Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, April 30, 2012

Kewangan Islam Perlu Disepadukan

9 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 30 April, 2012- Kurang penstandardan dan kesepaduan dalam Kewangan Islam, terutamanya dalam produk sukuk, menyekat potensi pertumbuhan industri dan menghalang pasaran daripada mempunyai struktur tersusun untuk memudahkan urus niaga sekunder dan kecairan.

Pengarah Urusan Bank Dunia Dr Mahmoud Mohieldin berkata menggalakkan penstandardan adalah antara cabaran-cabaran dalam landskap kewangan Islam dan industri akan mendapat manfaat daripada tanda aras dan indeks yang lebih diterima secara meluas.

"Perkongsian pengetahuan dan inovasi antara pelbagai peserta pasaran adalah penting untuk memudahkan penstandardan dan penyatuan pasaran global bagi produk kewangan Islam," katanya dalam syarahan umumnya mengenai 'Membawa Kewangan Islam Peringkat Seterusnya: Cabaran dan Peluang Utama' di sini.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Gaji Minimum Ditetapkan RM900 Di Semenanjung, RM800 Di Sabah, Sarawak & Labuan

9 Jamadilakhir 1433

PUTRAJAYA, 30 April, 2012- Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.

 "Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di sini Isnin, sebentar tadi.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Sunday, April 29, 2012

Agong Titah Rakyat Tumpukan Kesetiaan Dan Kasih Sayang Pada Negara

7 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 29 April, 2012- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat agar menumpukan kesetiaan dan kasih sayang kepada negara serta mempertahankannya daripada anasir-anasir jahat sama ada dari luar atau dalam yang boleh menghancurkan.

"Perpaduan kasih sayang dan kemesraan dan kesejahteraan dan muhibah antara rakyat yang pelbagai kaum...tiang seri kejayaan negara ialah kestabilan kerajaan dan keamanan perpaduan antara kaum dan ketaatan dan kesetiaan rakyat jelata kepada Raja dan negara," titah baginda.

Dalam titah ucapan pada Majlis Santapan Malam Jemaah Datuk-Datuk Negeri Kedah Darul Aman (JDNK) di Dewan Santapan Istana Negara Sabtu, baginda menegaskan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara untuk semua.

Baginda menyeru rakyat agar mengamalkan sikap bertanggungjawab kepada semua tanpa mengira kaum atau keturunan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Penglibatan Aktif Media Sosial Faktor Tambah Bagi Menjadi Calon BN

7 Jamadilakhir 1433

KUCHING, 29 April, 2012- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penglibatan aktif pengamal media sosial dalam menarik penglibatan masyarakat setempat menerusi blog, Facebook, Twitter dan platform online yang lain boleh diambil kira sebagai satu kriteria bagi memilih calon berpotensi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri yang juga pengerusi BN itu berkata satu daripada cabaran yang dihadapi untuk melihat wakil rakyat, serta agensi kerajaan dan negeri, menjadi lebih mudah dihubungi dan responsif kepada rakyat dengan meningkatkan interakasi mereka, menerusi media sosial.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Perhimpunan Haram Kotorkan Ibu Negara

7 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 28 April , 2012- Perhimpunan haram oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang berakhir dengan keadaan kotor di ibu negara apabila sampah sarap berselerakan di sana sini dan berlaku kerosakan harta awam.

Jalan-jalan dan kawasan di mana para demostran berkumpul termasuk Jalan Tun Perak, Dataran Menara Maybank, Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman serta Kuala Lumpur Sentral dicemari sisa makanan, botol minuman, beg-beg plastik, surat khabar, poster dan sepanduk.

Para demostran membuang sampah sesuka hati walaupun tong sampah terdapat di kawasan-kawasan tersebut dan tiada inisiatif pihak penganjur untuk membersihkan persekitaran perhimpunan.

Tinjauan menunjukkan Pudu Sentral berhampiran Dataran Menara Maybank menjadi titik pertemuan di kalangan peserta perhimpunan itu yang datang dari enam lokasi berbeza untuk mendengar amanat pemimpin mereka.

Maklumat lanjut :BERNAMA

EU Patut Ambil Iktibar Daripada Krisis Kewangan Asia

7 Jamadilakhir 1433

 KOTA KINABALU, 28 April, 2012- Eropah seharusnya mengambil iktibar daripada krisis kewangan yang dihadapi oleh Asia pada 1997, kata Menteri Luar Hungary, Dr Janos Martonyi.

Beliau berkata antara kesilapan penting yang cuba dielak oleh Asia semasa krisis itu ialah berhutang.

Meskipun ada negara-negara di Asia yang terpaksa berunding dengan pertubuhan kewangan (untuk meminjam wang), namun apa yang berlaku ialah Asia mulai berjimat dan menyusun semula kedudukan negara masing-masing.

Sumber : BERNAMA

KPF Masih Boleh Menyertai IPO FGVH

7 Jamadilakhir 1433

LONDON, 28 April , 2012- Koperasi Permodalan Felda (KPF), pertubuhan peneroka, keluarga dan pemilik ekuiti kakitangan dalam Felda akan berpeluang menyertai tawaran awam awal (IPO) ketiga terbesar di rantau Asia Tenggara.

