Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, May 4, 2016

Jangan Jadi Hamba Kepada KPI

26 Rejab 1437

Para ahli politik, cendiakawan, teknokrat, korporat serta lain-lain golongan profesional digesa tidak terlalu menjadikan Indeks Penilaian Perestasi atau "Key Performance Indicators-KPI" sebagai tujuan utama di dalam urusan harian mereka. Sebaliknya mereka tidak sepatutnya mengabaikan aspek-aspek lain yang sebenarnya boleh memberi keseimbangan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah kerana, ada segelintir daripada kita yang terlalu mementingkan KPI masing-masing dan tidak mengambil tahu akan nasib golongan-golongan  lain sekeliling mereka.

Mereka ini seolah-olah menjadi hamba kepada KPI dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan KPI yang ditetapkan ke atas mereka dicapai dan mereka bakal mendapat ganjaran yang dijanjikan. Lebih malang lagi, jika KPI yang dirangka sebenarnya tidak mempunyai kualiti atau menggambarkan suasana sebenar dalam mereliasasikan strategi sesebuah organisasi. Sebagai contoh, ada penyedia perkhidman tertentu yang sering mencapai KPI mereka setiap tahun, namun para pelanggan rata-rata masih merungut dengan perkhidmatan mereka, Contoh lain ialah, rata-rata para pekerja sesebuah syarikat mencapai KPI mereka, namun syarikat secara keseluruhan berada dalam keadaan kerugian.

Apa yang perlu kita sedari bahawa KPI sepatutnya hanya perlu dijadikan sebagai salah satu alat untuk melonjakkan prestasi kita dalam pelbagai bidang atau tugas yang dipertanggungjawabkan. Namun begitu, ianya tidak seharusnya menyebabkan kita bersikap pentingkan diri sendiri, bersikap "silo mentality" dalam berhubungan sesama rakan sekerja , masyarakat dan bernegara. Jika sikap begini diteruskan, maka tidak mustahil jika masalah-demi masalah akan timbul pada masa akan datang di pelbagai peringkat masyarakat.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...