13 Ramadhan 1439
Malaysia dilihat sedang berubah ke arah penggunakan dasar kewangan(Monetary policy) berbanding penggunaan dasar fiskal(Fiscal Polisi) sebaik sahaja pembentukan kabinet awal kerajaan baru pasca pilihanraya umum ke 14 baru baru ini. Ianya merupakan perubahan drastik yang dilakukan oleh kerajan baru,yang mana dasar lebih yang lebih mesra percukaian seperti perlaksanaan GST(Goods & Service Tax) akan diberikan kadar sifar bermula 1 Jun 2018 akan datang, serta kemudiannya dihapuskan.
Dasar kewangan kini dilihat mempu memacu semula ekonomi Malaysia ke arah yang lebih berdaya saing seperti mana yang pernah dikecapi pada zaman pemerintahan Tun Mahathir yang pertama. Dasar ini dilihat lebih rumit bagi pihak pemerintah, kerana ianya memerlukan kepakaran yang tinggi bagi menguruskannya. Namun begitu, ianya dilihat akan melegakan rakyat kerana rakyat bakal dikurangkan daripada bebanan cukai yang terpaksa dibayar sebelum ini. Kejayaan dasar ini ini dilihat amat bergantung kepada kepakaran pihak yang berkenaan disamping sokongan yang perlu diterima oleh pelbagai pihak termasuk pelabur, peniaga serta rakyat jelata.
Wallahualam