Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, August 7, 2013

Prudential Perkenalkan Versi Dipertingkatkan Pelan Insurans Kanak-Kanak

29 Ramadhan 1434

KUALA LUMPUR, 6 Ogos, 2013- Prudential Assurance Malaysia Bhd telah memperkenalkan versi dipertingkatkan pelan insurans kanak-kanak -- PRUmy kanak-kanak.

Dalam satu kenyataan Selasa, Prudential berkata pelan itu, yang terkenal kerana menjadi perintis perlindungan pranatal pada 2010, sekali lagi mencatatkan sejarah sebagai yang pertama pelan seumpama itu untuk melindungi penyakit kuning neonatal yang memerlukan rawatan fototerapi.


"Pelan yang dipertingkatkan itu turut meliputi kemasukan bayi ke dalam unit penjagaan intensif/unit rawatan separa rapi untuk sebarang komplikasi berlaku dalam tempoh setahun dari kelahiran dan pada masa yang sama memanjangkan senarainya meliputi keadaan kongenital kepada 15 jenis.

"Pelan itu boleh dibeli seawal 18 minggu seseorang itu mengandung, atau untuk kanak-kanak yang berusia antara satu dan 18 tahun pada hari lahir mereka," kata beliau.

Maklumat lanjut: BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...