Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, August 12, 2013

LPP Labur Setengah Juta Dalam Projek Ternakan Ayam Daging

5 Syawal 1434

KEMAMAN, 10 Ogos, 2013- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melabur sebanyak RM500,000 untuk melaksanakan projek ternakan ayam daging di bawah program azam tani di Kampung Ranggon Kerteh dekat sini.

Pengarah LPP negeri Shamsuddin Mat Rani berkata LPP telah menyerahkan pelaksanaan projek tersebut kepada seorang usahawan yang pernah mendapat bimbingan daripada agensi kerajaan itu.

"Ini merupakan projek yang pertama seumpama itu di bawah LPP di negeri Terengganu," katanya kepada Bernama hari Sabtu.

Shamsuddin berkata projek tersebut dibangunkan di kawasan seluas 5 ekar milik pengusaha berkenaan, bermula awal tahun ini.

Beliau berkata bagi memperkukuh lagi projek tersebut, pengusaha itu sendiri telah melabur sebanyak RM300,000 dalam projek itu.

Menurutnya, LPP telah membina dua unit reban ayam yang setiap unit seluas 20,000 kaki persegi dan mampu memuat sebanyak 20,000 ekor ayam.

"Ini merupakan projek komersial dan terbesar pernah diwujudkan oleh LPP di negeri ini," katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...