Saham-saham Felda Global Ventures (FGVH) boleh didapati oleh KPF melalui pengambilalihan saham daripada Felda Holdings tetapi jumlah kepentingan yang berpeluang dimiliki oleh KPF adalah kurang daripada yang dihasratkan pada mulanya.

Rancangan asal ialah KPF akan menukar 51 peratus kepentingannya dalam Felda Holdings dengan 37 peratus kepentingan dalam FGVH.

Sekarang, 37 peratus kepentingan ini akan dibahagikan antara Felda Holdings (17 peratus) dan sebuah tabung amanah baharu yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan peneroka (20 peratus).

Entiti ini kemudiannya akan membayar dividen daripada keuntungan FGVH kepada kira-kira 112,000 peneroka secara terus.

KPF mempunyai baki 17 peratus saham FGVH sebelum disenaraikan, yang boleh dibeli daripada Felda Holdings jika rundingan antara Lembaga KPF dengan FGVH mengenai terma-terma bagi penjualan kepentingannya dalam Felda Holdings kepada FGVH sebagai sebahagian daripada syarat penyenaraian itu boleh diselesaikan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Saturday, April 28, 2012

Cadangan Penggabungan RHBCap, OSK Terima Kelulusan Kementerian Kewangan

6 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 27 April ,2012- RHB Capital Bhd (RHBCap) dan OSK Holdings Bhd menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan bagi cadangan penggabungan perniagaan RHB Banking Group dan OSK Investment Bank Group.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Malaysia Antara Negara Di Dunia Yang Laksanakan Strategi Terbaik Kawal Inflasi

6 Jamadilakhir 1433

KOTA KINABALU, 27 April ,2012- Malaysia merupakan antara negara di dunia yang melaksanakan strategi terbaik bagi membendung inflasi ke tahap yang tidak terlalu membebankan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kadar inflasi atau kenaikan harga di negara ini hanya sekitar tiga peratus berbanding di negara lain yang mengalami inflasi antara 10 dan 100 peratus.

"Kerajaan tidak pernah naikkan harga barang, yang naikkan itu peniaga, tapi soalnya fenomena kenaikan harga barang ini berlaku di seluruh dunia, saya menyebut ini bukan mencari sebab.

"Hakikatnya sudah meningkat sebab antara lain bilangan penduduk dunia sudah meningkat tujuh bilion. Tetapi peningkatan dari segi bekalan makanan di dunia tak secepat peningkatan manusia di dunia yang memerlukan makanan dan minuman. Jadi dari segi teori ekonomi kalau permintaan meningkat dan bekalan tak bertambah, harga pasti naik," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Lima Anak Syarikat PNB Yang Dilupus Bukan Teras

6 Jamadilakhir 1433

KOTA KINABALU, 27 April,2012- Pelupusan lima anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) hanya melibatkan syarikat kecil yang berasaskan perniagaan bukan teras, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Beliau berkata pelupusan anak syarikat berkenaan merupakan langkah wajar bagi PNB untuk memberi lebih fokus terhadap syarikat-syarikat besarnya yang lain.

Maklumat lanjut: BERNMA

MDEC Selesai Kajian Model Nilaian IP

6 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 27 April, 2012- Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) telah menyelesaikan kajian mengenai model nilaian Harta Intelek (IP) dan sudah bersedia untuk memperkenalkannya tidak lama lagi.

"Kami telah menjalankan semua proses yang diperlukan ke atas model itu tetapi kami memerlukan tarikh yang sesuai untuk membuat pengumuman rasmi," kata Ketua Pegawai Operasi, Ng Wan Peng, kepada Bernama selepas pelancaran peraduan 'Alcatel-Lucent Geek-The-Genius'.

MDeC, pemacu Koridor Raya Multimedia, sedang bekerjasama rapat dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan sewajarnya bagi model nilaian IP itu.

Beliau juga berkata pelancaran model nilaian IP adalah langkah pertama untuk membantu institusi kewangan merujuk kepada perkaedahan khusus dalam menilai hak IP, tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai proses itu, tetapi berkata satu pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Trend Menunjukkan Pelabur Jepun Beralih Ke Malaysia Selepas Bencana 2011

6 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 27 April,2012- Semakin ramai pelabur Jepun memindahkan lokasi perniagaan mereka ke Malaysia selepas bencana gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac, 2011 di negara itu serta banjir di Thailand, yang menjejaskan operasi globalnya.

Malaysia merupakan destinasi pilihan pelaburan bagi mengurangkan kos insurans yang melambung ekoran malapetaka 2011 itu yang menjejaskan operasi mereka.

Perangkaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menunjukkan trend itu semakin ketara berdasarkan pelaburan Jepun yang diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas mencatatkan paras tertinggi sejak 1980, bernilai U$3.2 bilion.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, April 26, 2012

PPZI-MAIWP Jangka Kutip RM360 Juta Zakat Pada Tahun 2012

5 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 26 April, 2012- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZI-MAIWP) mengunjurkan mengutip zakat sebanyak RM360 juta tahun ini berbanding RM341.33 juta tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Rais Alias.

Peningkatan ini seiring dengan meningkatnya kesedaran orang ramai serta syarikat-syarikat korporat untuk menyempurnakan zakat, selain kedudukan ekonomi negara yang sangat baik, katanya.

