Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, June 8, 2021

Jual Lesen Spektrum 5G Untuk Biaya Vaksin Covid 19 Negara

 27 Syawal 1442

Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan penjualan lesen atau spektrum sellular generasi ke lima atau 5G bagi membiayai dana untuk pembelian vaksin covid 19, jika masalah kewangan menjadi punca kelewatan atau perlahannya proses pembelian vaksin berkenaan setakat  ini.Penulis yakin dan percaya, syarikat telekomunikasi yang ada di negara ini amat berminat untuk mendapatkan spektrum berkenaan secara individu atau bersaman antara mereka.Kerajaan sebaliknya perlu menilai semula monopoli syarikat kerajaan yang baru ditubuhkan dalam penyediaan teknologi berkenaan(5G), kerana setakat ini kita melihat kerajaan seolah olah mempunyai kekangan untuk membiayai syarikat berkenaan yang baru sahaja ditubuhkan itu baru baru ini.

Jika syarikat telco sedia ada diberikan peluang untuk membeli spektrum berkenaan, ianya bakal menarik pelabur asing atau  dana dana swasta untuk melabur di dalam negara ini melalui syarikat telco sedia ada  dan kerajaan dapat mengelakkan dari terus menjual atau memajak aset aset penting negara seperti saham GLC, tanah, serta hartanah yang lebih strategik kepada negara. Bayangkan kalau nilai satu lesen bernilai antara RM 1 hingga RM 1.5 billion ditawarkan, jika empat lesen ditawarkan untuk dijual, sekurang kurangnya RM 4 hingga RM 6 billion akan diperolehi oleh kerajaan, dan ianya dilihat agak cukup untuk membiayai vaksin covid 19 setakat ini. Jika di Perancis, ianya dijual pada harga USD 2..4 billion setiap satu iaitu sekitar RM 10 billion lebih. Anda boleh boleh rujuk artikel di sini untuk pembacaan lanjut.

Lebih lebih lagi, syarikat syarikat telco sedia ada sudah mempunyai kemudahan seperti pencawang, laluan manhole , fiber , kepakaran yang mana sebahagian daripada kos untuk penyediaan 5G dapat diserap terus . Lupakan seketika isu pengalirawan wang keluar disebabkan banyak  penyedia perkhidmatan terpaksa mengimport peralatan dari luar sebaliknya, syarat yang boleh kerajaan tetapkan ialah penyedia teknologi berkenaan perlulah mengeluarkan beberapa komponen di dalam negara dan berlakunya pemindahan teknologi masuk ke sini.

Kaedah ini didapati lebih selamat daripada penjualan harta tadi atau percukaian, kerana rakyat cuma akan membayar harga servis yang ditawarkan oleh pihak telco.Justeru itu, diharapkan agar kerajaan dapat menimbang saranan ini untuk negara keluar  daripada kemelut covid 19 yang sedang melanda negara dengan seberapa segera. Saranan ini nampak kecil, tetapi penulis yakin ianya tidak rugi untuk dipertimbangkan.


Wallahualam



Thursday, April 29, 2021

Balik Kepada Kaedah Asal Dalam Uruskan Ekonomi

17 Ramadan 1442

Kerajaan digesa balik kepada kaedah asal dalam  menguruskan ekonomi, iaitu dengan mempercepatkan pergerakan wang  dalam ekosistem ekonomi sedia ada.Salah satu cara ialah dengan menggalakkan rakyat berbelanja di dalam negara. Semakin pantas pergerakan atau wang bertukar tangan , maka akan semakin rancaklah  pergerakan kitaran ekonomi di sesebuah negara.Teori ini sering digunapakai oleh Tun Mahathir ketika di era pentadbiran beliau.

