top_rightads

Memaparkan catatan dengan label Pertanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertanian. Papar semua catatan

Khamis, 20 September 2018

Tingkatkan Penggunaan Biodisel

11 Muharram 1440

Malaysia disaran agar meningkatkan penggunaan biodiesel bagi meningkatkan penggunaan minyak sawit yang sering diancam kempen negatif oleh negara negara eropah. Ini sekurang kurangnya dapat menstabilkan harga komoditi berkenaan.

Selain daripada itu ianya dapat mengurangkan kadar pencemaran udara akibat daripada penggunaan produk petroleum selama ini. Kadar subsidi petroleum juga dapat dukurangkan, memandangkan negara menggunakan lambakan minyak sawit sebagai salah satu sumber bahan api yang baharu.

Wallahualam

Jumaat, 20 Mac 2015

Jabatan Perikanan Akan Siasat Punca Ribuan Ikan Duri Mati

29 Jamadil Awal 1436

Jabatan Perikanan Pulau Pinang akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar menyebabkan ribuan ikan duri mati dan ditemui terapung di permukaan air sepanjang Sungai Kerian hingga pintu air Ampang Jajar, di sini.

Pengarahnya Abdullah Md Dan berkata beliau telah mengarahkan satu pasukan khas menjalankan siasatan berkenaan dan pegawainya telah mengambil sampel air sungai itu.

"Kita ada menerima aduan dan laporan daripada penduduk berkenaan kejadian dan saya percaya tidak mustahil kematian ikan itu disebabkan pencemaran toksik yang dilepaskan ke dalam sungai oleh kilang berhampiran.

 "Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan kami masih menunggu sampel air yang diambil untuk dihantar ke Bahagian Biosekuriti untuk ujian lanjut," kata Abdullah ketika dihubungi oleh BERNAMA.

BERNAMA melaporkan Khamis ribuan ikan duri mati dan ditemui terapung di permukaan air sepanjang perairan Sungai Kerian hingga ke pintu air Ampang Jajar, sejak dua hari lepas.

Sumber berita dipetik daripada BERNAMA

Rabu, 9 Oktober 2013

Perlis Wujudkan Pusat Ternakan Ayam Terbesar Dan Moden

4 Zulhijjah 1434

KANGAR, 8 Okt , 2013- Sebuah pusat ternakan ayam terbesar dan moden berasaskan teknologi hijau, bakal diwujudkan di Chuping, dekat sini yang dijangka menghasilkan pengeluaran 27 juta ayam setahun.

Projek ternakan ayam secara bersepadu itu akan dilaksanakan oleh pelabur tempatan, Terramark Sdn Bhd (Terramark) secara usaha sama dengan kerajaan negeri Perlis.

Majlis menandatangani perjanjian usaha sama itu berlangsung di hotel Seri Malaysia Kangar hari ini, disaksikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin.

Terramark diwakili Pengerusinya Datuk Rosli Sharif manakala Menteri Besar Perlis Azlan Man mewakili kerajaan negeri Perlis.

Projek ternakan ayam di tapak seluas kira-kira 80 hektar itu membabitkan pelaburan berjumlah RM270 juta dan bakal menyediakan 700 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

 Selain menyediakan ladang ternakan moden dan berhawa dingin, Terramark yang ditubuhkan oleh syarikat induknya, Seloga Holdings Berhad pada 12 Mac lalu itu juga akan turut membina kilang memproses makanan ayam di kawasan seluas empat hektar di Padang Besar.

Berita lanjut: BERNAMA

Isnin, 30 September 2013

PPNT Keluar Baja Sawit Khas Untuk Penanam Kelapa Sawit Negeri Terengganu

24 Zulkaedah 1434

KUALA TERENGGANU, 28 Sept , 2013- Penanam kelapa sawit di Terengganu dijangka memperoleh hasil yang lebih tinggi dengan penggunaan baja bioorganik (BO2) keluaran Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT), yang dihasilkan melalui kajian dan penyelidikan (R&D) intensif.

Pengurus Besar PPNT Shawalludin Ahmad berkata baja tersebut akan dijual pada harga RM47 satu beg seberat 25 kilogram dalam masa terdekat.

"PPNT melakar satu lagi sejarah kejayaan apabila melancarkan produk BO2 iaitu baja biooganik khas untuk tanaman kelapa sawit. Kita telah melakukan kajian terperinci," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Shawalludin berkata hasil kajian mendapati penggunaan baja ini secara berterusan dapat meningkatkan hasil sawit dan menjadikan industri sawit lebih lestari berbanding penggunaan baja kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar dan pemanasan global.

