Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, August 7, 2013

MISC Tidak Terjejas Daripada Keputusan Petronas Beli Kumpulan Kapal Sendiri

29 Ramadhan 1434


KUALA LUMPUR, 6 Ogos, 2013- Moody's Investors Service berkata keputusan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk memperoleh kapal-kapal baharu gas asli cecair (LNG) bagi memenuhi keperluan pengangkutannya tidak memberikan impak kredit ke atas anak syarikatnya, MISC Berhad.

Ini, walaupun MISC merupakan penyedia eksklusif perkhidmatan pengangkutan LNG kepada Petronas, demikian menurut kenyataan Moody's.


Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody's Vikas Halan berkata perubahan strategi Petronas itu adalah kredit neutral bagi MISC.

"Ini disebabkan walaupun kepentingan strategi MISC kepada Petronas terhapus, manfaat MISC akan meningkat memandangkan ia tidak lagi menanggung hutang untuk membina kapal LNG baharu, yang setiap satu menelan belanja kira-kira US$200 juta hingga US$250 juta," kata Vikas.

"Malah kami melihat perubahan strategi perkapalan LNG Petronas ini sebagai komitmen syarikat induk bagi membantu kualiti kredit MISC memandangkan MISC berusaha untuk meningkatkan metrik kreditnya.

Ia agak sukar untuk MISC membiayai pembinaan kapal baharu dan pada masa yang sama meningkatkan metrik kredit pada tahap penarafan semasa tanpa bantuan Petronas, sebagai contoh, suntikan modal," kata Vikas.

Paras hutang MISC meningkat dengan ketara semasa kitaran menurun perkapalan pada FY2010 dan FY2011 kepada lebih 6.0x pelarasan hutang diselaraskan/EBITDA atau pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...