Bursa Malaysia

top_rightads

Terma Dan Syarat

Penggunaan dan akses kepada laman web atau blog ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut yang mana para pengguna telah dianggap telah bersetuju dan menerima ketika mengakses di laman web atau blog ini.

Penggunaan Maklumat

MyIktisad telah membangunkan laman ini semata-mata untuk berkongsi dengan para pengguna terhadap maklumat yang berkaitan dengan aspek perekonomian, perniagaan dan kewangan. Maklumat dan catatan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pandangan peribadi serta berdasarkan kepada kemahiran, pengetahuan dan pengalaman peribadi penulis. Segala maklumat yang terkandung di dalam laman web ini telah disediakan bukan dengan tujuan untuk memberikan nasihat profesional dan ianya disediakan bagi tujuan am sahaja. Para  pengguna tidak perlu bergantung kepadanya semata-mata. Ianya tidak bertujuan memberikan kemampuan kepada para penggunanya menggunakannya sebagai khidmat nasihat dalam menyelesaikan segala permasalahan  atau pada mana-mana keadaan tertentu.

MyIktisad tidak dapat memberikan sebarang jaminan atau ketepatan, kebolehpercayaan atau nilai maklumat dalam laman ini atau sebarang keputusan hasil daripada penggunaannya. Nasihat profesional perlulah dicari sebelum apa jua tindakan para pengguna daripada hanya bergantung kepada laman web ini.

Pautan Ke Laman Lain

MyIktisad tidak bertanggungjawab untuk atau tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau kawalan ke atas kandungan atau penubuhan mana-mana laman web lain yang dikaitkan dengan laman web ini.Pautan ke laman web lain adalah hanya disediakan untuk memudahkan sambungan para pengguna ke laman-laman web tertentu.

MyIktisad tidak menyokong, atau menerima apa-apa liabiliti kepada mana-mana pihak terhadap kandungan maklumat atau perkhidmatan(atau penggunaan apa-apa jua maklumat atau perkhidmatan) yang disediakan di laman-laman web berkenaan.Penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan di mana-mana laman web yang lain  yang dikaitkan dengan laman web ini tertakluk kepada risiko yang perlu ditanggung oleh para pengguna sendiri.

Jaminan

Semua maklumat yang disediakan adalah "SEBAGAIMANA ADANYA" tanpa sebarang jaminan apa jua jenisnya sama ada secara nyata ataupun tersirat.Penggunaan maklumat tersebut adalah atas risiko para pengguna sendiri. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, MyIktisad menafikan dan tidak menerima sebarang liabiliti atau tanggungjawab terhadap jaminan, tersurat atau tersirat, atau perwakilan termasuk tanpa had untuk ketepatan atau kesempurnaan kandungan laman web ini dan mana-mana jaminan tersirat untuk didagangkan atau sebarang kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tanggungan Atau Liabiliti

MyIktisad tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa jua ganti rugi, kerugian, kos atau perbelanjaan dalam apa jua bentuk termasuk secara langsung atau tidak langsung, khas dan berbangkit(termasuk tanpa batasan, kerugian, keuntungan perniagaan atau data), yang timbul daripada atau hasil daripada maklumat yang terkandung di laman web ini, atau mana-mana laman lain yang dikaitkan dengan laman web atau blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...