Baja ini dirumus khas untuk sistem nutrien tumbuhan yang efisien untuk tanaman kelapa sawit dan formasinya diolah mengikut tanah di negeri ini, katanya.

Beliau berkata baja berkenaan dipertingkatkan kandungan kalium dan magnesium jika dibandingkan dengan baja BO2 dari Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).

"Ini kerana kebanyakan tanah di Terengganu contohnya tanah di Kuala Berang, Jerangau, Bungor kurang unsur magnesium," katanya.

Shawalludin berkata kandungan nutrien magnesium, bahan penting untuk pokok sawit, dalam baja tersebut dipertingkatkan kepada tiga peratus serta tambahan 21 peratus kalium kerana kebanyakan jenis tanah di Terengganu berpasir.

"Nutrien kalium amat penting untuk pembentukan buah dan isirong," katanya sambil menambah bahawa baja BO2 dilancar di Terengganu sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri minggu lepas.

Baja ini juga mengandungi 30 peratus bahan organik yang penting untuk meningkatkan kualiti tanah.

Katanya tanaman sawit di kawasan berpasir dan juga di kawasan berbukit biasanya kekurangan karbon dan penggunaan baja bioorganik ini dapat meningkatkan bahan organik dalam tanah dan sekaligus meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah.

Berita lanjut: BERNAMA

Gofocus Eksport Biodelima Ke Indonesia Mac 2014

24 Zulkaedah 1434

SHAH ALAM, 28 Sept, 2013- Gofocus International Sdn Bhd (Gofocus), pengeluar produk makanan kesihatan berasaskan buah delima bakal menembusi pasaran Indonesia pada Mac 2014 dengan sasaran jualan tahunan mencecah RM10 juta.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gofocus, Rumawi Kasolan berkata produk syarikat dengan label BioDelima itu dijangka mampu mencapai sasaran jualan tersebut berdasarkan permintaan dan jumlah penduduk di negara berkenaan.

"Kita mendapat permintaan yang banyak mengenai produk ini malah ada yang berminat untuk menjadi rakan niaga dan networking produk BioDelima," katanya kepada pemberita selepas pelancaran dua produk terbaharu syarikat itu, Bio Delima Stem Cell dan Bio Delima Gold di sini Sabtu.

Beliau berkata syarikat itu juga yakin sasaran jualan sebanyak RM6 juta bagi pasaran tempatan pada tahun ini mampu dicapai berdasarkan beberapa faktor termasuk pelancaran dua produk terbaharu itu dan pembukaan keanggotaan untuk rangkaian pengedar pada awal bulan ini.

BioDelima yang diusahakan oleh syarikat Bumiputera itu sejak dua tahun lepas, kini mempunyai 10 jenis produk yang kesemuanya berasaskan buah delima, katanya.

"Sehingga kini, kita mempunyai 500 orang rangkaian pengedar di seluruh negara walaupun keanggota baharu dibuka pada awal September dan dijangka mencapai 1,000 orang pada hujung tahun ini," katanya.

Rumawi berkata selain Indonesia, produk milik syarikat itu juga boleh didapati di Brunei dan sedang mengintai peluang untuk menembusi pasaran negara Thailand dan Filipina.

Berita lanjut: BERNAMA

Khamis, 12 September 2013

Senama Agro Gaharu Sedia Jadi Peneraju Industri Gaharu Di Malaysia, Dunia

7 Zulkaedah 1434

SEREMBAN, 12 Sept , 2013- Senama Agro Gaharu (M) Sdn Bhd (SAG), syarikat milik Bumiputera, bersedia menjadi peneraju dalam industri gaharu di Malaysia dan dunia.

Pengerusinya Datuk Mustafa Abdul Wahab berkata SAG yang beroperasi sejak tiga tahun lepas, mempunyai perancangan, strategi dan program pembangunan gerak kerja tersusun bagi memastikan industri gaharu berjaya, moden, dinamik dan kompetitif.

"Kami mahu terus menerajui proses transformasi dalam sektor penanaman dan pemprosesan gaharu secara terancang, bersepadu dan menyeluruh. Berikutan perkembangan industri gaharu di negara ini dan dunia, kami sedia mempelbagaikan usaha seperti menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam menghasilkan produk hiliran dan seterusnya memasarkannya," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata SAG bergiat cergas dalam menjalankan pelbagai perkhidmatan berkaitan penanaman dan inokulasi pokok gaharu.

Katanya SAG juga bersedia memberi khidmat kepakaran kepada pengusaha yang berminat dengan tanaman gaharu menerusi program melahirkan lebih ramai usahawan tani di negara ini.

