Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, December 16, 2017

Sektor Automotif Negara Perlulah Berorientasikan Eksport

27 Rabiulawal 1439

Sektor automotif negara perlulah berorientasikan eksport berbanding hanya tertumpu kepada pasaran domestik semata mata. Ini termasuklah mengeksport ke pasaran besar seperti di China yang mana syarikat automotifnya telah memegang 49 % ekuiti syarikat automotif tempatan baru baru ini. Jika ini tidak dilakukan maka semangat membenarkan pengambilalihan itu akan dilihat sia sia dan ianya bakal melibatkan pengaliran luar wang negara jika model model dari negara China pula yang dibawa masuk.

Semakin banyak kereta kereta keluaran tempatan yang boleh diekport, maka semakin banyak hasil dapat diperolehi oleh negara dan rakyat Malaysia bakal memperolehi manfaat dalam jangkamasa panjang dan semakin banyak peluang pekerjaan dapat dihasilkan.Oleh yang demikian adalah penting bagi pihak pengeluar lebih mensasarkan pasaran asing bagi memastikan sektor utomatif negara terus berkembang dan kekal berdaya saing.







Saturday, October 28, 2017

Amalkan Belanjawan Berimbang

8 Safar 1439

Rakyat digesa untuk mengamalkan belanjawan atau bajet berimbang bagi mengurangkan tekanan hidup lebih lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Belanjawan berimbang adalah merujuk kepada suatu pelan atau perancangan yang dilakukan bagi mengatur perbelanjaan urusan kehidupan yang mana jumlah anggaran perbelanjaannya  akan menyamai dengan jumlah pendapatan yang diterima.

Namun begitu perbelanjaan yang berbentuk pelaburan dan pendidikan boleh dipertimbangkan untuk dibuat pinjaman. Dengan kata lain, setiap perbelanjaan yang dibuat adalah mengikut kemampuan masing masing. Jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil tekanan kos sara hidup dapat diuruskan dengan baik.

Wallahualam

Saturday, October 21, 2017

Bitcoin : Membuktikan Penggunaan Matawang Dinar & Dirham Boleh Dilaksanakan

1 Safar 1439

Populariti bitcoin di alam siber yang semakin meningkat sekarang ini telah membuktikan bahawa penggunaan matawang dinar dan dirham juga mampu direaliasiskan kembali jika ada kemahuan di kalangan umat islam. Bitcoin secara ringkasnya ialah sejenis matawang digital yang sekarang ini begitu popular dikalangan warga pengguna internet pada masa kini di seluruh dunia.

Namun begitu tidak banyak negara yang mengiktiraf matawang ini termasuk Bank Negara Malaysia yang menolak untuk mengiktiraf matawang berkenaan melalui kenyataan yang telah dikeluarkan baru baru ini. Apa yang boleh dipelajari kali ini ialah perlaksanaan matawang dinar dan dirham boleh juga dilakukan dengan menggunakan kaedah yang sama.Cuma ianya bergantung kepada keazaman umat Islam sendiri untuk melaksanakannya atau kekal status quo masing masing.

Wallahualam

Sunday, September 3, 2017

Saham Biasa (Ordinary Shares)

12 Zulhijjah 1438

Saham biasa adalah salah satu jenis saham yang popular yang majoritinya dimiliki oleh para pemilik atau pelabur di mana mana negara, yang mana ianya akan menentukan jumlah pemilikan seseorang atau institusi terhadap sesuatu entiti perniagaan. Ianya mempunyai beberapa ciri utama, antaranya ialah:

1. Mempunyai hak mengundi dalam menentukan polisi atau dasar sesuatu entiti perniagaan atau syarikat.

2. Berhak untuk memperolehi dividen jika ianya diisyhtiharkan.

3.Namun, keutamaan dividen adalah selepas pembayaran dilakukan kepada saham terutama.

4. Jika perniagaan dibubarkan , pemilik saham jenis ini adalah yang paling terakhir akan mendapat hasil daripada saki baki aset yang tinggal setelah hak hak dijelaskan kepada pekerja, pemiutang dan saham terutama.