"Setakat suku pertama tahun ini, kita telah mengutip sebanyak RM76.06 juta berbanding RM69.51 juta dalam tempoh sama tahun lepas," katanya pada sidang media mengenai pengistiharan tahun 2012 sebagai "Tahun Zakat Harta" di sini pada Khamis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

PERNEC Bantu Usahawan Kendali Urus Niaga Dalam Talian

5 Jamadilakhir 1433

KOTA KINABALU, 26 April,2012 - Pernec Corp Bhd berharap dapat membantu ahli perniagaan menguruskan urus niaga dalam talian dengan selamat dan selesa menerusi pembangunan e-dagangnya.

Syarikat itu berkata dengan adanya akses e-dagang menerusi pelbagai peranti seperti desktop, telefon pintar atau tablet, pemilik perniagaan boleh menyelaras kan dan mengurangkan perbelanjaan pengiklanan untuk promosi dan perkhidmatan produk menerusi iklan digital.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pengeksport Perabot Digesa Tingkatkan Jualan

4 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 25 April , 2012- Pengeksport perabot Malaysia digesa meningkatkan jumlah eksport dengan mengambil peluang dan manfaat yang ditawarkan menerusi perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) serantau dan dua hala yang ditandatangani Malaysia dengan negara-negara rakan dagang, bagi meluaskan akses pasaran ke negara-negara terbabit.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata nilai eksport perabot kayu negara pada 2011 susut 4.9 peratus kepada RM6.2 bilion berbanding RM6.5 bilion pada 2010.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, April 25, 2012

Jawatankuasa Khas Farmaseutikal Halal Perlu Ditubuhkan Bagi Kembangkan Industri

4 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 25 April , 2012- Satu jawatankuasa khas bagi memandu arah dan pelaksanaan farmaseutikal halal perlu ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memastikan ubat-ubatan yang digunakan umat Islam di Malaysia terjamin halal, kata seorang profesor di sini pada Rabu.

Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata penubuhan jawatankuasa itu penting dalam memastikan industri farmaseutikal di negara ini terbuka dan sentiasa komited menyahut keperluan pengguna yang peka dengan isu halal.

Maklumat lanjut: BERNAMA

JAWHAR Anjur Seminar Bagi Cari Penyelesaian Masalah Tanah Wakaf

4 Jamadilakhir 1433

 PORT DICKSON, 25 April , 2012- Menyedari kekeliruan mengenai tanah wakaf, satu seminar mengenai 'Transformasi Peletakhakan Tanah Wakaf Menerusi Seksyen 416C Kanun Tanah Negara' diadakan bagi membincangkan masalah tanah wakaf lama yang sekian lama tertangguh.

Seminar selama tiga hari mulai Rabu antara lain bertujuan menyelesaikan permasalahan tanah-tanah wakaf lama yang belum dipindahmilikan atau diletakhakkan di bawah MAIN disebabkan isu seperti pewakaf yang telah meninggal dunia, geran diletakkan atas nama penghulu/kadi, wakaf dibuat secara lisan tanpa dokumen sokongan, tanah di atas pemegang amanah yang lain serta permasalahan tanah pertanian kurang dari 0.4 hektar.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Malaysia Dijangka Kekal Dominan Dalam Pasaran Sukuk Pada Tahun 2012

4 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 25 April,2012- Pasaran sukuk global dijangka mencatatkan rekod baharu hampir kepada US$125 bilion tahun ini, dengan Malaysia kekal pasaran dominan meskipun jangkaan peningkatan terbitan di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Prof Dr Malik Muhammad M. Al Awan, Penasihat Syariah, Hong Leong Islamic Bank dan Hong Leong MSIG Takaful Bhd berkata jumlah terbitan sukuk global dalam suku pertama tahun ini berjumlah US$43 bilion, di mana terbitan sukuk Malaysia ialah US$30 bilion.

Maklumat lanjut: BERNAMA

KUB Tiada Rancangan Untuk Jual A&W Malaysia

4 Jamadilawal 1433

Oleh Dalila Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 25 April, 2012 - KUB Malaysia Bhd tiada rancangan untuk menjual perniagaan francais makanan segeranya, A&W Malaysia, demikian menurut sumber industri pada Rabu.

Baru-baru ini, dilaporkan yang syarikat akan melupuskan 45 peratus ekuiti dalam perniagaan restoran makanan segera kepada Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas).

"Rancangan untuk menjual A&W dibuat di bawah CEO sebelumnya. Rancangan itu kini sudah tidak sah lagi. Sekarang ini ialah masa untuk membetulkan strategi dalam membawa perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi," kata sumber itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sasaran Pemilikan Ekuiti Bumiputera Boleh Dicapai

4 Jamadilakhir 1433

 KUALA LUMPUR, 24 April , 2012 - Beberapa pihak menyambut baik inisiatif konsisten kerajaan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dan menyuarakan keyakinan bahawa sasaran 30 peratus boleh dicapai menjelang 2020.

Mereka juga menyeru usahawan-usawahan Bumiputera membuktikan integriti dan profesionalisme mereka dengan meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi dan daya saing mereka, tidak hanya memberikan tumpuan kepada pemilikan ekonomi.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah Dilancar

4 Jamadilakhir 1433

BACHOK, 24 April ,2012 - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa melancarkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlandaskan Syariah, yang menyediakan dana berjumlah RM2 bilion, bagi membantu pengusaha PKS seluruh negara.