"SAG kini giat menjalankan kegiatan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha mengenai penyediaan kawasan tanaman, pembekalan benih, penjagaan tanaman, khidmat inokulasi, pengeluaran hasil dan seterusnya pemasaran. Selain itu, kita juga menganjurkan kursus bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gaharu serta memasarkan produk berasaskan gaharu.

"Tenaga kerja kami terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam mengurus hal berkaitan gaharu, merangkumi aktiviti huluan (penanaman dan penghasilan gaharu) dan hiliran (pemprosesan produk gaharu)," katanya.

Mustafa berkata sehingga kini hampir 100,000 pokok karas klon Vietnam ditanam di tanah milik 200 peserta di Negeri Sembilan.

"Selain itu, syarikat kami juga menjalin usaha sama dengan syarikat negara pengeluar dan pengguna gaharu seperti Kemboja, Vietnam, China, Singapura, Thailand, Taiwan, Indonesia, dan negara Timur Tengah, termasuk United Arab Emirates," katanya.

Katanya industri gaharu berpotensi besar dalam menjana pendapatan pengusaha dan ekonomi negara.

Mengenai masa depan, beliau berkata SAG merancang membina kilang pemprosesan pati minyak gaharu dan pelbagai jenis produk berasaskan gaharu bernilai RM3 juta di Labu dekat sini.

Beliau berharap Negeri Sembilan akan muncul sebagai negeri yang sinonim dengan industri gaharu di negara ini.

Berita lanjut : BERNAMA

Usahawan Kampung Dapat RM 400 Ribu Setahun Dari Hasil Kelapa

6 Zulkaedah 1434

MARANG, 11 Sept, 2013- Industri kampung seperti membuat kuih, keropok, menghasilkan batik, songket atau lain-lain di halaman rumah tidak boleh dipandang enteng kerana usaha itu boleh menembusi pasaran yang lebih luas dan mampu menjana pendapatan lumayan seandainya sanggup bekerja keras.

Seorang usahawan, Suri Abdul Ghani, 43, dari Kampung Batangan, Seberang Marang di sini yang mengusahakan produk manisan kelapa (gula melaka), kini boleh berbangga apabila hasil usahanya telah menembusi pasar raya di seluruh Terengganu sehingga mampu mencatatkan jualan sehingga RM400,000 setahun.

"Perusahaan membuat manisan kelapa ini saya mulakan bersama suami sejak 10 tahun lalu setelah mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa yang mengusahakannya sebelum itu.

"Selain manisan, kami juga membuat dodol daun palas dan kandi kelapa (manisan pulut)," katanya ketika ditemui Bernama di sini Selasa.

Suri yang mempunyai lima orang anak berumur antara sembilan hingga 22 tahun hasil perkongsian hidup dengan suaminya Mohd Kahni Habsu, 47, menjelaskan sebelum ini beliau pernah membuat pelbagai kerja namun semuanya tidak memberi kepuasan yang hanya sebagai 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Menceritakan mengenai perusahaannya, Suri yang dibantu suami dan anak-anak selain enam pekerja tetap serta 10 pekerja sambilan, berkata beliau mempunyai dua bengkel membuat manisan berhampiran rumahnya.

Katanya, sekeping manisan asli dijual pada harga RM4 manakala manisan yang telah dicampur dengan 10 peratus gula dijual pada RM1.60 sekeping.

Beliau berkata manisan kelapa yang diusahakan syarikatnya kini boleh didapati di beberapa pasar raya di negeri itu seperti pasar raya Sabasun, pasar raya Seri Intan, Mydin Mall, pasar raya Tunas Manja dan pasar raya Nirwana di negeri ini dan juga sekitar Kuantan, Pahang.

Beliau berkata ramuan utama membuat manisan ialah air nira kelapa yang diperoleh dari ladangnya seluas 1.21 hektar.

"Sebenarnya, saya tidak susah untuk mendapatkan air nira kerana saya ada kebun kelapa sendiri manakala 0.8 hektar lagi akan mengeluarkan hasil (air nira) tidak lama lagi," katanya.

Berita lanjut: BERNAMA

Selasa, 10 September 2013

MBG Fruits Mahu Bantu Lahirkan Lebih Ramai Jutawan Buah-buahan Berjaya

4 Zulkaedah 1434


KUALA LUMPUR, 9 Sept, 2013- Peniaga buah-buahan tempatan Adnan Lee mahu melahirkan seramai mungkin usahawan berjaya dalam perniagaan runcit buah-buahan dalam kalangan pekerjanya sendiri dalam tempoh tujuh tahun sehingga 2020.

