Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, August 4, 2013

Datuk Abdul Farid Alias Dilantik Presiden & CEO Maybank

26 Ramadhan 1434

KUALA LUMPUR, 2 Ogos, 2013 - Datuk Abdul Farid Alias, 45, dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Malayan Banking Bhd, berkuat kuasa hari ini.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Presiden dan Ketua Perbankan Borong Global.

Abdul Farid menggantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang meletak jawatan pada 4 Jun untuk menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Abdul Farid sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dan anggota lembaga pengarah cabang pelaburan kerajaan,

UEM Group Bhd, pada 2008.

Pengumuman hari ini dibuat oleh Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor pada sidang media di Menara Maybank.

Maybank ialah bank terbesar negara dan menduduki antara 100 bank terkemuka dunia.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...