Muhyiddin berkata skim pembiayaan itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 lepas itu akan memberikan pembiayaan berlandaskan Syariah yang dapat membantu pengusaha PKS meningkatkan perniagaan ekonomi mereka.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Bursa Suq Al-Sila' Perluas Tawaran Komoditi Dengan Olein Sawit RBD

4 Jamadilakhir 1433

 KUALA LUMPUR, 24 April , 2012 - Platform dagangan komoditi yang mematuhi Syariah hujung ke hujung pertama dunia, Bursa Suq Al-Sila' (BSAS), menambah Olein Sawit RBD sebagai tawaran komoditi baru.

Dalam satu kenyataan Selasa, Bursa Malaysia berkata ini akan menyediakan pelbagai tawaran produk untuk pelanggan yang berdagang pada platform BSAS.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Labur RM60,000 Hasilkan Produk Burung Walit Kini Raih Pendapatan Lumayan

4 Jamadilakhir 1433

TANJONG KARANG, 24 April, 2012- Keyakinan yang tinggi terhadap mutu serta kualiti khasiat sarang burung Walit mendorong seorang usahawan tempatan melaburkan RM60,000 wang simpanannya sebagai modal untuk menghasilkan produk kecantikan berasaskan bahan itu.

Dan kini beliau meraih ganjaran dengan pendapatan bulanan bersih sebanyak RM10,000.

Zanizan Ahmad, 42, membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan produk kecantikan berasaskan sarang burung berkenaan dengan jenama Cahya Walit itu bermula pada 2010 dan mula menuai hasil dari produk itu sejak awal tahun ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, April 23, 2012

Pemilikan Ekuiti Bumiputera Meningkat Kepada 23.09 Peratus Pada 2010

2 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 23 April, 2012- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin mengumumkan bahawa pemilikan ekuiti Bumiputera pada nilai tara telah meningkat kepada 23.09 peratus bernilai RM167.7 bilion pada 2010 berbanding 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion pada 2008.

Angka tersebut diperoleh berasaskan keseluruhan ekuiti yang berjumlah RM726.4 bilion pada 2010 berbanding RM581.8 bilion pada 2008, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemilikan ekuiti Bumiputera ini termasuk pemilikan individu-individu, Institusi Kepentingan Bumiputera (institusi yang ditubuhkan khusus untuk menggembleng sumber tabungan Bumiputera) seperti Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Agensi Amanah (agensi yang ditubuhkan khusus dan diberi mandat oleh kerajaan bagi meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam ekonomi) seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Maklumat lanjut: BERNAMA

TM Lancar Saluran Berita Antarabangsa Perancis, France 24 Menerusi HyppTV

2 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 23 April, 2012- Perkhidmatan televisyen berbayar Telekom Malaysia Bhd (TM), HyppTV, yakin dapat menarik pelanggan daripada komuniti Perancis di sini dengan pelancaran France 24, satu-satunya saluran berita antarabangsa premium bahasa Perancis di Malaysia.

HyppTV merupakan perkhidmatan televisyen Protokol Internet dan France 24 akan disiarkan melalui perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Gelombang Kedua "Dasar Pandang Ke Timur" Akan Tarik Lebih Banyak Pelaburan -Mukhriz

1 Jamadilakhir 1433

KYOTO, 23 April , 2012 - Gelombang kedua "Dasar Pandang Ke Timur" akan menarik lebih ramai pelabur Jepun untuk melabur di Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Gelombang kedua kepada kita bermakna tahap aktiviti yang diteruskan semula bagi menarik lebih banyak pelaburan dari Jepun," katanya kepada Bernama selepas memberi ucapan kepada kira-kira 200 ahli perniagaan Jepun di seminar bertajuk "Peluang Perniagaan di Malaysia" di sini.

Mukhriz berkata Kementerian Luar akan mengumumkan butiran terperinci dasar tersebut kemudiannya nanti pada tahun ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

TIME dotCom Bakal Jadi Penyedia Perkhidmatan Borong Serantau

1 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 23 April , 2012 - OSK Research berkata TIME dotCom Bhd(5031) bakal menjadi penyedia perkhidmatan borong serantau berikutan jangkaan pembelian entiti Global Transit dan AIMS Group.

"Kami menjangka entiti diperbesar baharu itu memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain bagi menyediakan penyelesaian sehenti lebih holistik kepada pelanggan borong mereka," kata OSK dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Maybank IB Terbit Lapan Waran Belian Baharu

1 Jamadilakhir 1433

KUALA LUMPUR, 23 April, 2012- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menerbitkan lapan waran berstruktur penyelesaian tunai ala Eropah baharu dengan saiz terbitan sebanyak 100 juta setiap satu.

Waran tersebut adalah untuk saham biasa Affin Holdings Bhd, Boustead Holdings Bhd, JCY International Bhd, Mah Sing Group Bhd, Multi-Purpose Holdings Bhd, Tan Chong Motor Holdings Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan YTL Corporation Bhd.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, April 22, 2012

Tiga Koperasi Untung Lebih RM100 Juta

30 Jamadilawal 1433

KUALA LUMPUR, 21 April , 2012- Tiga koperasi - Bank Rakyat, Koperasi Angkatan Tentera dan Koperasi Permodalan Felda - yang dinaungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), berjaya mengaut keuntungan melebihi RM100 juta, kata Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Md. Yusof Samsudin.