"Kalau boleh, saya ingin melahirkan seramai mungkin jutawan yang mungkin, inilah matlamat saya," katanya selepas diumumkan sebagai pemenang Anugerah Usahawan Muda Kreatif Malaysia (CYEA) JCI (Junior Chamber International) bersama dua yang lain, pada hujung minggu di sini.

Dua pemenang lain anugerah CYEA JCI itu yang bermatlamat menghargai usahawan muda yang inovatif ialah Whitney Lau, Pengarah Urusan Bamboo Catering (M) Sdn Bhd dari Pulau Pinang dan Seah Kian Hoe, Pengarah Urusan Heng Hiap Industries Sdn Bhd, syarikat dari Masai, Johor yang pakar dalam kitar semula sekerap plastik kepada aplikasi khusus.

Adnan, Pengarah Urusan MBG Fruits Sdn Bhd, sudah pun mendapat beberapa pekerja setia untuk menjalankan francais.

Selepas pembelajaran selok-belok peniagaan digerai buah-buahan bapanya di pasar Pudu dan Imbi, Adnan memutuskan untuk memajukan lagi perniagaannya dengan memulakan MBG Fruits, yang kini telah berkembang kepada satu rangkaian 20 kedai runcit yang beroperasi di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

MBG (yang juga bermaksud Jaminan Wang Dikembalikan) menjual buah-buahan segar, bakul buah-buahan, jus buah-buahan dan buah-buahan segar dipotong dengan jaminan wang dikembalikan, dasar yang dijalankan oleh beberapa penjual buah sebelum ini.

Bagi Lau, beliau telah mengubah restoran keluarga, dengan hanya tiga pekerja yang dikendalikan oleh mendiang bapa mertuanya, Kum Lye Sun, menjadi premis yang dikelolakan oleh 100 pekerja.

Selain katering luar, syarikat beliau juga pakar dalam menghidangkan stim bot halal dalam trak dingin kepada pelanggan selain sos nyonya sedia di makan dalam pek mudah digunakan di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia.

"Saya berharap meluaskan perniagaan ke Singapura, Sabah dan Sarawak tahun depan," katanya dan menambah Bamboo Catering juga merupakan katerer pertama makanan tempatan yang mempromosikan tempahan dan e-pembayaran melalui Internet.

Seah dari Heng Hiap Industries pula berkata anugerah itu akan merangsang syarikatnya untuk meningkatkan operasi kitar semula ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya dalam inisiatif mesra alam.

"Untuk menjadi seorang usahawan, seseorang memerlukan keupayaan dan keberanian dan bersemangat tinggi," kata Seah yang memulakan syarikat itu pada 2002.

Berita lanjut: BERNAMA

Isnin, 9 September 2013

Penternak Lembu Beralih Kepada Penternakan Ayam Berikutan Kos Yang Tinggi

3 Zulkaedah 1434

KEMAMAN, 8 Sept, 2013- Seorang penternak lembu komersil di Pengkalan Rangoon dekat sini kini beralih kepada ternakan ayam kerana kurang mendapat keuntungan dalam penjualan lembu tersebut.

Penternak tersebut, Rosdi Daud, berkata sebelum ini setiap tahun beliau membawa masuk antara 400 hingga 500 ekor lembu dari Thailand dengan pelaburan berjumlah RM500,000 setahun.

"Lembu itu kemudian dijual pada harga RM1,800 hingga RM1,900 seekor selepas dipelihara dan digemukkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun Rosdi berkata pada tahun ini beliau tidak lagi membawa masuk lembu kerana harganya terlalu tinggi dan tidak menguntungkan.

"Sekarang ini saya ada 100 ekor lembu bernilai kira-kira RM120,000 untuk tujuan penyembelihan sahaja," katanya.

Rosdi berkata beliau telah mengeluarkan pelaburan berjumlah RM1.3 juta untuk membina lima buah reban dengan jumlah ternakan melebihi 130,000 ekor ayam.

"Pemasaran tidak menjadi masalah kerana saya membuat kontrak ladang dengan sebuah syarikat dari luar Terengganu untuk mengedar hasil ternakan ayam saya," katanya.

 Sumber berita - BERNAMA

Sabtu, 31 Ogos 2013

Industri Nanas Negara Berpotensi Dimajukan

24 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 30 Ogos, 2013- Industri nanas negara berpotensi besar dimajukan dan diperluaskan lagi berikutan permintaan tinggi dari luar negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya kerajaan kini dalam proses meluaskan tanaman nanas di seluruh negara dan meningkatkan eksport nanas.

Beliau berkata sasaran keluasan penanaman nanas negara pada 2020 seluas 22,589 hektar berbanding 15,649 hektar tahun lepas.

