Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, December 18, 2019

KWSP Catat Pendapatan RM13.5 Billion Suku Ke Tiga 2019

21 Rabiul Akhir 1441H

Pada 13 Disember 2019 yang lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melaporkan bahawa badan tersebut merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM13.50 bilion untuk suku tahun ketiga yang berakhir pada 30 September 2019 (S3 2019) berikutan pasaran yang semakin tidak menentu sejak tahun 2018.

Menurut kenyataan dikeluarkan,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Dato' Mohamad Nasir Ab Latif menjelaskan bahawa portfolio ekuiti domestik KWSP menerima kesan akibat pertumbuhan pendapatan yang lemah dalam pasaran ekuiti domestik yang seterusnya menyaksikan pasaran saham Malaysia menurun sebanyak 5.3%. Untuk S3 2019, portfolio tersebut mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.57 bilion.

Untuk berita lanjut : KWSP

Sunday, December 15, 2019

Rakyat Malaysia Perlu Celik Kewangan

18 Rabiul Akhir 1441H

Rakyat Malaysia disarankan agar meningkatkan kecelikan diri terhadap pengetahuan kewangan agar mereka tidak mudah ditipu. Risiko ditipu pada zaman kini boleh datang dari pelbagai sudut, antaranya:
1. Urusan jual beli
2. Perkongsian perniagaan
3. Penipuan dalam talian
4.Scammer
5.Pelaburan
6.Ahli ahli politik dan jentera jentera propaganda
7.Dan banyak lagi..

Yang memeningkan sekali  ialah risiko penipuan daripada ahli ahli politik yang dilihat hendak mempertahankan pemimpin pemimpin mereka.Ada antara isu isu yang secara logiknya kita nampak tak betul, tetapi mereka dengan muka sardin dan dengan yakin tetap mengatakan bahawa mereka tetap dipihak yang benar.Ini berlainan dengan ahli ahli politik di beberapa buah negara maju yang terus meletakkan jawatan dan bersara jika terpalit dengan sebarang isu yang memalukan, terutama dalam bab kewangan.

Justeru itu, untuk membolehkan kita membuat keputusan yang baik, perlulah kita semua berilmu dan tidak mudah tertipu.Jika ramai yang tertipu, kita bimbang, yang tertipu akan pula menipu pihak yang lain pula untuk meneruskan kehidupan mereka.

Wallahualam

Wednesday, December 4, 2019

TM Bersedia Melancarkan Pembinaan Rangkaian 5G "Stand Alone" Pertama Di Malaysia

7 Rabiul Akhir 1441

TM kini bersedia untuk percubaan membina rangkaian Generasi Ke 5 menerusi kaedah "Stand Alone(SA)" , bagi teknologi selular di langkawi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pulau berkenaan kini dipersiapkan untuk menjadi bandar pintar berdasarkan teknologi berkenaan.Ini berbanding dengan kaedah "Non-stand Alone(NSA)" yang menggunakan teknologi 4G sebagai "anchor" yang memungkinkan kecepatan perlaksanaan 5G tetapi , kaedah ini difahamkan tidak dapat mengoptimumkan potensi pengalaman teknologi 5G.

Menerusi kaedah ini(SA), ianya bakal membolehkan TM untuk membangunkan dan mempamerkan perkhidmatan dan rangkaian 5G secara sepenuhnya di Langkawi. Justeru itu, ini bakal merintis peluang bagi operator-operator perkhidmatan komunikasi yang lain untuk menggunakan rangkaian TM pada masa akan datang.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...