Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, January 31, 2015

Kerajaan Perlu Pertimbang Salurkan Dana Kepada Badan Pengurusan Bersama Bangunan(JMB)

10 Rabiul Akhir 1436

Kerajaan digesa untuk menimbangkan bagi menyalurkan sejumlah dana tahunan kepada badan pengurusan bersama(JMB). Ini rentetan daripada kes penyelenggaraan dan keselamatan bangunan berstrata yang dilihat agak lemah sehingga menyebabkan kes kemalangan di kalangan kanak-kanak yang terjatuh dari atas bangunan. Antara punca utama masalah ini disebabkan rata-rata JMB mengalami masalah kewangan disebabkan masalah caruman tertunggak dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Apabila peruntukan akta bangunan berstrata yang membolehkan JMB ditubuhkan, pihak berkuasa tempatan(PBT) seolah-olah dilihat lepas tangan sedangkan cukai perniagaan , cukai pintu, tanah telah dinaikkan. Cara yang terbaik yang kerajaan oleh pertimbangkan ialah dengan memotong sejumlah peruntukan kepada PBT dan disalurkan secara terus kepada JMB. Ini secara tidak langsung membolehkan JMB berperanan dengan lebih aktif bagi menjaga persekitaran penempatan dan hartanah mereka.

Wallahualam

Thursday, January 29, 2015

Tidak Mustahil Harga Minyak Di Bawah USD50

9 Rabiul Akhir 1436

Adalah sesuatu yang tidak mustahil sekiranya harga minyak mentah dunia berada di paras USD50 setong di pasaran dunia. Ketika artikel ini ditulis harga minyak mentah setong berada pada harga USD44.45 mengikut indek "WTI Crude oil".

Sama ada ianya memberikan kesan positif atau negatif terhadap sesebuah ekonomi, ianya amat bergantung kepada mekanisma penyesuian tertentu di sesebuah negara. Sesebuah ekonomi yang pragmatik akan menjadikan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia sebagai suatu peluang bagi melakukan suatu lonjakan ke peringkat yang seterusnya.

Wallahualam

Masa Sesuai Jual Aset Di Luar Negara

9 Rabiul Akhir 1436

Sekarang dilihat masa yang sesuai bagi syarikat-syarikat yang mempunyai aset di luar negara. Dalam keadaan matawang ringgit yang lemah ketika ini, setiap penurunan ringgit akan meningkatkan nilai keuntungan daripada pertukaran asing bagi syarikat berkenaan.

Keuntungan daripada penjualan aset tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembelian aset-aset  di dalam negara  yang kelihatan murah bagi syarikat tersebut. Ini boleh dijadikan pelaburan jangka panjang dan kegiatan pengambilan untung terhadap aset-aset di luar negara yang matawangnya adalah kukuh ketika ini wajar dilakukan .

Wallahualam

Saturday, January 17, 2015

Kegagalan Penubuhan Bank Islam Mega

27 Rabiulawal 1436

Pembatalan cadangan penggabungan di antara 3 bank iaitu CIMB, RHB dan MBSB telah menggagalkan usaha mewujudkan bank Islam mega di Malaysia dan di dunia. Oleh yang demikian, hasrat umat Islam yang ingin melihat tertubuhnya institusi berkenaan kini dilihat masih jauh.

Namun begitu, apa yang lebih utama ialah, umat Islam perlulah lebih agresif menggunakan perbankan syariah dalam urusan seharian mereka. Kuasa penggunaan kini dilihat menjadi pemangkin utama dalam tertubuhnya institusi perbankan berkenaan pada masa akan datang.

Wallahualam

Monday, January 12, 2015

Kelembapan Pasaran Saham Berisiko Kepada Sektor Hartanah

22 Rabiulawal 1436

Kelembapan pasaran saham yang berterusan bakal memberikan risiko kepada sektor hartanah. Ini adalah kerana, pemain-pemain di pasaran yang mengalami kerugian akibat pasaran yang lemah bakal menjadikan hartanah yang mereka miliki sebagai aset yang perlu dicairkan untuk menjelaskan kerugian mereka alami di pasaran saham atau menjelaskan komitmen pembelian saham di pasaran.

Oleh yang demikian, pemain di pasaran hartanah(sebagai pelaburan) perlu juga memantau pasaran jika berlakunya lebihan hartanah dalam jangka  masa terdekat. Ini membolehkan langkah-langkah yang tertentu bagi menangani sebarang risiko yang bakal melanda.

Wallahualam

Wednesday, January 7, 2015

Perang Minyak Sedang Berlaku?

17 Rabiulawal 1436

Harga minyak dunia meneruskan aliran penurunan hingga ke paras bawah US50 setong. Indeks WTI menunjukkan bahawa harga minyak sekarang sedang berada pada USD47.93 setong. Persoalan sekarang, siapakah yang menentukan pergerakan harga minyak sekarang? Adakah berlakunya pertembungan di antara kuasa ekonomi dunia dalam urusniaga minyak? Ataupun ianya sememangnya berdasarkan permintaan dan penawaran terhadap komoditi berkenaan.

Kejatuhan harga minyak dilihat memberikan rahmat kepada rakyat, namun ianya juga merupakan malapetaka kepada negara pengeluar yang hanya bergantung kepada hasil minyak. Keadaan sekarang perlulah ditangani dengan baik oleh pihak yang berkuasa agar situasi sekarang dapat memberikan kelebihan kepada rakyat , mahupun kerajaan sendiri.

Untuk mereliasasikan hal yang demikian, maka punca situasi yang sedang melanda perlulah dibuat kajian. Ini  sebagaimana yang pernah kerajaan Malaysia berjaya lakukan iaitu dengan mengkaji punca sebenar situasi yang berlaku semasa krisis matawang pada akhir tahun 90an.Ini membolehkan kerajaan  berjaya  mengeluarkan negara daripada kemelut yang melanda . Sebagai contoh, negara perlu membuat keputusan sama ada mengurangkan pengeluaran minyak atau sebaliknya dalam keadaan semasa atau strategi lain yang boleh dipertimbangkan oleh pakar ekonomi negara.

Wallahualam

Tuesday, January 6, 2015

Kerjasama Erat Kerajaan Negeri & Pusat Amat Penting Bagi Pembangunan Semula Negeri-negeri Dilanda Banjir

15 Rabiulawal 1436

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini menuntut kerjasama yang lebih erat di antara kerajaan pusat dan negeri. Kedua pihak kini dilihat perlu bertindak saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain bagi memulihkan semula keadaan sosioekonomi rakyat yang amat terkesan dengan bencana banjir yang berlaku di luar kebiasaan.

Disebalik bencana yang melanda, terbentuk satu titik persamaan di antara dua pihak iaitu iltizam bagi membangun serta memulihkan kehidupan mangsa-mangsa banjir. Ianya bakal memberikan satu peluang bagi merombak semula secara besar-besaran kemudahan infrastruktur agar lebih berkesan dan bersedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan di masa akan datang.

Apa yang penting, semua pihak perlu menghentikan sebarang polemik yang tidak berkesudahan yang boleh menghalang kemajuan penduduk dan rakyat. Masa , tenaga serta sumber perlu dumaksimakan penggunaannya dalam membangunkan umat.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...