"Nilai eksport industri nanas Malaysia tahun lepas berjumlah RM110.5 juta dan negara pengimport utama nanas segar ialah Singapura dan negara-negara Timur Tengah.

"Bagi nanas dalam tin, pengimport terbesar ialah Jepun dan Amerika Syarikat," katanya ketika merasmikan Fiesta Nanas di Menara Kuala Lumpur di sini Jumaat.

Berita lanjut : BERNAMA

Jumaat, 30 Ogos 2013

Agrobank Keluar Zakat Perniagaan RM4.27 Juta

23 Syawal 1434

KUANTAN, 30 Ogos, 2013- Agrobank Berhad mengeluarkan zakat perniagaan berjumlah RM4.27 juta bagi tahun perniagaan 2011, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.


Beliau berkata sebahagian daripada jumlah zakat tersebut telah diagihkan kepada pusat pungutan zakat negeri-negeri dan selebihnya diagihkan terus kepada golongan asnaf secara berperingkat.

"Ini termasuk sumbangan zakat kepada dua rumah kebajikan di Pahang iaitu Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan dan Rumah Anak Yatim Baitul Husna di Bukit Sekilau, Kuantan," katanya pada majlis penyampaian zakat kepada rumah kebajikan tersebut dan majlis makan malam Agrobank di sini Khamis.

urut hadir dan menyampaikan sumbangan tersebut Pengerusi Agrobank Tan Sri Faizah Mohd Tahir.

Wan Mohd Fadzmi berkata kedua-dua rumah kebajikan berkenaan masing-masing menerima sumbangan RM5,000.

Dalam pada itu katanya selaras dengan pelaksanaan sistem Perbankan Islam sepenuhnya pada 2015, Agrobank akan menukar semua produk pembiayaan dan deposit sedia ada kepada produk berasaskan prinsip Syariah.

"Produk-produk baharu yang bakal dilancarkan tahun ini juga akan berlandaskan prinsip Syariah untuk kesinambungan pertumbuhan Perbankan Islam domestik, dan pada masa sama menggalakkan amalan perbankan beretika," katanya.

 Sumber Berita- BERNAMA

Untung Sebelum Cukai Dan Zakat FGV Meningkat 77.1 Peratus Pada Suku Kedua 2013

23 Syawal 1434

KUALA LUMPUR, 29 Ogos, 2013- Keuntungan sebelum cukai dan zakat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meningkat 77.1 peratus kepada RM527.99 juta bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun, 2013 berbanding RM298.1 kita pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil bagaimanapun susut kepada RM2.99 bilion berbanding RM3.54 bilion dalam tempoh yang sama pada 2012.

FGV berkata bagi separuh pertama berakhir 30 Jun, 2013, perniagaan perladangannya mencatat keluaran tandan buah segar (FFB) yang lebih tinggi, sebanyak 2.46 juta tan berbanding 2.33 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Keluaran FFB meningkat kepada 9.53 tan sehektar berbanding 8.95 tan metrik sehektar manakala pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) meningkat kepada 1.44 juta metrik tan berbanding 1.38 juta metrik tan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Namun, selari dengan prestasi industri, keuntungan segmen ini susut ketara sebanyak 60.8 peratus tahun ke tahun kepada RM261.06 juta, kata FGV dalam satu kenyataan.

Ia berkata keuntungan yang lebih rendah itu sebahagian besarnya disebabkan oleh harga purata MSM yang rendah, sebanyak RM2,279 setan metrik berbanding RM3,230 setan metrik tahun lepas, selain penurunan harga purata FFB kepada RM434 setan metrik pada 2013 berbanding RM623 setan metrik tahun lepas.

Keuntungan daripada perniagaan gula bagaimanapun meningkat 32.4 peratus kepada RM220.23 juta hasil daripada jumlah eksport yang lebih tinggi yang mengimbang harga gula bertapis yang rendah untuk pasaran eksport serta subsidi yang lebih rendah bagi setiap tan.

Segmen hiliran menjana keuntungan sebanyak RM3.24 juta berbanding kerugian RM39.21 juta tahun lepas disebabkan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada perniagaan oleokimia kumpulan serta margin yang lebih baik daripada aktiviti hiliran tempatannya.

Mengenai prospek terdekat, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Mohd Emir Mavani Abdullah berkata FGV percaya pada harga semasa MSM yang rendah, ia membuka peluang untuk memperoleh aset strategik pada penilaian yang munasabah.

"Kami sudah mengumumkan pengambilalihan pertama PT Temila Agro Abadi dan PT Landak Bhakti Palma di Kalimantan Barat awal Julai, yang selari dengan pelan tindakan strategik kumpulan dengan tumpuan khusus ke atas komoditi teras seperti minyak sawit, getah dan gula.

