Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, August 7, 2013

Kerajaan Pandang Serius Input Tentang TPPA Sebelum Buat Keputusan

29 Ramadhan 1434

KOTA BAHARU, 6 Ogos, 2013- Kerajaan memandang serius input yang diberi semua pihak berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata yang penting dalam membuat keputusan itu ialah kepentingan negara tetap menjadi keutamaan tanpa menjejaskan sebarang hak rakyat.


"Pertimbangan dibuat sama ada ia membantu negara atau boleh menjejaskan kepentingan negara. Ini asas untuk pertimbangkan apa yang akan kita lakukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan badan bukan kerajaan, di sini malam tadi.

"Setakat ini, tiada satu pun yang telah kerajaan muktamadkan mengenai TPPA kerana banyak perkara yang belum kita selesaikan lagi, dan kalau jejas kepentingan negara, tidak ada sebab untuk kita bersetuju," tegasnya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...