"SKM mahu menggalakkan koperasi-koperasi yang mengaut keuntungan bersih RM80 juta hingga RM90 juta, meningkatkan lagi keuntungan mereka kepada lebih RM100 juta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Maybank Islamic Sasar Pertumbuhan 15-18 Peratus

30 Jamadilawal 1433

KOTA KINABALU, 21 April, 2102 - Maybank Islamic Bhd menyasarkan untuk mengembangkan aset di rantau ini sebanyak 15 hingga 18 peratus tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Muzaffar Hisham.

Beliau berkata bank itu kini menikmati pertumbuhan dalam segmen korporat dan pelanggan, walaupun mereka masih optimistik, namun berhati-hati terhadap pertumbuhan tahun ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Indeks Harga Pengguna(IHP) Meningkat 2.1 Peratus Pada Mac 2012

30 Jamadilawal 1433

KUALA LUMPUR, 20 April , 2012- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Mac 2012 meningkat 2.1 peratus kepada 104.5 daripada 102.4 bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Maklumat lanjut: BERNAMA

PNB Agihkan Dividen Dan Bonus Lebih RM91 Bilion

30 Jamadilawal 1433


KOTA KINABALU, 20 April, 2012- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sehingga ini berjaya mengagihkan dividen dan bonus pada kadar kompetitif, berjumlah lebih RM91 bilion.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata sehingga ini unit dalam edaran berjumlah 144 bilion.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, April 21, 2012

TM Rangkul Anugerah Penyedia Jalur Lebar Terbaik Di Bangkok

29 Jamadilawal 1433

KUALA LUMPUR, 19 April, 2012 - Telekom Malaysia Bhd dipilih sebagai Penyedia Jalur Lebar Terbaik di Anugerah Tahunan Telecom Asia ke-15, anugerah industri paling berprestij di rantau ini, di Bangkok semalam.

Pengerusi panel penjurian Per Dahlberg dalam satu kenyataan Khamis berkata anugerah itu mengiktiraf pencapaian dan penerajuan dalam telekomunikasi Asia, dengan penekanan kepada inovasi dan prestasi kewangan.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Program Jimat Belanja Dapur Tawar Jualan Ikan Rakyat Pada Harga Lebih Rendah

29 Jamadilawal 1433

SHAH ALAM, 19 April, 2012- Program Jimat Belanja Dapur yang diperkenalkan sempena musim perayaan pada tahun lepas bakal menawarkan jualan 'Ikan Rakyat' kepada orang ramai sempena pelancaran fasa ketiga program itu Ahad ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor Mansor Omar berkata jualan 'Ikan Rakyat' itu menawarkan potongan harga antara lima dan 15 peratus berbanding harga pasaran membabitkan lima jenis ikan iaitu pelaling, cencaru, kembung, selar dan selayang.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Wednesday, April 18, 2012

Koperasi Al-Taqwa Lancar Skim Pembiayaan Secara Islam

26 Jamadilawal 1433

LANGKAWI, 18 April, 2012- Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad (Katkab), satu-satunya koperasi kariah masjid di Langkawi, akan memperkenalkan skim pembiayaan secara Islam (syariah) bagi membantu kakitangan awam daripada berhutang dengan bank.

Setiausaha koperasi itu Mohd Nazri Hashim berkata skim berkenaan dengan kerjasama Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) bertujuan membantu penjawat awam di Langkawi membuat pinjaman selain mengelak mereka daripada dikenakan kadar faedah yang tinggi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, April 17, 2012

TM Gondol Anugerah Penyedia Perkhidmatan Terbaik

26 Jamadilawal 1433

KUALA LUMPUR, 17 April , 2012- Telekom Malaysia Bhd baru-baru ini telah menerima anugerah "Penyedia Perkhidmatan Terbaik" pada majlis Anugerah Kecemerlangan Frost and Sullivan Malaysia 2012.

Pada majlis itu, yang diadakan untuk kali kelapan berturut-turut, syarikat turut menggondol Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Terbaik, Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Data Terbaik dan Penyedia Perkhidmatan Terurus Terbaik untuk unitnya, VADS Bhd.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Global Turbine Asia Mahu Bina Enjin Untuk Jet Pejuang

26 Jamadilawal1433

KUALA LUMPUR, 17 April ,2012 - Global Turbine Asia (GTA) telah bekerjasama dengan syarikat Perancis, Snecma, untuk meninjau kemungkinan membina enjin bagi jet-jet pejuang moden, termasuk enjin untuk jet pejuang Dassault Rafale Perancis.

Syarikat itu hari ini memeterai memorandum persefahaman dengan Snecma ke arah kerjasama pemindahan teknologi dan meningkatkan kepakaran dalam keupayaan enjin perejangan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

KWSP Bakal Melabur Sehingga 23 Peratus Di Pasaran Antarabangsa

25 Jamadilawal 1433

KUALA LUMPUR, 16 April , 2012 .Bernama telah melaporkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggiatkan pelaburan dalam ekuiti dan pendapatan tetap di luar negara sebagai sebahagian daripada strategi mempelbagai pelaburan, selaras dengan mandat yang telah diberikan Kerajaan kepada KWSP untuk melabur sehingga 23 peratus daripada aset pelaburannya di pasaran antarabangsa.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Proton Lancarkan "Preve" Bagi Mencapai Hasrat Sebagai Syarikat Kereta Global

