Bursa Malaysia

top_rightads

Thursday, August 1, 2013

Measat Meterai Perjanjian Dengan TM Net

23 Ramadhan 1434

KUALA LUMPUR, 31 Julai , 2013- Measat Broadcast Network Systems Bhd (MBNS), anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, telah memeterai perjanjian dengan TM Net Sdn Bhd (TMNET) untuk menyiarkan dua rangkaian Astro SuperSport dalam HyppTV.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk menyiarkan rangkaian NJOI terpilih tertakluk kepada beberapa syarat, kata Astro Malaysia dalam satu kenyataan kepada Bursa.

Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD Channels disiarkan mulai 1 Ogos, 2013 hingga 31 Julai, 2016, dan akan mengandungi siaran langsung daripada Musim Liga Premier Barclays 2013/14, 2014/15 dan 2015/16 serta lain-lain kandungan sukan.

 Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...