Bursa Malaysia

top_rightads

Monday, August 5, 2013

Penduduk Luar Bandar Perlu Sertai PERKESO

27 Ramadhan 1434


KAPIT, 4 Ogos , 2013- Penduduk luar bandar yang bekerja di sektor swasta perlu menyertai Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO bagi menikmati pelbagai skim perlindungan yang disediakan kepada ahli.

Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata PERKESO turut menyediakan perkhidmatan serta liputan lebih baik berbanding sesetengah syarikat insurans.

Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan manfaat pengebumian sebanyak RM1,500 kepada Lily anak Duren, 39, balu Tujoh anak Lah, yang lemas apabila bot ekspres Kawan Mas karam selepas terlanggar sebatang balak hanyut di Bungan Rapid berhampiran Belaga pada 28 Mei lepas.

Bot itu, yang dibenar membawa 75 penumpang, bagaimanapun penuh sesak dengan 219 orang, kebanyakannya pekerja kem pembalakan yang ingin pulang untuk meraikan Pesta Gawai Dayak pada 1 Jun.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...