8 Jamadil Awal 1438
Bank Negara Malaysia (BNM). mengunjurkan bahawa ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2015, dijangka berdepan persekitaran operasi mencabar dalam tempoh terdekat,
"Risiko pertumbuhan lemah, bagaimanapun kekal, memandangkan keadaan tidak menentu berterusan dalam persekitaran luaran dan pembaharuan berterusan dalam ekonomi domestik," kata bank pusat dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Walaupun permintaan domestik akan masih memacu pertumbuhan dengan sokongan daripada eksport bersih, BNM berkata, kadar pengembangan permintaan domestik dijangka sederhana.
Selain itu, pertumbuhan pendapatan dan pekerjaan akan terus menyokong penggunaan swasta, walaupun sederhana, apabila isi rumah terus membuat penyesuaian dengan kos hidup yang meningkat.
Sementara itu, pelaburan swasta diunjur lebih rendah daripada trend jangka panjangnya, namun akan terus disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta pelaksanaan projek prasarana.
Sumber dari :BERNAMA
Pages
Bursa Malaysia
top_rightads
Thursday, February 18, 2016
Sunday, February 14, 2016
Kemasukan Berlebihan Pekerja Asing Ancam Ekonomi Negara
4 Jamadil Awal 1438
Kemasukan secara belebihan pekerja asing ke Malaysia bakal memberikan implikasi yang buruk kepada ekonomi negara. Ianya bakal mengalirkan keluar lebih banyak wang dan seterusnya memberi tekanan yang berterusan terhadap ringgit.
Selain daripada itu rakyat pula terpaksa bersaing mendapatkan pekerjaan dan semestinya akan kalah kerana warga asing tidak tertakluk kepada pembayaran gaji minimum berbanding pekerja asing. Ini akan menggalakkan majikan mengutamakan pekerja asing bagi mengurangkan kos buruh.
Keadaan ini bakal menyebabkan kadar pengangguran dikalangan rakyat Malaysia akan bertambah disebabkan polisi dasar gaji minimum pekerja tempatan dan kadar levi dan gaji yang rendah terdapat pada pekerja asing. Sehubungan dengan itu kerajaan digesa menaikkan levi pekerja asing agar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan negara disampimg mewujudkan persaingan buruh yang sihat di negara ini.Wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)