Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, August 11, 2016

Pendaftaran Simpanan Syariah KWSP Kini Mencecah Lebih 100 Ribu Pencarum

8 Zulkaedah 1437H

Pendaftaran simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah mencecah lebih daripada 100 ribu orang pencarum selepas tiga hari ianya dibuka. Berdasarkan kepada laman web KWSP, purata pendaftaran harian adalah lebih daripada 40000 pencarum pada setiap hari setakat ini.

Sambutan yang baik ini adalah disebabkan kehendak para pencarum yang beragama Islam dalam meningkatkan syiar Islam dalam urusan muamalat.Tambahan pula dana yang disediakan untuk simpanan ini hanya terhad kepada RM100 billion buat masa kini dan ianya berasaskan kepada siapa cepat dia dapat. Ini secara tidak langsung menyebabkan kaunter-kaunter KWSP diserbu oleh orang ramai yang tidak mahu terlepas peluang mendaftar kepada simpanan ini.

Wallahualam

Monday, August 8, 2016

Simpanan Patuh Syariah : Kaunter KWSP Diserbu Pencarum

4 Zulkaedah 1437 H

Kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) di Shah Alam diserbu pencarum hari ini disebabkan hari pertama pendaftaran pertukaran dana simpanan daripada berasaskan konvensional kepada berasaskan syariah.Para pencarum dilihat sejak awal lagi betatur panjang di cawangan KWSP di lokasi baru IDCC Shah Alam.

Kesesakan ini dijangka kerana dana yang ditawarkan adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.Difahamkan skim yang akan dimulakan pada 1 Januari 2017 hanya diperuntukkan sebanyak RM 100 billon.Penulis mengucapkan tahniah kepada para pencarum yang menunjukkan usaha dalam memperbaiki unsur patuh syariah dalam menguruskan pelaburan mereka.

Wallahualan

Wednesday, May 4, 2016

Jangan Jadi Hamba Kepada KPI

26 Rejab 1437

Para ahli politik, cendiakawan, teknokrat, korporat serta lain-lain golongan profesional digesa tidak terlalu menjadikan Indeks Penilaian Perestasi atau "Key Performance Indicators-KPI" sebagai tujuan utama di dalam urusan harian mereka. Sebaliknya mereka tidak sepatutnya mengabaikan aspek-aspek lain yang sebenarnya boleh memberi keseimbangan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah kerana, ada segelintir daripada kita yang terlalu mementingkan KPI masing-masing dan tidak mengambil tahu akan nasib golongan-golongan  lain sekeliling mereka.

Mereka ini seolah-olah menjadi hamba kepada KPI dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan KPI yang ditetapkan ke atas mereka dicapai dan mereka bakal mendapat ganjaran yang dijanjikan. Lebih malang lagi, jika KPI yang dirangka sebenarnya tidak mempunyai kualiti atau menggambarkan suasana sebenar dalam mereliasasikan strategi sesebuah organisasi. Sebagai contoh, ada penyedia perkhidman tertentu yang sering mencapai KPI mereka setiap tahun, namun para pelanggan rata-rata masih merungut dengan perkhidmatan mereka, Contoh lain ialah, rata-rata para pekerja sesebuah syarikat mencapai KPI mereka, namun syarikat secara keseluruhan berada dalam keadaan kerugian.

Apa yang perlu kita sedari bahawa KPI sepatutnya hanya perlu dijadikan sebagai salah satu alat untuk melonjakkan prestasi kita dalam pelbagai bidang atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Namun begitu, ianya tidak seharusnya menyebabkan kita bersikap pentingkan diri sendiri, bersikap "silo mentality" dalam berhubungan sesama rakan sekerja , masyarakat dan bernegara. Jika sikap begini diteruskan, maka tidak mustahil jika masalah-demi masalah akan timbul pada masa akan datang di pelbagai peringkat masyarakat.

Wallahualam

Friday, April 29, 2016

webe Kini Menjadi Penyedia Perkidmatan Mobiliti Digital TM

21 Rejab 1437

TM kini menjadikan webe sebagai cabang penyedia perkhidmatan mobiliti digital di Malaysia. Berasal daripada P1, penjenamaan  webe kini diperkenalkan  oleh TM bagi melengkapkan penyediaan perkhidmatannya yang ada kepada para pelanggannya dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Perkhidmatan ini dijangka akan ditawarkan pada pertengahan tahun 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa pelan pelancaran webe kini sedang berjalan mengikut jadual dan perkhidmatannya akan ditawarkan secara berperingkat. Buat masa ini ianya masih diperingkat ujian dikalangan para kumpulan pengguna yang dipilih.
 Star Online Photo: Telekom Malaysia Bhd executive director and group chief financial officer Datuk Bazlan Osman, chairman Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob and Group CEO Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa at a briefing after the company’s AGM and EGM. 

TM kini memiliki kepentingan sebanyak 72.9 % di dalam webe setelah meningkatkan pegangan saham pada bulan Februari lepas daripada 55.3% sebelum ini, melalui penukaran sebanyak RM 410.3 juta nota jangka sederhana P1 yang telah dilanggan. Syarikat berkenaan dijangka mengumumkan jumlah perbelanjaan modal yang bakal diperuntukkan semasa pelancaran perkhidmatan webe  secara komersial nanti.

Sumber ; Star Online

Thursday, February 18, 2016

Ekonomi Malaysia Bakal Berdepan Persekitaran Operasi Mencabar

8 Jamadil Awal 1438

 Bank Negara Malaysia (BNM). mengunjurkan bahawa ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2015, dijangka berdepan persekitaran operasi mencabar dalam tempoh terdekat,

"Risiko pertumbuhan lemah, bagaimanapun kekal, memandangkan keadaan tidak menentu berterusan dalam persekitaran luaran dan pembaharuan berterusan dalam ekonomi domestik," kata bank pusat dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Walaupun permintaan domestik akan masih memacu pertumbuhan dengan sokongan daripada eksport bersih, BNM berkata, kadar pengembangan permintaan domestik dijangka sederhana.
Selain itu,  pertumbuhan pendapatan dan pekerjaan akan terus menyokong penggunaan swasta, walaupun sederhana, apabila isi rumah terus membuat penyesuaian dengan kos hidup yang meningkat.

Sementara itu, pelaburan swasta diunjur lebih rendah daripada trend jangka panjangnya, namun akan terus disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta pelaksanaan projek prasarana.

Sumber dari :BERNAMA

Sunday, February 14, 2016

Kemasukan Berlebihan Pekerja Asing Ancam Ekonomi Negara

4 Jamadil Awal 1438

Kemasukan secara belebihan pekerja asing ke Malaysia bakal memberikan implikasi yang buruk kepada ekonomi negara. Ianya bakal mengalirkan keluar lebih banyak wang dan seterusnya memberi tekanan yang berterusan terhadap ringgit.

Selain daripada itu rakyat pula terpaksa bersaing mendapatkan pekerjaan dan semestinya akan kalah kerana warga asing tidak tertakluk kepada pembayaran gaji minimum berbanding pekerja asing. Ini akan menggalakkan majikan mengutamakan pekerja asing bagi mengurangkan kos buruh.

Keadaan ini bakal menyebabkan kadar pengangguran dikalangan rakyat Malaysia akan bertambah disebabkan polisi dasar gaji minimum pekerja tempatan  dan kadar levi dan gaji yang rendah terdapat pada pekerja asing. Sehubungan dengan itu kerajaan digesa menaikkan levi pekerja asing agar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan negara disampimg mewujudkan persaingan buruh yang sihat di negara ini.Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...