25 Jamadilawal 1433

 KUALA LUMPUR, 16 April, 2012, Bernama telah melaporkan bahawa Proton Holdings Bhd, yang hari ini melancarkan model sedan standard dunia terbarunya, Preve, berhasrat untuk muncul lebih kukuh dalam bergerak ke hadapan sebagai sebuah syarikat kereta global, kata pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Beliau berkata yang syarikat pembuat kereta negara itu juga merancang untuk memperhalusi produk dan jenama dalam suasana industri automotif yang berkembang pesat dan berdaya saing tinggi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sektor Perladangan Negara Perlu Distruktur Semula

25 Jamadilawal 1433

BESTARI JAYA, 16 April , 2012, Bernama melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin berkata industri perladangan terutamanya kelapa sawit perlu distruktur semula supaya lebih efisien dan lebih kompetitif serta mampu meningkatkan penyertaan pekerja tempatan di dalam sektor itu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, April 16, 2012

Affin Masih Lagi Berminat Dalam Bank Ina Perdana

24 Jamadilawal 1433

KUALA LUMPUR, 16 April, 2012- Bernama melaporkan bahawa Affin Holdings Bhd masih lagi berminat untuk menguasai sekurang-kurangnya 51 peratus ataupun kepentingan majoriti dalam PT Bank Ina Perdana, Indonesia, kata pengerusi Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin.

"Kami akan terus meninjau untuk mengembangkan operasi kami di sana.

"Bagaimanapun, kami mahu mendapatkan petunjuk yang jelas dari pihak perundangan Indonesia di sana berhubung dengan pemilikan asing untuk bank-bank tempatan," kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Affin Bank telah menyemak kembali rancangannya untuk menguasai 80 peratus kepentingan dalam Bank Ina Perdana tetapi menangguhkan seketika rancangan itu disebabkan laporan yang menyatakan bank pusat Indonesia sedang menimbangkan dasar mengekangkan pemilikan asing dalam bank-banknya kepada kurang daripada 50 peratus.

Berita lanjut: http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=659378

Tingkatkan Pergantungan Kepada Ekonomi Domestik

24 Jamadilawal 1433

KUALA LUMPUR, 16 April ,2012 -  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata menerusi bernama bahawa kerajaan mesti mengkaji kaedah untuk meningkatkan sumbangan penggunaan domestik kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan pada masa yang sama memastikan ekonomi kurang bergantung ke atas pasaran eksport.

Berita lanjut: http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=659327

Sunday, April 15, 2012

TM Fokus Kepada Kepuasan Pelanggan

24 Jamadilawal 1433


KUALA LUMPUR, 14 April ,2012- Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi kenyataan Bernama menyasar untuk memperluaskan liputan jalur lebar optik gentian berkelajuan tingginya, UniFi kepada 1.3 juta premis menjelang akhir tahun dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Buat masa ini, syarikat telekomunikasi itu mempunyai 1.2 juta premis yang dipasang dan 320,000 pelanggan seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zamzairani Mohd Isa berkata usaha berkenaan seiring dengan aspirasi syarikat untuk menjadikan 2012, tahun untuk pengalaman pelanggan.

Maklumat Lanjut di URL: http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=659037

Ekonomi Negara Bakal Terancam Jika Spekulasi Hartanah Tidak Dibendung

23 Jamadilawal 1433

Industri hartanan negara masih menunjukkan kenaikan harga yang agak tidak muhasabah. Kenaikan ini disebabkan oleh pelbagai fakor seperti kenaikan kos harga bahan binaan, buruh dan apa yang membimbangkan ialah aktiviti belian besar-besaran oleh pemain industri. Ditempat tinggal penulis ada iklan yang membuat pembelian besar-besaran untuk rumah kediaman.

Selain daripada itu faktor pembelian oleh warga asing juga menyebabkan penyebab kenaikan permintaan. Apa yang menjadi lebih malang, tujuan mereka membeli hanya mungkin untuk tujuan pelaburan sahaja dan mungkin tidak menginap dan berbelanja di negara ini. Jika ini berlaku, rakyat di negara ini terpaksa membayar lebih untuk membeli rumah kediaman. Secara tidak langsung kuasa membeli rakyat negara ini semakin terhakis.

Bagi yang tak mampu pula terpaksa mencari kediaman lebih jauh dipinggir bandar. Situasi ini pula bakal meningkatkan jumlah subsidi petrol yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan disebabkan lebih ramai rakyat yang terpaksa berulang alik lebih jauh ke tempat kerja.

Utuk mengelakkan masalah ini terus memberi kesan yang tidak baik kepada negara, penyediaan rumah mampu milik oleh kerajaan seperti projek Perumahan 1Malaysia perlu diperbanyakkan dan lokasi strategik perlu diberi perhatian utama. Selain itu, harga bekalan bahan binaan jugaperlu dikawal.Jika ini tidak dilakukan, ianya mendedahkan risiko terjejasnya ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Wallahualam

@MyIktisad

Saturday, April 14, 2012

Kestabilan Politik Adalah Penting Bagi Kelangsungan Kemakmuran Ekonomi

23 Jamadilawal 1433

Pilihanraya umum yang akan datang bagi Malaysia dilihat sebagai ujian besar bagi rakyat negara ini untuk memastikan kelangsungan kemakmuran ekonomi. Ini adalah kerana kestabilan pentadbiran ekonomi dan negara adalah penting bagi memastikan tumpuan diberikan bagi menyelesaikan masalah, merangka pelan  dan perlaksanaan inisiatif-inisiatif tertentu secara lebih sistematik dan berkesan bagi memajukan negara.