Berita lanjut : BERNAMA

Khamis, 29 Ogos 2013

NAFAS Peruntukkan RM80.5 Juta Beli Tanah Bina Kilang Makanan Ternakan Di Gurun

22 Syawal 1434

JOHOR BAHARU, 28 Ogos, 2013 - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) telah bersetuju membeli sebidang tanah perindustrian di Gurun, Kedah bernilai RM80.5 juta bagi membina kilang makanan ternakan bagi menampung keperluan tempatan.

Pengerusinya Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata, projek pembinaan kilang makanan ternakan miliknya sendiri itu akan dilaksanakan secepat mungkin kerana ia berkepentingan negara.

"Di atas kepentingan negara, projek pembinaan kilang makanan ternakan di Gurun itu kini menjadi keutamaan kami dan untuk itu Nafas telah memutuskan untuk menangguhkan pembinaan kilang bajanya di Sarawak bernilai RM170 juta."


"Peruntukan RM170 juta itu sebaliknya akan disalurkan untuk memastikan projek pembinaan kilang makanan ternakan di Gurun itu dapat direalisasikan secepat mungkin," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Kilang makanan ternakan Nafas di Gurun apabila beroperasi kelak katanya, berkemampuan menampung sebahagian besar daripada permintaan daripada penternak-penternak tempatan.

"Kapasiti kilang di Gurun itu akan mengikut keperluan (makanan ternakan) daripada penternak-penternak tempatan," kata beliau.

Saipolbahari berkata, kewujudan kilang di Gurun itu secara tidak langsung akan mengurangkan harga makanan ternakan di pasaran tempatan di antara 10 hingga 20 peratus.

Sementara menunggu kilangnya di Gurun itu beroperasi, Nafas di dalam langkah jangka pendek untuk menampung permintaan tempatan katanya, telah bekerjasama dengan beberapa pihak dalam negara untuk mengeluarkan makanan ternakan.

Ia termasuk usaha sama dengan sebuah syarikat bukan Bumiputera bagi meningkatkan kemampuan penghasilan makanan ternakan mereka di dalam satu bulan, katanya.


Selain itu Nafas turut bekerjasama dengan Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) di dalam penghasilan makanan ternakan untuk pasaran tempatan.

Ia juga akan meningkatkan kapasiti penghasilan makanan ternakan daripada kilang sedia adanya di Pagoh, daripada 10 tan metrik sebulan kepada 20 tan metrik sebulan, kata beliau.

Saipolbahari berkata kewujudan kilang makanan ternakan milik Nafas di Gurun itu juga akan mengawal sebarang kenaikan harga bahan itu di pasaran tempatan.

Pada ketika ini, penternak tempatan sering memberi alasan harga makanan ternakan yang melambung sebagai punca utama yang menyebabkan kenaikan harga ternakan di pasaran seperti ayam, kambing, lembu dan lain-lain terutamanya menjelang musim perayaan.

Apabila kos makanan ternakan dapat dikurangkan, penternak tempatan tidak lagi mempunyai alasan untuk menaikkan harga ternakan mereka di pasaran sehingga membebankan pengguna, jelas beliau.

Berita lanjut: BERNAMA

Khamis, 15 Ogos 2013

SOPPOA Sarawak Mahu Kerajaan Kaji Semula Struktur Cukai Jualan Sektor Minyak Sawit

8 Syawal 1434

KUCHING, 14 Ogos, 2013- Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) menggesa kerajaan untuk mengkaji semula struktur cukai jualan industri minyak sawit di negeri itu berikutan harga-harga rendah minyak sawit mentah (MSM) seluruh dunia pada masa ini dan kos pengeluaran yang meningkat.

Dalam satu kenyataan Rabu, SOPPOA berkata cadangan semakan semula itu dijangka mempunyai impak minimum ke atas pendapatan negeri tetapi sebaliknya ia akan digantikan dengan produktiviti tanaman yang tinggi.

SOPPOA juga berkata tanaman itu sering diberi contoh sebagai tanaman emas untuk Malaysia atas sumbangannya kepada ekonomi, pewujudan pekerjaan dan makanan untuk orang ramai.

Ia berkata di Sarawak, industri minyak sawit menyumbang lebih RM425 juta dalam cukai jualan kepada negeri itu tahun lepas tetapi harga MSM yang rendah pada masa ini telah menjejaskan industri, yang dijangka tidak akan menyaksikan pemulihan harga dalam tempoh enam bulan ini.

Daripada sejumlah 1.1 juta hektar yang ditanami kelapa sawit di negeri itu, lebih 50 peratus berusia lapan tahun ataupun lebih muda dan peratusan tinggi kelapa sawit yang muda ini serta meningkatnya kos pengeluaran yang tinggi dan isu logistik yang dihadapi negeri akan menjejaskan lagi industri secara keseluruhan.

