Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, August 11, 2013

Jakim Mahu Peserta Industri Patuhi Pensijilan Halal Melalui Sistem Jaminan Halal

4 Syawal 1434

PUTRAJAYA, 8 Ogos, 2013- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu lebih ramai peserta industri di Malaysia mematuhi Standard dan keperluan Pensijilan Halal Malaysia melalui pelaksanaan Sistem Jaminan Halal (SJH).

Menurut Jakim sejak 2007 hingga sekarang, jabatan itu telah mengeluarkan 12,727 Sijil Halal bagi segmen produk (10,857), premis makanan (1,746) dan rumah sembelihan (184).

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata peringkat permulaan sistem ini akan dilaksanakan oleh industri di bawah kategori syarikat multinasional.

"Bagi syarikat dalam kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana, mereka akan terus diberi penerangan dan bimbingan dari semasa ke semasa sehingga benar-benar bersedia melaksanakan sistem SJH," katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Perlaksanaan sistem ini dilakukan bagi membantu memastikan status Halal bahan mentah, proses dan produk yang mendapat pengiktirafan Sijil Halal dipelihara dan dipantau sepanjang masa secara berterusan.

Othman turut berkata untuk tahun ini, Jakim menyasarkan peningkatan terhadap permohonan bagi dua skim pensijilan Halal yang baharu diperkenalkan iaitu skim farmaseutikal yang akan dilancarkan pada 4 Okt dan skim logistik yang dilancarkan baru-baru ini.

"Jakim berharap pihak industri bersedia dan menyahut seruan ini dalam memberikan perkhidmatan dan penyediaan produk-produk farmaseutikal dan perkhidmatan logistik Halal kepada pengguna di Malaysia," katanya.

Mengenai perkembangan Pensijilan Halal, beliau berkata Jakim terlibat secara aktif dalam mempromosikan Pensijilan Halal Malaysia dan Logo Halal melalui perkongsian pengalaman dengan negara luar.

Selain Jakim, agensi-agensi lain yang turut sama mempromosi Logo Halal Malaysia di peringkat antarabangsa ialah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia melalui Bahagian Promosi dan Perkhidmatan Makanan, Biotek dan Perdagangan Halal serta Perbadanan Pembangunan Halal, katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...