Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013 Rangsang Korporat, Bantu PKS

14 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif yang bertujuan meningkatkan lagi sektor perniagaan dan korporat, di samping membantu usahawan di perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beliau berkata, usaha juga akan diambil untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran bon dan sukuk, menyediakan platform untuk mengumpul sukuk bagi industri pertanian, selain mewujudkan syarikat Malaysia yang bertaraf global.

Najib berkata, Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga akan menyediakan rangka kerja baru bagi terbitan AgroSukuk untuk syarikat yang terlibat dalam sektor berkaitan pertanian.
"Bagi menggalakkan penerbitan sukuk itu, kerajaan akan menawarkan potongan cukai sebanyak dua kali bagi tempoh empat tahun mulai 2012 hingga 2015," katanya ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, sebagai permulaan, DanaInfra Nasional Bhd. akan menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta pada akhir tahun ini untuk membiayai pembangunan projek Transit Pantas Masa (MRT).
"Bon dan sukuk ini juga ditawarkan potongan cukai sebanyak dua kali bagi tempoh empat tahun mulai 2012 hingga 2015 selain pengecualian duti setem untuk pelabur individu ," katanya.
Sementara itu, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk Dana Strategik Pelaburan Domestik yang diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia bagi merangsang pelaburan domestik, selain mempercepatkan penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global.

Perdana Menteri berkata, dana tersebut bertujuan memanfaatkan aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
Tambah Najib, dana sebanyak RM1 bilion juga akan disediakan di bawah Skim Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang akan dikendalikan SME Bank untuk memudahkan akses PKS untuk mendapat pembiayaan.

"SME Bank juga akan bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam menyediakan dana sebanyak RM200 juta bagi membiayai modal kerja PKS terlibat dalam industri halal," jelasnya sambil menambah usaha juga akan dilakukan untuk PKS bumiputera berkembang dan mempertingkatkan pegangan ekuiti dalam sektor ekonomi dengan penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion oleh SME Bank.

Katanya, dana tersebut adalah untuk membantu membiayai pengambilalihan anak syarikat milik kerajaan (GLC) menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
Dalam perkembangan lain, pengusaha swasta yang terlibat dalam rantaian penapisan, penyimpanan dan dagangan minyak dan gas akan diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan pengecualian duti setem.

Najib berkata, bantuan kos pengambilalihan tanah dan bantuan kewangan merupakan 'tipping point' projek perkongsian awam swasta.

Maklumat lanjut: UTUSAN ONLINE

BELANJAWAN 2013: Taska, Prasekolah Berkualiti Dapat Maksimum Potensi Sejak Peringkat Awal

14 Zulkaedah 1433



KUALA LUMPUR, 28 Sept, 2012 - Pelbagai insentif yang diberikan untuk memperkukuhkan taska dan prasekolah dapat memaksimumkan potensi pembangunan insan mahir sejak di peringkat awal.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan berkata melalui pemberian insentif itu juga, pengusaha dapat memperkemaskan sistem pendidikan dan penyelenggaraan kemudahan taska dan prasekolah.

"Penyediaan dan sistem pengurusan pendidikan taska yang baik penting bagi memastikan pembelajaran awal kanak-kanak adalah paling berkualiti. Kami mengharapkan peruntukan dan semua insentif itu akan dipantau dan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini," katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 mengumumkan sebanyak RM1.2 bilion disediakan kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti.

Insentif itu termasuk pemberian geran pelancaran RM10,000 kepada Pusat Pendidikan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE) swasta serta potongan cukai dua kali kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

LHDN Tegaskan Individu Dengan Pendapatan Bercukai Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai

14 Zulkaedah 1433


CYBERJAYA, 29 Sept, 2012- Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013.

Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hingga RM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum ini tujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasan cukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, September 25, 2012

Lembaga Tabung Masjid Negara Mekanisme Baharu Ekonomi Islam

10 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 25 Sept,2012- Lembaga Tabung Masjid Negara (LTMN), yang bertujuan untuk membangunkan institusi-institusi masjid di Malaysia, dilihat mampu menjadi sebuah mekanisme ekonomi Islam yang baharu.

Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar Pengantarabangsaan dan Alumni, Kolej Universiti Insaniah, Kedah, Prof Dr Wan Sulaiman Wan Yusoff berkata lembaga itu bakal berfungsi sebagai badan pengumpulan dana bagi pembangunan masjid-masjid di seluruh Malaysia.

"Lembaga ini masih di peringkat 30 peratus penyelidikan dan saya menjangkakan penyelidikan ini akan selesai menjelang bulan Mac tahun hadapan," katanya kepada wartawan semasa seminar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini pada Selasa.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, September 24, 2012

Lebih Fleksibiliti Untuk Industri Insurans Malaysia

9 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 22 Sept ,2012- Bank Negara Malaysia sedang mempertimbang untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada industri dan syarikat insurans untuk merangka struktur komisen yang bersesuaian dengan falsafah perniagaan masing-masing.

Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim berkata pertimbangan tersebut adalah berdasarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 dan juga selaras dengan perkembangan semasa ekonomi.

Beliau berkata adalah diharapkan bahawa dengan memberi industri insurans keupayaan untuk menentukan struktur komisen tersendiri, ia akan diperkenalkan seiring dengan ketelusan struktur komisen itu sendiri.

"Pendedahan struktur komisen bukanlah perkara baru, malah ia telah diamalkan oleh kebanyakan negara di rantau ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

DiGi Tawar SIM Nano Percuma

9 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 24 Sept ,2012- DiGi Telecommunications Sdn Bhd akan menawarkan SIM nano percuma untuk para pengguna yang melanggan mana-mana "Smart Plan" atau "Postpaid Plus"nya, mulai 26 Sept.