Apabila cukai jualan Sarawak dilaksanakan pada 1998, kos langsung pengeluaran ialah RM2,170 setiap hektar berbanding kos semasa RM6,220 sehektar, meningkat 187 peratus dalam tempoh yang sama, dan ini disebabkan kebanyakannya oleh inflasi, baja, upah dan kos diesel.

Dengan harga semasa MSM menjunam di bawah RM2,400 untuk setiap tan metrik, banyak syarikat perladangan di Sarawak membayar cukai walaupun menanggung kerugian dan ramai juga yang membayar cukai jualan dengan meminjam dari bank. Ini secara tidak langsung, telah menambah beban kewangan mereka.

"Sehubungan dengan itu juga, para penanam telah meminta agar tiada cukai jualan dilaksanakan apabila harga MSM di bawah RM2,400 setiap tan metrik bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung kerana kos pengeluaran yang tinggi," katanya sambil menambah yang kerajaan persekutuan turut maklum Sarawak mempunyai purata perolehan yang rendah dan kawasan tanaman baharu dengan mengenakan "threshold" untuk untung pracukai durian runtuh pada RM3,000 setan metrik untuk negeri itu.

Sarawak, yang agak lewat menceburi industri ini, mempunyai jumlah kawasan yang ditanami hanya 21 peratus daripada jumlah kawasan tanaman di dalam negara berbanding 50 peratus di Semenanjung Malaysia pada masa ini.

Berita lanjut: BERNAMA

Isnin, 12 Ogos 2013

LPP Labur Setengah Juta Dalam Projek Ternakan Ayam Daging

5 Syawal 1434

KEMAMAN, 10 Ogos, 2013- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melabur sebanyak RM500,000 untuk melaksanakan projek ternakan ayam daging di bawah program azam tani di Kampung Ranggon Kerteh dekat sini.

Pengarah LPP negeri Shamsuddin Mat Rani berkata LPP telah menyerahkan pelaksanaan projek tersebut kepada seorang usahawan yang pernah mendapat bimbingan daripada agensi kerajaan itu.

"Ini merupakan projek yang pertama seumpama itu di bawah LPP di negeri Terengganu," katanya kepada Bernama hari Sabtu.

Shamsuddin berkata projek tersebut dibangunkan di kawasan seluas 5 ekar milik pengusaha berkenaan, bermula awal tahun ini.

Beliau berkata bagi memperkukuh lagi projek tersebut, pengusaha itu sendiri telah melabur sebanyak RM300,000 dalam projek itu.

Menurutnya, LPP telah membina dua unit reban ayam yang setiap unit seluas 20,000 kaki persegi dan mampu memuat sebanyak 20,000 ekor ayam.

"Ini merupakan projek komersial dan terbesar pernah diwujudkan oleh LPP di negeri ini," katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Selasa, 6 Ogos 2013

JPB Labur RM21 Juta Untuk Hasilkan Produk Harum Manis Sepanjang Tahun Di Perlis

28 Ramathan 1434

KUALA LUMPUR, 5 Ogos, 2013- JPB Asia Pacific Sdn Bhd, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), serta Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menjalin usaha sama membangunkan rumah hijau untuk menghasilkan mangga Harum Manis di Perlis sepanjang tahun.

Selain Harum Manis, pelaburan RM21 juta itu juga meliputi tanaman mangga Indian Red di rumah hijau menggunakan sistem fertigasi automatik bagi menghasilkan buah yang berkualiti tinggi.

Ia akan menggunakan kawasan seluas 20 hektar milik Unimap di sekitar Padang Besar.

"Malaysia mempunyai pelbagai jenis mangga, namun kami mahu mencari jenis yang berkualiti tinggi dan kelebihan tersendiri, dan Harum Manis memiliki tekstur dan bau yang sangat baik dan rasanya sangat sedap.

"Mangga ini merupakan makanan unik Perlis dan sesuai ditanam di negeri itu berdasarkan kesesuaian tanah dan iklim," kata Pengarah Urusan JPB Asia Pasifik, Mazri Mansor kepada Bernama baru-baru ini.

"Unimap sudah menjalankan kajian ke atas Harum Manis, yang belum dikomersilkan, dan kami akan menggunakan hasil penyelidikan itu untuk mengetengahkan mangga ke pasaran dunia," katanya.

JPB juga akan mempelawa peladang dari Jepun bagi membantu penanaman mangga memandangkan ia merupakan buah-buahan eksotik bernilai tinggi di Jepun yang harganya mencecah sehingga RM400 untuk dua biji.

