Bursa Malaysia

top_rightads

Tuesday, July 8, 2014

Bank Negara Malaysia Perkenalkan Mesin Deposit Syiling

10 Ramadhan 1435

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa mesin deposit syiling kini boleh didapati di seluruh negara bagi memudahkan para peniaga dan orang ramai mendepositkan syiling dalam urusan seharian. Sebanyak 236 mesin berkenaan kini telah ditempatkan di lokasi tertentu seperti institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka dan pada masa yang sama boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj.

Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang dan pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang. Bagi Mesin Deposit Duit Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Sumber: BNM

Wednesday, July 2, 2014

Magna Prima (7617): Saham Yang Perlu Diberi Perhatian

4 Ramadhan 1435

Penulis sedang mengikuti pergerakan kaunter saham kod 7617, iaitu Magna Prima Bhd yang mana teras perniagaannya adalah dalam bidang hartanah. Saham ini mula didagangkan secara aktif sejak beberapa minggu lepas dan telah mencatatkan paras tertinggi baru-baru ini jika dibandingkan daripada bulan Mac 2014. Saham berkenaan telah ditutup pada harga RM 1.16 pada sesi pertama dagangan di Bursa Malaysia hari ini.
Pergerakan Harga Saham Magna Prima Bhd.

Secara teknikalnya pergerakan saham ini sedang berada dalam momentum yang menaik. Berdasarkan prestasi kewangan semasa yang agak positif, adalah berbaloi jika pelabur ingin membeli dan memegang saham berkenaan dalam jangkamasa sederhana. Kaunter ini dilihat sesuai untuk pelabur jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.





Penafian:

Segala maklumat yang terkandung di artikel ini telah disediakan bukan dengan tujuan untuk memberikan nasihat profesional dan ianya disediakan bagi tujuan am sahaja. Para  pengguna tidak perlu bergantung kepadanya semata-mata. Ianya tidak bertujuan memberikan kemampuan kepada para penggunanya menggunakannya sebagai khidmat nasihat, membuat sebarang keputusan ,  dalam menyelesaikan segala permasalahan  atau pada mana-mana keadaan tertentu. Myiktisad tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku daripada penggunaan maklumat di artikel ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...