Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, August 10, 2013

LATAR Expressway Sedia Laluan Alterntif Yang Selamat

4 Syawal 1434


KUALA LUMPUR, 7 Ogos , 2013- KL-Kuala Selangor Expressway atau LATAR, yang menghubungkan Kuala Lumpur di Templer's Park dengan Ijok di Kuala Selangor, menawarkan laluan alternatif yang cepat dan selamat ke Teluk Intan, Manjung, Sitiawan, Lumut dan ke pantai barat Perak.

Sejak beroperasi pada 23 Jun 23, 2011, lebuh raya sepanjang 33Km itu merekodkan 25.8 juta pengguna.

Amran Amir, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi KL-Kuala Selangor Expressway Bhd itu, berkata LATAR merupakan sebahagian daripada Jalan Lingkaran Tengah Kuala Lumpur yang menghubungkan rangkaian jalan utama di Lembah Klang.

"LATAR menawarkan perhubungan untuk perdagangan, perniagaan dan pelancongan. Ia juga menjadi pemangkin skim perumahan baharu.

"LATAR juga merupakan gerbang alternatif strategik ke pantai barat Semenanjung Malaysia," katanya kepada Bernama.

Pada hujung minggu dan musim cuti, LATAR digunakan oleh sebahagian besar pengguna berikutan terdapat kawasan tumpuan pelancong di Kuala Selangor.

"Kini, LATAR merekodkan jumlah maksimum 60,000 pengguna sehari, terutama pada hujung minggu. Untuk musim Hari Raya Aidilfitri, 70,000 pengguna dijangka menggunakan lebuh raya ini sepanjang tempoh puncak percutian," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...