Sudah banyak contoh yang boleh dibuat perbandingan terutama di negara-negara tertentu yang dilanda krisis politik secara berterusan telah menyebabkan kemerosotan ekonomi negara dan kualiti kehidupan rakyat.Ini sudah tentu menyebabkan pembaziran sumber di mana berlakunya kerosakan harta benda, kehilangan peluang pelaburan dan apa yang lebih parah lagi hilangnya nyawa-nyawa manusia yang juga modal insan dalam menggerakkan sesebuah ekonomi. Tidak hairan juga ada juga negara-negara yang berusaha mengamalkan dasar campurtangan ke atas negara lain bagi mengucarkacirkan suasana keamanan negara pesaing bagi menjaga kepentingan negara mereka. Taktik kotor seperti ini tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana individu di mana-mana negara di dalam suasana persaingan perdangan dunia yang semakin sengit.

Justeru itu, adalah penting bagi setiap individu di negara ini bersama-sama menjaga keamanan dengan tidak melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengancam keselamatan awam.Jika ini tidak dapat dilakukan, maka tiada jaminan bahawa kemakmuran ekonomi yang dinikmati sekarang dan selama ini akan terus berkekalan.

Wallahualam

@Myiktisad

Thursday, April 12, 2012

Kenali Muhibbah(Goodwill) Dalam Perakaunan

21 Jamadilawal 1433


Muhibah merupakan salah satu konsep perakaunan yang bermaksud nilai sesebuah entiti melangkaui nilai aset. Istilah ini pada asalnya digunakan dalam perakaunan untuk menyatakan nilai asset tidak ketara tetapi kuantitinya "nilai berhemat" perniagaan berterusan melebihi asetnya, yang terhasil mungkin kerana reputasi syarikat atau firma yang dinikmati bersama dengan pelanggan.

Sebagai  contoh, sebuah syarikat teknologi maklumat mungkin mempunyai aset bersih (sebahagian besarnya terdiri daripada pelbagai peralatan, dan diandaikan tiada hutang) yang bernilai $ 10 juta, tetapi nilai keseluruhan syarikat (termasuk jenama, pelanggan, modal intelektual) telah ditafsirkan bernilai RM 20 juta. Oleh yang demikian, mana-mana pelabur yang mahu mengambil alih syarikat itu akan membayar RM 20 juta dalam jumlah aset yang diambilalih, yang terdiri daripada RM 10 juta aset fizikal, dan RM 10 juta dalam nilai muhibah.

Bagi sebuah syarikat persendirian, muhibah tidak mempunyai nilai yang telah ditetapkan sebelum pengambilalihan dan ianya  bergantung kepada definisi yang diterima pakai oleh pembeli dan penjual. Namun, berlainan pula dengan  syarikat yang didagangkan secara umum/disenaraikan, yang mana ianya sebaliknya, adalah tertakluk kepada proses penilaian pasaran dan penilaiannya mungkin berbeza mengikut kaedah-kaedah yang tertentu mengikut selera pelabur.


Wallahualam

Wednesday, April 11, 2012

Isu Cadangan Kenaikan Caruman KWSP:Naikkan Dahulu Kadar Pembayaran Dividen

19 Jamadilawal 1433

Penulis kuranng bersetuju dengan cadangan menaikkan kadar caruman KWSP sama ada di pihak majikan atau pekerja. Ini adalah kerana ianya bakal menambahkan lagi bebanan kepada para pencarum dan majikan yang semakin hari semakin dihimpit kenaikan kos sara hidup.

Alasan bahawa pertambahan bagi menampung keperluan di hari tua adalah merupakan idea yang konservatif dalam menguruskan pelaburan kewangan.Bagaimana pula keperluan dimasa sekarang?Keperluan pendidikan anak-anak seperti pembayaran kelas tambahan, sekolah agama dan sebagainya bukan pelaburankah?Apakah KWSP dilihat sebagai satu-satunya simbol pelaburan semata-mata di negara ini? Apakah simpanan KWSP boleh digunakan untuk pembelajaran anak-anak disekolah agama atau di tuisyen-tuisyen?

Wang lebih bermakna bagi seseorang sekiranya ianya dapat digunakan di atas keperluan sebenar dan tepat pada masanya. Manfaat yang tak dapat dizahirkan seperti pengurangan tekanan bebanan semasa kewangan juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Sebenarnya pilihan yang ada selain daripada menaikkan caruman ialah dengan mengenakan dasar pembayaran minimum sebanyak 10% setahun. Nampak sukar, tetapi bagi penulis ianya adalah tidak mustahil. KWSP perlulah mengenakan dasar ke atas syarikat yang dilabur agar mengamalkan pembayaran dividen polisi yang lebih agresif atau berdepan dengan risiko penarikan pelaburan atau pihak pengurusan syarikat berkenaan perlu distruktur semula.