Walaupun ianya agak sukar dilaksanakan di era wabak covid 19 yang sedang melanda, kaedah mempercepatkan wang bertukar tangan ini masih boleh direliasasikan dengan menggunakan platform digital. Kerajaan juga digesa agar terus menyuntik kecairan didalam sistem ekonomi, iaitu dengan menerusi syarikat berkaitan kerajaan(GLC) , menerusi perlaksanaan pelaburan dalam sektor kesihatan, pemakanan, pertanian, komunikasi dan lain lain , yang mana ianya boleh dimanfaatkan pada tempoh pandemik covid 19 ini. Syarikat syarikat ini juga boleh diarahkan mengambil graduan menganggur atau golongan yang hilang pekerjaan  sebagai pekerja kontrak atau " intern" dalam tempoh yang lebih panjang hinggalah masalah sedia ada  kembali stabil.Insentif cukai jangka panjang boleh diberkan kepada GLC GLC berkenaan.

Kerajaan juga boleh membina pusat pusat kesihatan baru dan mengambil lebih pekerja dalam sektor kesihatan bagi menangani isu kesihatan semasa.Jika ini dapat lakukan, kita yakin ianya akan dapat mengurangkan kesan negatif pandemik covid 19 yang masih melanda negara.

Wallahualam


Sunday, April 25, 2021

Rakyat Perlu Kurangkan Harapan Kepada Kerajaan Dalam Uruskan Ekonomi

 13 Ramadhan 1442

Rakyat disaran menghentikan pengharapan kepada  kerajaan semasa dalam menguruskan hal ekonomi,  sebaliknya bekerja keras dalam memajukan diri. Ini berikutan pelbagai kelemahan yang timbul pada masa sekarang ini berikutan timbulnya tekanan akibat pandemik covid 19. Pelbagai polemik yang timbul diperingkat dasar dan penguatkuasaan yang menguji kesabaran rakyat sama ada dari segi aspek ekonomi, mahupun social.

Tiada hala tuju yang jelas yang boleh dilihat setakat ini untuk kurangkan kadar pengangguran, malahan lebih banyak syarikat besar mula dilihat menutup operasi atau mengurangkan skala operasi mereka. Justeru itu, rakyat perlu bersedia meneroka bidang bidang baru atau sedia ada yang boleh menjana pendapan sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan sekarang. Sampai masanya nanti, rakyat boleh memilih semula pemimpin pemimpin lain yang lebih diyakini untuk memimpin rakyat untuk/ke tahap yang lebih baik.

Wallahualam

Saturday, February 13, 2021

Utamakan Industri Setempat Semasa PKP

 1 Rejab 1442


Rakyat Malaysia digesa untuk mengutamakan industri setempat dalam tempoh pergerakan yang dihadkan bagi merangsang industri setempat.Ini termasuklah berbelanja terhadap barang keperluan asas, makanan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung membantu para usahawan baru yang menceburi bidang perniagaan disebabkan kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Pergerakan atau pertukaran matawang yang cepat di dalam sesuatu kawasan akan membantu pertumbuhan ekonomi, di mana rakyat dilihat berbelanja dikawasan berkenaan. Tiada guna jika rakyat mempunyai wang, tetapi tidak berbelanja dengan sebetulnya, ataupun hanya menyimpan dibawah bantal. Ianya mungkin baik untuk peribadi tetapi tidak akan menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Dengan berbelanja kepada perkara yang betul, ianya akan membuka ruang dan peluang perniagaan dan bakal mencipta peluang pekerjaan di kawasan setempat.

Wallahualam


Friday, February 12, 2021

Perubahan Kepimpinan KWSP Seharusnya Tidak Melewatkan Pengisytiharan Dividen

 30 Rabiul Akhir 1442

Kita melihat dengan penuh serius perubahan kepimpinan KWSP seperti yang telah diumumkan baru baru ini. Walaupun ianya amalan biasa, kita harapkan pengumuman bagi pembayaran dividen bagi  tahun 2021 tidal akan dilewatkan disebabkan perkembangan terkini yang berlaku di organisasi berkenaan.

Diharapkan ahli ahli  tidak menerima kesan yang negatif terhadap apa jua  perubahan yang ingin dilakukan. Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...