5.Saham jenis ini mempunyai kecairan yang baik dan mudah untuk dilakukan urusan jual beli , terutama sekali saham yang disenaraikan di bursa saham.

6.Dan lain lain yang berkaitan.

Wallahualam

Friday, September 1, 2017

Dedahkan Kaedah Pengiraan Harga Minyak Petrol

10 Zulhijjah 1438

Kerajaan digesa mendedahkan cara pengiraan harga bahan bakar petrol agar rakyat tidak terkeliru dan menerima baik kaedah yang diamalkan.Jika ianya tidak lakukan, maka akan berterusanlah  persoalan bahawa ketidaktelusan dalam penetapan harga bahan bakar berkenaan.

Ini rentetan daripada keluhan yang timbul bahawa harga petrol terus naik sedangkan harga minyak mentah dunia dalam aliran jatuh dan nilai ringgit dalam keadaan mengukuh.Jika formula pengiraan dapat didedahkan ianya dijangka dapat  mengurangkan persepsi negatif dikalangan rakyat . Untuk merealisasikan langkah ini, pelbagai applikasi boleh dibangunkan bagi memudahkan perkongsian maklumat berkenaan.

Wallahualam

Monday, August 28, 2017

M&A Di Malaysia Dilihat Agak Perlahan

6 Zulhijjah 1438

Kegiatan pengambilalihan dan percantuman dilihat agak perlahan di dalam negara akhir akhir ini. Ini disebabkan kurangnya aktiviti berkenaan yang berlaku dikalangan syarikat syarikat besar. Selain daripada itu beberapa cadangan M&A yang sedang dilakukan telah menemui kegagalan. Kegagalan yang tebaru ialah kegagalan proses M&A di antara RHB Bank & Ambank.

Walau bagaimanapun, kegagalan sesuatu M&A bukanlah pengukur kepada tahap prestasi sesuatu ekonomi. Ianya mungkin memberi kebaikan dan mungkin juga sebaliknya. Antara kebaikan ialah ianya bakal menaikkan saiz modal entiti berkenaan bagi memastikan kemampanan untuk terus bersaing di ekonomi terbuka.

Keburukannya pula ialah, akan berlaku pula pertindihan tugas dikalangan kakitangan yang boleh menambah masalah pengangguran jika proses M&A ini tidak dilakukan secara berhati hati.

Wallahualam

Wednesday, August 16, 2017

Jangan Terlalu Bergantung Kepada Pelaburan Asing

23 Zulkaedah 1438

Kerajaan Malaysia disaran agar tidak terlalu bergantung kepada pelaburan asing dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Kaedah ini dilihat perlu dikaji semula jika syarat syarat yang ditetapkan oleh pelabur asing dilihat bakal membebankan negara pada masa yang akan datang.Antara langkah yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan projek projek infrastuktur mengikut keutamaan serta kemampuan kewangannegara.

Pilihan pilihan lain juga perlu dipertimbangkan iaitu salah satunya dengan menggalakkan perkongsian kerajaan dan pihak swasta tempatan.Ini bakal memberi penjimatan dalam jangkamasa yang panjang serta bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan pada masa yang sama bakal menjimatkan pengaliran wang keluar negara dalam bentuk bayaran faedah pinjaman.

Walaupun cara ini nampak perlahan, namun ianya dilihat kurang berisiko terhadap pengurusan ekonomi negara.