"Projek itu juga akan memberikan kesan berganda kepada ekonomi negeri memandangkan ia turut melibatkan petani dan penduduk tempatan menerusi perladangan kontrak, dan tidak mustahil pelaburan awal sebanyak RM20 juta akan menjadi RM100 juta dalam tempoh lima tahun," kata Mazri.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Isnin, 1 Julai 2013

Keyakinana Terhadap Sektor Perladangan

22 Syaaban 1434

KUALA LUMPUR, 1 Julai, 2013- Kenanga Research yakin dengan sektor perladangan dan positif dengan harga minyak sawit mentah (MSM) kerana penurunan inventori yang berterusan seharusnya memberi sokongan kukuh kepada harga.

Firma penyelidikan itu berkata dalam nota penyelidikan Isnin bahawa stok minyak sawit Malaysia dijangka terus turun pada Jun 2013 kepada 1.75 juta tan metrik dan ini sepatutnya positif bagi harga MSM.

"Berdasarkan kepada harga semerta harian MPOB bagi MSM, kami mengunjurkan harga MSM kekal pada purata rendah RM2,320 setan metrik bagi suku kedua tahun 2013, penurunan 28 peratus tahun ke tahun dan pertumbuhan tidak berubah suku ke suku," kata firma penyelidikan itu.

Kenanga Research berkata mengikut laporan keluasan terkini United States Department of Agriculture (USDA), peladang AS akan menanam 77.3 juta ekar kacang soya pada 2013, yang mana dalam anggaran konsensus 77.81 juta ekar.

"Walaupun USDA menyebut kawasan bagi penuaian dianggarkan pada rekod tinggi 76.9 juta ekar, kami percaya pasaran sepatutnya mengambil kira anggaran ini menilai daripada penurunan harga minyak kacang soya dan juga harga MSM minggu lepas," kata firma itu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Isnin, 24 Disember 2012

Lambakan Duku Di Terengganu

11 Safar 1434

KUALA TERENGGANU, 24 Disember 2012- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membeli 15 tan metrik buah duku bernilai lebih RM20,000 bagi mengelak lambakan buah-buahan di negeri ini.

Pengarah Fama negeri, Hasan Jusoh berkata selain itu pihaknya juga membeli buah durian yang sedang gugur di negeri ini dalam usaha menambah pendapatan para pekebun tempatan.

"Kita beli buah-buahan ini dari semasa ke semasa bagi memastikan buah-buahan itu tidak mengalami lambakan seperti empat tahun lepas yang menyaksikan sehingga buah tersebut hitam tidak dimakan," katanya kepada Bernama.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Selasa, 4 Disember 2012

Pengenalan Teknologi Baharu MPOB Sumbang Nilai Komersil Lebih Luas Kepada Industri PKS

20 Muharram 1434


IPOH, 3 Disember 2012- Pengenalan dan promosi teknologi baharu kelapa sawit melalui platform seminar serta pameran anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setiap tahun dapat menyumbang nilai komersil yang lebih luas, terutama kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan komoditi itu.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Choo Yuen May berkata teknologi dan produk baharu serta perkhidmatan yang dipromosikan melalui platform seminar dan pameran turut menyumbang kepada keberkesanan operasi industri di sepanjang rantaian pengeluaran keseluruhan kelapa sawit.

"Usaha MPOB berjaya meningkatkan kadar teknologi komersil sehingga 30.7 peratus dengan 224 paten. Setakat ini MPOB mempamerkan dan menawarkan 527 teknologi dan 119 perkhidmatan berkaitan industri minyak sawit untuk dikomersilkan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Isnin, 3 Disember 2012

Menjana Pendapatan Dengan Buah Mulberi

19 Muharram 1434


KUALA LUMPUR, 2 Disember 2012- Mymorus Resources bakal mengkomersialkan penanaman mulberi dan mengajak orang ramai untuk menjadikan tumbuhan berkenaan sebagai punca menjana pendapatan.

Syarikat itu yang mempunyai ladang mulberi seluas 2.4 hektar (enam ekar) di Janda Baik, Pahang, menjalankan perniagaan menjual anak-anak pokok mulberi serta membekalkan peralatan tanaman khas untuk mulberi kepada mereka yang berminat.

Pengarahnya, Mohd Zulkifli Mohd Zainudin berkata yang pada masa ini harga pasaran buah mulberi untuk sekilogram ialah RM10.

"Pokok mulberi yang asalnya dari negara China ini tidak mengambil masa yang lama untuk berbuah. Selepas tiga bulan ia akan mengeluarkan hasil.

Maklumat lanjut: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...