Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, August 16, 2013

Zenith PMC & Astral Supreme Kendalikan Kajian Kemungkinan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang-Butterworth

9 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 15 Ogos, 2013- Zenith PMC Sdn Bhd dan Astral Supreme Construction Sdn Bhd berganding bahu untuk mengendalikan kajian kemungkinan dan mereka bentuk Terowong Laut Pulau Pinang-Butterworth, yang akan mewujudkan akses ketiga yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

Tugasan kajian dan reka bentuk itu diberikan oleh Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang akan melaksanakan projek berharga RM6.3 bilion itu, bagi pembinaan terowong dasar laut dan tiga jalan pintas yang menghalakan lalu lintas ke terowong itu.

"Konsortium ini memberikan tugas kajian kemungkinan dan reka bentuk kepada syarikat usaha sama ini sebagai persediaan bagi kontrak Terowong Dasar Laut Pulau Pinang-Butterworth oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada konsortium ini, yang dijangkakan dalam jangka terdekat ini," kata Pengerusinya, Datuk Zarul Ahmad Zulkifli, dalam satu kenyataan.

Konsortium Zenith BUCG ialah sebuah usaha sama antara Zenith Construction Sdn Bhd dan China Railway Construction Co Ltd., bersama dengan Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd.

Kajian kemungkinan itu akan diasaskan kepada penyiasatan dan penyelidikan meluas untuk menyokong proses membuat keputusan. Kajian itu akan menyiasat kekuatan dan kelemahan projek itu serta peluang dan ancaman kepada alam sekitar.

Berita lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...