Pihak kerajaan juga berperanan agar tidak melayan para pelabur-pelabur tempatan atau asing yang sering meminta agar kerajaan mengurangkan pegangan ekuiti dalam syarikat berkaitan kerajaan(GLC). Jika dikurangkan pegangan KWSP dalam GLC, di mana pula KWSP nak dapatkan pulangan? Akhirnya, segala permasalahan bakal dipindahkan ke bahu pengguna atau rakyat dengan menaikkan caruman mereka. Ini sudah semesestinya tidak selaras dengan slogan rakyat didahulukan.

Wallahualam

@Myiktisad

TM Bakal Meraih Manfaat Daripada IPTV

19 Jamadilawal 1433


Telekom Malaysia Bhd (TM) berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada peralihan kepada IPTV (televisyen protokol Internet) kerana ia telah merangka satu strategi yang baik untuk membina perniagaan Internet dan data, serta melaksanakan dengan baik produk UniFinya.

Kita mengekalkan  cadangan beli kami mengenai TM berdasarkan nilai saksama RM5.90 (sebelum RM5.70) yang lebih tinggi, berikutan unjuran  kenaikan 2% hingga 4% untuk tahun kewangan 2012/2013 .Pertempuran bagi tontonan dan perhatian umum semakin kompetitif di ruang stesen Malaysia IPTV.

Pengendali televisyen kabel berbayar Asia Broadcasting Network (ABN), yang dijadualkan untuk melancarkan perkhidmatan pada suku kedua 2012, dilihat member alternatif kepada Astro, yang dilaporkan memohon semula kepada poenyenaraian semula ke pasaran modal.

ABN mensasarkan 500,000 pelanggan dalam tempoh setahun yang pertama yang mendaftar  dan tiga juta pelanggan dalam tempoh tiga tahun, dan akan melabur RM2 bilion sepanjang 10 tahun bagi meliputi enam juta isi rumah di pasaran

Kemasukan ABN berkemungkinan menjadi ancaman kepada Astro kerana ia bersaing untuk pasaran yang serupa.

Sebagai tambahan kepada ABN, Komunikasi YTL juga dilaporkan akan mensasarkan produk IPTV berdasarkan perkongsian dengan Sezmi Corp, pengendali televisyen berbayar AS tetapi tidak ada sebarang perkembangan terkini dilaporkan buat masa kini.

Kami menjangkakan tema IPTV untuk menangkap selaras dengan usul triple-play dari TM dan Maxis Bhd sebagai jalur lebar menjadi semakin dikomoditikan.

Kita berpendapat kepulangan semula Astro di pasaran modal tempatan menerusi IPO (tawaran awam awal) akan meningkatkan tumpuan industry di dalam industri dan meningkatkan lagi spekulasi  penggabungannya dengan Maxis sekali lagi.

Sementara itu, P1 dan rancangan Maxis tanpa IPTV membuatkan kita tidak berfikir ancaman kepada TM, yang telah menikmati kelebihan penggerak pertama dalam segmen berkenaan.
Kita lihat TM sebagai salah satu cara terbaik untuk memainkan tema pemusatan dan manfaat kepentingan mengaktifkan semula perniagaan talian tetap.

Kami percaya sasaran TM 400,000 UniFi pelanggan menjelang akhir 2012 adalah konservatif kerana ia telah mencapai 80% daripada jumlah pada awal April.

Momentum yang kuat pelanggan mingguan menambah 6,000 daripada suku keempat tahun kewangan 2011 (Q4FY11) tidak hakan  akan memperlahankan potensi pelanggan walaupun datangnya produk saingan dari Maxis , memandangkan TM telah menepati baki sasaran servis yang boleh dilanggan oleh isi rumah iaitus 150,000 hingga 200,000 di bawah perjanjian dengan Kerajaan.

Kami tidak menolak TM mendapatkan kandungan lebih menarik untuk meningkatkan faedah ke atas produk IPTV di dalam memacu pertumbuhan  UniFi seterusnya.

TM juga boleh bertukar lebih agresif kepada kandungan popular untuk mengukuhkan segmen tiga serangkai produknya.

Ia mempunyai lembaran imbangan yang kukuh dan simpan tunainya terus  berkembang dari pelaburan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk melekapkan cabaran, ia harus memutuskan untuk membida kandungan, mengatasi inisiatif yang diamalkan  oleh Astro sebagai perkembangan peraturan industri yang lebih memihak.
Strategi ini ibarat cabaran kandungan yang dilaksanakan oleh SingTel pada StarHub di Singapura dalam usaha untuk mengukuhkan perkhidmatan bermain empat serangkai(quad).

Memperolehi kandungan segar akan membolehkan TM secara progresif mengembangkan ARPU isi rumah (hasil purata setiap pengguna) melalui peningkatan -jualan perkhidmatan yang lebih premium dan ianya merupakan kunci untuk mengekalkan  pelanggan dalam tempoh jangka panjang dalam menghadapi persaingan yang kuat daripada pemain sedia ada dan baru.

Perjanjian bersaling dengan Celcom TM membolehkan ia untuk melancarkan pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) iaitu jenama yang boleh mengubah syarikat kepada pengendali permainan quad.

Memandangkan pertumbuhan pelanggan yang kukuh daripada yang dijangkakan untuk UniFi, kami meningkatkan unjuran pelanggan UniFi kami bagi tahun kewangan 2012 dan 2013 masing-masing sebanyak 26% dan 24% kepada 501,000 dan 741,000 (daripada 399,000 dan 599,000 sebelum ini).

Sumber : OSK Research

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...