 Dalam satu kenyataan hari ini, DiGi berkata para pengguna pasca bayar sedia ada hanya perlu membayar RM20 untuk SIM "swapping" sedia ada ke SIM nano.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Malaysia Bakal Menjadi Peserta Utama Industri Rel - Najib

8 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 24 Sept ,2012- Penubuhan Pusat Rel CSR, kompleks bernilai RM400 juta di Batu Gajah, Perak, akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peserta utama dalam industri rel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bagaimanapun berkata, masih terdapat banyak lagi ruang untuk pertumbuhan dan pengembangan dalam industri rel yang besar, yang belum diterokai di Asia Tenggara dan melangkauinya.

Tiada sebab kenapa Malaysia bersama-sama dengan rakan-rakan kongsinya yang berkebolehan tidak boleh meneroka peluang berkenaan, kata beliau.

"Dalam masa 10 tahun, adalah dijangka akan ada permintaan bagi 250 unit tren rel dan lokomotif lagi di Malaysia sahaja dan permintaan dari Asean dan Timur Tengah dijangka mencecah 2,900 unit tren baharu.

"Ini adalah pasaran yang besar. Selain daripada ini, pembaikan, penyenggaraan dan baik pulih (MRO) kereta api merupakan satu lagi peluang yang menanti untuk diterokai kerana dianggarkan dalam tempoh lima tahun, kira-kira 1,350 kereta api akan memerlukan perkhidmatan MRO.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, September 15, 2012

Malindo Air Bakal Menyelesaikan Masalah MAHB terhadap KLIA2

29 Syawal 1433

Kemunculan Malindo Air yang dijangka beroperasi pada 1 Mei 2012 bakal memberi suatu penyelesaian masalah lebihan kapasiti terhadap KLIA 2 di mana syarikat tambang murah yang ada sebelum ini kerap menimbulkan konflik terhadap MAHB terhadap pembinaan KLIA 2. Syarikat pengurusan airport ini dijangka memperolehi manfaat yang lebih besar kerana ia memerlukan lebih operator yang beroperasi di KLIA 2 bagi meningkatkan hasil.

Perkembangan terbaru ini memberi suatu mesej yang jelas bahawa terminal tambang murah sedia ada akan ditamatkan perkhidmatannya apabila siapnya KLIA2 itu nanti.Bagi pengguna pula, diharapkan kemunculan pesaing baru dalam segmen ini bakal memberikan lebih pilihan kepada para penumpang untuk mendapatkan servis yang lebih baik.

Wallahualam

Malindo Air Saingan Kepada AirAsia

29 Syawal 1433


KUALA LUMPUR ,BERNAMA pada 11 September lalu telah melaporkan bahawa National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Grup Selasa telah menandatangani satu perjanjian usahasama untuk membentuk syarikat penerbangan kos rendah baharu, Malindo Air.

Syarikat penerbangan itu dijangka memulakan operasi pada 1 Mei tahun depan di KLIA2 di Sepang.

Melalui usahasama itu, NADI akan memegang kepentingan 51 peratus di dalam Malindo Air dan baki 49 peratus oleh PT Lion Grup.

Majlis penandatanganan itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Direktor PT Lion Grup Rusdi Kirana berkata syarikat itu mengkaji menjual tiket mengikut harga AirAsia atau kemungkinan lebih rendah lagi.

Katanya Malindo Air akan terbang menggunakan 12 pesawat Boeing 737-900ER ke destinasi antara bandar raya besar di Malaysia dan Indonesia sebelum berkembang ke negara Asia yang lain.

Untuk menjadi kompetitif di dalam pasaran, katanya selain menawarkan tiket penerbangan yang lebih murah, pesawat yang akan digunakan akan dilengkapi dengan sistem hiburan dalam penerbangan dan hubungan dalam penerbangan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Sunday, September 9, 2012

Syarikat Telekomunikasi Tempatan Diminta Beri Lebih Penjelasan Tentang Teknologi 4G

22 Syawal 1433

Sumber Gambar :BGR

KUALA LUMPUR, 6 Sept. 2012- Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan perlu menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan teknologi 4G sebelum kerajaan meluluskan penggunaannya di Malaysia, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Katanya rakyat perlu memahami dengan lebih jelas perbezaan antara teknologi 3G dan 4G, terutama dari segi kelajuan, kawasan liputan dan data yang diperuntukkan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Saturday, September 8, 2012

PruBSN Mahu Kekal Kedudukan Pengendali Takaful Nombor Satu

21 Syawal 1433


KUALA LUMPUR, 7 Sept, 2012- Prudential BSN Takaful (PruBSN) berhasrat mengekalkan kedudukannya sebagai pengendali takaful nombor satu di Malaysia tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim K. Mithani.

Ia mencapai matlamatnya menjadi pengendali takaful nombor satu dalam suku pertama tahun lepas, selepas terlibat dalam segmen ini selama enam tahun.

 Bagi suku pertama tahun ini, PruBSN juga merupakan pengendali takaful utama di Malaysia, katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Rizab Antarabangsa BNM Sebanyak RM431.1 Bilion Hingga 30 Ogos 2012

21 Syawal 1433


KUALA LUMPUR, Sept 7, 2012- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM431.1 bilion (bersamaan dengan USD134.9 bilion) pada 30 Ogos 2012.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 3.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$122.1 bilion); rizab dana kewangan antarabangsa (US$800 juta); Peruntukan Hak Pengeluaran khas (SDR) (US$1.9 bilion); emas (US$1.9 bilion) dan aset rizab lain (US$8.2 bilion).

Jumlah aset Bank Negara, termasuk rizab antarabangsa, sebanyak RM479.719 bilion.

Aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.179 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM27.611 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM9.933 bilion); dan aset lain (RM8.893 bilion).

Maklumat lanjut : BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...