Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, August 17, 2014

Melabur Secara Ikut Ikutan Berisiko Tinggi

21 Syawal 1435

Penulis telah bertemu dengan beberapa rakan yang kini mula berkecimpung dalam pelaburan saham. Minat berkenaan timbul disebabkan mereka telah menghadiri beberapa seminar berkenaan pelaburan saham. Bagi penulis yang pernah bekerja di syarikat pembrokeran saham, minat berkenaan haruslah dipuji.

Namun penulis mula rasa tidak selesa apabila mengatahui melalui percakapan mereka bahawa mereka agak kurang mengambil risiko tertentu dari segi aspek pelaburan saham. Antaranya terlalu bergantung kepada tip-tip yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu tanpa mengambil kira aspek risiko perubahan ekonomi dunia, keadaan semasa, suasana geopolitik dunia dan lain-lain lagi.Pengalaman penulis pada krisis kewangan di Malaysia pada hujung tahun 90an masih lagi terbayang.

Antara perkara yang mereka alpa juga ialah kegagalan memahami bahawa ada kumpulan-kumpulan tertentu yang membuat sesuatu pelaburan dalan sesuatu syarikat atau kaunter. Bagi pengalaman penulis, tips hanya akan diberikan apabila seseorang individu atau sesuatu kumpulan itu sudah membeli/membuat pelaburan sesuatu kaunter di Bursa Malaysia. Maka dengan adanya media social yang ada sekarang ini, maka tips-tips berkenaan akan dihebahkan kepada pengikut-pengikut yang membuat pelaburan secara kecil kecilan dan saham berkenaan akan naik mendadak. Ianya dikuatkan lagi dengan pelbagai teori graf pergerakan dan sebagainya sebagai menyokong hujah berkenaan tanpa melihat aspek fundamental dan objektif pelaburan.

Bila saham berkenaan naik, maka individu atau kumpulan berkenaan akan menjual pelaburan berkenaan terlebih dahulu dan kemudian membuat kenyataan atau cadangan agar saham tersebut dijauhi seketika. Maka pihak yang kecil yang lambat membuat keputusan menjual akan mengalami kerugian disebabkan perkara demikian. Lainlah kalau dapat tip daripada individu yang belum membeli saham berkenaan secara besar besaran tetapi mempunyai perancangan dalam jangka masa terdekat. selalunya ianya jarang diperolehi.

Oleh yang demikian, pelabur-pelabur perlulah bijak dan berhati-hati dalam membuat pelaburan di bursa saham. Sebaiknya laburlah di dalam syarikat yang berkeupayaan memberi dividen setiap tahun dan mempunyai perniagaan teras yang teguh. Selepas itu, barulah diapplikasikan dengan teknik dan pelbagai kaedah ramalan pergerakan harga saham dan sebagainya.

Wallahualam

Saturday, August 9, 2014

Semoga MAS Cepat Pulih

13 Syawal 1435

Khazanah Nasional yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan telah mengumumkan pengambilalihan Malaysian Airlines System (MAS) pada urusniaga yang bernilai RM 1.38 billion. Urusniaga ini bakal melibatkan proses penyahsenaraian saham syarikat itu daripada Bursa Malaysia.

Cadangan itu bakal menyaksikan pemegang saham minoriti akan  menerima balik pembayaran modal bernilai RM0.27 sen bagi setiap saham biasa yang melibatkan jumlah RM 1.38 billion.Ianya merupakan pembelian atas premium sebanyak 12.5 peratus atas harga penutup saham MAS pada 7 ogos 2014.

Semoga langit mendung yang menyelubungi syarikat penerbangan berkenaan akan berlalu pergi dengan bermulanya langkah korporate berkenaan.

Wallahualam

Wednesday, August 6, 2014

Tragedi Penerbangan Yang Kerap Bakal Menjejaskan Industri

27 Ramadhan 1435

Tragedi kemalangan yang makin menjadi-jadi dikalangan industri penerbangan akan menyebabkan keyakinan pengguna yang tidak begitu terdesak menggunakan pengangkutan udara akan semakin terhakis. Secara logiknya, ramai pelancong akan menagguhkan percutian mereka, dan golongan-golongan professional akan mencari alternatif untuk berkomunikasi. Antaranya dengan menggunakan platform mesyuarat secara maya dan sebagainya.

Selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 yang misterinya masih belum dirungkai setakat ini, negara Malaysia dikejutkan lagi dengan kejadian pesawat MH17 yang ditembak jatuh di kawasan negara yang sedang bergolak iaitu di Ukraine dekat sempadan Rusia. Kemudian diikuti lagi dengan pesawat terhempas di Taiwan. Tidak berapa lama kemudian , dunia dikejutkan lagi dengan kemalangan pesawat Air Algerie di Mali.

Peristiwa yang berlaku secara dekat ini, secara tidak langsung menggugat keyakinan pengguna seluruh dunia untuk melakukan perjalanan menerusi pengangkutan penerbangan. Ini secara langsung bakal menggugat industri penerbangan dan pelancongan di Malaysia dan seluruh dunia.Sehubungan dengan itu, negara-negara yang mana menyasarkan produk pelancongan adalah merupakan salah satu pendapatan utama, perlulah merangka strategi yang bersesuaian bagi mengekang isu potensi kelembapan dalam industri perlancongan dan penerbangan. Syarikat-syarikat penerbangan juga perlu meningkatkan kembali  keyakinan penumpang-penumpang menggunakan perkhidmatan udara.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...