Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, April 10, 2015

Cadangan Umur Minimum Hampir 60 Tahun Pengeluaran KWSP Undang Persepsi Buruk Terhadap Kerajaan

21 Jamadil Akhir 1436

Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan umur minimum hampir kepada 60 tahun dilihat bakal menimbulkan persepsi buruk kepada kerajaan. Ini adalah kerana ianya seolah menafikan hak pekerja untuk mengeluarkan wang persaraan mereka untuk tujuan-tujuan yang baik seperti mengerjakan haji dan sebagainya.

Mungkin ada juga yang berisiko tidak sempat menikmati wang simpanan mereka jika umur mereka tidak sampai 60 tahun. Ini berikutan laporan di akhbar-akhbar online berkenaan cadangan berkenaan termasuk di Sinar Harian online.

Oleh yang demikian, kerajaan didesak menolak terus sebarang cadangan berkenaan kerana ianya telah beberapa kali diutarakan sebelum ini. Kecualilah jika kerajaan hendak mengakui bahawa negara sedang mengalami krisis kewangan dan cadangan berkenaan adalah suatu langkah bagi meningkatkan poket kerajaan dengan menambahkan pinjaman daripada tabung berkenaan.

Wallahualam

Saturday, April 4, 2015

Dana Bumiputera Al-Ansar Dilancar

14 Jamadil Akhir 1436

Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar Lembaga Tabung Haji (TH) berjumlah RM200 juta, bagi memperkasa dan meningkatkan ekonomi usahawan Bumiputera muslim di negara ini.

Beliau berkata pelaksanaan dana di bawah akaun pelaburan terhad serta patuh syariah yang pertama di Malaysia itu diharap memangkin pembangunan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Tambah beliau, dana berkenaan akan membantu usahawan dari segi modal kerja, pembiayaan kontrak dan perbelanjaan modal, melalui kenyataan  yang telah dikeluarkan oleh BERNAMA.

"Saya yakin bahawa usaha TH ini akan dapat bukan sahaja melahirkan lebih ramai usahawan tetapi juga membawa mereka yang sudah terlibat dalam bidang perniagaan akan dapat pergi ke tahap yang lebih tinggi.

"Mudah-mudahan mereka bukan tergolong dalam kumpulan 'micro enterprise' tetapi menjadi PKS dan seterusnya menjadi syarikat yang lebih besar serta disenarai di bursa dan bersaing di persada antarabangsa," katanya ketika berucap melancarkan dana berkenaan di bangunan Parlimen pada Khamis lalu.

Sumber berita dipetik dari BERNAMA.

Buang Sikap Suka Membuat Pembelian Panik

14 Jamadil Akhir 1436

Rakyat Malaysia digesa membuag sikap cepat melatah dalam setiap apa jua keadaan. Sebagai contoh semasa sehari sebelum perlaksanaan cukai GST, rata-rata pasaraya dipenuhi dengan orang ramai yang membuat pembelian di saat-saat akhir sebelum tarikh kuatkuasa sistem percukaian berkenaan. Keadaan ini menyebabkan kemungkinan adanya para peniaga yang akan mengambil kesempatan akan kelemahan yang kita miliki(sikap panik dalam berbelanja).

Sebaliknya, perancangan yang baik boleh dilakukan dengan membuat pembelian secara lebih awal dan tidak hanya tertumpu di saat-saat akhir. Hal ini juga sering berlaku pada setiap kali perayaan. Kebanyakan para pengguna menyangka bahawa pembeliaan pada saat-saat akhir akan membolehkan mereka mendapat harga lelong, tetapi pada zaman sekarang harga lelong mungkin akan hanya dapat diperolehi pada pagi-pagi hari perayaan berkenaan sahaja.

Mulai sekarang, para pengguna perlu bijak menggunakan hak mereka dan perlu membebasskan diri mereka dari diperdaya oleh segelintir para peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...