TM kini menjadikan webe sebagai cabang penyedia perkhidmatan mobiliti digital di Malaysia. Berasal daripada P1, penjenamaan webe kini diperkenalkan oleh TM bagi melengkapkan penyediaan perkhidmatannya yang ada kepada para pelanggannya dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Perkhidmatan ini dijangka akan ditawarkan pada pertengahan tahun 2016.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa pelan pelancaran webe kini sedang berjalan mengikut jadual dan perkhidmatannya akan ditawarkan secara berperingkat. Buat masa ini ianya masih diperingkat ujian dikalangan para kumpulan pengguna yang dipilih.
TM kini memiliki kepentingan sebanyak 72.9 % di dalam webe setelah meningkatkan pegangan saham pada bulan Februari lepas daripada 55.3% sebelum ini, melalui penukaran sebanyak RM 410.3 juta nota jangka sederhana P1 yang telah dilanggan. Syarikat berkenaan dijangka mengumumkan jumlah perbelanjaan modal yang bakal diperuntukkan semasa pelancaran perkhidmatan webe secara komersial nanti.
Sumber ; Star Online