Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, August 16, 2013

Melaka Tekad Tarik Lebih Banyak Pelaburan Untuk Pacu Ekonomi

9 Syawal 1434

MELAKA, 15 Ogos, 2013- Melaka yang pernah diberi jolokan 'Venice di Timur', dijangka terus menerima pelaburan daripada syarikat luar dan dalam negara terutamanya dalam bidang automotif, farmaseutikal dan teknologi hijau, kata Ketua Menterinya Datuk Ir Idris Haron.

Beliau berkata rancangan syarikat pengeluar kenderaan dari Jepun, Honda, yang mempunyai pusat pemasangan di Melaka, mahu meningkatkan pengeluaran sebanyak tiga kali ganda berbanding dua tahun lepas mampu beri impak positif kepada negeri itu.

"Saya telah melawat kilang Honda di Jepun dan difahamkan ia akan meningkatkan pengeluarannya. Perkembangan ini secara langsung atau tidak, pasti akan beri kesan positif kepada pusat pemasangan Honda di Alor Gajah," kata beliau kepada Bernama dalam satu wawancara sempena 100 hari pentadbirannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...