Wallahualam

Sunday, August 13, 2017

Rakyat Malaysia Disaran Rancakkan Ekonomi Domestik

20 Zulkaedah 1438

Rakyat malaysia disarankan bersama sama rancakkan pertumbuhan ekonomi domestik daripada bergantung semata mata dengan kerajaan Malaysia. Dalam keadaan sekarang yang ekonominya dilihat tidak menentu, selain daripada beberapa isusensitif yang masih dilihat bakal berkesudahan, beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh kita semua. Antaranya:
1. Memberi keutamaan dalam pembelian roduk-produk tempatan agar peniaga dan pekerja tempatan dapat mendapat manfaat ekonomi dan peluang pekerjaan.
2.Mengurangkan pembelian di kedai-kedai runcit yang menggaji warga asing agar peniaga-peniaga tempatan dapat terus hidup dan mewujudkan persaingan yang lebih seimbang. Ini adalah kerana pekerja asing tidak tertakluk kepada gaji minima yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
3.Berjimat cermat dalam keadaan yang diperlukan. Berjimat bukannya bermaksud tidak berbelanja langsung, tetapi lebih kepada pembelian terhadap barangan atau perkhipdmatan yang lebih murah atau ekonomi.
4.Kurangkan sebarang bentuk pembaziran sama ada di rumah atau di tempat kerja. Ini dapat menstabilkan permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan di pasaran.

Dan banyak lagi yang boleh dibincangkan pada masa akan datang Jika kita tidak mulakan sekarang, siapa lagi?

Wallahualam

Thursday, March 30, 2017

Tarif Elektrik Wajar Diturunkan

3 Rejab 1437

Tarif elektrik di Malaysia wajar diturunkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Antara sebab gesaan ini dibuat ialah kerana TNB adalah sebuah syarikat yang beroperasu dalam ekosistem yang bersifat monopoli.

Selain daripada itu, syarikat ini masih boleh merekodkan keuntungan yang mencecah bilion ringgit setiap tahun.Oleh yang demikian, sudah tiba masanya tarif elektrik perlu dipertimbangkan untuk diturunkan.

Wallahualam

Tuesday, March 28, 2017

Kejatuhan Nilai Ringgit Punca Harga Runcit Petrol Meningkat?

1 Rejab 1437

Kedudukan nilai matawang ringgit yang rendah berbanding dengan dolar Amerika dilihat sebagai salah satu punca yang menyebabkan harga runcit petrol di Malaysia meningkat. Ini adalah kerana, harga minyak mentah dunia masih dilihat dalam kedudukan yang rendah. Difahamkan, Malaysia mengeksport minyak mentah pada harga yang rendah, tetapi perlu mengimport minyak yang telah diproses pada harga yang lebih tinggi disebabkan nilai Ringgit yang rendah.

Oleh yang demikian, sesuatu perlu dilakukan bagi menstabilkan matawang ringgit agar negara
lebih bersedia apabila harga minyak mentah dunia meningkat kelak. Jika ini tidak dapat ditangani dengan lebih awal, rakyat akan terus terbeban akibat suasana persekitaran ekonomi dunia yang terus tidak menentu.

Wallahualam

Turunkan Tanda Aras Harga Rumah Mampu Milik

29 Jamadil Akhir 1437

Harga rumah mampu milik di Malaysia seharusnya dikaji semula, apabila negeri Johor telah meletakkan tanda aras baru iaitu kurang daripada RM 100 ribu seunit.Ini telah membuktikan bahawa harga sekarang yang ditetapkan adalah terlalu tinggi iaitu dianggarkan antara RM250 ribu hingga RM300 ribu seunit.

Jika ini dapat dilakukan, ianya bakal menambahkan kuasa beli rakyat.

Wallahualam


Saturday, March 25, 2017

Bercita citalah Untuk Menjadi Seorang Pembayar Zakat

26 Jamadilakhir 1437

Setiap umat Islam perlu bercita cita untuk menjadi salah seorang pembayar zakat. Jika ini dapat direalisasikan, inshaAllah umat Islam di seluruh dunia dapat keluar daripada kemelut kemunduran yang melanda mereka.

Jika kita merujuk kepada sirah para sahabat di zaman kegemilangan Islam, kebanyakan daripada para sahabat berusaha sedaya upaya untuk menjadi golongan yang sering menginfakkan harta benda pada jalan yang diredhai Ilahi. Maka tidak hairanlah ianya telah menjadi salah satu daripada kegemilangan Islam pada zaman berkenaan.

Oleh itu, maka bersama-samalah kita berazam untuk menjadi salah seoarang pembayar zakat, bahkan ingin meningkatkan pembayaran zakat pada masa yang akan datang.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...