumpul saham saham ini dan menimbang atau berkira akan potensi kenaikan harga dan keuntungan di masa yang akan datang.

Wallahualam

Sunday, May 19, 2019

Pembaziran Penyebab Kepada Kenaikan Kos Sara Hidup

14 Ramadan 1440

Sikap masyarakat yang mengambil mudah aspek pembaziran dalam urusan harian dilihat sebagai salah satu punca menyebabkan kenaikan kos sara hidup.Sebagai contoh, pembaziran makanan menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap bahan mentah, sedangkan manfaat penggunaanya sebenarnya lebih rendah. Selebihnya wujud dalam bentuk pembaziran.

Permintaan yang tinggi itulah menyebabkan kenaikan harga disebabkan permintaan melebihi penawaran.Sebenarnya banyak lagi bentuk pembaziran yang boleh kita lihat disekeliling kita.Justeru itu, masyarakat perlulah berazam untuk elakkan segala bentuk pembaziran bagi menurunkan kos sara hidup yang sering meningkat saban hari.

Wallahualam

Thursday, May 16, 2019

Malaysia Perlu Kaji Gunakan Minyak Sawit Sebagai Bahan Janakuasa Elektrik

12 Ramadan 1440

Malaysia perlu mengkaji bagi menggunakan minyak sawit sebagai bahan penjanaan kuasa elektrik bagi meningkatkan penggunaan komoditi berkenaan.Ini juga bagi mengimbangi sebarang kesan kenaikan harga produk petroleum pada masa akan datang, yang kini merupakan salah satu bahan utama penjanaan kuasa elektrik.

Selain dapat menstabilkan harga komoditi sawit, ianya juga dapat menstabilkan tarif elektrik di negara ini.Negara juga tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada negara luar bagi mengeksport minyak sawit yang menjadikan isu boikot di kesatuan Eropah pada masa kini.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...